18 Apr 2015

[PANAS] Haji Hadi & Khalid Ibrahim Di Jakarta Bincang Bentuk K'jaan Baru DI Selangor?


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali, demikian lapor protal suara.tv yang kemudiannya berita itu menjadi viral di media sosial sejak kelmarin.

Menurut sumber SuaraTV, satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam.

Sekeping gambar telah dimuatnaikkan di twitter Khalid sendiri yang memaparkan pertemuan beliau bersama-sama Haji Hadi, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri.

“Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang esok” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.

“Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah.


“Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk” ujarnya lagi.

Pas sebelum ini berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cende­rung menyebelahi kedua-dua parti tersebut.

Dalam masa yang sama, Hadi dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu.

Keadaan kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP.

Namun begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.

Walau bagaimanapun, portal FreeMalaysiaToday, pegawai khas Khalid, Faekah Husssin menafikan desas-desus lawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Jakarta bersama Presiden PAS tiada kaitan dengan dakwaan beliau akan dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, lawatan separuh rasmi bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bagi mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Islam Indonesia dan membincangkan isu serantau khususnya ukhuwah Islamiyah dan ekonomi.

“Bagaimanapun, sama ada wujud perbincangan dalam soal politik di Malaysia khususnya di Selangor, di luar pengetahuan saya,” kata Faekah.

Dia berkata, pihak yang membuat dakwaan itu sepatutnya mendedahkan nama lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa akan melompat parti itu.

“Sekiranya benar, siapakan lima ADUN ini, dan parti mana mereka akan melompat,” soalnya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor itu berkata, politik di Malaysia sangat dinamik, sentiasa berkembang dan kekadang bergelora selepas 1998.

Blogger pro-Khalid, omakkau (Hanisya Abdul Hamid) yang dihebohkan sebagai salah seorang blogger selain cucumatkilau yang dilantik oleh kumpulan gabungan TSKI+Hadi+UMNO+PKR Lompat itu, di dalam satu updatenya di media sosial pula meluahkan kekesalannya dengan bertanya siapakah yang membocorkan maklumat tersebut.



Semuga Allah mendedahkan kebenaran itu sebagai kebenaran dan kebatilan itu sebagai kebatilan.

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

23 ulasan:

Sam Sung berkata...

Mari kita lihat khianat oleh seorang murabbi ummah secara lgsg..kesian ahli parti PAS..

Malaysiabaru berkata...

Dulu Pas berbaik dgn Dap

Semalam berbaik dgn Umno

Skrg pas berbaik pula dgn Yahudi

Apco jadi penasihat baru hadi setelah menantu di singkir

( cepat cepat pas umno Khalid apco ) bergabung lagi cepat rakyat menilai

Hadi akn jadikan Malaysia mcm Jordan bersahabat baik dgn Israel

90% ularmak Pas lulusan Jordan

Tanpa Nama berkata...

Ketua kumpulan UG dah buat tindakan untuk perdauan ummah serantau tp kapal sendiri dah tonggang langgang...Haduii penat dan keliru dengan keranah UG dan ketua UG nih..

Tanpa Nama berkata...

Cerita orang orang Bodoh si PAS ini tak akan habis habis

Khalid Ibrahim bukan bodoh , hutang juta juta sudah settled dgn UMNO

PAS pulak bodoh tak boleh ajar , Mamat Pil Kuda nak rebut jawatan TPM sangat nak Bini Muda Muda jugak


Bahalol saja

Tanpa Nama berkata...

Sidang Parlimen ponteng,mesyuarat Majlis Presiden Pakatan selalu ponteng. Ketua yg lemah dan tiada kredibiliti memimpin.

Berundurlah secara terhormat sblm imej Islam lebih tercemar disebabkan golongan ularmak dunia ni.

Tanpa Nama berkata...

Habis la kali ni..
Apa lagi pas mau?
Apa lagi dap mau?
Apa lagi pkr mauuuuu?
Apa lagi bn dik memeowwwww...
TKI akan ajadi tikus plak..
Dulu azmin dah lari dari kucing..
Apa nak jadi dgn selangor..

Musafir lalu berkata...

Cukuplah dengan fitnah ini kerana ia telah dijawab oleh TSKI bahawa ia adalah lawatan terhadap rakan lama Speaker Dewan Perwakilan Indonesia Bp Irman Gusman.

Inikah cara anda berblog menulis tanpa usul periksa. Memapar cerita yang saudara sendiri tahu ia adalah fitnah tetapi anda memanjangkan lagi fitnah dengan menambah-nambah cerita.

Tanpa Nama berkata...

Pas parti munafik penuh dengan munafik munafik besar

Ridd berkata...

Klu berita ni benar.

MEMANG HARAM JADAH.......!

Hadi.....klu parti kau bermasalah....jangan Rakyat Selangor jadi mangsa.....!

Tanpa Nama berkata...

Kpn TUAN BLOG, mohon diberi peluang kpd TTGH N YBKI beri statement dulu. Jgn tuduh sembarangan, n kalu x betul jadi fitnah. Beri mereka peluang utk nyatakan ttg perkara yg sebenar.

Tuan blog tentu x suka bunuh saudara seIslamkan? Kerana memfitnah itu lebih besar dosa dr membunuh saudara sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Musafir lali, kamu ni bangang je apa, saya tengok laporan GB ok ajer, dua-dua pihakndisiarkan.

Malah GB sudahi dgn memohon Allah tunjukkan mana yg benar dan mana yg salah.

Kamu tu dah taksub sgt dgn Tghh.

Tanpa Nama berkata...

Sudah haram jadah semasa mulut fitnah "barua" dan "jual pill kuda". Tapi ahli ahi cool jer accept kerana Nama ??!?!?!?!?!

Parti haram jadah

Tanpa Nama berkata...

Tuan presideng muka mulut tunduh "barua" dan "jual pill kuda" Tanpa sebarang bukti. Kira fitnah Tak?

Mana wira wira seperti musafir yang berani kata presideng parti anda FITnah?

Waris berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Perkara begini besar,tak kisahlah apa
hal pun,bukan kebetulan tetapi mesti ada rancangan yg telah d buat utk jumpa d Jakarta.

Selagi ada ulamak & konco pentingkan
Donia selagi itu bn akan berkuasa.

Saya tak tahu dan tak mau tuduh.
Masa akan tentukan siapa mereka.

Tanpa Nama berkata...


Politik PAS Yg DiKejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran

Maaf cakap

Hala tuju PAS sekarang ini boleh disimpulkan dengan pepatah ini:

"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"


Yang Dikejar : Hudud dan Negara Islam

Yang dikendong tapi berciciran: Pakatan Rakyat dan Putrajaya

Akhir sekali: "Masuk Angin Keluar Asap"

Bila dah masuk gaung, guna alasan standard:

"Biar kalah asalkan Allah SWT redha"


Macam awak tu boleh bercakap dengan Allah terus nak tau Allah redha ke tidak.

Natijah terakhir:

Kuasa Hilang, Hudud Dicampak, Negara Islam Di Kubur, PAS Dikambus


Ini bukan petanda keredhaan Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

Hadi negeri sendiri tak boleh perintah, nak perintah negeri orang pulak, nak ambil cara tak bermaruah?

Tanpa Nama berkata...

Kata nak dakwah, tak menang pilihanraya tidak apa, yang ni nak dakwah ka, nak apa?

Tanpa Nama berkata...

Orang kata Khalid bijak urus ekonomi tapi tak reti berpolitik Hj Hadi reti politik tapi ada kuasa Presiden

Khalid mendekat kan diri pada agama dengan belajar cara Hj Hadi Dan begitu sebaliknya Hj Hadi belajar ekonomi dari Khalid

Satu selamat dari menfitnah dan satu selamat dari hutang

Yang memeranjatkan Khalid dah tak seperti Khalid sebelum ini sebab Hj Hadi dah lama dah kita dan Khalid tahu

Jika rancangan ini benar benar terjadi keyakinan rakyat pada pilihanraya akan terhakis

Dan kesan nya pada PAS ialah ini membuktikan PAS tidak pernah jujur semasa mencalunkan nama nama bakal Menteri Besar

Tanpa Nama berkata...

Kat Indonesia tu ramai yang menyokong Anwar Ibrahim jadi tak heran lah siapa yang bocor maklumat Yang kita tahu Anwar dari dulu lagi berulang alik berjumpa dengan rakan rakan seperjuangan nusantara

Hj Hadi bila dapat jawatan nombor dua je baru lah pergi sana

Kalau tak Khalid lah yang bocorkan sebab dia sendiri yang muat naikkan gambar tersebut Mungkin Khalid perlu kan bukti kerana takut Hj Hadi tipu dia

Tanpa Nama berkata...

Musafir lalu mmg dah berlalu.. Bodoh tahap dungu.. Geng ug tu...

Tanpa Nama berkata...

"Walau bagaimanapun, portal FreeMalaysiaToday, pegawai khas Khalid, Faekah Husssin menafikan desas-desus lawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Jakarta bersama Presiden PAS tiada kaitan dengan dakwaan beliau akan dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor."

Petikan di atas menjelaskan bahawa GB x sorok maklumat. Bererti tiada sebarang fitnah ke atas Haji Hadi dilakukan oleh GB.

Berita tentang 5 orang PKR yg mahu join UG itu hanyalah spekulasi dari portal suara.tv.

Tanpa Nama berkata...

GB tak sorok makumat. GB tukang sediakan minyak utk dituang ke api.