13 Ogo 2015

Dulu Hinakan Wan Azizah, Sekarang PAS Hasut PKR Supaya Benci GHB

Mesyuarat PAS dan PKR setuju elak pertandingan 3 penjuru dalam PRU14

PAS dan PKR mencapai kata sepakat untuk memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara parti Islam itu, gabungan parti pembangkang yang baharu, atau Pakatan Rakyat 2.0 dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dalam mesyuarat rasmi pertama 2 parti itu selepas terkuburnya Pakatan Rakyat (PR), mereka bersetuju memastikan pertandingan dalam PRU ke-14 itu nanti satu lawan satu antara mereka melawan BN.

Pada pertemuan yang diadakan Jumaat lepas itu, PKR juga menawarkan menjadi tuan rumah buat pertemuan kembali antara PAS dan DAP bagi mengurangkan ketegangan antara bekas rakan kongsi PR itu dan PAS sedia menimbangkan tawaran itu.

"Saya sendiri menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah untuk pertemuan itu, sambil-sambil kita makan karipap, bagi mengurangkan ketegangan antara kedua-duanya," kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider.

Dalam pertemuan itu, PKR diwakili sendiri presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi serta naib-naib presiden Shamsul Iskandar Mohd Akin, Chua Tian Chan dan Dr Shaharuddin Badaruddin.

PAS pula diwakili timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan dan setiausaha politik kepada presiden PAS Dr Shamsuri Mokhtar.

Ia diadakan di kediaman Dr Wan Azizah.

Delegasi PAS dalam pertemuan itu juga secara terus terang meminta PKR agar tidak mengadakan hubungan dengan kumpulan yang berpecah darinya, Gerakan Harapan Baru (GHB), dengan alasan ia tidak memberikan sebarang nilai tambah kepada PKR.

Namun, ia secara halus ditolak PKR kerana menjadi dasar parti itu untuk berbaik-baik dengan GHB, begitu juga DAP, yang tidak boleh bersama dengan PAS.

"Kami masih belum mencapai kata sepakat bagaimana mahu memastikan tiada pertandingan tiga penjuru, tetapi kita mencapai kata sepakat mengenai keperluannya," kata Rafizi.

Sementara itu, sumber lain memberitahu The Malaysian Insider, dalam pertemuan itu PAS berkeras tidak boleh lagi bekerjasama dengan DAP dan menganggap keputusan memutuskan hubungan mereka, dibuat ketika muktamar parti itu Jun lalu, satu tindakan tepat.

Katanya, PAS menunjukkan bukti terdapat penambahan dari segi bilangan keahlian parti seramai kira-kira 5,000 orang selepas memutuskan hubungan dengan DAP, sebagai bukti tepatnya keputusan itu.

PAS juga meminta PKR memutuskan hubungan dengan GHB dengan anggapan kumpulan itu hanya "umpama budak-budak yang sedang merajuk dan akan kembali semula kepada PAS selepas ini".

PAS menawarkan kerjasama terus diadakan dengan PKR terutama dalam menghadapi pilihan raya walaupun tidak lagi bersama dalam PR 2.0 yang bakal menggabungkan parti politik yang dibentuk GHB dan DAP.

Sehingga kini, tidak diketahui apakah persetujuan pada pertemuan Jumaat itu diterima PAS kerana ia diadakan sehari sebelum mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat di Taman Melewar, Gombak.

Muktamar PAS awal Jun lalu menerima tanpa bahas usul yang dikemukakan Dewan Ulama PAS Pusat bagi memutuskan hubungan dengan DAP.

Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas itu mengesahkan keputusan muktamar itu dan memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi.

Ekoran itu, hubungan antara PKR, DAP dan PAS terurai selepas hancurnya PR. PKR dan DAP pula menjalinkan hubungan dengan GHB untuk membentuk PR 2.0. -TMI


PR 2.0 jangan ulangi kesilapan lalu

SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengingatkan sekutu politiknya supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama ketika menubuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Dalam satu kenyataan, Kit Siang berkata, perjuangan PR berakhir akibat perpecahan yang dilaungkan oleh ahli komponen yang gagal mematuhi dasar rangka kerja bersama pakatan tersebut.

"Pakatan Rakyat baharu akan ditubuhkan selepas pembentukan Gerakan Harapan Baru. Sama ada kita memanggilnya PR baru, PR 2.0, Harapan Rakyat atau apa-apa nama, kita mesti tidak mengulangi kesilapan PR yang mati awal kerana kurangnya kepercayaan salah satu komponen parti," kata Kit Siang.

Kit Siang berkata demikian ketika menjawab gesaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi kebangkitan semula pembangkang di tengah-tengah kontroversi berterusan yang melanda kerajaan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut bersetuju dengan Tuan Ibrahim mengenai keperluan untuk menyatukan semua pihak pembangkang, tetapi berkata ini tidak dapat dilakukan hanya untuk 'perpaduan'.

Beliau mengingatkan Tuan Ibrahim dengan memetik salah satu contoh bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melanggar keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden pakatan tersebut.


ULASAN GB

Demikianlah politik PAS.

Setelah tahu dirinya bersendirian sekarang cuba menghasut PKR supaya memutuskan hubungan dengan Harapan Baru.

Delegasi PAS dalam pertemuan itu juga secara terus terang meminta PKR agar tidak mengadakan hubungan dengan kumpulan yang berpecah darinya, Gerakan Harapan Baru (GHB), dengan alasan ia tidak memberikan sebarang nilai tambah kepada PKR.

Sedangkan dahulu di dalam isu Langkah Kajang, Presiden PAS tidak segan silu menghina dan menjatuhkan maruah Presiden PKR, kononnya DS Wan Azizah tidak layak memimpin.

Namun pada ketika itu, DS Wan Azizah tetap terpilih sebagai ADUN Kajang, kemudian menang pula di Parlimen P044 Permatang Pauh dan kini dipersetujui oleh Presiden PAS sendiri bahawa DS Wan Azizah menjadi Ketua Pembangkang di parlimen. DS Wan Azizah tetap dipilih sebagai ADUN Kajang, kemudian menang pula di Parlimen P044 Permatang Pauh dan kini dipersetujui oleh Presiden PAS sendiri bahawa DS Wan Azizah menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Kini tahu pula para perwakilan PAS datang "mengadap" PKR dengan niat jahatnya memohon supaya PKR memutuskan hubungan dengan GHB. Dan meminta supaya tidak berlaku pertandingan 3 penjuru.

Soalnya kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Selangor terutamanya, bukanlah kerana soal dua penjuru atau tiga penjuru. Tetapi adalah faktor keikhlasan dan kesetiaan di kalangan rakan komponan Pakatan.

Siapa yang memulakan 3 penjuru di dalam PRU dulu jika bukan PAS sendiri? Tidak ingatkan isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi? Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti?

Bukankah PAS yang telah mengharu-birukan Pakatan ketika itu sehingga Pakatan tewas di kesemua tujuh kerusi itu? Sekkarang tahu pula datang meminta supaya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru sedangkan sejarah membuktikan PASlah yang telah melakukan sebelum ini. Siap tuduh dan fitnah calon Pakatan edar pil kuda dan berfahaman kominis untuk menjustiifikasikan watikah tambahan waktu itu.

Dan lagi, kemenangan PAS di Selangor di dalam PRU13 dulu khususnya, adalah disokong oleh bukan-Melayu. Dan apabila PAS mengambil sikap bermusuh dengan DAP, PAS sebenarnya menempah kekalahan lebih awal. Cuba perhatikan:

DUN PAS menang di Selangor.

mm=majoriti menang. %c= % cina

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.

terima kasih kepada Chor The Sniper kerana menggunakan datanya di atas

Jika dilihat peratusan di atas, hampir kesemua kerusi (kecuali Bangi) majoriti kemenangan PAS adalah lebih kecil dari jumlah pengundi kaum Cina. Ini bererti jika tanpa "undi" kaum Cina, PAS bungkus di kesemua kerusi berkenaan.

Bukan saja PAS bungkus, calon Keadilan pun termasuk Rafizi sendiri, Shamsul Md Akin dan Tian Chua juga jika ikut cakap PAS, akan kalah juga.

Kita perlu buat analisa statistik secara profesyenal.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. PAS pasti dihukum akibat kesalahan-kesalahan lampaunya.







IKLAN BERBAYAR







47 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Inilah amalan sesat p.a.s

Bermula muka

Talam seribu muka

Apa strategy pas sebenarnya?

Nak bersama pakatan atau bersama Najib?

Tanpa Nama berkata...

Di ingatkan dalam keadaan yang membara ini PKR jangan tersilap langkah,tersilap percaturan poltik PKR akan dijauhi dan dimusuhi SEBAB Pas sekarnag ini bukan seperti Pas yng dulu yang mengenali siapa kawan dan siapa lawan.Pas sekarng bertopeng seolah2 menyesal apa yang telah di lakukan pada kumpulan pejuangnya dulu.Rakyat kini memerhati apa yang dilakukan siapa juga dan apa juga parti.Sekali lagi diinagtkan berhtai2 PKR dengan kuman dalam Pas.

Tanpa Nama berkata...

Kalau PKR tidak sedar apa yang telah berlaku dalam PRU 13 dulu dan tidak mahu mengmbil iktibar dan pengjaran ,tentang adanya pertandaingan bertindih sesma rakan dalam pakatan yang dibuat oleh peminpin terttinggi Pas,Maka tak tahu apa akan jadi pada PKR sendiri ,Belajarlah dari peritiwa yang berlaku dulu ,masih belum jadi bahan sejarah DAN jangan mempercayai orang sedang lemas ,apa juga yang berhampiran akan dipaut dan akan tenggelam bersamanya.Itulah Pas dan ulamak2nya.

Unknown berkata...

Salam semua:

Pertemuan antara PKR dan PAS ,amat jangal sekali, dimana PKR diwakili oleh President dan setiausaha agong, mnakala PAS diwakili oleh Timbalan President dan setiausaha agong: Mana pergi President PAS, adakah keputusan nanti boleh dipakai, ataupun TITM kena U-Turn lagi.PKR masih lagi tak serik-serik lagi bagaimana mereka dipermainkan oleh PAS, president PKR pernah dihina semahu-mahunya oleh Hadi.Sebenarnya PKR pun macam PAS,pemimpin2 mereka seperti Azmin dah tak confident mereka boleh menang PR14.

Pengaruh GHB sungguh meluas, bukan sahaja dari ahli PAS,malah dari ahli PKR,UMNO dan ramai orang2 atas pagar.GHB usah risau dan takut,beginilah cubaan peringkat permulaan.Pehak PAS cuba nak buat PRE-EMP,sebelum parti baru ditubuhkan,di mana nak menidakkan kehadiran GHB.strategy pertama, nak mengurangkan jumlah penghijrahan ahli-ahli PAS.Strategy kedua nak menampakkan GHB pengacau daun dlm pertandingan 3 penjuru.Strategy ketiga nak mengagalkan penubuhan parti GHB,supaya dapat memujuk DAP tidak bersama GHB.

Jangan risau,kekuatan jentera dan pemimpin GHB, dapat mematahkan strategy yg tak masuk akal ini.Tak masuk akal langsung PKR dan PAS dapat bersama,diperingkat bawahan PKR mereka takkan lupa bagaimana PAS tikam mereka dan menghina president mereka.Yang untung kat sini hanyalah GHB, akan dapat support dari pengundi PKR,ahli2 umno yg give-up dgn NAJIB,solid dari pengundi non-muslim(cina/india),Pengundi middle class melayu dan sebahagian dari ahli-ahli PAS.Yang tersepit di sini ialah PAS hanya dapat dari pengundi PAS totok sahaja dan beberapa pengundi2 racist melayu umno.

Jelas sekarang team-team GHB,teruskan usaha anda jgn risau,semuanya cubaan2 yg tak dapat dielakkan daripada party2 yg lama dan nampak kekuatan mereka dah rapuh, mereka2 ini umpama dlm kelemasan,sanggup bertaut dari ranting yg rapuh.

go GHB go
NEVER GIVE UP.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Perangai PAS sudah macam UMNO, lagi PKR mahu percaya???? Berbincang dengan semua bukan dengan PAS saja wahai PKR, ajak sekali DAP, GHB , PKR, dalam mesyuarat dengan PAS, PAS penipu ni...pas tu nak dekat pilihanraya, Presiden PAS menuduh, memaki, memutarbelit dan mengkhianati gabungan parti yang lain dalam pakatan rakyat...lagi mahu bekerjasama, tak tengok you tube ke di dalam link blog Malaysian Waves ( Tulang Besi )? APA TG HAJI HADI cakap??? Tak habis habis hina DAP!!!! Tahaluf siyasi dihancurkan oleh TG HAJI HADI. Tension...

Abdul Said berkata...

Pertama. Tak malu kah wakil PAS berjumpa dengan PKR. Pemimpin-pemimpin PKR dihina, calon-calon PKR disabotaj dan macam-macam perkara buruk dilakukan dibelakang PKR. Adakah presiden PAS memohon maaf diatas pembelotan yang dilakukan? Kedua. Mengapa sekarang baru sedar untuk berunding? Adakah bahang GHB telah mula melemaskan PAS? Seperti kata Encik Anon 6:20...' ..orang sedang lemas'... Ya oranag sedang lemas, kepala taik hanyut pun akan digapai juga!!. Kita lihat nanti bagaimana tindakan PKR. Adakah PKR akan bekerjasama dengan PAS atau ia tetap setia dengan pakatan baru!! Walau apa pun terjadi orang yang menolak UMNO akan juga menolak PAS dan pertandingan 3 penjuru sangatlah menarik terutama di Selangor!!

Tanpa Nama berkata...

PKR jangan dipatuk ularmak yg sama dilubang yg sama. Tujuan PAS kali ini bertujuan untuk meminggirkan GHB dlm PRU akan datang. There is no more Pakatan Rakyat! PKR tidak perlu nak pakat apa-apa lagi dgn PAS ...biolah dia jadi kera sumbang. Cukuplah kerja khianat yh telah dia lakukan terhadap PKR semasa PRU 13 lalu semata-mata PAS takut sangat Anwar jd PM.

Tanpa Nama berkata...

pkr sepatutnya meminta kedatangan hadi sbg presiden. knp presiden pkr nak jumpa dgn timbalan presiden pas? lain kali jgn adakan sbrg mesyuarat selagi hadi sendiri tak hadir. jgn buang masa buat keputusan yg boleh diveto oleh hadi. pkr sepatutnya bertegas dlm hal ini sepertinya tegasnya hadi.

apa2 pun kerjasama bersama GHB hendaklah diteruskan. jgn libatkan pas dlm sebarang aktiviti.

ingat hadis berkaitan dgn kena patuk dua kali? selagi pas dipimpin oleh puak munafiq penjual agama, selagi itulah akan berlaku pertindihan percalonan.

HADI DAN HARON SERTA GENG OSTAD TIDAK BOLEH DIPERCAYAI. SEKALI MENIPU SAMPAI BILA2 PUN MENIPU.

sbg contoh: mana pergi laungan hudud? selepas menang besar, hudud pun hilang. lagi baik kena mi kat jepun dr bentang ruu di parlimen.

Unknown berkata...

PKR sepatutnya dah masak sgt dengan kerenah PAS. Langsung x profesional dlm berpolitik. Politik islam hanya label. Label. Dan label. Mesyuarat x dtg. Dtg mesyuarat, bila decide x ikut. Tak buat malu islam ke mcm tu? Please la PKR kalau tuan2 join PAS, PKR pun akan bungkus kali ni. Teruskan PR 2.0 tanpa PAS. Kita kerja sungguh2 dlm kesatuan selamatkan Malaysia. Rakyat pasti sokong. Org UMNO pun akan sokong.PAS ? Mereka sgt2 gelabah. Penggerak utama unit Amal, PASTi dan penggerak utama satu satu menyeberang. Kita nak tengok mereka sinsing baju seluar tunjuk siku lutut!

Tanpa Nama berkata...

PKR pun suka sangat DITIPU oleh PAS....siap percaya kata2 perwakilan PAS yg diketuai oleh Timbalan Presiden; sedangkan dulu camtu gak..alih2 Presiden Over-Ruled....hampeh juga lah PKR ni...bermula dari kena tipu di Kota Damansara dengan segala macam 'dalil' dari Para Kiyai PAS dalam menghalalkan pengKHIANATAN mereka...masih lagi nak percaya ker? alahai.....layan jer tapi BUANG MASA dan PKR pun silap2 akan bungkus dgn labu2nya jika terus camtu...

Pakar Perlembagaan pun yg dulu wakili PKR dah join DAP sebab lebih berprinsip....sudah2lah tu wahai PKR...terus terang jer dgn PAS bahawa mereka boleh teruskan muslihat mereka dgn memperalatkan segala 'dalil' yg ada..lagipun PAS bukan nak menang pun....

hampeh!

Tanpa Nama berkata...

Tn Greenboc yg dihormati lg hensem, x perlu la diperbesarkan isu temeh ni.. PAS byk kekurangan dan biarkanlah dia melayari bahteranya. Kalau asik highlihtkan pas setiap hari, secara x langsung ianya mempromosikan PAS tu kononnya hebat. Ahli2 yg ats pagar n simpati dgn ghb akn meluat tdgn cerita PAS yg sntiasa d hentam dan akn timbul sifat kasihaan plak dlm diri dorg.org melayu ng jenis kuat simpati. Hrp highlihtkan Aktiviti ghb n keboborokan be end...Musuh utama kita adalah AMNO BE END!!

Unknown berkata...

Setelah lama pengsan dek termakan sejenih "DADAH" pemberian Mokhtar a/l Sneak kini puak puak yang sudah sedar tetapi masih mamai mula meracau. Lain kali teliti dulu "DADAH" yang di beri, terutama dari bekas ahli Al-Maunah, pelari anak gadis yang menjadi pelajar di "MAKTAB" kelolaan nya.

Fikiran mereka juga menjadi semakin bercelaru bila "HANTU-CHAI" yang boleh di gelar "POLONG" mula menagih "PAMPASAN" dan enggan membantu untuk memusnah kan pembenaan GHB. Sebelum itu si PASchai ini bukan main angkuh dengan menyatakan bahawa PAS yang punyai "SENJATA SULIT" siku, lutut dan cakar harimau, tetapi lupa untuk menyebut "TOMBAK & PERISAU" boleh berjuang bersendirian, berjuang juga bukan untuk menang tetapi "NAK MENCARI REDHA ALLAH". Tetapi kini sudah lain pula nada nya.

Teringat akan si cakar harimau, pada 15/8/2015 nanti si kecik ni akan datang keMersing untuk merasmi pembukaan sebuah PASTI di Kampong Air Merah. Jangan pula nanti tersasul dengan memuji Pemuda PAS Mersing kerana berjaya mebena sebuah PASTI dengan perbelanjaan lebih kurang RM tiga ratus ribu. Umum tahu bahawa PASTI berada di bawah kelolaan Pemuda PAS. Tapi jangan lupa bahawa terbena nya PASTI itu ada lah dari derma orang ramai. Begitu juga dengan terbena nya MARKAZ PAS yang terletak di kampong tersebut juga dari hasil derma orang ramai, jangan lah PAS Mersing berangkapan bahawa MARKAZ itu milik mereka. Kalau tak percaya periksa lah status tanah nya. Jangan terikut ikut dengan PAS Bakri yang akhir nya memalukan diri mereka sendiri.

Kebanyakan mereka yang punyai akal mengharap kan "CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG" malang nya PASchai lain pula harapan nya.

Tanpa Nama berkata...

Ni lah sejenis manusia yg baling batu sembunyi tangan... dulu dia juga yg buat 3 penjuru... sekarang pula tak nak 3 penjuru... sudah sudah la weiii... tapus muka tu banyak2.. istigfar banyak2.. kali ini kita lawan... tuan dipihak tentera yang kuat, yang tiap kali buat majlis, sentiasa sesak dengan kehadiran penyokong... kami di pihak budak baru belajar, tak pun.. janin yang entah jadi entah tidak.. kami membawa harapan rakyat dan 'islam agama sarwajagat' memakmurkan tanah ini dengan islam dan kebaikannya untuk sekelilingnya.. tuan dengan harapan tuan membawa ruu hudud..

Tanpa Nama berkata...

Tgk perangai titm,dulu aku hormati beliau sbg ulamak yg dsegani.skrg mmg hina titm salah seorang ulamak fasik yg berwajah islam tp bperangai syaitan....hadi pelingkup masa depan pas dpt pula timbalan titm kaki bodek.islam hapa perangai mcmni..DAP lebih mulia laaaa berbanding pas.....DAP xjual agama....
Pas jual Ayat2 allah utk kepentingan sendiri...org xbodoh mcm macai walaon pas terus percaya je kata2 ulamak2. Skrg org2 muda kaji dulu fakta sbl terima.. Pas xbwk fakta pun.byk Auta dan U turn..mmg pas sebuah parti yg hina.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

Strategi PAS yang dibawa oleh TITM itu mudah sahaja. PAS hanya bekerjasama dengan PKR. Ini bermakna akan berlaku pertembungan 3 penjuru di seluruh negara iaitu BN, PR 2.0 dan gabungan PAS-PKR. Jika ini berlaku, majoriti BN akan bertambah secara drastik di Parlimen. BN akan terus memerintah. PAS akan mendapat habuannya iaitu projek-projek dan pingat kebesaran. BN juga akan melepaskan Kelantan kepada PAS kerana BN akan menguasai negeri-negeri lain. Strategi ini bertujuan untuk mengekang pengaruh DAP di bandar dengan majoriti Cina sambil melenyapkan pengaruh PKR dan GHB. PAS akan menghasut PKR untuk bertanding di tempat yang DAP dan GHB meletakkan calon masing-masing. Dalam situasi ini kita bakal melihat kebangkitan kembali MCA, Gerakan dan MIC.

Bijak tak strategi PAS ini?

Tanpa Nama berkata...

Koho sari koho pelik PKR ni.Jange buat penyokong MELUAT.Dah mu tau PAS kaki BELIT bakpo mu nak wat kiro lagi ngor ko apa.GHB tok soh peduli lah ko puak2 ni MARA TERUS

Tanpa Nama berkata...

Pada President Dan Setiausaha PKR tolong lah jangan Tertipu dengan permainan Politik Pas ni.tak serik kah ditipu dihina dicaci olih Hj Hadi sebelum ni.lupakan lah nak berbaik baik dengan PAS ni walaupun mereka in muka Melayu tapi Hati mereka ni Busuk macam Bangkai.

Tanpa Nama berkata...

Gb tlg bgtau pkr jgnla layan pas dah.buat baik berpada2.nt rosak lg plan pr 2.0

Anti Fitnah berkata...

Sombongnya Presiden PAS. Dimanakah keikhlasan Presiden PAS? Hantar Timbalannya untuk bertemu Presiden PKR. Awat depa ingat Presiden PKR ni kelas keduakah? Lain kali kalau PAS minta berbincang dengan PKR atau DAP atau GHB, hantar ketua cawangan sudahlah. Tak payah hantar AJK Pusat. Taraf Presiden PAS la ni macam ... Ulamakah dia ni????

Tanpa Nama berkata...

PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen? Sekarang macam sayang Najib
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Tanpa Nama berkata...

Kalau rakan lama nak datang bertandang, takkan kita nak halau...sebagai tuan rumah, kita kena terima...lagipun kita dalam mood raya...hatta musuh datang rumah pon wajib kita layan, ini kan rakan lama...kita terima...

pasal perbincangan, pkr dah cakap,tak boleh tolak ghb, pas patut faham la signal yang diberi...tapi, kalau pas jenis tak tahu malu, desak la pkr...rasanya kirim salam pkr nak terima usul tu...errr, usul tu pas dah lulus tanpa bahas ke? hohoho...

bila dah sesak, dah senak, baru tahu langit tinggi ke rendah...

bodo punya pas, mintak pkr tolak ghb tapi amik dia...malu la weh..

Tanpa Nama berkata...

Dah kata ade penambahan ahli 5000 org...apa yang Pas nak kacau atau mengasut orang lain..nampak sangat Pas gelabah...dan tunggu lah nanti..kat PRU 14 nanti.. kau dgn cara kau..aku dgn cara aku...kau jangan usik aku...aku pun tak usik kau...
Setahu aku, Pas dah tak ada sumber kewangan untuk hadapi PRU nt..semua yang support selama ini pun dah angkat kaki..kata orang ROI tak berbaloi....Presideng Aka Sesat...pergi lah jumpa Najib..2.6b tu ada lg..saki bakinya...

Tanpa Nama berkata...

Sudah terlalu jauh kalian...

bat8 berkata...

Jgn risau....mereka xs3bodoh itu. PKR dah boleh baca tujuan PAS datang menyembah parti yg geng HH khianat dlm beberapa insiden. Jawapan yg diberi oleh PKR adalah bijak dan politically correct.

Begitu juga juga keputusan PKR setuju untuk tidak bertanding 3 penjuru dgn PAS. PKR tahu apa tujuan PAS minta ini dgn xde rasa malu? Sebab tamak le. PAS betcadang untuk meletakkan calon mereka di kawasan2 yg mereka tandingi dalam PRU 13 dulu di Sekangor dan Perak. Hamboi....tamak sungguh lebai PAS ni, dakam kedudukan teruk srkarang pun masih nak tunjuk tamak dan muka xmalu.

PKR cerdik juga. PKR tak letak calon lah tetapi apa yg menghalang GHB letak calon? Persetujuan PKR dalam hal ini hanya mendedahkan sifat tamak lebai2 PAS sahaja. Tamak, makan keliling, itulah stail depa.....aku punya aja! Hak aku hak aku, hak nko pun hak aku.....

bat8 berkata...

Bijak.....strategi budak tadika Kemas. Dalam senario sekarang, undi ahli-ahli PAS pun dah betpecah. Undi ahli UMNO pun juga beroecah dgn pelbagai kemelut yg Najib cipta. Bukan melayu akan sokong PR 2.0. Orang melayu tidak berparti pun terutana dikawasan bandar akan sokong PR 2.0 kerana kegagakan Najib mentadbir negara dan peroecahan yg berlaku didalam OAS yg menonjolkan perangai buruk tok lebai yg memimpin PAS sekarang.

Ingat sebahaguan besar kerusi parlimen yg dimenangi UMNO dalam PRU 13 lalu adalah dgn majoriti nipis, kurang dari 3000!

Tanpa Nama berkata...

AsSlm semua. Betul kata Anon 7:40pm, sudah2 la kita memaki hamun puak2 dlm PAS. Biarkan mereka dgn cita2 hudud & politik perkauman yg jelas ditolak oleh rakyat kebanyakan. Kembali kita satukan barisan harapan baru rakyat ini dlm menghadapi musuh sebenar kita yg zalim & tidak amanah. Teruskan usaha dakwah & kempen kita kpd golongan pengundi baru & atas pagar. InsyaAllah, pru14 kita ke PutraJaya. Ameen..

Mr oren berkata...

PKR mungkin bimbang takda sapa yg akan tolong mereka tampal poster, gantung bendera, penuhkan ceramah, kempen rumah ke rumah dan Lain-lain yang selama ini banyak dibantu oleh Pas. Tapi zaman sekarang ni zaman masyarakat sudah mula cari sendiri maklumat. Bendera dan poster hanya sekadar memeriahkan suasana. Ceramah pula bukan jadi kayu ukur, ingat PRU lepas ceramah Husam di Putrajaya dihadiri ribuan orang, tapi kalah juga.

Tanpa Nama berkata...

Sudah jilat najib unmo, najib unmo pun dah ucap terima kasih kerana sokong.

Mungkin dapat "share"........kuasa sikit seperti lantik tuan presideng ulama pas suci mulia sebagao TPM

Tanpa Nama berkata...

Aku ingat nak tangkap jer wakil pas yg g meeting tu dbawah akta hasutan... ianya akan merosakan keharmonian kaum... tau tau lah sikap pas kepada yg bukan melayu...

hantu tuya berkata...

PAS ttp kuat dgn kuasa ALLAHTAALA... sy bangga dgn ahli PAS kerana kebanyakan ahli PAS ttp setia berjemaah dan belajar apa itu islam... Kalau setakat kuliah pun malas hadir Mmg hati hitam lg utk tahu erti perjuangan islam sebenar.. semoga ALLAHTAALA bg hidayah dan petunjuk.. buat saudara2 islam dan bukan islam semua..

Tanpa Nama berkata...

Sedap nye mulut tuan berkata kata ..ni la melayu bangang yang dibuai mimpi dap

Tanpa Nama berkata...

PAS ni kiro bijak juga AUTAR. Dulu masa dia lemah dia pergunakan sek GHB wat GALOOR.Bila dia berasa kuat dan dapat untung Aji adi and grup kutuk dan maki puak2 ni wat mace lembu.La ni bila dia berasa lemah Aji adi and grup yang bijak AUTAR perguna T . BRAHIM wat GALOOR pulak.Nak guna hak lain ore tak laye.BERINGAT LA JANGE TERTIPU DENGE PUAK2 NI.Ambo rasa runsing juga denge PKR ni.Bagaimanapun kita pakat2 tunggu dan lihat gapo akan jadi lepas ni.Mintak2 PKR TAK kena belit ko puak serbe besar ni.Takut jadi padi hak kita tane lalang yang tumbuh.

Tanpa Nama berkata...

Perasan tak ada tanda 'TIDAK' pada perkataan BERGUNAKAH.

Sebab orang yang dalam gambar tersebut dan sebab mesyuarat dengan orang kaki kencing.

Guru kaki kencing, murid ikut kaki kencing.

Dua-dua TIDAK BERGUNA !!

Tanpa Nama berkata...

"PAS juga meminta PKR memutuskan hubungan dengan GHB dengan anggapan kumpulan itu hanya "umpama budak-budak yang sedang merajuk dan akan kembali semula kepada PAS selepas ini"

Semua dah sunat Tuan hj... dah besar panjang pun... setelah dihina, dicaci, dituduh dan di doakan yang bukan2... rasa2nya masih nak tinggal sebumbung lagi ker? kami ni manusia... bukan anjing yang ko baling batu, lari.. buang makanan, datang balik...

Tanpa Nama berkata...

Pas sebuah parti islam yg tidak islamik ,kini menjadi parti munafik... PR jangan sesekali berurusan dgn pas..jadi PKR jgn memandai2 nk jadi jurucakap PR..pas menjadi parti kera sumbang dan tidak boleh dipercayai samasekali.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya presideng pun hati dah hitam legam...pengikut2 pun hati pun hitam sbb kena tipu dgn hadi and the gang.

Tanpa Nama berkata...

Apasal Hadi sendiri tak jumpa Wan Azizah? Hadi sudah jadi manusia sombong, angkuh dan besar kepala. Lagi pun kalau nak belot senang sikit. Dia boleh kata yang berjanji Tuan Braim, bukan dia. Jangan buang masa orang lainla Hadi ooi. Awak buat kerja awak (sekarangkan senang sebab tak ade Jebon) dan orang lain pulak buat kerja mereka. Kalau rasa tak mampu berurusan dalam politik eloklah bersara je, duduk dirumah dan kahwin lagi sorang barulah hati tu terhibur sikit!!

Tanpa Nama berkata...

Jgn ingat ahli2 pas masih ramai sbb berduyun2 dah keluar parti...selepas ni tak tahu apa akan jadi dgn pas..mungkin hadi dan tuan brahim terpaksa turun padang utk tampal poster sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Dap lg mulia daripada hadi fitnah pil kuda pun xsetel,ditambah gelaran jebon, dap xpernah uturn..Pas dah xterkira brp uturn..pelik mana satu parti islam.. Dap lebih istiqomah, pas?????UturnQomah

Tanpa Nama berkata...

.


Artikel bukan nak highlight kan PASCai tetapi pasal PKR yang telah mengadakan mesyuarat dengan TITM.

Rata-rata marah dan keciwa dengan kesudian PKR bermesyuarat dengan wakil PASCai. Kalau raya buat cara raya. Raya apa ke benda jika minta PKR jangan ada hubungan dengan GHB dan membahasakan GHB 'umpama budak-budak yang sedang merajuk'. Apa yang berlaku ke atas mereka bukan perkara kecik.

Kan nampak lebih ikhlas jika minta PKR memujuk GHB supaya cari jalan untuk kembali pada PAS.

Dari komen-komen yang telah di baca di atas, kekeciwaan dan marah yang selama ini pada Hj Hadi dan Harun Din telah menyebabkan ramai yang telah membenci PAS.

Niat baik PKR mengambil risiko yang tinggi tanpa mengambil kira pandangan ramai mengenai PAS dengan menganggap marah dan keciwa penyokong adalah hanya pada Hj Hadi dan Harun Din. PKR bukan sahaja akan kehilangan undi cina tetapi undi melayu.

Bukan sahaja PKR rugi. DAP mengikut pandangan LKS juga akan menerima nasib yang sama. Kalau begini cara berpolitik 'Di mana nokhtanya' ? Dan sebab itu tidak mustahil, GHB akan menjadi pilihan sebagai ganti PR

Ya, mungkin dulu PAS lah yang membantu dan menyokong Anwar dan di sebalik itu sebagai pemimpin Islam yang banyak terlibat dengan gerakan Islamnya maka sayang pada PAS tetap ada pada Anwar. PAS tidak boleh mati begitu sahaja. Ini kita setuju tetapi tidak boleh kah PAS diberi peluang seperti ini selepas pilihanraya. Itu pun sekiranya Hj Hadi berhenti bercakap menuduh menfitnah dan memperlekehkan orang lain.

Dalam hal ini kita mesti berpendirian, biar kalah tapi politik yang di amalkan oleh UMNO mesti di berhentikan !! Kita tidak mahu politik samseng, politik macai, politik komisyen, politik jual ayat-ayat Quran, politik lutut siku, politik derma masuk dalam akaun peribadi dan segala politik yang membodohkan rakyat dan ahlinya mengikut kata ketua membabi-buta. Ya orang lain buat tapi kita jangan buat.

Kalau Mat Sabu, Husam, Hanipa, Khalid, Hatta dan ramai lagi telah diperlaku sebegitu buruk termasuk Wan Azizah yang dulu hubungan seperti saudara sendiri, apalah sangat dengan si Rafizi, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Chua Tian Chan dan Dr Shaharuddin Badaruddin yang tidak ada langsung jasa pada PAS.

So, dengan gaya Anwar, dengan jari telunjuk di angkat dengan gaya renung mata yang tajam 'Rafizi, you orang bijak dan pandai, tapi I bagi warning pada you, please jangan nak test kami. Jangan nak acah-acah kami !! '


Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Hadi xdtg,yg dtg cuma titm.yg buat keputusan kuasa veto hadi.eloknye Wawi pun xyah dtg,antar wakil je.pas makin hancur elok jgn layan dh

Tanpa Nama berkata...

Info.

Pada baris akhir artikel BERGUNAKAH telah di tanda TIDAK.

Bukan artikel yang tidak berguna tetapi orang dalam gambar itu yang tidak berguna. Mesyuarat yang di sebut pun tidak berguna. Sekian

Tanpa Nama berkata...

Kan presideng pas adalah ulam pas tersuci termulia...yang berkualiti pm.

Siapa tu presideng pkr? Wanita yang tiada keupayaan??

Tanpa Nama berkata...

Pas skrg di ketuai oleh pemimpin2 yg ketandusan idea...nmpknya mereka tiada perancangan...tiada geng2 progresif mereka jadi layu...ckp je berdegar2 mcm TITM

Abdul Said berkata...

Saya mohon maaf kepada En Anon 10:05 PM kerana berlainan pandangan. Untuk mengatakan pemimpin-pemimpin PAS ketandusan idea dan tiada perancangan adalah tidak tepat. Mereka mempunyai banyak idea dan mereka juga ada banyak perancangan. Dengan idea-idea dan perancangan-perancangan lah mereka berjaya menghalau jebon-jebon, mereka berjaya membolakbalikkan kenyataan, mereka berjaya mengumpul beribu ahli-ahli baru, mereka berjumpa pemimpin-pemimpin PKR untuk menipu kesekian kali, mereka merancang untuk menubuhkan kerajaan bersama ameno. Semua itu adalah idea-idea orang yang dipanggil ulamak yang bernafsu besar terhadap harta dunia. Untuk mencapai tujuan mereka sanggup membelot dan menipu kawan. Pada saya kebanyakkan ustad-ustad PAS sama saja dengan guru matematik atau guru memandu kenderaan atau pun guru jahitan!! Kita boleh dengar dan ikut ajaran mereka. Mana yang kita tidak yakin kita boleh semak dengan buku-buku rujukan atau tanya orang yang berilmu. Itu urusan dalam kelas!! Diluar itu guru punya pasal. Perangai guru dengan perangai orang awam tidak banyak beza. Guru pun ada nafsu, guru pun tersangatlah suka akan kuasa dan harta dunia, guru pun mementingkan diri sendiri dan guru pun kelentong juga dan ada kalanya kelentong guru lagi dasyat dari kelentong penagih dadah!!. Itulah taraf ustad-ustad PAS!!!

Tanpa Nama berkata...

Orang sombong selalu rugi, umpama "kera sumbang" (orang yg tak tahu berkawan) di tambah pula dgn sikap sombong-angkuh-bongkak.... itulah PAS sekarang yg berpresidenkan seorang yg sgt bongkak-angkuh & pakar caci-mencaci sesama kawan atau "bekas" kawan sesama islam ataupun bukan islam, walau pun dia di panggil "Tok Guru", tapi layak ke orang yg bersikap sombong bongkak serta tiada semangat tolak-ansur di gelar dgn gelaran "tok guru"????
Entahlah.... lantak lah.... biarkan2 si siku-lutut terjun dgn labu2nya!!

Nota : Pesanan buat HARAPAN BARU teruskan perjuangan anda dalam membina sebuah pakatan politik baru yg lebih kukuh, yg ada semangat setiakawan semasa susah-senang, solidariti- one for all & all for one, saling bertolak-ansur, lebih byk persamaan dari perbezaan dlm melawan rejim bn-umno! Insya'Allah PR 2.0 atau apa pun namanya nanti akan lebih kuat, bersatu-padu dlm melawan bn-umno tanpa kacau-ganggu dari PAS, Insya'Allah ianya akan lebih mantap tanpa PAS, harap PAS jgn ganggu PR 2.0 dlm perjuangan mereka utk SELAMATKAN MALAYSIA. PAS sebuah parti yg lama & SANGAT KUAT boleh bergerak sendiri & tak perlukan sesiapa pun di sisinya.... teruskanlah perjuangan solo anda, PAS kan KUAT & HEBAT !

Unknown berkata...

Islam yg mana ajar rosak kan hubungan sesama insan
Mungkin betul klu warna kulit melayu keluar sikap n tatacara nya akan jd hal yg memalukan n memualkan
Seolah ape saja yg ditutur dilakukan pasti benar sbb dtg dr watak islam tegar tanpa perlu fikir kesan akibat serta perasaan insan lain