12 Mei 2015

Mahathir Tibai Rosmah Mansor... Memang Wajar!


Mahathir kritik Rosmah berlagak macam PM

Tun Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mengkritik Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dikaitkan dengan gaya hidup mewah.

“Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.

"Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.

“Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli Umno tetapi juga orang Cina.

“Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri,” katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata akibat desakan itu bertalu-talu, beliau cuba menegur Najib tetapi tidak berkesan.

”Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.

“Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan,” kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.

'Keadaan amat serius'

Bagaimanapun, kata Mahathir, apabila beliau mula mendengar berkaitan dakwaan skandal 1MDB, beliau merasakan keadaan sudah menjadi amat serius.

“Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

“Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya.

"Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri,” katanya lagi.

Mahathir pada 29 April membangkitkan dakwaan gaya hidup Rosmah susulan khabar angin beliau membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan ketika majlis perkahwinan anaknya.

“Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi masalah,” tulisnya sebelum ini. -mk

Majalah Indonesia dedah ‘Gaya Hidup Mewah’ Najib, Rosmah


Kehidupan mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa kebelakangan ini. - Gambar Ihsan Google.

Sebuah majalah Indonesia menyiarkan artikel mendedahkan "Gaya Hidup Mewah" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dua hari selepas melakukan lawatan kerja ke republik itu.

Laporan Tempo bertajuk "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri" melaporkan tentang barangan yang dibelanjakan Rosmah termasuk beg tangan jenama Birkin dan barang kemas.

Tempo juga memaparkan gambar jam tangan mewah yang dikeluarkan Badan Bertindak Pemerhati Jenayah Malaysia (MyWatch) baru-baru ini yang didakwanya milik pasangan tersebut.

Mywatch mendakwa, setiap satu jam tangan milik Rosmah berharga antara RM79,200 untuk Hublot BlackBerry Black Magic 114 dan RM486,000 untuk Richard Mille Lady RM 007.

Tempo juga membuat perbandingan antara jam tangan dengan pendapatan Najib iaitu kira-kira RM350,000 setahun.

"Kehidupan Najib dan keluarganya menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia," katanya dalam artikel itu.

Penggayaan rambut Rosmah bernilai RM1,200 juga turut ditimbulkan, yang mengundang kritikan hebat ketika rakyat bergelut dengan tekanan hidup.

Tempo juga menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times.

Kehidupan mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi Februari berkaitan kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Memaparkan invois dan dokumen lain sebagai bukti pembelian barang kemas yang dibeli Rosmah, laporan itu menuntut respons daripada Pejabat Perdana Menteri dan menerima jawapan berbunyi: "Tiada sebarang duit yang dihabiskan untuk berjalan atau membeli barang kemas, atau simpanan dalam peti besi yang didakwa, yang di luar kebiasaan bagi seorang yang berada pada posisi perdana menteri, dengan tanggungjawab dan harta legasi keluarganya."

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut membidas kehidupan mewah Najib dan Rosmah dalam blognya.

"Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul.

"Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya semalam.



ULASAN GB

GB dah banyak kali ulas mengenai Rosmah Mansor. Diantara ulasan GB sebelum ini..

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isterinya untuk menjadi "wakil rakyat"..


GB pernah meminta agar Najib dan Rosmah ditahan dan disiasat dan jika didapati benar Najib dan Rosmah bersalah menghabiskan wang rakyat seperti dilakukan oleh isteri Hosni Mubarak di Mesir, Imeda Marcos di Filipina, Najib dan Rosmah perlu dihukum penjara seperti yang telah dikenakan ke atas isteri Mubarak dan Marcos... Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan....

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buat sesuatu sebelum terlambat

Tanpa Nama berkata...

.

Apabila MT menyokong Najib sebulat suara kita tertanya tanya apa yang telah berlaku dalam mesyuarat. Adakah Najib membawa bukti ia itu 'tongkat' atau Najib membenarkan Rosmah hadir sama ? Tak mustahil kedua dua nya sekali.

Tidak cukup hanya menyatakan sokongan yang di beri pada Najib, semua MT kena ambil tahu apa yang berlaku dalam TH dan 1MDB. MT hendaklah maklumkan kepada rakyat cara untuk menyelesaikan masalah. Kerana pada rakyat hutang ini tak boleh di selesai tanpa pengunaan dana dan simpanan rakyat.

Malaysiabaru berkata...

Najib shall prevail

Saya nasihat Najib untuk kekal PM
Dengan cara
1.buat bodo
2. Buat mcm mahathir buat dkt tunku dulu
3. Najib perlu guna taktik mahathir terhadap team b tengku razaleigh
4. Najib perlu buang muhyiddin
5. Najib biarkan mahathir mati dalam membebel.... Selesai sudah ...

Jgn lupa UG lantik Hadi sebagai kUda DPM

Tanpa Nama berkata...

Dah lambat bro... hancus dibuatnya

Tanpa Nama berkata...

Malaysiabaru, sy setuju... tambah lg satu
6. Pakai bomoh he..he.