21 Nov 2015

Husam Libas Din Ayam: "Jangan Bersikap Lebih Buruk Dari Firaun"

Husam seru menantu Hadi jangan lebih buruk daripada Firaun

Datuk Husam Musa hari menempelak ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad agar tidak bersikap lebih buruk daripada diktator Mesir Firaun dengan menetapkan syarat debat secara sebelah pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata demikian sewaktu merujuk cabaran debat menantu presiden PAS itu kepada beliau yang ditetapkan berlangsung esok di kolej milik PAS di Gombak.


"Sehebat dan segagah Firaun sekali pun, bila hendak ditentukan masa, tarikh, tempat dan bentuk pertarungan antara Nabi Musa dan profesional sihir diraja, Firaun berunding dengan Musa.

"Tidak ada keputusan unilateral atau sebelah pihak dilakukan. Pada hal Firaun itu diktator yang paling tersohor. Runding tetap berlaku.

"Itu aturan daripada dunia peradaban silam. Ia kekal hingga kini sebagai amalan bersopan yang diikuti di mana-mana," kata Husam dalam kenyataannya.

Walaupun tidak menyebut nama Zaharudin, Husam dipercayai merujuk kepadanya memandangkan beliau mencabarnya berdebat dan menetapkan terus tarikh, masa dan tempat debat berlangsung.

Zaharudin yang dikenali dengan nama jolokan 'Din Ayam' pada hujung Oktober lalu mendakwa Husam cuba menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan seperti kejatuhan PAS Kedah sebelum ini.


Beliau kemudian menerusi akaun Facebook miliknya mencabar Husam berdebat dengannya mengenai kejatuhan PAS Kedah dan Terengganu dan menetapkan debat itu berlangsung pada 10 pagi 21 November, 2015 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Gombak.

Husam berkata, sehingga kini beliau tidak pernah dihubungi secara rasmi bagi menyertai debat itu.

"Rupanya ada juga insan ingin mempamerkan keberaniannya yang luar biasa dengan menetapkan sendiri tarikh, tempat, masa dan segalanya berkait apa dikatakan debat saya dan beliau.

"Saya tentunya tidak lebih baik daripada Nabi Musa dan dia tentunya tidak lebih buruk berbanding Firaun.


"Mengapa untuk isu 'debat' yang tidak sehebat mana pun, perlukan eksploitasi serendah itu? Dunia sudah menjadi begitu sempit untuk satu pengaturan yang bersopan?" soalnya.

Katanya, Zaharudin yang disifatkannya seperti seorang "hero", secara bersendirian menetapkan tarikh esok untuk Husam bertemu dengannya di KUISZM.

"Saya tidak ada masalah menemui beliau di mana-mana jua tetapi biarlah resam diikuti ramai digunakan. "Janganlah kerana beliau begitu hebat, insan kerdil lain kena mengikut semua telunjuknya, hatta tarikh debat pun hanya beliau yang mesti tentukan seorang diri," kata Husam yang kini berada di China dan hanya akan pulang pada 22 November.

Sementara itu dalam kenyataan sama, Husam menyambut baik kesediaan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menemui beliau berhubung dakwaannya terhadap pembalakan dan pentadbiran Kelantan.

Namun, menyatakan kesediaan itu hanya diketahuinya melalui lidah rasmi PAS tanpa sebarang makluman secara langsung, beliau berharap pertemuan itu dapat diadakan seminggu selepas beliau pulang ke tanah air.

Katanya, laporan sama mendakwa Takiyuddin sudah menghantar jemputan rasmi, namun notis itu belum diterimanya setakat 14 November iaitu tarikh akhir beliau berangkat ke China.

"Memandangkan notis itu amat singkat, saya sangat menghargai jika setiausaha agung PAS dan Dewan Harian Pusat dapat menangguhkan, sekurang-kurangnya seminggu selepas saya berada dalam negara.

"Ini untuk membolehkan masa dan keadaan lebih selesa bagi saya menyediakan apa-apa persiapan yang perlu," katanya. – TMI


PAS PERLU BERSIKAP JANTAN APABILA BERHADAPAN DENGAN DATO HUSAM MUSA

Kota Bharu. Pas digesa supaya lebih bersifat professional atau "jantan" untuk berhadapan dengan Dato Husam Musa. Tindakan Pas yang menyerang Dato Husam ketika menjelang nya sambutan 60 tahun Pas Kelantan dengan menaikkan kain rentang yang berbunyi " Husam Musa Sila Letak Jawatan" jelas menunjukkan sikap bacul Pas dalam menangani kemelut dalaman antara Pas Kelantan dan Dato Husam. Kain rentang yang dinaikkan di bandar Kota Bharu jelas menunjukan sikap sebenar Pas yang takut akan gelombang yang di bawa oleh Dato Husam.

Ketika Dato Husam mengajak pihak Pas untuk berdebat telah ditolak dan pelbagai alasan diberi. Selain itu cabaran Dato Husam terhadap Presiden Pas DS Haji Hadi agar berbaiah talak isteri untuk menafikan wujud nya hubungan antara Pas dan Umno. Malah Dato Husam dikecam oleh pihak Pas kerana memberi cabaran tersebut.

Jika pihak Pas Kelantan merasakan Dato Husam memberi masalah kepada mereka pecatlah beliau secara terhormat dan bukannya dengan menyerang beliau secara "baling batu sembunyi tangan".

Jika diamati secara mendalam cabaran Dato Husam tersebut mempunyai asas yang kuat. Ini kerana terdapat juga banner yang menyatakan sokongan secara terbuka yg dibuat oleh pihak Perhubungan Umno Kelantan melalui Pengerusinya DS Mustapa Mohamad yg mengalu-alukan program Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan.



Pesanan kepada Pas jika ingin terus bersama dengan Umno nyatakan secara terbuka hasrat itu. Jangan memberi masalah kepada pakatan pembangkang di negara ini dalam menghadapi BN. Gabungan Pas dan Umno dilihat tidak memberi kesan kepada sokongan rakyat yg kini semakin jelas muak dengan pentadbiran Umno Bn yg semakin menyusahkan rakyat. 
-diterima melalui WA dari seorang pembaca blog GB


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Si ayah suruh Husam bergusti sorang-sorang. Tapi si anak pulak yang nak sangat bergusti sorang-sorang.

Din Ayam tidak layak menduduki Majlis Syura kerana telah kehilangan kewarasan

Jeman berkata...

sapa dia din ayam ni nk banding dgn husam? Apa beza dia dgn khairi jamaluddin masa paklah jd pm? Menantu hantu apakah ini?

Tanpa Nama berkata...

Jangan dok buat main...ni menantu abah ni...semua rakan rakan kata beliau sangat hebat dalam bidang ilmu sehingga menjadi rujukan pelajar lain ketika masih menuntut di uni.
Kadang aku yang tak penah jejak ke uni obersi ni terpikiaq jugak...awat pelajaq ni tak pi Tanya profeser depa...kan ka nama uni..tapi tak...yang menjadi rujukan tetap menantu abah. Mmm memang power la kan menantu abah ni...
Tapi satu aku nak habaq kat En Zaharuddin, alo u-stat idup kadang mampoih, hang kot jadi kepala bana sekalipun, hang ingat orang heran kaa...hang jangan pikiaq hang katam kitab 80 90 bijik dah cukup...hang tak payah dok sembang la ayam...aku lama dah dok dengaq pasai hang ni...harap jangan bertemu, kalau jumpa memang aku ajak hang debat. Takat nak katam kitab, tak payah pi uni pon boleh katam...timbul keraguan atau persoalan boleh pi rujuk pada yang mampu...hang jangan ingat hang buleh cakap arab teruih dapat paspot masuk sorga..kalau takat hang la En Zaharuddin...belambak dok ada..sembang pompang pompang...tapi baloq liat...keh tu tembon lemak elok dok ada...hahaha.
En Zaharudin, maaf atas keterlanjuran kata kata. Terima kasih.

Abdul Said berkata...

Macam nilah betul-betul jaguh. Menantu abah kena tunjukkan keberanian. Tapi jenis ayam kampung, berani dalam reban sendiri jelah.

Unknown berkata...

Paklah.. jatuh sbb menantu... tuang presiden pun akan ikut gak nanti.. semua org tertanya2.. sape dia ni.. sampai dpt jadi org kuat perangsang... tak pernah cipta nama..tiba2 di jolok kan supaya naik.. aku rasa kalau dia takde kat perangsang tu... org selangor kurang marah kat pas..tp apa nak buat.. semua pimpinan pas selangor tak berani berbunyi.. sbb menantu abah.. rakyat selangor seolah2 berdendam dgn din ayam ni sbb kes kota damansara tu...

Jeman berkata...

Kan.. geng cai lain tu sume die le yg setup.. razman perak pon die jgk le yg endorse kt pak mentua.. aku rase dia ni la real trojan horse.. asal dr geng isma, pro hassan ali kot menantu seko ni.. dpt pak mentua kaki mroyan.. setel..

Tanpa Nama berkata...

Azmin. Hebat pr kau ni. Betul ke dia jadi penasihat kau atau dok melingkau je kat rumah perabih beras. Azmin. Orang cerdik itu kemas cara pengurusannya. Mantap susun atur programnya. Indah cara berbahasanya.

Budak yang baru habis upsr pun tahu cara pengurusan yang betul. 'Hello. Tuan dah ready ke kita nak berbahas ni. Sakit?. Ohh. Takpe takpe. Tuan berehat dulu sambil makan ubat. Call saya bila ready ye. By'.

Ini tidak. Main susun meja. Sewa mikropon. Pinjam khemah. Minta sponsor bihun. Tiba2 umum nak lawan beberapa jam lagi. Gila ke hape? Lawanlah mung sorang2 ke ke ke ke.

Che ding oii. Sebodoh2 ajk kampung tak sekolah mereka tak buat macam tu. Semua program disusun elok2. Sampai masanya berjalan cukup2 sempurna.

Tanpa Nama berkata...

Wahai ulama2 dlm PAS, dimana suara2 kamu..melihat segala ketempangan ini..adakah diam membisu tanpa memberikan penjelasan sewajarnya itu merupakan kaedah perjuanganmu? duduklah dibenteng hadapan menghadapi panahan2 soalan yg diajukan...perbetulkan segala2nya..hadapilah dengan hujah2 yg kukuh.jgn diam kelu lidah xterkata...dimanakah ketinggian nilai ilmumu...perbetulkan yg salah dikalangan mu...jgn wujudkan semangat assobiyah dikalangan jemaahmu...

Tanpa Nama berkata...

Memang dalam pas bila lawan toke surat jemputan smpai setelah selesai mesyurat. Kemudian tindakan diambil mengikut peraturan parti. Pernah berlaku di besut sebab besut masa tu banyak duit. Ada sesiapa ingat.......

Tanpa Nama berkata...

kalau mcm ni perangai ajk ulama..adusss..aku pun lulusan agama jugakk..dato husam yg byk bantu pas kelantan..masa tu mung beringus lagi sudin

Tanpa Nama berkata...

aku kena setuju bila hadi kata umno tak seburuk firaun. rupa2nya menantu dia lebih teruk dr firaun...

Tanpa Nama berkata...

Aku nampak muka din ayam ni mcm umno jek. Mana janggut? Ostaz masti pasang janggut. Haha. Hadi hari2 ikut nasihat dia yg taraf jebon. Mcm mana hadi lantik dia jd ahli msu. Pas pis pus

Hidup Najib! berkata...

Kalu lagu ni lah cara pentadbiran pas..alamat melingkuplah..

Tanpa Nama berkata...

Zalim Nya Firaun...Terang & NYATA
Tak Guna "KITAB"...Saraf & Nahu
Bejat Nya "Agamawan"...Mem BUNUH Minda
QURAN dan Hadis...Di Tipu KELIRU


Bejat nya "Agamawan"...Mem BUNUH Minda
Hujjah Nya "PALSU"...Takut Ber Debat
Firaun yg Zalim...Sanggup Ber Semuka
Berani Ber Debat...Walau pun Sesat


Golongan Ahlul-KITAB...Di Kalangan Yahudi
Sama Seperti..."Agamawan" Pen DUSTA
Menjadi Tunggangan..."BANGKAI" Duniawi
Yg Sombong PENAKUT...Bacul dan Hina


Gabra TAKUT...Tolol dan Hina
ALLAH "Tanamkan"...Ke HATI Mereka
Menjadi Angkuh...SOMBONG Dan Bangga
Walau pun PngKHIANATAN...Terang & Nyata


ALLAH "Tanamkan"...Ke HATI Mereka
RASA Gabra...TAKUT dan Hina
Walau pon Mereka...Seolah "GEMBIRA..GEMBIRA"
HATI Si Pen Dusta...Di Dalam Genggaman-NYA!?







Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Saksikan lah Peng Abdian...LANGIT dan Bumi
Yg Lurus KUDUS...Sntiasa Mem-BERI
Saling Mem-BERI...Saling Me Ngerti
Alangkah INDAH nya...Pem-BERIan yg Suci
Amanah-Mem-BERI...Amanah-yg-AZALI


ALLAH Mem-BERI...Nyawa Per Cuma
ALLAH Mem-BERI...NAFAS Per Cuma
Langit Mem-BERI...Tak Pernah Meminta
Bumi Mem-BERI...Tak Mngharap Apa2
Nabi & Wali...Mem-BERI Hidayah-NYA
Hidayah-NYA Di-BERI...Dengan Per CUMA
Mem-BERI Tak Meminta..Pngkat & Harta......"Laa-AJRIYA-illa-min-indi'LLAH"
Itu lah Sbnr7-AMANAH...AKIDAH yg Mulia

Tanpa Nama berkata...


Din Ayam ni bongok... buat pa nk dengak cakap dia...

Tanpa Nama berkata...

Din Ayam nak cepat kaya dengan menjual ahli PAS pada AMNO, satu kepala RM 100.