20 Jun 2015

Berpusing-pusing Ketua Dewan Ulama PAS Buat Kenyataan...


Ulama PAS tidak kesal putus hubungan dengan DAP

Dewan Ulama PAS tidak pernah kesal selepas usulnya memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan pada Muktamar Tahun ke-61 parti itu, kata ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Mahfodz berkata, mereka sudah sedia maklum akan akibat usul tersebut sejak awal lagi.

"Bagi saya, tiada patah balik, tiada pusingan-U kerana dengan kronologi yang dibuat PKR dan DAP kepada PAS, selama ini kita sabar, tak jawab kasar-kasar,” kata Mahfodz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di Johor baru-baru ini.

"Tetapi apabila kita dah buat (keputusan) di Muktamar memang tak akan berlaku pusingan-U. Kita dah memikirkan, akibatnya kita dah tahu," katanya.

Beliau mengulas kedudukan terkini Pakatan Rakyat (PR) selepas DAP, disusuli PKR, mengumumkan gabungan itu kini "berkubur".

Menurut Mahfodz, PAS juga tidak kesal dengan kerjasama politik yang terjalin di antara parti itu dengan DAP selama ini.

"Kita bertahaluf ini tidak ada yang rugi, selalu untung. Dengan Umno pun kita untung juga, kita boleh sampai ke kawasan Felda.

"Dengan PR kita dapat menguasai Kelantan dan dengan tahaluf siyasi, alhamdulillah, hasilnya ada," katanya.

Usul memutuskan hubungan dengan DAP dicadangkan Dewan Ulama PAS dan dipersetujui sehingga mendatangkan kemarahan beberapa perwakilan akar umbi.

Pemimpin PAS bagaimanapun berkata usul itu tidak mewakili keputusan muktamad, kerana masih perlu diputuskan Majlis Syura Ulama parti itu.

Namun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudiannya mengatakan bersedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sekurang-kurangnya 5 ahli sudah berbuat demikian, termasuk dari kumpulan progresif PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas timbalan presiden, Mohamad Sabu.

DAP kemudian mengisytiharkan PR sudah berakhir pada mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya Isnin lalu.

Bagaimanapun, Lim semalam berkata satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Datuk Salleh Man, masih sebahagian daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.

PKR juga menganggap PR sudah tidak berfungsi secara formal dan merakam kekesalan mereka dengan keputusan DAP dan PAS.

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa 3 parti yang sebelum ini dikenali sebagai PR agar terus menjadikan Dasar Bersama sebagai panduan dalam mentadbir negeri mereka.

Menurutnya, ini kerana secara hakikatnya, PR masih wujud walaupun secara formal ia tiada.

"Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan Dasar Bersama PR," katanya dalam kenyataan menerusi Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, yang bertemunya di mahkamah semalam.

ULASAN GB

Berpusing-pusing Ketua Dewan Ulama PAS keluarkan kenyataan.

Hari itu Dah Tekejut Pulak Ketua Dewan Ulamak PAS, U-Turn Hampir Pasti...

Sekarang kata dah kesal pulak putus hubungan dengan DAP dan takkan U-Turn lagi. Baguslah macamtu. Selepas ini jangan pusing-pusing lagi. Pertahankan keputusan kamu utnuk putuskan kerjasama dengan DAP di dalam MSU nanti.

Macam takda pendirian lansng.

Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya...

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidak ber tanggung jawab adalah tanda kegagalan dan sikap orang orang BER HARAP tanpa BER FIKIR

Ini di pertunjukan oleh kepimpinan PAS dengan jelas sekali

Macam mana nak maju jika AJARAN NABI SAW yang paling asas tidak di fahami dan di ikuti.

Tanpa Nama berkata...





.
Memang lah tak jawab kasar-kasar tapi tindakan tu yang tolol lagi dahsat dari kasar. Beiya-iya Hj Hadi kata PR masih ujud, datang meeting pun tidak, sama lah macam PR tak berfungsi.

Kalau dah kata keputusan muktamar tak akan berlaku pusingan U dan dah fikir akibat nya, apa lagi letak lah jawatan dengan serta-merta.

Dah tak ada tu tak ada lah lagi. Formal ke tak formal. Kalau tak berpusing-pusing lah macam tu entah berapa lama lagi. Rakyat pun dah naik menyampah dan meluat. Harga barang naik ni.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Jika dlm pemilihan parti pun digunakan senarai cai.. tiada apa lagi blh diharap dgn parti ni ..pas is dead..

kerana seteruk2 umno pun diorg x guna senarai cai dlm pemilihan parti depa..

fikir2 kan lah..

Tanpa Nama berkata...

PR tak pernah berdaftar. Maka itu PR secara resmi tak ujud. Tapi bagi kita PR ujud, kalau tak macamana boleh menang banyak semasa pru yang lepas, Jika di daftar pun tapi hura-hara dan berpusing-pusing kejap sana kejap ke sini pun tak guna. Sebab tak ujud lagi sebab tidak ada persefahaman dan kerjasaman.

Sorang kata masih ujud dan satu lagi kata dah berkubur. Satu lagi mati-mati kata dah tak ujud padahal memang pun selama ini tak ujud cuma ujud pada nama.

Ini lah satu punca nya sebab tak berdaftar. Bagi kita PR ini kepunyaan ketiga-tiga parti, Jika selepas PKR PAS dan DAP bergabung dalam PR, ada parti lain yang bersama PR tetap PR tetap tak ujud jika salah satu dari tiga tersebut keluar atau putus hubungan antara satu-sama lain, Sedangkan masa itu ada parti lain bersama PR. Walaupun tak berdaftar kena jugak ikut macamana jika di daftar. Bila satu keluar maka bubar lah secara automatik.

Ini nak kata bukan DAP punya. Bukan PAS punya. Bukan PKR punya. Habis siapa punya? Tiga-tiga punya. Boleh ke PKR berbincang dengan DAP dan kemudian PKR berbincang pulak dengan PAS dan kedua-kedua perbincangan tersebut boleh ke dapat satu persetujuan bersama? Sedangkan bertiga duduk semeja pun berjam-jam nak selesai, ini kan pulak berasing-asing.

Nak halau parti yang mana? Kan lebih senang PR tak ujud lagi.

Hj Aduka berkata...

Tuang Ulamak : Apakah sifat2 munafik akan mendapat keredhaan Allah?

Potailangek berkata...

Woii bangang ari tu ko yg nk sgt bkerjasama ngn dap johor kn..hahaha..mne prinsip ko sbg ketua ulamak pas

Tanpa Nama berkata...

Pakatan ada tiga parti PKR, DAP dan PAS. Dua org dari PKR iaitu Dr Wan Azizah dan Rafizi dgn jelas menyokong utk bersama DAP. Hanya seorang, Azmin yg ingin bersama PAS (atas dasar kesian). Bermakna di sini 2 lawan 1 undi lebih kpd DAP.

Kalau pimpinan PAS ada harga diri mrk akan angkat sendiri kaki kepala lulut masing2 keluar dari Pakatan Rakyat tanpa disuruh. Lagipun selama ini asyik mencela PKR dan DAP kerajaan sekular, liberal mcm2. Ulamak2 cari rezeki dlm kerajaan sekular tak takut haram ke sumber pendapatan mrk?

Tanpa Nama berkata...






Hj Hadi kata kena faham maksud pakatan iaitu jika ada dua parti masih dikira pakatan.

PAS masih kira pakatan masih ada sebab PKR tidak menolak PAS lagi.

Sedangkan PAS telah memutus hubungan dengan DAP semasa DAP dalam pakatan. Ini bermakna pakatan dah tak tak ujud Sebab pakatan tinggal dua parti. DAP dan PKR.

Bagi Hj Hadi masih ujud mengikut apa yang dia maksud kan sebab PKR masih tidak memutuskan hubungan secara resmi dengan PAS. Kerana dua parti iaitu PAS dan PKR maka Hj Hadi kira pakatan masih ujud.

Adakah pakatan masih ujud jika yang tinggal dalam pakatan ialah PAS dan DAP? Atas alasan kerana PKR menolak hudud.

PKR menyeret masalah PAS ke dalam PKR pula. Selepas pakatan, Hj Hadi akan berjaya memecah belahkan PKR yang menjadi sasaran utama Presiden UMNO.

Kepada Allah kita kembalikan







Tanpa Nama berkata...

Wahai tuan admin & pengikut2 tegar anti 'ulama'.sempena ramadhan yang mulia,bersihkan lah hati anda semua..buangkan kalau x bnyk,sedikit pun xpe sifat busuk hati & memburukkan oranglain...ksian & sedih pula.tghh & co sedang seronok beribadat di bulan ramadhan ni.anda semua sibuk mencerca..again,lihatlah pula kelemahan sndiri sblm menilai ksalahan org lain..kalau sy nk senaraikan,kslahan dap& pkr x kalah kalau nk dibanding kan dgn pas/ulama..tp cukuplah..sbb sy lagi selesa utk melihat kebaikan .bukalah minda seluas2nya..FIKIR DGN AKAL & NURANI-HP

P/s.:admin,sila approve ok

Unknown berkata...

wahai anon 7:13

Habis dalam bulan ramadhan tak payah buat kerja nahi munkar? bila ulama ditegur dituduh anti-ulama. selama ini ulama yang memaki hamun, mencaci dan memfitnah kenapa kamu berdiam diri>

kesalahan dap dan pkr? itu bukan keutamaan dakwah kita, kerana ia bukan jemaah kita. kita utamakan dakwah kta kepada ahli kumpulan kita sendiri terutama para pemimpinnya.

Inilah akibat apabila taksub melampau.

Tanpa Nama berkata...

Geng mat serban dlm pas skg ni layak ke digelar ulamak??

Kah kah kah...

jika begitu..rendahnya nilai ulamak..

jadi ahli pas..dapat jawatan dalam dewan yg dipanggil dewan ulamak trus dpt title ulamak..mcm karut je bunyinya...anyway rakyat da makin pandai menilai mana satu ulamak tulen n mana satu ulamak su'...

Tanpa Nama berkata...

anon 7:13

cara kau komen tu mcm baru bangun tidor selama 10 tahun.

tiba2 bangun masih berkhayal PAS yg dulu yg lebih baik, sedangkan PAS sekarang ini adalah PAS yg dipimpin pengkhianat rakyat dan pengkhianat diri mereka sendiri(dulu lawan umno sekarang jilat umno).

mana kau tahu hadi sedang seronok beribadat? memanglah kat jepun tu 'seronok'.

anon 7:13,

tolong kaji dan baca semua info mengenai perpecahan PAS ini.

kalau tk tau apa2 jgn ckp pasal perjuangan Islam. org mcm kaulah yg mudah ditipu dan akhirnya jadi takfiri dek kerana percaya kt 'ulamak' yg bingai.

tolong jgn komen lah kalau tktau apa2... teruskan tidor dgn tenang lebih byk pahala bulan Ramadhan ni.

memalukan saja.