6 Mei 2015

MARA Sudah Gila, Perhabis Wang Rakyat Sokong Pelajar Porno


Aktivis siswa digantung, pesalah porno lepas'

Aktivis siswa Fahmi Zainol mempertikaikan kenapa peluang kedua diberikan kepada pelajar yang terlibat kesalahan pornografi di luar negara diberikan peluang kedua.

Sedangkan, kata pelajar Universiti Malaya (UM) yang digantung pengajian dua semester itu, aktivis “membawa suara demokrasi digantung” .

“Pelajar simpan gambar porno kanak-kanak Diberi peluang kedua? Pelajar yang membawa suara demokrasi digantung?

“Keadaan ini menampakkan bahawa kerajaan 'pilih kasih' dalam mengadili kesalahan pelajar,” katanya merujuk kepada pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di United Kingdom Nur Fitri Azmeer Nordin.

Nur Fitri, 23, dijatuhi hukuman penjara lima tahun bersabit 13 kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown di London.

Dalam kenyataan hari ini Fahmi membangkitkan berhubung kesalahan yang dianggap berat bagi pelajar memandangkan terdapat kesalahan berat diberi hukuman ringan.

“Saya merasakan kerajaan hanya bertegas terhadap kesalahan yang mampu menggugat kuasa mereka.

“Keadaan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak matang dan masih bersifat kebudak-budakan,” katanya lagi.

UM pada 9 Disember lalu menggantung pengajian Fahmi, bekas presiden persatuan pelajar, selama dua semester dan didenda RM600 kerana menganjurkan perhimpunan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran.

Selain beliau, seorang lagi pelajar Safwan Shamsudin digantung pengajian satu semester manakala empat yang lain diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang. -mk


Mara beri peluang kedua kepada Nur Fitri

Majlis Amanah Rakyat (Mara) mahu memberi peluang kedua kepada pelajar tajaannya Nur Fitri Azmeer Nordin yang kini menjalani hukuman penjara bersabit kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London, lapor portal mStar.

Ahli Majlis Mara, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata pelajar berusia 23 tahun itu akan diberi peluang meneruskan pengajian di mana-mana institusi Mara dalam negara sejurus selesai menjalani hukuman dan kembali ke tanah air.

“Saranan ini adalah sebagai tanda sokongan kepadanya. Secara peribadi, saya bersetuju. Kita berikan sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya,” kata Nazir.

Tambah Nazir, peluang kedua tersebut tidak eksklusif buat Nur Fitri malah tindakan yang sama boleh diberikan bagi mana-mana pelajar cemerlang tajaan Mara yang berdepan nasib sama.

“Laporan pihak penjara menunjukkan bahawa dia berkelakuan baik sehingga tempoh hukumannya dikurangkan, maka adalah wajar untuk kita memberinya sokongan semula,” ujar Nazir.

Terdahulu, MARA dilapor menamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri setelah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah di London.

Dalam pada itu, pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah menyarankan agar kerajaan tidak memberi peluang kedua menyambung pelajaran di London kepada Nur Fitri, sebaliknya meminta dia menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi negara ini untuk mengelak perkara seumpama berulang.
-Astroawani


ULASAN GB

Apakah MARA sudah gila? Membuat kenyataan "memberi sokongan" kepada pelajar yang telah pun dijatuhkan hukuman bersabit kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London?

Apa sebenarnya tujuan MARA? Nak galakkan lagi pesalah seperti Nur Fitri itu dan kemudian MARA sanggup lagi menanggung untuk membiayai pengajian mereka di dalam negeri pula?

Benar tempelakan aktivis siswa Sdra Fahmi Zainol. Aktivis-aktivis yang sedang di dalam pembentukan menjadi pemimpin di masa depan digantung pelajarannya, manakala pelajar yang telah dibuktikan keslahannya kerana kelucahan diberikan peluang untuk meneruskan pengajiannya.

Apakah ini berkaitan dengan agenda pembentukan "papagomo" yang amat terkenal dengan pembikinan video lucah untuk kegunaan parti UMNO BN di masa depan?

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAK APA BERI PELUANG KEDUA PELAJAR BERPOTENSI INSYALLAH DIA AKAN BERUBAH MENJADI BAIK

Tanpa Nama berkata...

TAK PE BERI PELUANG KEDUA INSYALLAH BERUBAH JADI BAIK DIA TU

Zab berkata...

Says terpaksa tak bersetuju dengan komen di atas. Mungkin disebabkan masyarakat kita tak tahu apa tentang pedophilia.
Bagi yang tahu, pedophilia ialah satu penyakit psikologi yang berbahaya yang sebenarnya perlu dirawat. Ini yang masyarakat kita tak faham. Pesalah pesalah ini kalau di luar negara, akan dipantau 24 jam mengikut undang undang. Itu sebab UK tak sabar nak deport pelajar kita balik. Dia perlu menjalani rawatan dan hanya selepas dinilai baru boleh dilepaskan ke dalam masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

Anon ada tak MARA bagi modal pusingan ke dua kepada usahawan yang rugi menjalan kan perniagaan di peringkat awal?

Umur mamat tu 25 tahun Kalau keluar berkelakuan baik umur mamat tu 27 tahun Selama dua tahun mamat ni sorang je ke yang pintar matematik ?



Tanpa Nama berkata...

Nazir ni bercakap melalui pengalaman sebab dia pun telah di beri peluang kedua

Juruterbang MAS yang kena tahan sebab memiliki menyimpan video lucah kanak kanak pun dah insaf

Tanpa Nama berkata...

Buat2 lupa pula.... Malaysiakan negara porno... kempen pru tayang porno, nak jatuh imej tokoh buat tayang video porno, nak hentam musuh teruk2 buat cerita porno, ranking antara 10 negara santapan porno (pelacur) termudah di Malaysia, porno pondan berjaya ketepikan undang2 syariah.... serba serbi porno.... jadi simpan gambar porno pedofilia pun kena pertahankanlah... kan tu kategori porno.

Besok Allah hantar malaikat kasi gegar itu Gunung Tahan baru ada akal.... tenggelam Putrajaya jadi tasik terbesar di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

bertenang! ini adalah satu tektik utk mengambil budak ini dgn secara terhormat,bukan dia mudah nak cari saorang ginis match mereka sanggup bayar berjutax dollar utk tujuan ini,saya rasa sudah sepatutnya mara bertindak segera utk mendapat kembali budak ini itu pun kalau berjaya

Tanpa Nama berkata...

Bukan kerana jumlah video lucah tersebut sehingga sebanyak 30 000

Pelajar ini mengalakkan penculikan kanak kanak yang secara paksa di jadi mangsa sek Kalau 30 000 sekurang kurang nya 15 000 kanak kanak telah musnah kehidupannya dan mungkin ada yang telah dibunuh oleh sendikit

Timnajib Jomfikir berkata...

Kalau beri peluang ke dua,utk rawatan sucikan diri itu ok.boleh beri peluang..

Kalau,sekadar kauseling biasa,pastu sponsor belajar itu ridiculous! Otak tersumbat.

Anti Fitnah berkata...

Seks, Liwat, Fitnah dan BN ... berpisah TIDAK.
Inilah peluang TERBAIK utk rekrut PAKAR PORNO yang mana boleh dipergunakan untuk menjalankan "misi" pada masa hadapan.
Peluang Kedua ... boleh diberi selepas beliau menjalankan terapi psikiatri dan pastikan beliau dah sembuh sepenuhnya. Orang cerdik amat merbahaya jika terlibat dalam jenayah berbanding dengan orang tidak cerdik.

Tanpa Nama berkata...

Lari tajuk.. terbaru
Penduduk halau demo penyokong PAS
Memasuki hari terakhir berkempen, berlaku kekecohan antara kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" dengan penduduk Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh.

Kira-kira jam 5 petang, kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar bersama kira-kira 10 lagi pengikutnya berkumpul di simpang tiga berhampiran stesen Petron Kampung Kubang Semang.

Kumpulan itu membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".

Bagaimanapun, tidak sampai seminit, dua lelaki yang berada di kedai makan di seberang jalan simpang tiga itu menghampiri kumpulan tersebut dan menghalau mereka.

Kemudian seorang lelaki menjerit ke arah kumpulan itu dengan berkata: "Jangan buat kacau di kampung kami. Hangpa (kamu) semua bukan pengundi di kawasan ini.”

sebijik perangai mcm umno UG nih

Tanpa Nama berkata...

Beri dia peluang jadi PAPAGOMO 2......tuk UMNOPORNO....safei afdal dah sokong pun

Tanpa Nama berkata...

asaikan pandai bole saja depa nak bantu tapi jangan lawan depa
walau pun buat salah
maka jadilah pandai dan anda bole buat perangai tak elok nanti depa bantu
kalau kat asrama mrsm anak anda pandai tapi ada masalah tatatertib pun depa akan simpan jugak kut dengan berbagai alasan

Tanpa Nama berkata...

Kena simpan gambar budak ni...takut2 nnt dia jadi yb umno pulak di masa depan...sapa tahu kan...bahaya pedofilia ni.....gila seks meroyan....ingat tu....simpan gambar dia....

Tanpa Nama berkata...

Ramai lg pelajar cemerlang matematik berakhlak mulia yg tak dapat tajaan MARA..mengapa tak beri peluang pertama pada mereka...fikir2 & renung2kan...

Tanpa Nama berkata...

Kita ada pelajar genius matematik Adi Putra sejauh mana kita ketengahkan bakat beliu

Tanpa Nama berkata...

kenapa ngo berduyun buang duit bila sofea yang bukan rakyat Malaysia buat hal. mamat ni hanya tersilap bawa diri dengan fantasi di Negara barat. banyak kesalahan yang sangat besar duit th, 1mdb, bunga tiga juta, khalwat sana sini diam saja. ini budak pergi belajar tanpa keluarga kat oversea, ada tak Tanya siapa yang pantau mereka, mana msd dan wakil wakil pelajar. kesalahan yang dia terlajak buat terus kata kesalahan berat yang tak boleh dimaafkan.