2 Nov 2015

[TERKINI] PAS Tak Mahu Lawan UMNO BN Lagi, Nak Jadi Penasihat Saja..

BN tak makan nasihat, apa lagi dari PAS, kata Raja Bahrin

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mendengar nasihat PAS.

Bekas pemimpin PAS itu berkata, ini kerana kerajaan BN sendiri seolah-olah tidak mengendahkan titah Majlis Raja-raja Melayu baru-baru ini agar masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.



"Kerajaan hari ini tidak makan nasihat sejak 58 tahun mereka memerintah baik semasa PAS dalam kerajaan atau di luar kerajaan. Mengapa sekarang mereka mahu mendengar nasihat PAS?

"Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan rasmi bulan lepas tentang perlunya sesuatu tindakan diambil kerajaan menangani madalah besar ekonomi dan kepercayaan terhadap negara.

"Sehingga kini pihak kerajaan tidak membuat apa-apa kenyataan atau tindakan.

"Adakah PAS berpendapat mereka ada pengaruh lebih besar daripada Majlis Raja-raja Melayu ke atas kerajaan?"
katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata PAS hanya mahu menasihati kerajaan dan bukan mahu mengambil alih kuasa.

Menurut Hadi seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini, PAS bersedia menasihati kerajaan BN dalam hal seperti 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.

"Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," kata Hadi. -TMI


KAH, KAH, KAH...KESIANNYA DENGAN PAS SEKARANG INI!!

Tidak dinafikan Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang makin melalut dan mengarut sejak kebelakangan ini. Apa perjuangan mereka pun tidak diketahui lagi, tidak lebih macam orang yang memandu kereta tanpa tujuan tetapi sekadar mahu menghabiskan minyak dalam tangki saja.

Setelah sebahagian ahli dan pimpinannya menubuhkan Amanah, sikap beliau semakin sukar difahami. Tidak tahu sama ada beliau mahu menjadikan Pas kekal sebagai parti politik atau sekadar pertubuhan kebajikan dan dakwah saja.

Mari kita baca antara kenyataan terbaru Presiden Pas itu sebagaimana yang disiarkan di media arus perdana hari ini:-

- Pas sedia menasihati BN dalam hal seperti 1MDB, cukai GST, perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

- Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam.

- Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar UMNO mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

- Mengumumkan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Najib Razak akan berlangsung tidak lama lagi.

Kah, kah, kah...mari kita ketawa dulu dengan hasrat Haji Hadi untuk membawa Pas menasihati BN berkaitan 1MDB, GST, perumahan dan kejatuhan nilai ringgit.

Apa pengalaman Pas dan siapa pakar-pakar ekonomi dalam parti itu? Apa rekod mereka sebelum ini dalam hal-hal perniagaan dan ekonomi yang rumit itu?

Bukankah golongan profesional, pakar ekonomi dan aktivis daripada parti itu majoritinya sudah meninggalkan Pas dan menyertai Amanah sekarang ini?


Adakah Hadi Awang sendiri, Tuan Ibrahim, tiga Naib Presidennya, Nasharuddin Tantawi, Nik Abduh dan lain-lainnya yang mahu disandarkan harapan menasihati BN berkenaan 1MDB dan kejatuhan ringgit?

Pernahkah kita mendengar Haji Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pas memberi pandangan bernas berkaitan perkara yang disebutkan itu sebelum ini, sama ada dalam Parlimen, melalui kenyataan media dan sebagainya?


Hujah Pas dalam memberi nasihat itu sehingga mengatakan tidak ingin merebut kuasa daripada BN dengan syarat UMNO mengubah pemerintahahnya selaras dengan Islam, tidak lebih umpama "burung pungguk rindukan bulan" semata-mata.

Sebagaimana burung pungguk tidak mungkin dapat menyentuh bulan sampai bila-bila, maka mengharapkan UMNO mengubah dasarnya sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Pas juga mustahil kesampaian sehingga hari kiamat sekali pun.

UMNO akan terus kekal dengan dasar kebangsaannya seperti yang ada sekarang. Jika Pas ingin berbaik-baik dan teringin sangat bersamanya, UMNO mustahil mahu mengubah identitinya, tetapi Paslah yang perlu menyesuaikan dirinya.

Hakikatnya, UMNO lebih besar dan kuat daripada Pas...gilalah jika orang besar dan kuat tunduk kepada orang kecil.

Hadi Awang juga berterus-terang bahawa satu pertemuan dengan Najib yang pernah memiliki wang derma sebanyak RM2,600 juta akan diadakan tidak lama lagi.

Sekali lagi....kah, kah, kah...

Yang nyata, dengan kenyataan Hadi Awang ini, ahli dan penyokong Pas di kampung-kampung, bahkan selama ini sangggup menderma wang untuk perjuangan menegakkan Islam, bolehlah beransur-ansur meninggalkan parti itu kerana Pas sebenarnya tidak ingin pun kepada kuasa sedangkan suatu ketika dahulu ghairah mengatakan dengan kuasa dalam tanganlah, maka Islam dapat ditegakkan.

Pas hari ini sebaliknya tidak lagi inginkan kuasa, mereka hanya mahu jadi penasihat kepada BN semata-mata. Maka, ahli dan penyokong Pas, jika ingin berjuang serta terlibat dalam politik, lebih baik sertai parti lain mulai sekarang. Jika tidak, duduk saja di surau serta masjid, lupakanlah untuk mengharapkan pahala dan syurga melalui Pas.

Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang nampaknya lebih sanggup "mati dalam angan-angan" kerana yang dikejar mereka bukanlah Islam melalui perjuangan sendiri, tetapi lebih mengharapkan UMNO menukar dasar pejuangannya, walaupun menyedari ia umpama mengharapkan burung pungguk dapat menyentuh bulan yang nun jauh di angkasa. -shahbudindotcom



RESPONS DR MAZLAN ALI TERHADAP KENYATAAN HAJI HADI

As salam.

Dalam satu program dialog Pas bersama rakyat di Kuala Trg semalam, TGHH berkata Pas menolak saranan MP Dato' Raja Kamarul Bahrin yg menyarankan semua MP Pembangkang menolak usul Bajet 2016 sbg satu protes terhadap kepimpinan Najib.

TGHH berkata Pas kini berpaksi kpd perjuangan bagi mengubah dasar dasar pemerintahan kerajaan, bukan semata2 ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara. Pas sedia menjadi penasihat sekiranya Umno ubah dasar pemerintahan.

TGHH berkata Pas secara dasarnya bersetuju dgn bantuan2 yg diberikan kerajaan (Umno) terhadap rakyat, bagaimanapun cara perlaksanaan dan pengurusan bantuan itu tidak dipersetujui kerana berlaku banyak kepincangan.

Setuju dgn umno bukan bermaksud kita akan jalankan kerjasama politik dgn mereka kerana Pas lebih selesa duduk di luar BN, bukan dalam BN malah kita tak akan bergabung dgn Umno"

Pendapat saya:

1. Ini adalah satu kenyataan politik yg paling tidak produktif dari seorang pemimpin no.1 parti yg 'kononnya' pembangkang.

2. Pendirian pemimpin politik yg paling samar dan mengelirukan di abad ini. Inilah pemandu sebenar (TGHH) bas express yg tak ada destinasi.

3. Cita2 TGHH ingin mengubah dasar Umno adalah kerja sia2, sbb ubah dasar umno adalah kerja akar umbi ( di perhimpunan agung umno) atau BBC.
Kerja pembangkang bukan ubah dasar Umno, tetapi UBAH KERAJAAN.

4. Setuju dgn Umno tetapi tidak bermaksud akan jalankan kerjasama adalah satu sikap yg tidak rasional (tidak jelas) dalam konteks hubungan antara dua pihak.
Dalam konteks politik, sikap spt ini adalah umpama 'talam dua muka".
Ia mengelirukan samada di pihak Umno sendiri atau rakan pembangkangnya (PKR).


5. Kesimpulannya, TGHH dan Pas sudah tidak releven lagi dalam politik Malaysia kerana adanya Pas dalam pentas politik ibarat kacau daun dan menganggu proses demokrasi yg sihat.

-Dr Mazlan Ali


ULASAN GB

Sudah semakin menyerlah sikap Presiden PAS. Sebelum ini apa juga Hj. Hadi utarakan ia akan diperbetulkan semula oleh Ketua Lujnah Penafian PAS Pusat, iaitu setpolnya sendiri. Kerana ternyata kenyataan Hj Hadi menimbulkan kontroversi yang dituduhnya pihak media memutarbelitkan kenyataan presiden PAS itu.

Hari ini belum ada penafian dari ketua lujnah berkenaan.

PAS nampaknya sudah tidak ingin melawan UMNO BN lagi. Sudah tidak mahu ambil alih kuasa, sudah berputus-asa untuk ke Putrajaya. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan, PAS sudah tidak istiqamah.

PAS sekadar nak jadi Tuan Penasihat kepada kepimpinan kerajaan yang diketuai Najib. Ketawa besar Najib dan sekalian pemimpin UMNO.

Kata Haji Hadi,

Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.

Bilamasa UMNO mahu tukar dasar kepada Islam? Tak serik-serik lagi Haji Hadi ni kena tipu dengan UMNO di dalam kes hudud. Sekarang nak bekerjasama dengan UMNO.

Perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran dan menghpuskan kemungkaran sudah terkulai layu di bawah Hj. Hadi.

Sebelum ini juga Haji Hadi tak setuju tindakan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) memegang spanduk "Mana Derma RM2.6 Bilion?". Dikatanya kononnya MP PAS adalah kumpulan yang beradab, bukan peserta demonstrasi. Beliau juga tidak buat keputusan untuk MP PAS samada untuk menyokong atau membantah usul tidak percaya kepada Najib. Dan kini beliau berkata "PAS akan mengambil tindakan berkecuali dan ahli Parlimennya sebulat suara tidak akan menyokong usul menolak Bajet 2016".

Dengan kenyataan-kenyataan tersebut ternyata PAS sudah menjadi parti yang mesra-UMNO/BN.

Yang penting PAS masyuuuk. Dapat jawatan, dapat pangkat anugerah Najib dan UMNO BN seperti Nasharuddin Mat Isa yang baru dilantik CEO Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Untung-untung selepas ini Najib akan lantik Hj.Hadi sebagai Penasihat Agung kerajaan UMNO BN pula.

41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jadi Punahsihat lagi elok untuk PAS dibawah kelolaan Tuang Presideng sekarang. Macam-macam idea bebal di keluarkan oleh Presideng kesayangan PAS ini.

Tanpa Nama berkata...

Klu pas x nk rebut kuasa,jgn masuk pilihanraya akan dtng! Apa mcm..ada berani ka! Baru la di katakan ckp serupa bikin dan sesuai dgn maksud yg tuan presiden ckp

Anti Fitnah berkata...

Mungkin UMNO nak terima nasihat PAS??? Siapa PAS ni??? UMNO mungkin, mungkin, mungkin menerima nasihat dari PAS bila PAS bersama depa. Itu pun tidak mungkin berlaku. Kalau mungkin, PAS tak terpisah dengan UMNO le pada tahun 70an.
Sudah sampai masanya kita lupakan PAS. Biarlah PAS bertindak sebagai penasihat KERAJAAN. Kita JANGAN, JANGAN sekali, JANGAN sekali-kali, beri undi kepada PAS sebab depa tidak lagi relevan. Depa dah tak ada keinginan (nafsu) untuk menjatuhkan kerajaan BN melalui pilihan raya. Kalau depa dilantik ke dalam Dewan pun, depa tak mungkin ada kemampuan melakukan perubahan.
MARILAH Rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan, lupakan PAS ni demi masa depan Malaysia yang lebih Cemerlang, lebih Gemilang, lebih Terbilang (pinjam kata2 Pak Lah)seiring dengan nilai-nilai murni Islam iaitu ketelusan, keadilan, akauntabiliti, integriti, .... In Shaa Allah.

Tanpa Nama berkata...

Penasihat 5 percent!.Mcm citer 3 Abdul ajer

Tanpa Nama berkata...

Pkr lg bila nk join pas.!!! Cepat la..!!

Zali M berkata...

Tuang presideng lanjut umur dan nafsu nak melawan dah tumpul, tetapi masih nak memegang kuasa presideng.
Biarkan tuan presideng dan pengikut2 membawa hala tuju kearah PM Najib dengan cara berhemah, bersopan santun, dan bertutur dgn PM Najib lemah lembut longlai dgn menundukan kepala.
Jadi PAS jangan berkira2 nak bertanding buat menghabiskan duit derma dan masa terbuang berkempen bagai nak rak.

Tanpa Nama berkata...

penasihat kepada penerima derma 2,600 Juta. Bukan penasihat kepada orang biasa

Tanpa Nama berkata...

Penasihat = consultant (chargeable valuable services)???

Tanpa Nama berkata...

Hehehe ulama pas menang tersuci termulia confirm tahu segala ilmu...

Ternasuk ilmu dapat duit derma 2600 Juta Secara halal.

Orang lain terutama cina kapir yang ilmu cetek sila wala dan ikut nasihat ulama pas suci mulia penasihat terbaik.

Tanpa Nama berkata...

Kepada penyokong dan pengundi Pas yang ber'wala' habis habisan kepada pemimpin2 PAS.... Ketahuilah oleh kamu bahawasanya matlamat dan arah tuju pas kini ialah ke arah menjadi sebuah NGO yg menyokong BN.

Perhatikan betul2 kenyataan Tuan Guru Haji Hadi berikut:-

a) Pas kini berpaksi kpd perjuangan bagi mengubah dasar dasar pemerintahan kerajaan.

b) PAS bukan semata2 ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara.

c) PAS sedia menjadi penasihat sekiranya Umno ubah dasar pemerintahan. 

Pendek kata PAS tidak perlu menang dlm pilihanraya. Pas hanya mahu sebagai penasihat kepada kerajaan yg memerintah. Sebelum ini dikatakan TGHH bahawa PAS akan terus kekal menjadi pembangkang yg beradab sahaja!!

Kalau matlamat sekadar ingin menjadi pembangkang atau cuma utk memberi nasihat kenapa harus bertanding dalam pilihanraya???

Apakah matlamat merperjuangkan Islam yg berslogankan 'Istiqamah hingga kemenangan' akan tercapai melalui wadah sebagai Tuan Punasihat sahaja???

Saya sgt simpati dan teramat sedih memikirkan pejuang2 tulen Memali yg gugur syahid ketika berdepan dengan penguasa zalim ketika itu. Kini penguasa yg zalim dari parti yg sama telah didokong oleh parti yg selama ini berdegar degar ceramah tentang Islam syurga neraka dan sebagainya!!

Lalu apa lagi yg diharapkan oleh penyokong akar umbi PAS?? Sekarang sudah terang jelas bahawa hala tuju PAS adalah sekadar untuk menjadi NGO yg memberi nasihat kepada Kerajaan BARISAN NASIONAL semata mata!!

Patutlah sebelum ini asyik konar baring sana sini. U-turn tak sudah-sudah!! Rupa-rupa gayung sudah bersambut. Udang sudah keluar dari sebalik batu.

Pemimpin dan penyokong PAS sejati yg masih setia dalam kapal yg dikemudi oleh seorang Kapten yg sedang mengigau!! Sebaik baik elok le tuan2 terjun dari kapal tersebut dan naiki la mana2 kapal lain yg ada arah tuju.

Dr. Rani dan Haji Subki Latif....tidak kah Tuan berdua rasa pening dan mabuk dalam kapal yg berpusing-pusing di tempat sama ketika ini?? Atau nak tunggu sehingga kapal kehabisan minyak lalu hanyut entah ke mana mengikut arus ombak di laut yg tiada bertepi??

Tanpa Nama berkata...

Di mana ada gula di situ ada semut.. begitu lah juga halnya.. dimana ada 2.6b di situ ada ust. sampul..

abrarmujahideen berkata...

Bubar kan lah PAS.. Letak semua jawatan dlm mane2 punca kuasa.. Bull shit.

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin mencadangkan supaya Greenboc memberi lebih tumpuan dalam menyerlahkan kebobrokan pimpinan BN dari lebih menyerang PAS. Bak kata orang, biarkan pak pandir terjun dengan labu-labunya... Hala tuju PAS semakin kabur dan lambat laun Hadi sendiri yang akan meletakkan PAS di dalam muzium. Kita x perlu membuang masa. Ayuh kita kukuhkan Pakatan Harapan dan campak semua pemimpin yang bersifat talam dua muka yang masih lagi membela PAS walaupun PAS terkenal dengan sejarah mengkhianati Pakatan Rakyat yang dulu.

Tanpa Nama berkata...

Tuan penasihat 25%.kahkahkah

Unknown berkata...

Salam:


Nak dengar juga, sudahkah Hadi beri nasihat pada diri sendiri!!,APAKAH HUKUMNYA MAKAN DUIT ELAUN,JIKA SESAORANG ITU PONTENG SECARA ISTIQAMAH???

wassalam.

Tanpa Nama berkata...



Najib bukan perlu kan se orang penasihat. Najib perlu kan pembodek-pembodek.

Layak ke PAS jadi penasihat ?

PH ada bajet. PAS punya mana ?





Tanpa Nama berkata...

Hahaha...kelantan pun dah nk muflis ada hati nk nasihat org..tunggakan kerajaan kelantan belum dibayar bernilai puluhan juta RM tu selesaikan dulu..hadi ni sebenarnya benar otak mereng sekarang..inilah akibatnya bila disumpah rakyat..esok mati pun terlupa mengucap... maklomlah otak dah mereng...kalau masuk syurga pun sbb mereng bukan sbb dia alim.

Tanpa Nama berkata...

semua statement sekarang ni lebih kepada nak memancing najib... najib belum lagi pelawa untuk bergabung...

kiranya ayatayat cinta nak mengorat la nih... kengkawan najib banyak dah duk kenenkenen... tapi najib belum lagi sudi nak ngedet... tu yang cam gila bayang jeckuar statement tuh... hohoho...

Unknown berkata...

Dont play play - pinjam kata pelawak komedi Phua Choo Kang. Selain APCO-Israel, hidung tak mancung pipi tersorong sorong dok tawar nak jadi tuang punahsihat kerajaang malangisa kepada rakyat malang.

Tanpa Nama berkata...

Begitu zalimnya kerajaan yang sedang memrintah kepada rakyatnya dengan tekanan GST dan kenaiakn tol dan apa2 lagi tiba2 ulamak tershor Pas hampir menyokong kerajaan zalim ,apakah tidak terpakai ke ayat dalam surah HUD tentang siapa yang cenderung kepada peminpin zalim.apakah Hadi ni mak som ?

Abdul Said berkata...

Saya hanya ada tiga perkataan manis untuk Hadi pagi ini. Hadi sudah nyanyuk!!!

Tanpa Nama berkata...

pas bertanding bukan untuk menang. pas bertanding untuk pecahkan undi melayu.

Tanpa Nama berkata...

Tindakan PAS jelas untuk "political survival" semata-mata. Jelas untuk perut dan bawah perut berselindung di dalam serban dan jubah yang ada siku dan lutut. Masalah negeri Kelantan serabut tak boleh bagi selesai inikan sebuah negara. Parti yang kecil pun bercelaru nak urus kebajikan asasi pekerja. Ini pulak nak bagi nasihat persoalan negara. Kah kah kah kah kah kah. Hoi gaji dan EPF pekerja tu janganlah ada terlajak lagi. Kah kah kah kah kah. Bagus sangatlah penasihat tu. Hancuss negara.

Benbrahem berkata...

Najib boleh lantik jadi penadihat agama dengan elaun yang lumayan.
Tapi bukan untuk menasihatkan Najib sebaliknya Najib yang akan menasihatkan ustaz/ulamak Pas tentang apa yang boleh/tak boleh cakap.

Tanpa Nama berkata...



Harap-harap sangat PAS jadi penasihat Najib. Doa kan lah. Amin kan lah.

Tanpa Nama berkata...

Hadi itu faham ke apa erti nasihat ?

Kata Omputih , joke of the century.
kakaka...........

Tanpa Nama berkata...

RESUME:PENCAPAIAN PAS SEJAK 58 TAHUN:

Utk rujukkan UMNO/NAJIB:

EKONOMI:Sejak memerintah kelantan hingga sekarang,ekonomi kelantan duduk teratas sekali di Malaysia (teratas dari bawah).
contohnya:penebangan balak cukup rancak sekali,terutamanya sejak perginya TGNA,sehingga terlalu efficien licin-gondol bukit-bukau,hutan-kelantan.Terlalu efficien sehingga sekarang TAKTAU SIAPA YG MENEBANGNYA.
Terlalu kayanya kelantan sehingga sanggup mendermakan semua royalti minyaknya pada pusat.

Politik: kepintaran politik,hanya satu penggal sahaja utk terengganu dan Kedah.nanti lagi hebat dikelantan selepas pemergian TGNA.

Berjihad: Kepintaran berjihad,sebagai training ground di Memali,sehingga membenarkan ahli-ahlinya memeberi nyawa semata-mata nak tunjuk hebat.

BERSOSIAL:bOLEH Mengalahkan demo bersih 4.sebabnya beradab sopan.

Bantuan rakyat:Terlalu banyaknya memberi bantuan pada palestin,sehingga terlupa beri bantuan mangsa banjir.

Boleh gantikan APCO:PAS ada ulamak yg hebat2, boleh bermimpi jumpa nabi dan sahabat2 nabi.boleh dapat ilham pertolongan allah boleh naikkan nilai mata-wang dan hapuskan gst.

tolong sambung...

Tanpa Nama berkata...

Pas yang tinggal sekarang adalah arang yang hitam dibalut kain putih @kayu mati

"Nukilan - Aku Prihatin" berkata...

Dengan berbagai statements yg dibuat oleh Presiden PAS ni bersifat bengong, ahli2 PAS yg bijak dan cerdik bomeh berfikir...tolong lah betfikir secara radional dan jgn jadi totok tak tentu arah.

Tanpa Nama berkata...

Nak tergelak aku dengar nak jadi Penasihat. Perasan sangat dia tu hebat dlm segala segi sebab orang yang hebat dan pakar saja yg boleh jadi penasihat. Tak tahulah kalau PAS boleh melantik orang yang tak tahu apa-apa jadi penasihat.
Nak jadi penasihat dalam bidang apa?

1. Bidang ekonomi - cuba tunjuk siapa yang pakar ekonomi dalam PAS.
2. Bidang Ugama - memang PAS ada yg pakar dlm agama tapi yang pakar ni juga
tak ikut pun apa yang diajar oleh islam - membaruakan,
memunafik, menjebon, memfitnah org yg berlainan pendapat
adalah. Kalau UMNO nak ubah dasar pada islam dlm umno
sendiri dah ada ramai tokoh2 ulama, mufti2 dll umno tak
perlu PAS pun menasihati dlm islam - Jgn perasan akulah
yang terhebat,
3, Bidang Pentadbiran - Mentadbir parti sendiri pun kelamkabut. Tadbir
negeri pun mampu sepenggal je.

Rakyat tua atau muda yg berilmu fikirlah secara rasional sikap PAS skrg. Kita bukan tak syg pada PAS tapi PAS skrg telah dipimpin oleh orang yg tidak proaktif dan langsung tidak mahu menerima nasihat dan tiada jati diri sebagai seorang pemimpin,

Tanpa Nama berkata...



Heran jugak dulu masa pemimpin UMNO teruk dengan macam-macam skandal dan kroni, bertanya jugak mengapa ketua-ketua dan ahli-ahli masih jadi pengikut.

Sekarang pemimpin PAS pulak merapu dan mengila, mengapa ketua-ketua dan ahli-ahli masih jadi pengikut pemimpin yang di persoalkan kewarasannya?

Sayang kan parti sampai macam ini bodoh jadi nya? Jika seseorang sayangkan pemimpin samada pemimpin di tegur atau di tinggalkan kerana sayang, sayang jugak tapi jika bawak ke mati nanti di soal lebih baik di tinggalkan.

Tanpa Nama berkata...

Bila bertemu nanti kalu bijan nak derma ikhlas 2.6 mileyon kepada PAS mcm mana hj hadi? Derma ini adalah sebagai yuran konsultasi kpd pas sebagai penasihat professional kpd umnu dlm khidmat menasihati cara2 menghadapi kemelut kejatuhan nilai ringgit, 1MDB, pelaburan asing ( bukan pekerja asing ), foreign reserve ( bukan pekerja asing ), inflasi, unemployment dan kenaikan kos sara hidup. Oleh sebab pas tidak mahu kuasa, hadi boleh lah mintak ngan bijan jawatan penghulu rusila saje selepas pilihanraya nanti. Hadi juga boleh mintak lesen niaga kat sumer pasar tani di satu mesia diberi kpd ahli pas. Nanti sumer peniaga pasar tani yg belum ahli akan masuk pas. Pas tu gi candat sotong

Tanpa Nama berkata...

Dengan pernyataan hadi tersebut maka tamatlah sudah penulisan buku cerita bertajuk 'Pas Akhirnya Karam Tenggelam'.

Karam bukan sebab kerja bodoh kelasinya. Tapi sebab kerja bahalol kaptennya yang gila. Sekarang kita tunggu saja kelasi2nya terjun kapal. Tengoklah ke mana mereka hendak berenang dan berpaut. Kalau datang ke kapal kita Amanah, kita sambut dan jamu makan. Harap2 begitulah.

Begitulah kisahnya. Tammat.

Unknown berkata...

Pas ganti apco

Tanpa Nama berkata...

apa matlamat...? nak tumbangkan najib dengan membantah 1MDB dan duit rm2.6 bil. tersebut....boleh??? kalau boleh dah tumbang dah. Dengan undi tak percaya diparliment... siapa nak sokong..??? puak umno-bn sekor pun tak akan sokong...boleh menang ke..????? dengan membantah dan menolak Budget 2016..???buat bahan lawak nazri aziz je...!!!!!!!!! ada cara lain..??? CARA LAIN YANG ADA HANYA MELALUI PRU14 SAHAJA .... MELALUI PETI UNDI SAHAJA...!!!!! buat masa ini biarkan sahaja si luncai najib terjun sungai pahang dengan labu-labunya .....biarkan dia buat sebanyak-banyak kesalahan dan jangan bantah ..kemudian ungkit masa pru14 nanti ........TETAPI SEMENTARA ITU PEMBANGKANG JANGAN ALPA LAGI... NAJIB DIBANTU OLEH APCO/MOSSAD/CIA PAKAR DALAM SUBVERSIF ANTARABANGSA ...DIA SUDAH BERJAYA PECAHKAN PAS DAN TUBUHKAN PAN...SEKARANG TENGAH BERUSAHA PECAHKAN PKR PULA MELALUI SI SAHARUDDIN KATAK SEJENIS IBRAHIM ALI....NANTI DAP JUGA AKAN DIKUCAR-KACIRKAN .......PRU14 AKHIRNYA NAJIB TIDAK TUMBANG JUGA....

Admin007 berkata...

Kapal pas di kemudi nakhoda yg gila.. Yg mengharapkan kelasi2 nya mengamalkan 5 sifat terpuji.. Dikenali sbg gerakan 5T.. Takbur, Taksub, Takfiri, Tipu & Tolol.. Yb Idris Ahmad tau pasal 5T ni..

Tanpa Nama berkata...

Tok usin ceroi kata
Tok bukanlah yg terbaik. Yg terbaik tu guru tok, dia tak pernah silap.

Dulu dia bikin amanat dia utk mnyatakan kita tak perlu masuk yahudi kafir tetapi kita boleh jadi kafir bila kita menyokong perlembagaan penjajah.

Dulu guru tok ajar kita, kita menentang amno bukan kerana dia Amno, tetapi kita menentang Amno kerana Amno mengekalkan perlembagaan kafir.

Itu dulu. Sekarang... Guru tok tetap benar tiada yg tidak benar melainkan benar2 belaka. Sekarang amanat guru tok tetap sama cuma ada 'modified' sikit kerana ada wahyu baru semenjak ketiadaan Almarhum tok guru Nik Aziz.

Amanat sekarang, kita tak perlu bersama Dap dan Amanah untuk menjadi kafir tetapi kita tetap Islam jika kita menyanjung Amno dan bekerjasama dengan mereka kerana Perlembagaan sekarang bukan lagi perlembagaan penjajah, perlembagaan sekarang adalah perlembagaan Madinah yakni Perlembagaan Islam.

Kita menentang Dap dan Amanah bukan kerana dia Dap atau Amanah, tetapi kerana kita tak dapat menumpang kekayaan dengan mereka.

Kita bersama Pkr bukan kerana Pkr itu menyokong Hudud, tetapi kita dapat menumpang jawatan Exco dan memegang jawatan dalam GLC di Selangor.


Sesungguhnya, tiadalah kafir si Din Ayam itu kerana dia menjadi kaya raya di dalam Perangsang di Selangor.

Sumber: FB Tok Usin UG Return

Tanpa Nama berkata...

masalah parti sendiri pong tak selesai..
ni nak nasihat parti saitan tue..
mampu ke? puiii....

Tanpa Nama berkata...

TULAH WHEN ADA GOLONGAN PROFESIONAL U TENDANG BEGITU SHJ. KES NI BOLEH SOLVED DENGAN DENGAR NASIHAT GOLONGAN PROFESIONAL YG ADA ILMU POLITIK SBB FOR THOSE YG MAHIR POLITIK DIAORG DARI AWAL TAHU MANA SATU BENAR DAN MANA SATU HANYA FAKTA SHJ UTK KASIH HIBURKAN HATI RAKYAT. PLUS, FOR THOSE YG MAHIR ILMU POLITIK DIAORG HARUS PANDAI BACA TIPU MUSLIHAT ORANG SBB POLITIK NI BANYAK TIPU MUSLIHATNYA. PAS NI DAH LAMA DAH DIPERMAINKAN PAKAR POLITIK DLM BN MASIH LAGI TAK SEDAR YG U ALL PAS DAH KENA TIPU DAH. KESIAN -KESIAN DAH NASI JADI TAHI DAH. OPTION PAS EITHER U JOIN SHJ BN YG KAPALNYA DAH NAK KARAM OR BERDIRI SENDIRI SEPERTI DALQM PERAHU YG TERPAKSA BERHADAPAN DGN OMBAK BESAR WHICH END UP KARAM JUGA AKHIRNYA.

mujadid berkata...

Politik Pas hari ini langsung tidak ada nilai nilai murni.Saf pimpinan Pas hari ini bertindak untuk menyakitkan hati lawan mereka terutama Amanah.Modal politik Pas hari ini tidak mampu utk mengugat Amanah kerna pimpinan Amanah adalah orang2 yang mempunyai nilai2 ehsan yang tinggi.
Saya bukan mengutuk kewibawaan pemimpin dari segi ilmu.
ISLAM itu mesti mencakupi tiga komponen penting iaitu Islam,Iman dan Ehsan.Kalau kita kekurangan satu dari komponen itu maka ia akan mencacatkan pegangan Islam kita.

Tanpa Nama berkata...

Makin lama makin terselah apa yang kan terjadi pada Psa,apa yang admin katakan setiap hari hampir menjadi kenyataan .kita harap pemgikut Pas berfikir secara matang apa yang telah dilakukan oleh Presiden Pas sendiri.kita doakan agar peminpin Amanah jangan mengeluarkan kata2 seperti Hadi untuk membalas kata2 peminpin Pas supaya rakyat dapat menilaikan yang peminpin mana yang lebih beradab dan lebih tenang.