Dungun - Sebuah blok akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun yang menempatkan kira-kira 200 penuntut hangus terbakar dalam kejadian kebakaran lewat petang tadi.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, kebakaran itu berlaku, kira-kira pukul 7 petang.
"Kebakaran tersebut disedari oleh pelajar yang sedang membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan yang tidak jauh dari tempat kejadian.
"Ketika kejadian hujan dan petir melanda di kawasan tersebut dan menurut pelajar kebakaran tersebut berlaku sejurus kilat menyambar salah satu dari bahagian blok berkenaan dan kita tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada itu," katanya.
Katanya, apabila melihat kejadian tersebut, pelajar yang berada di tempat kejadian terus memaklumkan kepada pihak polis bantuan yang berdekatan dan terus menelefon Bomba bagi memaklumkan berkenaan kejadian tersebut.
Tambahnya, sepasukan 10 anggota Bomba bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian dan sebaik sampai api sedang marak membakar keseluruhan bangunan papan terbabit.
"Kebakaran itu memusnahkan keseluruhan bangunan terbabit yang boleh memuatkan kira-kira 200 orang pelajar turut memusnahkan kesemua peralatan pembelajaran di dalamnya,"katanya.
Amri berkata, ketika kejadian kesemua pelajar sedang berada di asrama masing-masing untuk berbuka puasa. Api berjaya dikawal sepenuhnya sejam kemudian dan pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.
"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat ini dan kerugian masih dalam siasatan," katanya

7 ulasan:
Kita bersyukur kerana tidak ada kemalangan jiwa.
UG bersyukur jugak sebab ini projek pertama mereka mempertahan 1MDB.
Bangunan tu memang patut diganti baru .
Sebagai bekas siswa yg pernah mendiami blok kediaman di ITM Dungun 1993/97, terasa sayu juga melihat kemusnahan itu.
Lightning arrestor hilang kena rembat (oleh kontraktor atau staf sendiri?)
Selalu nya bila pru yang di selalu di janjikan ialah jembatan baru atau jalanraya baru. Tempat dan kediaman untuk pelajar tidak di ambil berat. Sampai sekarang janji nak bina ITM di Teluk Intan tak buat apa-apa pun. kalau tenguk Universiti ini standard sekolah asrama agama je!
Ada MARA tapi sanggup beli tanah dengan harga mahal.
Semasa Kilat dan petir berdentum sila tutup handset segala bagai..janagan jawab bilamana ada deringan. Bahaya. Uitm Shah Alam yang sudah berpuluh tahun pun sudah cantik , Uitm Dungun macam sekolah taraf di luarbandar. Kesian, projek luarnegara berbillion ringgit, anak didik Mara sendiri di anaktirikan. Apa punya pemimpin????..
La uitm ka..ingat kan kandang kambing...
Catat Ulasan