27 Jul 2015

Mujahid Jawab Fitnah GHB Berwalikan DAP

GHB sanggah Hadi, nafi berwalikan DAP

Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan pertubuhan itu menjadikan DAP sebagai 'wali', seperti didakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang itu berkata, Hadi tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS.

"Saya tak tahu dalam konteks apa dia cakap. Ini sebenarnya masalah (dalaman) PAS dan kelemahan dia sendiri dengan PAS.

"Tetapi nak alihkan isu dan salahkan DAP,"
katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, penubuhan GHB sebaliknya berkaitan isu kebangkitan rakyat akibat masalah yang dilalui dalam PAS sendiri.

"Ini soal kebangkitan rakyat, kerana PAS yang bermasalah. Tidak ada kaitan dengan DAP,"
katanya.

Hadi dalam kenyataannya 23 Julai lalu mengingatkan ahli GHB agar tidak menjadikan DAP sebagai wali atau ketua.

Dalam kenyataannya yang bertajuk ‘Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja’, Hadi berkata hanya ahli parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman.

"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi berkata, hubungan dengan DAP adalah sebagai rakan pembangkang yang bercita-cita untuk meneruskan kembali tahaluf siyasi yang terkubur dan bakal menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada siapa dari ahli kami Harapan Baru yang 'berwalikan' DAP.

"Dulu, yang kerap membuat tuduhan PAS diperkudakan dan menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai kemenangan politik, ialah Umno.

"Kini nampaknya giliran PAS pula membuat tuduhan terhadap kami," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, lebih baik jika PAS bersama dengan GHB menumbangkan Umno daripada terus bercakaran sesama sendiri.

"Adalah lebih baik kalau kita sama-sama 'berlumba-lumba' menumbangkan Umno bagi menamatkan kebobrokan tadbir urus parti pemerintah yang sarat dengan kemungkaran rasuah, salah guna kuasa, kerakusan, pembolotan, pembaziran, ketidakadilan dan kezaliman, daripada mengulangi fitnah Umno," katanya.

Hadi dalam kenyataan sama berkata, sesiapa yang tidak istiqamah atas akidah, dasar dan matlamat, pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar jemaah.

"Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah maha mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya," katanya. –TMI


Hadi punca kematian Pakatan Rakyat

Hadi adalah punca utama kematian Pakatan Rakyat bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi “tuan” Pakatan Rakyat

Berat hati saya untuk menyatakan rasa kesal yang amat sangat apabila melihat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengulang-ulang propaganda Umno bahawa DAP mahu menjadi “tuan” ke atas parti lain.

Propaganda ini menyelindungkan pendirian politik baru beliau untuk menjadi pembela terkuat Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan para pemimpin dan ahli Umno sendiri sedang mencari arah baru untuk negara ini.

Sebagai contoh, ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee kelmarin menyifatkan pakatan baru pembangkang tidak mampu menggugat Umno. Beliau juga terus menyebarkan pembohongan bahawa gabungan baru berkenaan akan dikuasai oleh DAP seperti mana kononnya DAP dulu menguasai Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

Dakwaan yang hampir sama diulang oleh Hadi kelmarin dengan menyebut bahawa golongan yang menghargai perjuangan Islam tidak akan menjadikan DAP sebagai 'wali', mengulangi tuduhan Umno bahawa DAP mahu menjadi “tuan” dalam hubungan “tuan dan hamba” dengan parti-parti politik lain.

Tuduhan itu bukan saja tidak berasas sama sekali, malah ia pembohongan paling keji daripada seorang bekas pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat dulunya hampir menjadi sebuah gabungan politik baru antara kekuatan-kekuatan politik yang hampir setara di kalangan parti yang menjadi anggotanya, berasaskan prinsip muafakat di mana setiap keputusan atau dasar Pakatan perlu dicapai menerusi muafakat ketiga-tiga parti komponen.

Tidak ada parti atau pemimpin memegang kuasa veto bagi membatalkan keputusan yang telah dicapai secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti komponen.

Justeru tindakan Hadi mencabul Dasar Bersama Pakatan dan prinsip muafakat ini, kerana mahu menjadi “tuan” dalam Pakatan Rakyat, muncul krisis demi krisis dalam Pakatan, iaitu dengan:

1. Mencabul dasar Pakatan Rakyat untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya dengan meletakkan calon-calon PAS pada hari pencalonan untuk bertanding melawan PKR di enam kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Umum ke-13, menyebabkan Umno menang di semua kerusi terbabit.

2. Mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri oleh Timbalan Presiden Mat Sabu bagi pihak Hadi, yang menetapkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

3. Melanggar janjinya sendiri pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 bahawa sebarang pindaan ke atas Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan sebarang usul persendirian Ahli Parlimen Pakatan berkenaan pelaksanaan hudud akan terlebih dulu dibentangkan di hadapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Cita-cita Hadi untuk menjadi “tuan” dalam Pakatan Rakyat melanggar prinsip asasi Pakatan sebagai sebuah gabungan antara parti-parti yang setara, dimeterai dengan prinsip muafakat dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Atas sebab inilah Hadi mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk melantik Menteri Besar Selangor kerana Azizah seorang wanita.

Malah, Hadi juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dari Pakatan Rakyat untuk kerusi Perdana Menteri.

Tidak berlebihan jika disebut bahawa Hadi adalah punca utama Pakatan Rakyat berkubur, bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi “tuan” Pakatan Rakyat, menggunakan kuasa veto bukan saja ke atas Jawatankuasa Pusat PAS tetapi juga Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Konsep politik Hadi, termasuk politik gabungan, sama sekali tidak serasi dengan demokrasi, pluralisme, hak asasi manusia, kepelbagaian budaya, hak wanita serta gagasan pembangunan dan kemodenan.

Saya telah sebutkan kelmarin bahawa terserah kepada Hadi jika beliau mahu membantu memanjangkan hayat politik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri di tengah taufan politik skandal 1MDB.

Namun, beliau tidak berhak berbohong dan berdusta tentang DAP demi matlamat politik barunya untuk menjadi sahabat sejati Najib yang sedang berdepan tuntutan untuk meletakkan jawatan, termasuk daripada khalayak Umno.

Setahun yang lalu, saya boleh menyatakan dengan yakin bahawa jika ada usul untuk mengadakan undi terhadap Najib di Parlimen, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan mengundi tidak percaya.

Berlainan keadaannya hari ini. Apakah Hadi dan para pendukungnya akan sanggup membuat undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen? Hampir tidak mungkin, jika melihat kepada pembelaan luar biasa Hadi terhadap Najib.

Setahun yang lalu, tidak diragui lagi bahawa semua ahli parlimen Pakatan Rakyat dari DAP, PKR, dan PAS akan seia-sekata menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban berkenaan skandal 1MDB. Apakah hari ini Hadi dan pengikutnya akan menyokong usul sedemikian di Parlimen?

Hadi boleh mengubah pendirian dan belang politik beliau untuk menjadi pembela Najib yang paling kuat, namun janganlah melakukannya dengan cara mengorbankan kebenaran, keadilan, dan kejujuran dengan mengulang-ulang pembohongan dan pendustaan yang disebarkan Umno berkenaan DAP. -LKS/mk








IKLAN BERBAYAR







14 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Dulu hadi Ping telah menatadara dap ... Togok sampai licin... Sebab masyuuuk.. Balak Kelantan pun nak bg ...

Skrg marah dap sebab tak sokong tski Khalid gagap sebab tak sokong mb pas...

Dulu togok licin air kencing dap sebab dap sokong pas jd mb perak... Skrg maki...

Inilah pas... Kebendaan.. Dulu pas bertuhankan dap... Umno kapiaq.. Dap wali

Bila tski Khalid gagap tumbang ..maka dap kapiaq ... Tak sokong mb pas Selangor...

Pas pis pus

PokAmid berkata...

Tuang Presideng, cukup2 la bui komen tu. Tiap kali kluo, bunyi pemimpin macam tahap ketua cawangan je!

Tuang Presideng, jangan gok hina diri sendiri!!

Strawberry Ice Cream berkata...

Salam...
Lebih baik GHB bersurai dari pakatan...
Lupakanlah mood2 tu...
Silap2 makan diri....
Rasanya boleh dikatakan GHB nak bagi Pulau Pinang kat DAP...
Biar lambat asalkan selamat....
perancangan yang rapi menghasilkan lebih output...
kalau lawan PAS pun ada makna...
Mungkin boleh mencungkil lebih rahsia dan kebenaran...

Abdul Said berkata...

Kesian betul Hadi ni. Nampak betul tak keruan, gelabah, fikiran berkecamuk dan cakap merapu. Bawalah bertenang. Duduk dan relaks. Jangan marah-marah orang lain, jangan tuduh yang bukan-bukan. Ambil sehelai kertas dan sebatang pena. Okey. Tuliskan apa yang anda tak suka (GHB, DAP, PKR dan Jebon) dan sebagainya. Kemudian tulis satu senarai apa yang anda suka (duit banyak, pangkat, UMNO, kenderaan mewah, istana, melancung, isteri-isteri dan seterusnya). Kemudian buat sepucuk surat kepada S/U PAS dengan menyatakan anda meletak jawatan sebagai presiden PAS dan Ahli Parlimen yang anda selalu ponteng. Senarai tadi cuma menyenangkan anda untuk masa hadapan.!!! Manalah tahu kalau hilang ingatan!!

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 kta ni pun silap juga,sebab masih melayan orang gila pil kuda hampir kita pun jadi macam dia,tak layan pun susah juga sebab dai makin sakit,kesian juga .mungkin kia layan ni dia insyallah akan tenat pemikiranya.

Tanpa Nama berkata...

Aku kesian tengok haron din dengan haji hadi.
sorang meracau sorang merapu. Bawalah bertenang. Sembahyang dan doa dan seumpamanya. Takkan tu pun nak kena ajar. Tapi dia orang ni mana boleh terima nasihat orang sebab merasa diri hebat. Dah lah sombong bodoh pulak tu. Haron...haron....hadi....hadi. Pelingkup pas.

Tanpa Nama berkata...

Abdul hadi dan kawan2nya adalah peluru dalam barel senapang bn. Tiap2 hari menembak GHB. Dah sahih kebenaran jalan perjuangan GHB. Allahu akbar!

Tanpa Nama berkata...

Terbaekk la, Bro !!!

Tanpa Nama berkata...

Sekarang face bookers penghasut dan pengadu domba spt tak usin ceroi dan el haraki dah senyap. Dah kenyang atau menyesal melihat apa telah berlaku kat PAS adu domba mereka? Projek penghapusan golongan progessif sgt berjaya. Puak ulamak sepatutnya bergembira kerana barisan kepimpinan semuanya kini milik mereka. Tolong le, tak payah le nak sibuk2 ttg apa yg sdg dibuat oleh mereka yg bukan sahaja di hina malah fitnah juga dijaja oleh facebookers tersebut di atas. Yg sgt jelas ialah semua tohmahan yg di post mcm dpt restu dr HADI dan konco2. Yg peliknya dah menang besar gelabah pulak. Makin lama makin teserlah agenda puak HADI ni.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang face bookers penghasut dan pengadu domba spt tak usin ceroi dan el haraki dah senyap. Dah kenyang atau menyesal melihat apa telah berlaku kat PAS adu domba mereka? Projek penghapusan golongan progessif sgt berjaya. Puak ulamak sepatutnya bergembira kerana barisan kepimpinan semuanya kini milik mereka. Tolong le, tak payah le nak sibuk2 ttg apa yg sdg dibuat oleh mereka yg bukan sahaja di hina malah fitnah juga dijaja oleh facebookers tersebut di atas. Yg sgt jelas ialah semua tohmahan yg di post mcm dpt restu dr HADI dan konco2. Yg peliknya dah menang besar gelabah pulak. Makin lama makin teserlah agenda puak HADI ni.

Tanpa Nama berkata...

Bila sebut nama hadi teringat perbuatan dan percakapan yang tidak baik.Jangan pula suatu hari nanti nama hadi ini macam nama hassan malek dan mat maslan yang sinonim dengan kebodohan.Suatu hari nanti akan ada orang berkata

1. "janganlah awak hadikan orang" maksudnya seseorang kawan menegur kawannya supaya jangan mengumpat/fitnah/tipu/label orang lain.

2. Ponteng - Seorang guru bertanya kepada muridnya "kenapa awak hadi kelas kelmarin.

Tanpa Nama berkata...




Kurang jelas apa maksud DAP sebagai 'wali'. Adakah menubuh pertubuhan dan jadi gabungan dalam PR 2.0 perlukan wali seperti wali nikah?

Jika 'wali' hanya satu perumpaan yang menunjukkan betapa akrabnya GHB dengan DAP maka kita boleh lah kata yang PAS ialah 'saka' kepada UMNO.

Siapa 'wali' PAS semasa PAS menjadi gabungan PR sebelum ini? Tak mungkin Anwar sebab kita tahu bagaimana sikap Hj Hadi yang cemburu dengan kehebatan Anwar?

Kalau betullah apa yang di maksudkan 'wali' ini, pun tak jadi masalah sebab boleh kan berwalikan ROS??

Kepada Allah kita kembalikan.

Unknown berkata...

Aku org pulau pinang.coba hg p cari statistik peruntukan agama islam dari zaman BN smpi la zaman DAP.tengok sapa yg memertabatkan islam sbnrnya

Tanpa Nama berkata...

Tak yah dilayan org cam ni. Perkemaskan gerak-kerja GHB. Org cam tu sesajje nakkan perhatian... tlg ingat ni... JGN DILAYAN ORG CAMTU..