14 Dis 2014

UMNO Parti Samseng Ajak Orang Bergaduh


Ahli Parlimen DAP-Raub, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mendakwa UMNO hanya sebuah parti politik samseng yang mengajak orang bergaduh dan menyalahkan bangsa lain.

Katanya, sikap sedemikian itu dipertontonkan kerana mahu menutup pembohongan bahawa negara Malaysia dan bangsa Melayu akan hancur jika UMNO tidak berkuasa.

Beliau berkata, “meletakkan kuasa terus di tangan UMNO tidak menjamin agenda orang Melayu tercapai dan terjamin kerana parti itu sarat dengan kaki bising dan kaki ugut yang mahukan projek besar sahaja. Yang akhir ini (projek besar) bukan sahaja saya yang kata, tapi Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) pun berkata demikian.”

”Orang Melayu tidak ada keperluan kepada UMNO, sebaliknya UMNO memerlukan orang Melayu. Jadi mengapa kita biarkan puak UMNO ugut kita, berlagak macam tuan dan berlagak macam mereka yang beri kita rezeki dan sebagai nya?,” ujarnya.

Dalam entri terbaru blognya, sakmongkol.blogspot.com, Mohd Ariff Sabri yang juga ahli UMNO sehingga 2012 menyatakan, masalah pada UMNO pada hari ini adalah soal kepimpinan, wawasan, komitmen dan dedikasi kepimpinan.

Beliau berkata, orang Melayu akan terus hidup sekali pun UMNO tidak berkuasa dan tidak sepatutnya mendedahkan diri kepada ugutan oleh parti itu.

Bekas ADUN Pulau Manis semasa menjadi ahli UMNO ini memberitahu, benih-benih fasisme kini sudah meresap dalam bekas partinya sambil menyeru ”Kita jangan biarkan kerajaan menjadi kerajaan yang menekan dan menzalimi rakyat.”

”Itu pasal kenapa kita mesti ada institusi kehakiman yang bebas dan berintegriti supaya menjaga rakyat tidak dibuli oleh kerajaan. Itu sebab kita ada NGO2 yang menjaga supaya rakyat jangan dizalimi dan dikasari.

”Saya tidak fikir orang Cina akan menjadi PM di masa hadapan kecuali akan berlaku pertumpahan darah dan amukan dari orang Melayu. Orang Cina ini pragmatik- mereka bukan bangang nak tuntut jadi PM atau TPM. Mereka mahukan negara aman damai di dalamnya mereka boleh hidup senang dan buat duit banyak-banyak,” tulisnya.

ULASAN GB

Lebih tepat untuk dikatakan UMNO sebuah parti samseng.

Anehnya tindakan ahli-ahli mereka sering terlepas dengan tindakan polis,

Rakyat Malaysia tahu mengapa sebabnya.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak dapat ditolak dan dipadamkan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di dunia yg sementara ini buatlah sesuka hati kamu jika kamu tidak takut Akhirat...Tp ingat Akhirat yg abadi nanti mata kamu akan terbeliak melihat beratnya azab..

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha itu pun ada kumpulan berminat dan beriya2 nak join UMNO untuk menegakkan syiar islam.
Yang sebenarnya untuk kepentingan perut sbb nafsu perut lebih ganas dari lautan Hindi.

Tanpa Nama berkata...

Apb kita bnar2 memahami SEJARAH..
SEJARAH sbnr2 wahyu diturun..
sbnr2 SEJARAH Quran..

GB,,
Quran adalah keajaiban MINDA
Quran adalah keajaiban HUJJAH
Quran adalah keajaiban ALLAH

Bukankah Quran itu=BACAAN?
Tajwidkah yg kita BACA??
bgmnkah kita mmBACA???

Dptkah kita mmBACA "minda" sSELIMUT?
mmBACA "minda" yg korup/JAHAT??
mmBACA minda auta-FITNAH???
mmBACA belitan2 RASUAH?

Quran sgt2 perlukan kekuatan MINDA..
Quran TIDAK mmerlukan kehebatan HAFALAN hufaz2 tajwid nahu/saraf yg LALAI lg melekakan?

Sbb itu Quran..
Quran sgt2 mmerlukan..
"GREAT minds THINK alike.."

Quran mmerlukan sbnr2 sbnr7 pnCINTA
sbnr7pnCINTA yg bnar7 mnCARI hakikat HAKIKAT-AZALI sbnr7 KBNARAN!!

penCINTA..sang pnCINTA yg bnar7 mnCINTAI sbnr7 KBNARAN dr "TUHAN"!

demi..demi..demi sbnr7KBNARAN
sang pnCINTA TIDAK takut berHUJJAH
sang pnCINTA sentiasa "rasa" MIRACLE dgn ayat2 ALLAH..

sang pnCINTA TIDAK ssekali khuatir @ TAKUT kalah ddlm berHUJJAH''
krn mrk kekaseh2 ALLAH..

mrk penoh spenoh2 CINTA ingin brkongsi erti-MAKNA-hakiki cinta KASEH-SAYANG aka "RAHMAN-RAHIM" drp TUHAN..

GB..
Mrk TIADA samaskali..
TIADA samaskali pentingknDIRI..
TIADA samaskali penting harta/ekonomi
TIDAK samaskali bodoh/BUTA brjuang demi kaum-NEGARA-tanah atau BUMI!

..krn mrk bnar7 sbnr7 dpt bnar7 mmBACA mmBACA mmBACA mmBACA dan memahami sbnr7 makna-ERTI-hakiki warkah sbnr7 CINTA azali..BACAAN dr ILAHI..

..w.pon dikalangan mrk ada yg turut berPERANG..tetapi mrk berPERANG utk mengHINDAR sgl tipudaya-FITNAH-zalim ONAR kekejaman manusia yg TIDAK mampu utk berHUJJAH dgn MINDA/akal..iaitu
..mrk yg sntiasa PREJUDIS..bimbang.. dan TAKUT krn akal/MINDA mrk gagal utk mngGAPAInya..

GB..
hanya "GREAT minds THINK alike.."

GB..
mrk lah sbnr2 pewaris nabi2..







Tanpa Nama berkata...

Tak setuju
Sebab mesyuarat UMNO ahli lima enam kerat duduk tertib Angkat tangan pun sama sama Bila bos datang cukup beradab cium tangan

Yang aku cakap ahli Tapi yang adikong dan ketua memang betul samseng Samseng taik kucing Sebab yang takut dengan dia orang ahli anggok anggok tu jer

Tanpa Nama berkata...

Orang orang umno kan bahalol bahalol darah dagong penuh rasuah , mana ada berkat hidup bagai bangkai saja.