15 Okt 2015

[TERKINI] Kenapa Aku Tinggalkan UMNO - Datuk Saifudin Abdullah

Bekas Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Timbalan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengumuman rasminya dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya.

Mengulas mengenainya, Saifuddin berkata, PKR menjadi pilihan kerana bersifat pelbagai kaum, sederhana dan terbuka.



Saifuddin menyatakan beliau kecewa dengan cara Putrajaya menangani isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri. Beliau turut menyatakan bahawa beliau keluar dari UMNO kerana ketiadaan sebarang keinginan parti berkenaan untuk melaksanakan perubahan politik dan pembaikan parti.

“Namun begitu saya telah sekian lama dalam UMNO dan Barisan Nasional, saya tidak dapat ia dilakukan secara konklusif dan subtansif menyebabkan saya tidak serasi dengan UMNO,” katanya.

Wan Azizah dalam sidang media yang di adakan di ibu pejabat PKR di sini, hari ini menyatakan PKR gembira dan mengalu-alukan penyertaan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam keluarga besar Keadilan.

"Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian," kata Wan Azizah.

14 ulasan:

lelaki dicermin berkata...

Dr dulu sejak jadi tim menteri walau pun tak disukai oleh2 org2 umno.. tp kata2 dan ucapannya menarik perhatian rakyat malaysia. Bukan jenis pengampu...

Tanpa Nama berkata...

Umno puak bangang mana suka orang binak pandai

abrarmujahideen berkata...

Eloklah bertanding di PARLIMEN TEMERLOH yg disandang PAS; NASRUDIN Hasan

Tanpa Nama berkata...


Adakah ostad siku lutut nak beri laluan kpd Saifuddin dlm PRU14 ?

Adakah vellfire akan lawan tiga penjuru menggunakan siku lutut ?

Dia tu ketua penerangan parti dia tapi apa kerja dia buat pun tak tahu.


Gumbira, gumbira.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah dapat jugak lah menguat kan semangat Anwar. Sepatutnya tindakan UMNO 'mengerjakan' Anwar membuat orang tidak sokong PKR. Tapi sebaliknya yang terjadi.

Jadi sekarang ini sudah ada beberapa orang yang boleh ganti 18 orang dari 25 orang pemimpin PKR yang mempersoalkan keputusan Presiden PKR bersetuju dengan penubuhan PH.

Bandingkan lah 'nangka busuk' yang di peluk oleh Hadi tempuhari dengan Datuk Saifuddin ini. Alahai ahli PAS, masih jugak ko orang nak kunyah dan telan 'nangka busuk' yang dibawa oleh Hadi j tuuu..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah. Tahniah. Beliau seorang yang baik dan kali ini akan menang besar di Temerloh. Insya Allah.

pok amid littor berkata...

Siku dan lutut penyandang dah melecet. Haha

Tanpa Nama berkata...

Siku lutut dokkira bidadari

Unknown berkata...

Kan PKR kawan baik PAS ....boleh 3 penjuru ke...No PKR...UMNO..PAS..AMANAH...NO saifuddin di Temerloh. .

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin seperti dia jika masuk PKR sudah pasti beribu orang pengikutnya akan turut ikut sama dengannya. Kita tunggu dan lihat pasti ramai yang akan keluar umno/ bn selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

3penjuru tidak mustahil akan berlaku sebab pas sendiri yang tidak pegang janji di pru 13 lepas. Hihihi....rasalah kamu pas di pru 14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Datuk saifudin dilihat amat layak utk ambilalih peranan azmin dlm PKR. Sbg seorang peminat datuk saifudin,saya sokong penuh dan gembira dgn penyertaan datuk dlm PH...azmin sudah hilang roh semangat PH kerana sikapnya yg byk berdolakdalih,perangai sebijik mcm hadi.

Tanpa Nama berkata...

Ada kawasan yang boleh di pertandingkan dan ada yang boleh di rundingkan, kan Amanah cakap jika tidak boleh di elak baru lah ada pertandingan 3 penjuru.

PAS pun ada cakap pasal 3 penjuru tapi tidak sebut pasal rundingan yang PAS sebut ialah PAS akan tetap pertahankan kerusi PAS sebab pemimpin PAS terlalu yakin PAS menang bukan sebab Pakatan Rakyat!

Kemenangan PAS di Temerloh bukan kerana PAS kuat dan di tambah pula UMNO Temerloh tidak kuat sekarang ini. Alasan Saifuddin menyertai PKR ialah kegagalan MP Pekan menyelesaikan isu 1MDB tentu meninggalkan kesan yang besar pada UMNO Temerloh.

Temerloh bukan untuk Amanah melainkan sekiranya PAS, melalui perundingan bersetuju, tidak bertanding, baru lah Amanah boleh tuntut. Jika tidak, kawasan tersebut adalah terbuka kepada parti-parti PH untuk menentuk siapakah calun yang sesuai.

'Optimus Prime' sudah bersedia menyerang Temerloh bila-bila masa !

Tanpa Nama berkata...

DinPastikan vellfire bungkus