26 Dis 2014

[VIDEO] Annuar Musa Desak MKN Isytihar Darurat, Mahathir Selar Najib Main Golf


Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendesak Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar mengisytiharkan darurat dengan segera di kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan terutamanya di Hulu Kelantan.

Annuar juga mahu tentera digerakkan sepenuhnya kerana kenderaan dan peralatan untuk membantu mangsa banjir tidak mencukupi terutamanya di kawasan Laloh, Kampung Karangan dan Manek Urai di Kuala Krai.

“Majlis Keselamatan Negara diminta agar ambil tindakan secepat mungkin dan isytiharkan darurat di Kelantan. Kita hanya mampu berdoa dan teruskan komunikasi dengan siapa sahaja untuk tahu keadaan dan perkembangan mereka. Kelantan kita sedang menerima kesan teruk daripada cuaca buruk berserta fenomena kerosakan hutan di Hulu Kelantan.

“Doakan keselamatan mereka di Hulu Kelantan dan lain-lain, bersatu dan bermuafakat sedaya mungkin,” katanya di laman sosial Facebook beliau.


“Kita hanya berdoa dan sentiasa berkomunikasi dengan siapa sahaja di sana (Kuala Krai) untuk tahu perkembangan semasa banjir.

“Seluruh Kelantan menerima kesan dari cuaca buruk berserta fenomena banjir ini, kerosakan hutan di Hulu Kelantan, doakan keselamatan mereka di sana, bersatu bermuafakat sedaya mungkin,” katanya yang petik dari status Facebooknya, hari ini.

Beliau juga berkata, hubungan darat antara kampung yang terjejas di Kuala Krai sudah terputus membuatkan pihaknya terpaksa membuat laporan polis di Kota Bharu.

“Saya turut menerima mesej agar diselamatkan dari saudara mara di Lalok, Manek Urai, Kampung Karangan, ada mangsa banjir yang terbalik perahu dan masih tidak dijumpai.

“Ramai yang panik dan terperangkap,” katanya lagi.

Semalam, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai hampir lumpuh.

Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam keadaan banjir yang paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak beberapa hari lepas.

Sementara itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohd di dalam menyelar Najib kerana bercuti dan bermain golf bersama Obama di hawaii tatkala negara sedang dilanda musibah banjir. Beliau berkata sepatutnya Najib patut lebih perihatin. Beliau turut menyidir Najib dengan berkata, daripada bermain golf dan bincang TPPA, lebih baik jenguk mangsa-mangsa banjir.


Di dalam satu tweet yang lain Mahathir mempersoalkan "Setahun ada 365 hari, kenapa bercuti disaat Malaysia dilanda musibah? Rakyat akan bercakap apa yg mereka nampak dan rasa..."

Semalam TPM Muhyiddin Mohd Yassin mempertahankan percutian Najib dengan menyatakan bahawa Najib juga manusia biasa, perlu berehat setelah bekerja keras. Muhyiddin turut berkata beliau ada untuk menguruskan banjir dan hanya akan memanggi Najib pulang jika tidak berkemampuan melakukannya.

Namun "pembelaan" Muhyiddin tersebut telah disambut dengan pelbagai jawapan di media sosial. Ada yang turut mempersoalkan kemampuan dan kewibaaan Muhyiddin untuk menangani masalah banjir apabila beliau sendiri baru saja terbukti gagal untuk "menguruskan murid-murid sekolah" dengan prestasi buruk keputusan PT3 seluruh negara.


Hospital Kuala Krai bergelap


KUALA LUMPUR: Seorang pakar bius terpaksa memberi rawatan "intubation" (bius melalui hidung) kepada seorang bayi dalam gelap untuk menyelamatkan nyawanya selepas generator di Hospital Kuala Krai kehabisan minyak hari ini.

Ini merupakan pengalaman yang menakutkan seperti dinyatakan melalui mesej WhatsApp oleh Dr Adibah Abdullah, seorang pegawai perubatan di hospital itu.

Hospital itu beroperasi dengan menggunakan generator selepas bekalan elektrik terputus kira-kira 5 petang semalam, akibat peras air meningkat dengan cepat dalam apa yang disifatkan sebagai banjir terburuk dalam sejarah Kelantan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat bila generator telah kehabisan diesel.

Dalam rentetan mesej WhatsApp untuk memberi maklumat terkini kepada seorang rakan mengenai keadaan yang semakin teruk di hospital, Dr Adibah menjelaskan bahawa pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan unit penjagaan kritikal (CCU) bernafas menggunakan mesin yang berfungsi melalui kuasa bateri.

"Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir-gilir membuat manual bagging ... tapi sampai bila?" beliau menulisBeliau berkata bekalan diesel untuk generator dijanjikan dihantar pada 8.30 malam oleh helikopter. Bagaimanapun, masalahnya ialah hospital itu berada dalam kegelapan sepenuhnya.

"Kami tidak mempunyai suar tetapi kami memerlukan lampu untuk menunjukkan kepada mereka di mana kami berada.

"Kuala Krai telah bertukar menjadi sungai yang besar, dan hospital kami adalah satu daripada beberapa pulau yang tidak bersinar dalam kegelapan," beliau dalam catatannya.

Dalam satu lagi detik yang menyayat hati, Dr Adibah berkata helikopter telah tiba sebelumnya pada sebelah malam tetapi tidak dapat mendarat kerana ketiadaan ruang.

"Kipasnya berputar begitu kuat sehingga air terpercik dari kawasan yang digenangi air, serpihan berterbangan, dan mereka berkata bumbung akan runtuh jika helikopter menghampiri lebih dekat.

Satu-satunya cara untuk menyelamatkan pesakit ialah dengan mengangkat mereka ke atas, seperti dalam filem. Dari bot, atau dari kawasan yang berhampiran dengan pinggir air.

"Tetapi kita bercakap mengenai pesakit yang sakit di sini. Yang bernafas dengan mesin, bayi-bayi baru lahir, orang tua patah tulang," beliau menulis.

Beliau berkata helikopter akhirnya terpaksa berlepas tanpa memindahkan mana-mana-mana pesakit.

"Helikopter berlegar-legar ... dan tidak menghantar apa-apa. Kenderaan amfibia milik bomba datang.

Kemudian ia pergi semula. Matron mengumumkan "tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing-masing.

"Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini adalah tindakan amat bahaya), kebanyakan pesakit mengheret badan menaiki tangga," katanya.

Dr Adibah berkata pesakit berasa kecewa apabila mereka melihat kenderaan amfibia itu berlepas dan tidak dapat sampai kepada mereka.

Beliau berkata satu-satunya bantuan perubatan yang tiba sejak krisis itu bermula ialah seorang doktor tentera, yang tiba di hospital beberapa jam lalu.
-astroawani





KENYATAAN MEDIA YAB MB SELANGOR

KENYATAAN MEDIA

YAB. MOHAMED AZMIN BIN ALI
MENTERI BESAR SELANGOR

26 Disember 2014

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai 98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir ; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.

Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa – mangsa banjir dan keluarga masing – masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.

Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.

Saya telah berbincang dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah – langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri – negeri yang terlibat.

Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama – sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.

Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM 1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan ; RM 100 ribu masing – masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.


Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM 200 ribu bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.

Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja – kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja – kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak – anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat – syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar – pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

Delegasi Kerajaan Negeri Selangor akan turun ke Negeri Kelantan pada hari ini juga untuk menyampaikan bantuan disamping mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuala Krai dan beberapa daerah lain.

MMKN juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.


Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan – kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan daun keselamatan rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus dilindungi dan dipelihara.

MOHAMED AZMIN ALI






















11 ulasan:

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

luluh hati mengenangkan ahli keluarga, sahabat handai dn saudara seagama yg diberikan ujian oleh ALLAH..berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul..ALLAHUAKBAR..semoga kalian diberikan ketabahan...hati sakit mengenangkan pemimpin atasan yg masih mempunyai masa untuk memegang kayu golf..ALLAHUAKBAR...kita diuji dengan kesenangan sedangkan mereka diuji dgn kesedihan,kelaparan dan kesejukan..berderai air mata mengenangkan mereka..hanya doa yg mampu dikirimkan bt masa skrg..harapan nt ALLAH bg kesempatan kpd sy utk jadi sukarelawan..membantu sekadar mampu..inshaALLAH

Tanpa Nama berkata...

Sabar boleh tak! Main golf ni! Bini pun belum abis shopping!

Tanpa Nama berkata...

pihak media minta bg ulasan di kwsn yg sgt2 teruk dilanda banjir terutama di area Kuala Krai. jgn setakat pergi ke kwsn yg air naik smpai ke lutut shj, sedangkan di hulu kelantan cuma nampak bumbung shj. kami menanti khabar berita dr mereka...

Tanpa Nama berkata...

x kira la ada kt mana pun, hawaii ka las vegas ka.. dah tau ada bencana di tanahair, rakyat menderita, so boleh ambk flight balik anytime. ni dah masuk 3-4 ari x mau balik lg ka bahlol! sakan bershopping. kalau ditakdirkan m'sia diserang umpamanya gua rasa mamat ni cabut lari dulu..

Tanpa Nama berkata...

TV 3 sibuk nak anjurkan konsert jom heboh takde masa nk buat liputan..klu ada pun jika ada vip turun.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu cik fa Tiha

Banyak berdolak dalil
Banyak songgel

Yang buat hati luluh bukan pasal banjir tapi pasal cara pihak kuasa menangani nya

Macam tu punya minta tolong dengan nada simpati pun masih tak istihar dharurat

Tanpa Nama berkata...

Lagi sakit hati Ni tengah tenguk TV
Misi Bantuan Mangsa Banjir di Bangsar Muka ketua UMNO yang dok ambil kesempatan tak sudah sudah Macam majlis suka suka

Keadaan dah teruk tak payah nak buat penyerahan bantuan secara simbolik Apa matlamatnya ? Untuk bergambar sambil tersenyum dan tunjuk tanda bagus dengan ibu jari


Tanpa Nama berkata...

Semasa berkerja dengan syarikat bila ada krisis yang bercuti pun kena bertugas

Dan cuti tersebut boleh di bawa ke hadapan

Rakyat Malaysia ada kuasa dan berhak membatal kan cuti PM Najib awak di kehendaki kembali bertugas dengan segera

IbnAbdHalim berkata...

Banjir melanda, rakyat menderita tapi pemimpin tak terjejas. Hujung tahun beginilah masanya nak bawa bini shopping sambil main golf. Tak bolehlah nak banding Tun Siti Hasmahdgn RM. Tun Hasmah tak ada style. RM menabung dari kecil utk berbelanja sekarang. Jgn cemburulah!

Tanpa Nama berkata...

Pelik kan kat Malaysia nih... Kalu polis, bomba atau kakitangan yang lain, cuti boleh dibekukan apabila ada perayaan atau bencana2 alam yang lain. Tapi kan....orang2 besar yang kat atas2 tu, tak kira masa boleh dapat cuti, pergi main golf, pergi shoping, bawak anak bini jalan2....

Pelik lah...

Tanpa Nama berkata...

Di indon start shj banjir sudah diistiharkan darurat.

SKG INI RAMAI PATI DARI INDON DTG KE MALAYSIA TAPI I YAKIN SUATU HARI RAKYAT MALAYSIA AKN JADI PATI DI INDON KALAU PEMERINTAHAN NEGARA TERUS MCM NI.