2 Nov 2015

Parti "Oren" Turki, AKP, Menang Besar, Melebihi Sasaran

Parti pemerintah Turki, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan ) telah memenangi kembali majoriti dan sekaligus berjaya menubuhkan kerajaan satu parti selepas pilihan raya umum di negara itu semalam, menurut perangkaan rasmi.

Dengan hampir semua undi dikira, AK Party telah berjaya memperolehi 49.4 peratus, melebihi dari sasarannya iaitu sekita 40%-44%, mengalahkan Parti Rakyat Republikan (CHP), yang ketinggalan jauh di tempat kedua dengan 25.4%. Parti pegerakan nasionalis (MHP) mencatatkan 11.9 manakala Parti Demokratik Rakyat (HDP) yang pro-Kurdish hanya memperolehi 10.7%.



Ini bermakna AKP dijangka memperolehi 316 kerusi, CHP 134, MHP 41 manakala HDP 59 kerusi.

Presiden Recep Tayyip Erdogan akan kekal menerajui parti kerajaan tunggal di Turki.

Parti AK beliau telah berjaya mendapat majoriti dengan ketara sejak 2002 walaupun jatuh sedikit pada pilihan raya yang lepas pada bulan Jun lalu.

Perdana Menteri dan pemimpin Parti AK Ahmet Davutoglu menulis di dalam tweetnya "Alhamdulillah" (Syukur kepada Allah), sebelum muncul di rumah keluarganya di bandar Anatolia, Konya untuk memeberikan ucapan ringkas kepada ramai penyokong AKParty yang bersorak kegembiraan.

"Hari ini adalah kemenangan untuk demokrasi kita dan rakyat kita ... Mudah-mudahan kami akan dapat berkhidmat dengan baik untuk anda semua untuk tempoh empat tahun lagi sebelum kita berpilihanraya lagi pada 2019," katanya.

Parti HDP (lebih kurang PAS di Malaysia -GB) menjadi sugul semasa kelputusan diumumkan semalam. Parti itu telah mengurangkan kempen pilihanrayanya kali ini setelah mengetahui mereka dtolak oleh majoriti rakyat Turki.

Parti itu memperolehi undi yang lebih kecil berbanding pilihan raya Jun lalu apabila hanya meraih sekitar 10.7% berbanding 13% pada pilihanraya yang lalu. Kalaulah tidak dengan kemenangan besar AK Party pimpinan Erdogan, berkemungkinan parti itu telah berjaya memperolehi kemenangan yang lebih besar, lapor Reuters.

Mustafa Akyol, seorang penganalisis dan kolumnis Turki berkata, keputusan semalam adalah kemenangan besar dan tidak dijangka untuk parti AK.

"Serangan pengganas yang semakin meningkat dan penurunan ekonomi sejak Julai dicipta untuk menimbulkan keresahan mengenai ketidakstabilan politik di Turki.

Mereka yang mementingkan kestabilan akan mengundi Parti AK, bimbang bahawa kerajaan kerajaan selain darinya adalah tidak baik untuk Turki sepertimana berlaku pada tahun 1990-an," demikian Akyol memberitahu Al Jazeera.

Lebih daripada 54 juta orang telah berdaftar untuk mengundi di 175,000 pusat pembuangan pada hari Ahad. Kadar penyertaan adalah sebanyak 86.1 peratus.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Ini satu tarikan jika boleh di anggap petunjuk kepada yang masih hijau di luar oren di dalam. Jangan tunggu lama-lama nanti di baling kayu oleh orang !

Dan sebagai penasihat UMNO sudah tentu di syorkan apa sahaja warna oren hendak lah di tukar ke merah dan hijau.
Kan UMNO pernah tukar bumbung hijau jadi biru gelap.


Tanpa Nama berkata...



Tak perlu pompang-pompang pasal Islam.
Tak perlu berserban dan kupiah putih.
Tak perlu terhegeh-hegeh nak nasihat orang.

AKP menang !!

Parti HDP (lebih kurang PAS di Malaysia -GB) tapi rasa nya tak seteruk PAS yang buat hudud setakat yang boleh, yang bila bercakap pasal Islam dia sorang je lah yang tinggi ilmu nya dan yang buat amanat untuk sendiri memungkirkan nya.

Kepada Allah kita kembalikan.

Unknown berkata...

APAAAA parti HDP.. ( lebih kurang mcm parti pas klu di malaysia )... gundah gulana ustaz2 serban baca arrikal ni..

Tanpa Nama berkata...

itu turkey dan orang turkey, bang.... bukan orang malaysia, melayu terutamanya.....mereka ada atika yang sangat mantap.... yang salah tetap salah dan tidak akan disokong selama-lamanya ....di malaysia, pemimpin yang lakukan atau bersubahat dengan kesalahan jenayah besar: membunuh, rasuah, salahguna kuasa dll pun masih disokong membabi buta .... wakil-wakil rakyat mereka takut kepada pengundi, di malaysia rakyat takut kepada wakil rakyat ... mereka membantah secara baik dahulu dan kalau tidak dilayan, mereka adakan tunjuk perasaan yang bertukar menjadi rusuhan sekiranya pemimpin yang mereka bantah tidak mahu berundur ................malaysia, bagi br1m rm650, semua bodoh macam ayam kena sampar....................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...



Mana-mana negara yang satu masa dulu pernah di pimpin oleh pemimpin yang korup telah berubah dan maju kehadapan.

Malaysia dalam apa-apa hal pun,tetap selalu terkebelakang.

Tanpa Nama berkata...

Mana hudud!! Mana hudud!! Mana hudud!!
Umno ada kuasa,klu umno nak hudud..dah lama umno buat

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...dah masuk penggal ketiga AKP menang majority...tapi tak pula terhegeh2 nak laksanakan Hudud..tak mcm kat sini..menang pun tak lagi..dok sibuk kafirkan jemaah sendiri yang tentang utk laksana hudud versi puak2 lebai kampung...harap serban je besar..otak kecik..lain yang dibincang lain pula yang di soalnya..betul laa dunia akhir zaman, jual agama lagi untung dari jual unta....

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi ditunggu wahai pemimpin dan rakyat yang memilih berbaju oren. Tingkatkan kerja tuan2 dan puan2 ke arah memenangi hati rakyat jelata. Buktikan Pakatan Harapan boleh membawa negara ini ke jalan yang betul. Tunjukkan keperihatinan dan kepandaian untuk membela rakyat. Bukan keperihatinan yang berpura2. Bukan pula kepandaian untuk kemewahan diri sendiri dan kroni.

Kalau rakyat sudah kita takluk hatinya, barulah kita boleh memenangi peti undi pulak. Rakyat yang sukakan kita kerana keindahan akhlak dan budi pasti memilih kita sebagai pemimpin dalam pulihan raya nanti.

Jangan lagi buang masa sambil gelak2 kah kah kah tengok kelaku parti pas tu. Tok ketuanya telah disahkan gila nak jadi ketua. Perasan hebat kononnya nak berdamping dengan najib sebagai penasihat. Marah betul arwah bapa saya dulu2 kalau saya mengejek2 orang gila. Takut dia datang dan cepuk kita, tak pasal2 naya dibuatnya.

cikmatgelap berkata...

kecoh2 hudud konon,mana hududnya woi hadi woi,buat kecoh je....sampai pecah belah pakatan......kau kojol nanti ngko jawab le ye

abrarmujahideen berkata...

Mat Sabu ceramah smpi ceruk kampong sya..tmpt jin bertandang..good job..kita cuma usaha..tuhan lah yg akan bagi hidayah petunjuk sepanjang hidup

Tanpa Nama berkata...

Ustaz2 berserban??? Fikir dulu nak tls komen. Serban ni pakaian sunnah nabi muhammad. "Ustaz2 berserban" rasanya mcm tak kena ja. Lbh elok cikit tls ustaz berkopiah putih(sebenarnya melebel orang dgn pggilan tidak disukai tetap berdosa).

Tanpa Nama berkata...

Betul dah lama dah klu nak. Dap tak nak hudud kita faham sah2 dah kafir..ini orang islam sendiri yg ta nak. Logiknya smpai bila2 la tak jln hudud. Apa yg penting niat dan usaha orang islam nak lihat hukum ini dijalankan. Itu sebenarnya yg allah nilai

Tanpa Nama berkata...

hello anon 5:35 PM

betul pakai serrban itu sunnah nabi, tetapi kalau berserban tapi kuat memaki hamun dan melabel orang lain maka itu dua kali dosa dari org tak berserban.

ps saya nak beritahu di negara-negara arab orng yang berserban itu juga ramai yan g kristian dan yahudi..

Tanpa Nama berkata...

Anon 5:49 PTG,


Anda kata "apa yang penting niat dan usaha orang Islam nak lihat hukum ini dijalankan".
Kami di dalam AMANAH juga ada niat dan ada usaha untuk menegakkan hudud. Tetapi dengan cara dan kaedah yang berbea dengan PAS.

Malah Kedtua Ulama Sedunia, Sheikh Yusof Qardawi tidak setuju dengan kaedah PAS. Al-Qardhawi kata tegakkan kehidupan Islam dahulu bukan hudud.