Dr Asri gopoh dan memalukan, kata Kazim
Penceramah popular Datuk Kazim Elias menyelar kembali Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menolaknya sebagai penceramah susulan kenyataannya tentang hadis "roti jala dicelup kuah kari”.
Malah, Kazim menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju pemilihannya sebagai ahli panel forum perdana sempena keputeraan Raja Perlis sebagai tindakan gopoh dan memalukan.
Ini kerana, Kazim berkata, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh Asri sebagai mufti dan dibuat tanpa peluang memberikan penjelasan, lapor Utusan Malaysia.
“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.
“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan.
“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar Umno itu.
'Hanya perbandingan'
Sementara itu, Kazim juga menjelaskan kenyataan berkaitan hadis "roti jala dicelup kuah kari" dan “kurma celup tepung” yang disampaikannya hanya perbandingan.
Menurut Kazim, perbandingan itu dibuat kerana di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.
“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham," Kazim dipetik sebagai berkata dalam akhbar Utusan Malaysia.
Sehubungan itu, Kazim melahirkan rasa kesal apabila surat daripada Jabatan Mufti Perlis menyebut beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.
Katanya, ia seolah-olah menggambarkan beliau sering terlibat dengan penyebaran hadis yang salah.
"Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa.
"Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya lagi seperti dilapor akhbar itu. -mk
Dr Asri akan beri bukti riwayat palsu Ustaz Kazim
PETALING JAYA : Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan bahawa beliau akan memberikan bukti berkenaan riwayat palsu yang diminta oleh pendakwah bebas yang terkenal dengan program popular ‘Kalau Dah Jodoh’, Datuk Mohamad Kazim Elias.
Beliau berkata, kes itu sepatutnya berhenti setelah penjelasan berkenaan tujuan surat dalaman rasmi berkenaan.
“Namun, nampaknya tokoh berkenaan (Mohamad Kazim) terus mencabar meminta bukti walaupun bukti-bukti telah diberikan oleh pelbagai pihak.
“Bagi memenuhi hasrat beliau, In Sha Allah FB (Facebook) ini dalam masa terdekat akan memberikan bukti-bukti yang beliau minta itu,” tulisnya dalam Facebook rasmi milik beliau, DrMAZA.com hari ini.
Isu tercetus apabila sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis tersebar di laman-laman sosial yang menyatakan tidak bersetuju Mohd Kazim menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberikan sebab kerana Mohamad Kazim ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.
‘Riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramah Mohamad Kazim yang menyatakan ‘kenduri Rasululluah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.
Mohamad Kazim berkata, dalam ceramahnya beliau hanya mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.
“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham.
“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.
36 ulasan:
Kalau tak di jemput ceramah
Boleh jual roti jala di tapak ceramah
Maluuuu Ini baru sikit
Perlu ke buat perbandingan
Kalau cakap kenduri Rasulullah cuma kurma celup tepung je Rasa nya orang dah faham Tak tahu lah kalau para pendengar ceramah Kazim ini pemikiran tahap ????
Kalau nak buat perbandingan bandingkan lah kenduri kita sekarang Kebetulan pulak Najib nak bermenantu
Ada berani suruh Najib buat roti jala je
Dah cakap macam tu kata pulak lepas se tahun orang bercakap lepas enam tahun orang bercakap Suruh orang buat tapi macam tak percaya boleh buat
Laaa....ceramah pompang pompang suruh orang malu kepada Allah... Kena kat diri sendiri, rupanya malu ngan manusia...hahahaha
Bkn nak bg faham tapi lebih untuk jadi seronok. Makcik2 nak belajar ke nak berseronok.
apa nak malu pulak?
jual roti jala dengan kuah kari pun nak malu ker?
pelik la ustas2 zaman nih...
kat youtube dah ada pun masih nak konar2 baring...
kenapa la susah sangat nak mengaku?
ingat depan tuhan besok boleh ker nak konar2 baring jugak?
yang sama2 hadir tu pun apa la bengap sangat....tak kan tak terfikir roti jala tu bukan dari arab. Lain la kalu bagi contoh roti arab ker, roti boom ker.....
kalu kutuk pemimpin PR tak fikir masalah malu ker tidak.....bila kena batang hidung sendiri, tau pulak malu2
sumber 1 panggil Kazim saja.
Tak ada adab betul portal berita MK. Orang so call parti islam suka layan sumber sini.
sumber 2 tak tau ciluk dari mana ntah, panggil Mohamad Kazim. Tertinggal Datuk dan Ustaz.
ciluk berita tak bagi kredit sumber asal satu penyakit juga.
Banyak pak2 lebai dan ostat2 skrg ni hanya nk cari makan dan bermewah mewah bagi penuhi nafsu duniawi sj.Kebanyakkan mrk berkereta mewah dan ada rumah yg besar2 termasuk ostat dan ulam..mak politik cari makan...
ust.roti jala nie kalau tebar jalanya....agak2 berapa riban yg akan masuk......
ala kassim.....
Belum di akhirat di dunia ALLAH SWT dah tunjukkan sifat manusia
Dula Kadim kata na berhenti berceramah
Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.
“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.
Ustaz ni sama taraf ustaz misai kontot jamil khir. Mmg takleh pakai... ustaz duniawi.. guna agama kejar kekayaan..
Jangan biarkan hati kita dicemari perasaan sombong, bongkak dan takbur sebab itu perbuatan syaitan.
Itulah bila berbicara, pom pam pom pam tanpa berfikir panjang dan tanpa sedari apa yang dibicarakan.
Sepatutnya ustaz ni bermuhasabah diri bila orang tak jemput kita. Bukannya mencabar orang lain seolah-olah kita ni betul. Yang menyebarkan surat tu, aku pasti bukan kerja Dr Asri sebab siapalah Ustaz Kazim yang perlu dimusuhinya. Dr Asri ialah tokoh akademik dan bukannya ahli politik. Aku khuatir apa perasaan Ustaz Kazim semasa Dr Asri kemukakan bukti-bukti. Masa tu nak letak muka kat mana.
Apa yang hendak ditakutkan kalau orang tak jemput ceramah, sebab UMNO BN pasti akan jemput ceramah. bayar pun mahal.
PROF. MADYA DATO' ARIF PERKASA, DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN, hanya menjalankan tugasnya. Apa yang diperkatakannya adalah berdasarkan apayang dia faham tentang isu tersebut. Dah dia faham gitu, gitu ler ! Yang Ostad KE ni pulak kira nak buat lawak so gitu ler jadik nyer.
I like it... hahahaha.. roti jala kazim
Kalau tak diundang berceramah fulus tak masuk, bila fulus tak masuk tak dapat makan, bukan satu mulut oi,dua tiga bini nak support, itu belum masuk anak anak dari bini bininya.
Setuju dgn post2 .
Sebenarnya ujian untuk Ustaz Kazim.
Ada hikmah di sebalik teguran tu.
Nak tngok apa reaksi dia.
Apa salahnya kata, 'saya terima teguran dr Maza dgan terbuka, kita manusia tak sempurna.
Tu le, lain kali kena hati2, awak tu penceramah agama, tak bule saja2 selitkan humor, kelakar2 yg berlebih2an yang lari dari sebenar, Maharaja Lawak kalau buat gitu, mesti dicop menghina.
Sebab dulu dia pernah kata tak nak ceramah lagi, peristiwa tu, kena la muhasabah.
Ni masa dia, masa dr MAZA , kita , sapa2 pun, akan diuji, termasuk le pemimpin2 terutama yang sering cakap pasal agama.
Lagi banyak ujian.
Jaga sikit Dr Maza Hati Hati dalam hal ini Bukan apa Takut juga lah Kawan baru dia Dato' Jackie Chan masuk campur Nanti jadi Roti Jala Story pulak
Bukan apa Saja je Saja saja
Nak guna alasan yang UMNO selalu guna dan yang di tiru oleh puak pro UG
'Penyebaran surat tersebut di buat oleh pengadu sendiri kerana pengadu hanya di maklum kan oleh penganjur nama nya telah di ganti atas sebab sebab tertentu Pengadu tidak berpuas hati dan minta penjelasan seperti mana pengadu minta bukti berterusan dari Dr Maza Surat yang di keluarkan oleh Jabatan Mufti adalah kepada penganjur bukan kepada pengadu tetapi pengadu memperolehinya dari orang dalam atau ianya disebarkan dengan sengaja oleh individu yang sama aliran polotik dengan pengadu'
Ini menjadikan 'aku kena kau pun kena' Sebab tu sengaja sebut malu lah bukti lah buat sidang akhbar lah nak spin yang tindakan dari pihak Dr Maza mendedahkan surat tersebut pun salah
Dan kalau tak sebab roti jala pun nama UKE akan di ganti sebab ini forum perdana sempena keputeraan Raja Perlis tak sesuai dengan 'Kalau dah jodoh' yang banyak sangat ketawa dari Ilmu yang di sukai ramai pendengar dari kaum hawa dan lelaki tua je
Sedar2 le UKE. Orang ipoh dan terutama manjoi dah lama tahu perangai awak tu.
Dengar cerita ustaz2 dan mufti pun banyak
kali tegur Uke ni. Yang ramai belajar kat
barakah tu pun orang luar dr Ipoh.
Dulu kondem nik aziz 'mcm2 tuduh nik Aziz' sekarang dapat cash balik'
buat duke, lain kali jangan sesuka hati guna sirah palsu.
"roti jala kuah kari Sunnah" ni mungkin balasan dia. Tujuan dia nak bagi orang senang paham TAPI dia dah melalut ler pulak !
me 2nd that of Anon at 10:57 AM yg dia beriya-iya cuba sanggah perumpamaan@ bahasa mantik TGNA pasal "Nabi s.a.w. seperti budak biasa sebelum Kenabian baginda s.a.w."! Dia saje cari pase, mengada-ngada !
yes ofc .. ini ujian buat UKE, sama da dia betui ikhlas berdakwah dia akan take it ez & forgive ...atau dia akan terus buat wayang macam majoriti politikus !
Kalau apapun kenapa sampai tahap memfinahkan nabi? Nak jd pengikut Ibnus Salulkah? Jgn nnti org panggil Ustaz Kazim Al-Kazzab pula.
Kkkkk sampul surat
Boleh lagi berceramah tapi jangan guna nama Kazim Tukar nama lain Osman Jailani Ya Osman Jailani
Siapa lah yang luluskan tauliyah Kazim Orang yang bagi tualiyah sepatutnya menyemak ceramah Kazim bukan setakat lulus kan tauliyah Mentang mentang lah Kazim dah condong ke UMNO
Sebaliknya jika penceramah sentuh cincin sentuh 4 saksi sentuh pembaziran duit rakyat terus di senaraihitamkan
Tak silap ceramah tertutup Dr Maza di Gombak pernah di serbu sebab di hadiri oleh pemimpin dari PAS dan PKR
Cepat je ambil tindakan
Pada aku,sepatutnya Ustaz Kazim bersikap merendah diri, terbuka dalam menerima kritikan, sanggup memohon maaf dan menarik balik kata-kata yang mengaitkan Rasulullah dengan kenyataan yang konroversi itu. Barulah masyarakat boleh menghormati kamu. Bukannya bersikap seperti merasakan diri itu betul sentiasa.
Sebenarnya seseorang yang mengajar agama perlu sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan ilmu dan meriwayatkan sesuatu kerana manusia itu tidak lari daripada sentiasa melakukan kesilapan.
Mengenai riwayat palsu ini, sepatutnya Ustaz Kazim, jika ingin menasihatkan orang sekalipun supaya jangan bermewah-mewah tetapi bersederhana, jangan dikaitkan dengan Rasulullah jika tiada riwayatnya walaupun ianya untuk sekadar kiasan. Ini kerana ada hadith mengatakan “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. Juga yang ini “Siapa yang berkata atas namaku padahal aku sendiri tidak mengatakannya, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya di neraka.”
Oleh itu, adakah Ustaz Kazim tidak takut meriwayatkan sesuatu yang bukan nabi buat dengan menggunakan nama nabi?
Wallahu A'lam.
(maaf komen panjang)
Maaf kata, aku perhatikan kebanyakan lulusan agama yg bergelar ustaz/ustazah, tak mau attend kelas2 ustaz2/ustazah lain, depa semacam compete satu sama lain, dalam ceramah depa kondem sesema sendiri.
Berbanding yg tak lulusan agama (profesional), mereka suka menimba ilmu dari macam2 sumber, samade ustaz/ustazah, pendakwah2 luar negara (barat ke, jepun ke dll) di samping kitab2 muktabar, jadi fikiran mereka lebih terbuka & positif.
Tapi bile dikemukakan pendapat2 dgn ustaz/ustazah, ustaz/ustazah ni kebanyakan tak mau terima sebab perasan ilmu agama lebih. Memang, mereka mahir dlm bahasa Arab misalnya, tapi pergaulan mereka dgn bangsa2 lain kbnyakan tak luas.
Baru kadar kediri.lidah tidak bertulang....kebenaran tetap teserlah dan kebathilan akan terhapus....tanda2 mula menyerlah.
sama la dgn ulama dan pro ulama dlm pas nampak tak profesional dlm menangani apa2 isu kemasyarakatan
Dulu saya peminat UKE. Tatapi bukan sekarang sebab banyak merapu. Maknanya orang yang kurang berilmu ni lebih banyak merapu dan syok sendiri. Cuba tanya apa kepakaran beliau.... Merapu? ya!!! Lebih kapada Maha Raja Lawak. Sedih ada orang macam ni....Nyanyi lagu P Ramlee sikit////
Sebagai rakyat Malaysia, janganlah kita menjadi tipikal MELAYU yang sering mendengki dekat orang yang hidup lebih senang dari kita. Kajilah sesuatu permasalahan sebenar-benarnya dan tidak menyandarkan sesuatu kenyataan pada nafsu semata-mata. Saya lihat brader-brader diatas mengeluarkan statement yang menghina kepandaian brader2 or makcik2 sekalian. Matanglah sikit apabila mengeluarkan kenyataan. Sampai bila nak berfikiran seperti ini dan membiarkan kaum lain memijak martabat bangsa MELAYU.
By The Way, I'm a boy age 18 years old and not a TIPIKAL MALAY
Untuk Anonymous March 10, 2015 9:52 di atas, saya ingin bertanya, kamu faham atau tidak isu yang dibangkitkan dalam posting GB di atas? Kalau tak faham, jangan merapu. Ini isu mengenai riwayat palsu bukannya isu mendengki orang lain hidup lebih senang.
Lagi satu, tak habis-habis dengan melayu. Saya sendiri melayu pun dah naik meluat dah dengan perjuangan melayu yang tidak kemana-mana. Hanya yang saya nampak iaitu mengayakan golongan-golongan melayu tertentu (UMNO), yang lain seperti dianaktirikan malah ada yang ditindas.
Sebenarnya bukan bangsa lain yang menindas bangsa melayu, bangsa melayu itu sendiri yang menindas bangsa melayu. Saya rasa tak perlu untuk saya ceritakan segala penindasan tersebut. Kamu boleh baca dan cari sendiri kerana perkara ini dah banyak diulas, dibincangkan dan dibuktikan.
Pada saya, lebih baik kamu perjuangkan Islam yang jelas-jelas boleh menjamin syurga Allah daripada perjuangkan melayu. Jika kamu taksub dengan Islam, sekurang-kurangnya itu menunjukkan keimanan dan keyakinan kamu terhadap Islam dan cara hidupnya. Jika kamu taksub dengan melayu, adakah kamu yakin budaya melayu itu betul semuanya dan tak bercanggah dengan Islam? Yang saya nampak, budaya melayu itu sendiri pun ada yang diambil daripada Islam. Maknanya budaya melayu itu sendiri tak boleh berdiri sendiri tetapi terpaksa diambil daripada bangsa lain, agama Islam dan sebagainya.
Jadi disini, apalah istimewanya melayu tanpa Islam. Dan seingat saya, sebelum kedatangan Islam, bangsa melayu ini beragama Hindu.
Oleh itu, wahai budak 18 tahun, banyakkanlah membaca sebelum mengatakan orang lain tak matang.
Catat Ulasan