1 Nov 2015

Hanya PAS Bas Ekspress Yang Tiada Destinasi, U-turn Sokmo...

AMANAH: Mana ada bas ekspres tak ada destinasi

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menempelak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Pakatan Harapan ibarat bas ekspres yang tidak ada destinasi.

Tegas timbalan pengerusinya, Salahudin Ayub destinasi Pakatan Harapan adalah jelas iaitu untuk mengambil alih Putrajaya melalui barisan pembangkang.


“Matlamat AMANAH jelas, kami bersama-sama rakan kita dalam barisan pembangkang mahu mengambil alih Putrajaya melalui Pakatan Harapan,” tegas bekas naib presiden PAS itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Salahuddin adalah salah seorang pemimpin progresif yang pernah ada dalam PAS sebelum mereka disingkirkan secara pukal dalam muktamar parti itu di Kuala Selangor pada Jun lalu.

Mereka kemudian menyertai Gerakan Harapan Baru sebelum menubuhkan AMANAH yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu mendakwa sebenarnya 'bas' yang dinaiki PAS kini semakin kabur dan tidak tahu ke mana hendak dituju.

“Mana ada bas ekspres dekat dunia ini bergerak tanpa ada destinasi. Semua ada destinasi.

“Cuma PAS sahaja pada hari ini kelihatan kabur mengenai destinasi dia dan rakyat melihat bas PAS tidak tahu ke mana hendak dituju,”
kata Salahudin.

Cadangan DAP gurauan biasa

Abdul Hadi dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini dilapor sebagai berkata, Pakatan Harapan umpama bas ekspres yang tidak ada destinasi.

Abdul Hadi yang dipetik Berita Harian berkata, PAS akan terus menjadi pembangkang yang beradab dan berakhlak berlandaskan Islam.

"PAS tidak akan sertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan Islam dan matlamat kerana tidak mahu menaiki bas ekspres yang tidak sampai ke destinasinya.

"Apabila tidak sampai, kita pulak kena jalan kaki jauh ...sudah tiada harapan dengan harapan yang tidak sampai destinasi ...naik bas ekspres pergi Kuantan tapi guna jalan ke Kuala Lipis maka mana boleh sampai," kata ahli Parlimen Marang itu.

Sementara itu, mengulas dakwaan DAP mungkin bertanding di lapan kawasan PAS di Selangor, Salahudin berkata ia hanyalah gurauan biasa.

Malah, beliau berkata kenyataan tersebut hanyalah tindak balas daripada hasrat PAS mahu meletakkan calonnya di kerusi yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ini kerana Pakatan Harapan setakat ini belum membincangkan isu kerusi yang akan ditandingi mereka.

“Kenyataan DAP itu hanyalah reaksi terhadap tindakan PAS yang nak bertanding di semua kerusi DAP dan saya anggap ia hanyalah gurauan biasa.

“Di peringkat Pakatan Harapan kita masih dalam proses mengukuhkan gabungan pembangkang. Kita pun tak bincang lagi soal kerusi mana yang hendak ditandingi,” tegas Salahudin. -mk

Sketsa dari Kartunis Megat




13 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...




Ramai yg silap BACA

Ramai yg tak betul2 PAHAM

Ramai yg kata sikaki PONTENG n U-TURN tuu tak tahu politik

Ramai yg kata si bapak FITNAH merapu2 tuu "bebal" n BUTA politik

Ramai yg jd keliru nape siBarua mabuk PILKUDA jd tunggang trbalik camtu?



Coba renungkan..

Jd BODO camtu kerana UMPAN

Buat2 BEBAL politik tuu kerana cekik UMPAN

Buat khianat U-Turn tuu kerana dah "terjerat" makan UMPAN

Apb dah "terjerat" UMPAN @ bangkai harta berJUTA2..jd lah hina sehina2nya!

Apb dah "terjerat" dah takleh LARI..jgn lawan Towkey nanti SPRM cari!?

Samun lah sgl ESOS Tanah Projek BALAK..dgn syarat "wajib" WALAQ pd Towkey?

W.pon Towkey dpt "DERMA?" berBillion2 "wajib" WALAQ/setia dan 'bekerjasama?

Syarat WALAQ pd Towkey mesti lah pandai U-Turn Ponteng serta FITNAH mrapu2!

Sbb tuu lah kena buat2 BEBAL n buta politik mcm budak hingusan....paham ka?



AWAS!!

***Manusia itu akan WALAQ apb dah "terjerat" dgn HARTA @ wang berJUTA2!!***



Tanpa Nama berkata...

Ayat quran dah jerat hadi. Hadi bas ekspres u turn yang tiada destinasi. Dah termakan umpan umno. Dah kantoi.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun hairan. Kenapa setiap kali pemimpin pas berkata...maka perkataan itu akan menghempuk muka mereka sendiri?! Statement mereka selalu dlm keadaan terbalik dan amat mengelirukan sekaligus sangat lucu dan meroyan.!!! Kenapa ye.... ?? Sebagai contoh.(Sekadar memetik beberapa ayat, perkataan dan idea yg dilontarkan oleh pemimpin atasan mereka)
1. Kata mereka Parti AMANAH adalah parti nyamuk dan mampu bertahun paling2 kuat pun 2 tahun.
Yang peliknya...parti nyamuk AMANAH itulah diserang siang malam pagi petang oleh pemimpin2 pas. Serangan kepada musuh pun tk sehebat menyerang parti nyamuk. Malah perhimpunan 60k baru2 ini pun angkara parti nyamuk yg sekadar bertahan 2 tahun. Kenapa nk buang masa dan tenaga habis habisan dgn parti picisan spt AMANAH yg mana cukup tempoh 2 tahun nanti akan musnah secara semula jadi???

2. Paling pening nak fikir. Pakatan Rakyat dah habis. Tapi masih wujud di selangor. Di tempat lain DAP musuh. Tapi di Selangor DAP kawan!!! Dalam masa yg sama PAS kata nak bertanding semua kerusi. Ini bermaksud kerusi DAP dan PKR pun dibelasahnya sekali. Bila DAP kata nk bertanding di Selangor cepat2 pulak melatah.

3. Pas kata AMANAH bertanding le di tempat yg Pas tk kuat spt di Sabah Sarawak. Eh...PAS yg dah wujud puluhan tahun pun tk mampu nak tembus kerusi Sabah Sarawak.

Tiba2 mintak AMANAH bertanding kat sana. Bermaksud tidak sanggup berhadapan dengan AMANAH ditempat yg Pas sendiri menang. Kenapa takut kalah dgn parti nyamuk ke?

3. PAKATAN HARAPAN tkde harapan. PH tkde destinasi kata Tuan Guru Haji Hadi. Macam janggal je bunyinya bila beliau sendiri kata Pas akan terus jadi pembangkang yg beradab!! Takde matlamat utk jadi kerajaan pun. Sekadar jadi pembangkang yg beradab sahaja!!

Setiap kali pemimpin Pas yg lain buat knyataan pasti keesokkan harinya statement itu akan di u-turn oleh Tuan Guru Haji Hadi sehingga 360 darjah!! Kenapa parti Pas masih dikekalkan nama PAS?? Kenapa tak tukar saja jadi PARTI HAJI HADI atau HAMPEH sahaja??!!!

Marilah kita terus menonton LAWAK2 MEROYAN yg akan dipersembahkan oleh pelawak2 dari parti HAJI HADI sehingga kita muntah angkara terlalu bosan...hehe

Timnajib Jomfikir berkata...

Kepada pengundi,penyokong dan ahli Pas..masa untuk kita bergerak terus ke hadapan..no u turn and u turn again..

tanya sama itu hud hud berkata...

Bukan termakan umpan,sengaja memakan umpan..
Mungkin sesiapa pun tak pernah tefikir yg hadi adalah agen umno..
Coba kita siasat,sepanjang karier beliau sebagai ahli politik,pernah tak sekali pun dia pernah dimasukkan ke lokap atau tahanan apa2 melebihi 24jam?ISA?operasi lalang?
Walaupun umno pernah suatu ketika dulu berperang dgn dia pasal kes amanat merapu.
Pun polis dan KDN tak pernah amik tindakkan..
Tak pelik ke?
Bg aku,hadi adalah agen umno yg org tak mungkin akan duga..
Makin hari makin teserlah perangai sebenar lebai marang ni

Tanpa Nama berkata...

tk habis2 dgn perumpamaan bodoh...

hudud ditipunya

makin hari makin rakyat meluat dgn hadi ni.

dia berada dlm khayalan yg dahsyat... kesan pil kuda begitu ketara.

knon jd prmbangkang pd yg tk betul... tp ucapan kelihatan najib umnu srmua betul... yg byk dikritik adalah PH.

makin menyalak makin jelas apa makhluknya

dia ingat gelaran ulamak itu turun dr langit ke mcm nabi2.

ulamak semata2 dgn sbb kelulusan agama...akhlak tk mcm ulamak

dgn 2.6b najib berjaya bodohkn pasug...tunggulah sampai kiamat duit tu tkkan dpt kt pasug selagi rosmah hidup... byk lg dia nk shoping... nk buat apa bg pkhaji bengong

Tanpa Nama berkata...

Menyampah tenguk muka.menyampah nak dengar ucapanya/menyamapah nak komen .puiii

tungkaran hati berkata...

Bukanlahh namanya PAS kalau setiap kali berbicara, pasti ada dustanya...peristiwa yang lalu-lalu menjadi buktinya apalagi kalau sering pusing-pusing...u-turn gitu !

Tanpa Nama berkata...

Wahai penyokong PAS jangan biarkan PAS menjadi sebuah parti politik yg berbelit-belit. Kepimpinan PAS yg ada hari ini perlu dipinggirkan. Semalam cakap lain, hari ini lain, esok lain, lusa lain, minggu depan lain dan bulan depan lain. Iskandar Samad cakap BN musuh PAS, Takiyudin cakap PAS tak boleh bersendirian, Harun Din cakap PAS sedia bersendirian, Hj Hadi cakap nak jadi penasihat BN dan berpelukan dgn Ibrahim Ali... Aduh pening. Yang mana satu nak pakai ni. Penyokong PAS sedarlah..parti anda sedang menyusuri jalan yg membawa kepada kehancuran. Rakyat terbanyak keliru, pening, ternganga- nganga melihat gelagat pemimpin PAS yg seolah-olah hilang arah. Akhirnya rakyat terbanyak akan hilang keyakinan terhadap PAS. Penyokong PAS perlu bertindak sekarang sebelum terlambat...singkirkan Kepimpinan PAS sekarang atau berhijrahlah demi moral dan tanggungjawab terhadap rakyat dan masa depan yg lebih mantap untuk anak cucu kita.

Tanpa Nama berkata...

Pas ni elok jadi badan dakwah jer atau ngo atau jadi majlis penasihat ekonomi UMNO pun ok.

Matlamatnya ke syurga jer. ermmm sejak bila pulak umno boleh terima nasihat? Mohon pencerahan sikit.

Tanpa Nama berkata...



Hj Hadi tidak ingat bas rombongan yang bawa ahli PAS terbakar di Tol Seremban.

Ritchie Blackmore berkata...

Jgn lupa ostat nasa tu jambatan buat jibbi dan hadi.Dalam jubah hadi pun dia masuk dlm kain rosmah pun dia masuk...