Ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali Jho Low, didakwa merancang usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International pada 2009 bagi melarikan AS$700 juta dari syarikat pembangunan strategik itu, dakwa portal Sarawak Report.
Laman berpusat di Britain itu mendedahkan bayaran balik hutang syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi sebanyak AS$700 juta kepada PetroSaudi pada 2009 hanyalah bagi mengaburi mata, sedangkan wang itu disalurkan kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang didakwa dimiliki Low.
Peruntukan pinjaman AS$700 juta itu merupakan sebahagian perjanjian usaha sama di antara Petro Saudi International dan 1MDB, kata Sarawak Report, yang turut menyebut dokumen yang diperolehinya dan menerbitkannya bersama pendedahan tersebut.
“Apa yang ditunjukkan melalui bukti ini ialah muslihat penting bagi menyalurkan 'pinjaman' dan 'premium' AS$700 juta kepada Jho Low berlaku sejurus selepas perjanjian (antara PetroSaudi dan 1MDB) dimeterai pada 29 September – dan Jho Low juga terlibat dan dimaklumkan setiap langkah,” kata Sarawak Report.
Menurut salinan perjanjian pinjaman PetroSaudi seperti diperolehi Sarawak Report, AS$700 juta dipinjamkan daripada PetroSaudi Cayman Holdings kepada syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi pada 25 September, 2009.
"Bagaimanapun, tiada bukti menyokong 'pinjaman' itu melainkan ia sekadar sesuatu transaksi yang dirancang antara dua sayap PetroSaudi, sebuah syarikat dengan modal kerja yang amat kecil.
“Tiga hari kemudian, 1MDB terpaksa membayarnya balik secara tunai," kata laman tersebut.
Pada 29 September, 2009, ketua pegawai eksekutif (CEO) PetroSaudi Tarek Obaid mengeluarkan surat kepada 1MDB PetroSaudi Limited menuntut AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun bernombor 11116073, RBS Coutts Bank Ltd di Zurich, Switzerland.
Sarawak Report mendakwa akaun tersebut berdaftar di bawah nama syarikat Good Star Limited.
“Ini bermakna, wang yang dinyatakan dibayar balik kepada PetroSaudi sebagai memenuhi syarat perjanjian usaha sama, sebenarnya dipindahkan Tarek Obaid kepada pihak ketiga yang berasingan, Good Star Limited.”
Tambahnya, dana AS$700 juta itu dibayar balik oleh 1MDB secara bersendirian memandangkan PetroSaudi tidak menyalurkan sesen pun ke dalam usaha sama berkenaan dan hanya bersetuju dengan penilaian asetnya.
Good Star kemudiannya membayar Tarek Obraid "yuran broker AS$85 juta” pada hari sama surat tuntutan itu ditulis, menurut laporan itu lagi.
Sarawak Report mendakwa keseluruhan perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi itu didalangi Low dan pasukannya pada 8 September, 2009, tidak sampai sebulan sebelum ia dimeterai.
Selain Low, ia menamakan ahli perniagaan Britain, Patrick Mahony; rakan Low, Seet Li Lin; dan peguam Tiffany Heah, sebagai mereka yang terlibat dalam perbincangan awal.
Mahony bekerja dengan kumpulan pelaburan Ashmore yang membiayai operasi utama PetroSaudi, sementara Seet merupakan ketua pegawai pelaburan Good Star Limited dan naib presiden syarikat Low, Jynwel Capital, menurut Sarawak Report.
Laman itu berkata, ketika dihubungi bagi meminta beliau mengulas mengenai peranannya di Good Star, Seet menafikan mengetahui perkara itu sebelum "mematian telefonnya".
Melalui emel, Mahony memberitahu Low beliau memahami Low mahu menggunakan PetroSaudi International untuk "berdepan perjanjian tertentu" dan "kami sukacita untuk melakukannya".
Sarawak Report berkata CEO 1MDB, Shahrol Halmi dan rakannya dari Malaysia hanya terlibat dalam perbincangan pada 15 September atas initiatif Low yang memulakan panggilan telesidang di antara pihak terlibat.
Laman tersebut juga menerbitkan semula sebuah emel yang didakwa dari Shahrol, yang menunjukkan betapa 1MDB tidak tahu perniagaan sebenar PetroSaudi International, kerana Shahrol masih belum menerima profil syarikat itu beberapa hari sebelum perjanjian usaha sama dimeterai.
Pada 21 Februari lepas, 1MDB mendakwa menerima keuntungan AS$488 juta hasil usaha samanya bersama PetroSaudi.
Dalam kenyataan di laman web syarikat itu, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berkata wang pelaburannya dalam usaha sama itu ditukar balik dalam bentuk nota Murabaha selepas rancangan itu tidak diteruskan.
“Pada 2009, 1MDB mengadakan perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi, yang ditubuhkan bagi menjalankan pelaburan dalam projek tertentu.
“Kedua-dua pihak kemudian memutuskan tidak meneruskan usaha sama berkenaan dan wang pelaburan kami ditukar kepada nota Murabaha.
“Nota Murabaha ini dibayar balik sepenuhnya, dengan 1MDB mencatat keuntungan AS$488 juta, pada 2013,” kata Arul dalam kenyataan itu. -TMI
Berapa bekas bos APCO Malaysia dibayar untuk nasihat JPM?
Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Najib Razak menjawab di Parlimen mengenai status sebenar, skop kerja dan bayaran kepada bekas bos APCO Malaysia Paul Stradlen.
Kit Siang merujuk pendedahan Sarawak Report bahawa bos APCO itu dibayar sekurang-kurangnya RM 3 juta bagi setiap dasar komunikasi.
Manakala yang terbaru adalah berhubung kenyataan kontroversi mengenai hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib diinta memberi penjelasan mengenai laporan Sarawak Report itu.
“Adakah Paul Stadlen bertanggungjawab terhadap kenyataan 10 Februari lepas memuji keputusan Mahkamah tidak menerima rayuan Anwar Ibrahim, hanya beberapa minit selepas hukuman dijatuhkan?
“Ini menimbulkan banyak persoalan,” ujar Kit Siang.
Menurut Sarawak Report, gaya hidup mewah Paul Stadlen yang gemar berparti menimbulkan persoalan, sama ada dia dibiaya duit pembayar cukai melalui jawatannya sebagai pegawai di Pejabat Perdana Menteri.
“Adakah tidak ada pakar perhubungan awam dan komunikasi yang boleh menjadi orang di belakang Najib sehingga harus mengambil firma Paul Stadlen sehingga dibayar RM 3 juta?
“Firma itu juga diberi tanggungjawab dalam projek berhubung 1Malaysia Development Berhad(1MDB),”ujar Kit Siang.
“Adakah kita sudah sampai ke peringkat di mana PM sudah tidak percaya lagi kepada pakar-pakar tempatan sehingga terpaksa mengambil ‘Guru PR’(perhubungan awam) dari luar?”Soal Kit Siang lagi.
Dalam masa sama Kit Siang turut mempersoalkan sikap berdiam diri Pejabat Perdana Menteri yang tidak menjawab mengenai peranan, skop tugas dan bayaran kepada Paul Stadlen.
“Kenapa teragak-agak pula (menjelaskan isu ini)? soal Kit Siang.
Pada 10 Februari lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan dipercayai disiapkan pegawai perhubungan Paul Stadlen, yang dilihat pencerobohan kuasa eksekutif ke atas mahkamah.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sebelum selesainya semua “proses menyeluruh dan komprehensif’.
Kenyataan itu diumumkan selang beberapa minit sahaja selepas hukuman keatas Wnar dijatuhkan.
“Ini adalah enjata eksekutif (diwakili Najib dan Paul) untuk melanggar doktrin pemisahan kuasa dan cuba untuk masuk campur dalam urusan mahkamah.
“Kumpulan komunikasi Najib nampaknya jadi tersangat laju demi mempertahankan keputusan Mahkamah Persekutuan, walaupun sebelum proses mahkamah belum lagi selesai,” kata Kit Siang. – Roketkini
9 ulasan:
begitulah kira-kiranya bila kaki kelentong,perasuah & penyangak memegang tampuk kuasa ! ABU !
NAJIB APA PEDULI INI SEMUA AL TANTUYA YANG MENGANDUNG PUN DIA SURUH BUNUH.DIA APA PEDULI.LAKI NI JANJI DEPA BOLEH SAPU DUIT NEGARA KEMUDIAN SURUH SIBANGAT MENGANJUR AGENDA MELAYU DAN DIA JADI PEMBELANYE.DANA NEGARA BELASAH CUKUP .RAKYAT SENGSARA DIA PEDULI APA
laknat semua ni..jika najip bersubahat..
30 dajjal sblm akhir zaman
biar ahli2 umno dan para penyokongnya tanggung dosanya...
Salam GB
Pemimpin yang bodoh datang dari tangan pemilih yang bodoh.
puak ni tak berapa beriman (percaya )dgn dosa pahala...yg. penting dpt. nikmati syurga dunia sepuasnya.....dah mati nanti lain kira pulak....senang cakap puak ini tipis imannya.....hukum AlQuraan mentah2 mereka tolak .......hukum akal mereka lebih baik dari hukum Allah.....maknanya mereka lebih hebat dari Penciptanya......swemuga Allah memberi mereka petunjuk serta hidayah agar mereka menjadi manusia yang kuat Imannya ........AMIN...........
Jangan bimbang kita ada Menteri Menteri yang tahu akan akibat kebodohan ini Kalau dandan rambut pun menjadi perhatian tak kan lah juta juta habis pasal 1MDB dan APCO mereka berdiam diri
Kita ada Ketua Ketua Bahagian UMNO yang bijak bijak mustahil mereka biarkan semua ini berlaku depan mata mereka sedangkan mereka sendiri yang berjuang demi bangsa pun tak dapat hidup mewah seperti kedua dua musibat tersebut
Betul atau tidak Najib sudah sedar dan perkhidmatan APCO akan di ganti kan dengan firma tempatan iaitu UG
Bila pemimpin dah tinggal yg bodoh2, yg agak cerdik ambil kesempatan
Catat Ulasan