3 Nov 2015

K'tan Naikkan Elaun ADUN Tapi Tak Bayar Tunggakan Kakitangan YIK

Wakil rakyat Kelantan dapat elaun RM8,000 sebulan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan, berkuat kuasa Januari depan.

Menurut portal Berita Harian Online, keputusan dibuat selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membentangkan Enakmen Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 1980.


Ahmad berkata, kenaikan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab semua ADUN terhadap rakyat bagi memastikan kebajikan dan keperluan mereka terjaga.

"Kerajaan negeri sangat memahami perkara ini di mana sebagai wakil rakyat mempunyai banyak tugas berat bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

"Mereka perlu mengambil kira kedudukan kewangan masing-masing bagi menyelesaikan kesengsaraan rakyat.

"Justeru, kadar kenaikan gaji kepada RM8,000 adalah sangat tepat untuk masa ini bagi meringankan beban wakil rakyat yang perlu menjaga kebajikan rakyat masing-masing," katanya dipetik portal itu. -mk


Kelantan akui tidak bayar caruman, potongan gaji guru YIK RM14.6 juta

Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas.

Beliau berkata potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).

"Tunggakan sehingga September tahun ini sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta kerana YIK perlu menyusun kembali bayaran selepas berlakunya pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bermula pada tahun lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan mengenai masalah guru YIK yang mendakwa berlakunya tunggakan caruman kepada agensi pencarum.

Fadzli berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa pelan bagi mengatasi masalah tunggakan itu, namun setakat ini masih gagal dilaksanakan.

"Kerajaan negeri masih belum menerima keuntungan pelaburan sebanyak RM10 juta daripada anak syarikat milik kerajaan negeri, namun kami ambil tindakan terhadap pihak yang bekerjsama dengan kita itu.

"Selain itu, kerajaan negeri membuat bayaran sebanyak RM2 juta kepada pihak berkaitan bagi mengurangkan jumlah tunggakan," katanya.

Dalam pada itu, Alwi ketika ditemui di luar dewan berkata alasan dikemukakan oleh kerajaan negeri adalah meragukan kerana kerajaan persekutuan sentiasa memberi bantuan terhadap Kelantan terutama dari segi belanja mengurus.

"Alasan yang diberi itu agak meragukan saya kerana dia kata duit pembangunan tiba-tiba jadi tinggi, kemudian kerana pelaburan tak menjadi.

"Sudah 10 tahun kerajaan persekutuan beri bantuan kepada Kelantan untuk belanja mengurus. Tahun ini sahaja sebanyak RM85 juta (untuk belanja mengurus)," katanya.

Beliau turut menyarankan agar kesemua 16 sekolah agama di bawah seliaan YIK didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri, sekaligus membela nasib guru di sekolah berkenaan.
– Bernama


ULASAN GB

Amat ketara kerajaan negeri Kelantan selepas era TGNA kini sudah "tidak membangun bersama Islam" apabila mementingkan kocek dan perut sendiri apabila meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan sedangkan tunggakan bernilai RM14.6 juta kepada guru-guru dan kakitangan YIK tidak dilunaskan terlebih dahlu.

Di bawah pentadbiran baharu selepas TGNA, kerajaan Kelantan sudah tidak takut dengan dosa. Slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM hanya kosmetik untuk memperdaya rakyat sedangkan hakikatnya pemimpin kerajaan negeri Kelantan lebih mengutamakan kebajikanwakil-wakil rakyat untuk hidup bersenang lenang di atas kesengsaraan, penderitaan dan airmata rakyat.

Ini belum lagi ditinjau keadaan rakyat yang menderita yang masih tinggal di khemah-khemah akibat daripada kesan banjir yang melanda Kelantan pada tahun lalu.

Betul-betul manusia tak berakal. Kejam dan zalim! Tidak tahu nak mengutamakan apa yang utama. Dah setaraf dengan UMNO.

Apakah ini wajah kerajaan Islam yang ingin ditonjolkan oleh Kelantan? Sebelum ini kerajaan Kelantan sibuk dengan pembentangan hudud. Katanya itu hukum Allah yang perlu ditegakkan dan perjuangan itu perlu diutamakan sedangkan Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof AL-Qardhawi telah terang-terang menyatakan "tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud!".

Sekarang mana hududnya? Ditipu dan diperdaya oleh UMNO. Hudud hanya agenda politik kumpulan ulama PAS untuk mengenepikan profesyional semasa muktamar yang lalu. Dan isu hudud hanyalah untuk menutup kelemahan, kebobrokan dan kebodohan pimpinan PAS Kelantan mentadbir negeri.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kerajaan PAS Kelantan tetap akan menerima hukuman berat dari Allah swt. Yakinilah!

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Sepatutnya gaji Adun Kelantan di potong sebab gagal bentang hudud di Parlimen.

Bagaimanapun, di ucapkan terima kasih kepada Najib ... Tak sia-sia Presiden buat kenyataan yang membela dan sokong Najib ...

Tanpa Nama berkata...

Kami rakyat kelantan pun dah meluat dengan ahmad yaakob dan nik amar serta konco-konconya.
harap2 AMANAH bertanding di Kelantan nanti. Jika tidak, kami sekampung boikot pru.

Tanpa Nama berkata...

Kami oghe klate la ni tgkkan sajo tok mat dan ayah amar,kami dok tggu pilihanrayo

Tanpa Nama berkata...

Dah banyak pun harum manis dalam pas sendiri.

aku berkata...

Kesian PAS ni, serba tak menjadi.

Unknown berkata...

Salam:


SPEECHLEES,bagaimana negeri yg mengaku membawa islam sebagai cara-hidup dan undang2 islam sebagai dasar, tapi lebih mementingkan kesenangan dan kemewahan ,sepatutnya Kelantan negeri yg membawa contoh pada so call negeri secular yg lain,para-para ulamanya,dan dun2 yg membawa contoh nabi dan sahabat2 yg hidup cukup sederhana.Janganlah ikut negeri2 seperti selangor dan penang mereka ada Billion "surplus".Maknanya segala apa yg Hadi cakap,semuanya dusta,mana mungking PAS nak jadi pendakwah pada BN,sedangkan perangai dia lebih kurang sama macam BN.

CUKUPLAH DGN BASIC GAJI BULANAN,ISLAM MENGAJAR HIDUP SEDERHANA!!
Elaun apa yg tak cukup pada ADUN/MB kelantan?mereka ada elaun outstation/subsistent,mileage,hotel?mereka ada keninderaan negeri!bila buat activity kerajaan semua kerajaan negeri tanggung!kedudukkan mereka jauh dari kota besar macam KL/JB/PENANG Cost of living kurang.

Ada justification ka!!ekonomi okay ka??ada billion-billion "surplus" ka?pertanian meningkat ka??dapat royalty ka??apa hasilnya exco2 melawat luar negara?dapat hasilkan technology tempatan baru ka??

Bagaiman perumahan rakyat?bagaimana ekonomi rakyat?bagaiman mangsa banjir?pendidikan rakyat?alam sekitar rakyat?ini WAJIB DISETTLEKAN DULU...Jika ikut cara ISLAM.Bukan orang2 besar dulu.

Inilah masaalanya PAS,Mengunakan ISLAM semahunya,dan sekarang mengunakan approch dakwah pula,kita tak menjadi masaalah jika PAS tak gunakan ISLAM,lantaklah ia,Tapi bila gunakan ISLAM,membuatkan semua orang ISLAM di malaysia terbabit, beginikan cara sebenarnya nabi dan sahabatnya lakukan masa mereka memerintah negara!!pernah nabi mengajar sahabat2nya berlapar hanya berserah pada ALLAH,mereka pernah tumbang saorang tiap saorang ketika sedang sembahyang.bila mereka buka baju masing2,setiap saorang ada ikat batu,disetiap pinggang masing2,bila dibuka pada nabi ada 2 batu pada pinggangnya.Cara beginilah NUSRAH ALLAH Turun,bila sahabat2 membuat sesuatu dgn iklas dan berakhlak,banyak negeri2 jatuh ketangan islam,berbondong-bondong orang masuk islam.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

perasan tak dia sebut tunggakkan sejak 2001? maklumat dr YB Husam menunjukkan bermula dr 2014.

satu cubaan utk menuduh arwah TGNA dan YB Husam?

bila lah pas nak berhenti menipu ni? hudud dia tipu. janji letak jwtn mb pun tipu. amanat hadi pun tipu...

mungkin ulama pas ada nas yg tipu tak berdosa?

Unknown berkata...

Apa nak jadi pas ni.. aku yakin pru14 memang kena kerajaan pas kelantan ni. Yang heran... ustaz2 serban ni masih sombong dan ego.. takut nanti kalau ada lahir parti islam yg pakai jubah dan serban rakyat malaysia tak percaya lagi...60 tahun pas kat malaysia.. ini perangai pas sebenarnya.. memang selama ini ustaz2 serban ni segan dgn TGNA..meninggal je TGNA.. serban ganti tanduk.

Tanpa Nama berkata...

Sekrg dah pakai kete mewah dan angkat umah berjuta2 mana cukup nak bayar semua tu hehehe nak amal Islam konon...lagi merosakkan Islam ada ler nauzubiLLAHiminzaalik bila TGNA dah meninggal melampau2 geng2 ustaz ni

sizzly7761 berkata...

Pemimpin PAS ni senang lenang hasil jual agama secara borong..PRU14 ni minta rakyat kelantan jangan termakan umpan agama dari puak2 lebai kelaghoh...jangan percaya kepada Mat Yaakob dan Mat Rover..

Tanpa Nama berkata...



justification ??

Habis yang bini dua dan yang nak berbini dua, bukan justification ke ?

Tanpa Nama berkata...


Kalau tak silap, kat Kedah semasa PAS tadbir ada masalah dengan gaji dengan kakitangan pusat pengajian kan ?

Tanpa Nama berkata...

Siap MB dan exco serta bini semua pergi "lawatan sambil belaNja".
Masa tu dah tau dah..melangkah pintu neraka

Tanpa Nama berkata...

Kau tunggulah pembalasan rakyat di pru nanti..dasar ulamak plastik..

Tanpa Nama berkata...

Semenjak nmpk mewah ni..mana ckup nk maintain kehidupan dgn elaun lama..lg pn klau bila kalah dlm pru nnti ..mkn pencen pn besar skit..x gitu mb dn tmb..

Tanpa Nama berkata...

umar ibn Aziz kaya seblm jadi khalifah tp jadi miskin stlh dilantik jd khalifah...

ulama pas, miskin seblm dilantik, kaya stlh dilantik...

Pemimpin kafir pun lebih baik dr ularmak pas. Dia perintah negara bukan mcm pas baru perintah negeri dah kelapak harta.

José Alberto "Pepe" Mujica Cordano born 20 May 1935) is an Uruguayan politician who was the 40th President of Uruguay between 2010 and 2015. A former urban guerrilla fighter with the Tupamaros, he was imprisoned for 13 years during the military dictatorship in the 1970s and 1980s. A member of the Broad Front coalition of left-wing parties, Mujica was Minister of Livestock, Agriculture, and Fisheries from 2005 to 2008 and a Senator afterwards. As the candidate of the Broad Front, he won the 2009 presidential election and took office as President on 1 March 2010.

He has been described as "THE WORLD'S HUMBLEST' president" due to his austere lifestyle and HIS DONATION of around 90 PERCENT of his $12,000 monthly SALARY to charities that benefit poor people and small entrepreneurs.

Tanpa Nama berkata...

kawe ore pasir mas hrp Nik Abduh taj jadi calon MP Pasir Mas lagi tahun depan. malu muko wei. Tokleh harap langsung.. TQ 4ever

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah Ya Robbi. Kasihan sungguh rakyat kelantan dapat pemimpin macam ini. Belum cukup ke segala gaji dan elaun sebagai tok ketua selama ini. Rasanya makan minum semua dibelanjakan. Kereta dan petrol percuma. Naik pesawat negeri bayar. Begitu juga hal api air. Pendek kata hal kewangan bukan masalah utama.

Selalu ada permintaan anak2 buah yang mohon bantuan segera nak ditunaikan maka bolehlah ambil dari peruntukan kawasan masing2. Buatlah tabung kebajikan rakyat secara halal dan sistematik. Ramai anak2 buah yang kaya raya pasti nak membantu. Selain taat menunaikan zakat, mereka sedia membantu orang2 susah di kariah mereka. Tok ketua cuma beri nama dan sokongan sahaja.

Kerajaan pusat dapat hasil minyak kelantan dalam satu minit sebanyak lapan ribu rial tapi bayar lapan puluh darham saja ke? Kenapa tak tulis surat setiap hari supaya minta lebih sikit. Tulis surat setiap hari? Gila ke hapa kau ni. Ya, tok ketua kena tulis surat setiap hari minta hak mereka sendiri demi rakyat, apa salahnya. Lebih elok gajikan satu hamba Allah tua yang soleh supaya dia panjat tangga kementerian termengah2 setiap hari dan serah surat itu by hand. Lepas serah surat terus angkat tangan berdoa kesejahteraan kepada semua makhkuk di opis tu.

Buat le macam tu. Bukan tak berkesan. Cina2 yang sekarang kaya raya dah lama berjaya kerana pakai teknik tu le. Sejak zaman tengku bedulrahman lagi cina2 ini datang pagi2 tunjuk gigi mancung. Akhirnya mereka dapat semua projek dana belanjawan negara yang berjuta laksa itu. Sekarang, cina malaysia dan negara china jadi kaya sebab buat macam tu le. Apa nak dimalukan. Ini soal nasib masa depan anak cucu kita jugak.

Nak harapkan hasil negeri dah tak nampak jalan. Hari2 melilau cari di bukit, di hutan, di kampung hingga ke laut pun nampaknya dah tak ada untuk menampung dana negeri. Yang ada hanya harta milik rakyat. Cukup menampung keperluan mereka sahaja. Jadi, kena minta jugak2 le hasil minyak ini. Itu sajalah yang saya boleh bagi jalan. Sebab saya kasihan kepada rakyat kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Orang lain pun ada anak bini nak di beri makan minum dan pendidikan.

Ingat lah wahai pemimpin PAS. Semasa kamu seronok bergembira dengan kenaikan ini dan bercuti dengan bini kamu, ada anak sedang menangis kelaparan dan ada isteri yang mengeluh dalam doa kepada Allah.

Berat sungguh mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.

Abdul Said berkata...

SATU bukti kukuh dan nyata PAS kini adalah parti ulamak yang mementingkan perut dan benda bawah perut. Tanggungjawab kepada rakyat dan kakitangan tidak penting dan boleh diabaikan.!!!

Tanpa Nama berkata...

dulu dok kutuk umno/bn naikkan elaun adun/mp. skrg dia pula ikut. ustaz oh ustaz, cakap tak serupa bikin....

Tanpa Nama berkata...

Sedarlah wahai penyokong PAS, jika sudah ke tahap ini pun anda masih menyokong ustaz ustaz duitan ini, maka sedarlah Allah telah menutup hati kamu dari melihat kebenaran. Jangan begitu saudara, kita hidup di dunia sebentar saja. Buanglah sifat taksub dan assabiyah itu.