Norwati Abdul Manaf menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Najib Razak selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Ingatkan selepas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hati ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang berubah tidak jadi hantar memorandum.
Rupa-rupanya niat itu diteruskan juga dan berwakilkan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Norwati Abdul Manaf, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu diserahkan ke tangan Najib sendiri selepas perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pagi tadi.
"Kami terima apa juga yang diucapkan Najib tetapi kami dari 107 cawangan dah bulat hati untuk tetap menghantar memorandum ini.
"Dua perkara yang penting adalah meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti yang diumumkan selama 18 bulan itu," katanya kepada wartawan MalaysiaGazette.
Norwati yang juga Ketua Wanita cawangan Mawar selanjutnya berkata, pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan.
"Kalau Najib kata ada tiga juta ahli yang menyokongnya, kami harap dia adakan pemilihan secepat mungkin. Tak payah tangguh. "Kami adalah ahli UMNO yang juga mempunyai hak untuk bersuara demi kebaikan parti," katanya.
Norwati berharap Najib selaku Presiden UMNO dapat mempertimbangkan memorandum yang diserahkan sebaik mungkin.
"Kami buat bukan suka-suka sendiri. Sebelum diserah kepada Najib, kami tunjuk dulu kepada 'bos' kami, Datuk Seri Khaled Nordin.
"Bila dah dapat lampu hijau, kami tak ragu-ragu lagi untuk serah," ujarnya. - MalaysiaGazette
15 ulasan:
HA HA HA
Khaled adalah wakil dari Istana Johor.
MB Negeri Sembilan memandai-mandai beri sokongan pada Najib tanpa mendapatkan pandangan dari Istana. Wajib tarik sokongan Istana yang di berikan pada Muhammad Hasan dan tukarkan dengan MB yang baru.
Pecat MB Muhammad Hasan jika mahu hubungan UMNO dengan Istana di teruskan.
Yang buat menyampah ialah bantahan atau memorandum di buat semata-mata hanya kerana Muhyiddin itu orang Johor. UMNO negeri-negeri lain tak masuk campur dan begitulah sebaliknya jika TPM yang kena pecat ialah Negeri Pahang maka hanya UMNO negeri Pahang sahaja yang bantah dan buat memorandum.
Ahli UMNO kena bersatu bukan berjuang ikut negeri. Fikirkan lah pasal negara. Ini Johor dah mulakan, yang lain-lain pun ikut lah.
Elok sangat la tu..
Tahniah!!
Kami bangga dengan orang johor. Dari pa lah dan kini najib... Pujian bagi srikandi Melayu. Kami bangga dengan negeri Johor dari Sultan hingga ke Rakyat jelata.TAK MELAYU HILANG DI DUNIA...
Gaduh jangan tak gaduh.
UMNO hancur PAS kecundang.
PR 2.0 akan lead.
Sekian, terima kasih.
Berani gak yer... ngkin tak pernah dengar pasal hilang tiba2... cerita c4 keer... takut takut nyerrrr...
Tahniah Johor, nampak sangat orang dah meluat dengan Najib
Sebenarnya penghinaan kepada najib terus berjalan tanpa sekatan ,Mungkin balasan Allah kepadanya kerana telah menzalimi rakyat dan mungkin penghakiman kepada saudara Anwar yang tidak adil .segala2nya terus terlondeh dimata masyarakat.kamu merancang ,allah menrancang ,perancanagn Alalh adalah adalahyang terbaik.Begitu juga pada mereka2 yang terus menyokng peminpin zalim dan ayat allah ada dalm suarh HUD ayat 113.apakah peminpin ulamak tidak menegtahui ayat ini ,? ha ,teruskan sokong dan bolih dikatakan setiap hari mendapat penghinaan .Ulamak Pas perlu muhasabah diri sebelum terlambat kerana mereka kini telah dihambat oleh kuman GHB.
doa org yg dizalimi di sg buloh makbul
amiinnn
Najib memuji Pak Lah yang terus berdiam diri selepas berundur. Tidak seperti Muhyiddin.
Yang baiknya Pak Lah tahu bila berundur selepas di tegur tanpa perlu ahli menghantar memo dan mengantung banner tertulis tangkap Najib.
Yang bagusnya lagi ialah Pak Lah tak pecat Najib !
betul kata najib.
3 juta ahli umno sokong dia.
kalau setiap seorang dapat rm1 juta
termasuk norwati berapa juta rm sangat.
najib ada bilion-bilion rm lagi.
silap-silap norwati dilantik senator.
wajah pun boleh tahan, cun.
kik... kik... kik...
Harap rakyat johor teruskn perjuangan menekan najib.jgn hangat2 tahik ayam sudahla.xkn xnmpk lg apa yg berlaku.org kg pun dh nampak, kalau org johor masih xnampak,baik duduk dlm utan jela.
Umno johor pun dah serik kena tipu najib.mcmna Haron din dan Hadi masih sokong najib???Musuh pun xsokong musuh,tp bbeza dgn pas.Ape jenis kebodohan yg telah menimpa pemimpin yg dikatakan pemimpin2 islam ni??????xblh bfikir cara waras ke, DAP yg dihina skeji makan babi pun nampak jelas kesalahan bn tetap istiqomah,ni pemimpin2 islam jenis apa ni masih buta hati.....
Adakah jawapan hadi "Dalam Ilmu Allah"????mcm budak2 nk pemimpin2? Hancur lebur maruah pas dek kerana Hadi,nasib baik mat sabu pantas bertindak menubuhkan GHB.kalu tidak,kpd siapalah kami nk menerus kan pjuangan sebenas pas.
Puteri umno suka pakai mekap tebal lebih bro..
Di saat ahli.umno.mahu najib turun
Anak terbiar najib muncul... Nasi pudin g anak bapak yg kaya main saham ... Merayu jgn marah najib...
Kesian... Itu kereta w??88,bagi balik tuan punyer arab
Catat Ulasan