Kita tak kira bangsa’
Kuala Lumpur: `Timo kasih boh tlog ore banjir...kito ore klate xkiro kaum..Kawe respect boh! Timo kasih boh.’ Begitulah bunyinya ayat yang dimuat naik oleh Yuzairy Yusoff.
Selain itu, `thanks for excepting...your kindness touching me so much. may Allah bless u n ur family’. Ini pula daripada pemilik akaun FB, Florie Fred Sindu.
Itu adalah sebahagian daripada petikan ulasan daripada beberapa pemilik akaun FB apabila melihat foto Chun Kiet Ong, 32, yang memaparkan mangsa banjir berada di kediamannya di Kota Bharu.
Chun yang dihubungi, malam tadi, berkata: "Kita orang Malaysia, tidak kira apa bangsa, kita tolong semua.”
Beliau yang juga peniaga menumpangkan sepuluh mangsa banjir di rumah kedai miliknya di Jalan Che Su, Kota Bharu, berikutan banjir teruk.
Katanya, kesemua yang berada dalam foto terbabit adalah daripada keluarga yang juga mendiami kawasan berhampiran kedai rumahnya.
“Saya memberi pelindungan di tingkat satu rumah kedai saya. Rumah kedai saya empat tingkat. Dua keluarga itu termasuk kanak-kanak berusia tujuh tahun dan seorang lelaki berusia lingkungan 60-an.
“Ketika air mula naik, kesemua mereka yang ketika itu mahu mencari tempat perlindungan lalu di kawasan rumah saya. Mereka meminta kebenaran menumpang di rumah saya untuk tiga hari.
“Selain menumpangkan mereka, saya juga memberikan mereka makan dan minum sepanjang menetap di rumah bermula Khamis hingga Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Tetapi, katanya, selepas tiga hari, mereka menyuarakan untuk ke pusat pemindahan sementara bersama mangsa banjir lain yang tidak jauh daripada rumah kedainya.
“Saya ada halang mereka. Tapi, saya juga perlu menghormati keputusan mereka yang turut memaklumkan tidak mahu susahkan saya sekeluarga. Tapi, apalah sangat, hanya bantuan ringan dapat saya beri. Sebagai rakyat Malaysia, saya tolong tanpa kira bangsa,” katanya.
Khamis lalu, bapa kepada seorang anak itu memuat naik gambar di Facebook miliknya dengan keterangan, “Ni lah mangsa banjir yang saya menempatkan di rumah saya. Harap mereka duduk dengan selesa...”.
Ia mendapat reaksi positif daripada pengguna FB yang rata-ratanya menganggap tindakan sebagai langkah terbaik membantu mangsa banjir. -HM
Petikan beberapa facebooker lain memuji dan berterima kasih kepada Chun Kiet Ong
Kedai Tayar milik Chun Kiet Ong
Beberapa keluarga mangsa banjir yang ditumpangkan
17 ulasan:
Boh Chun, tayar Bridgestone 15" R170 ampat bijik brape harga? Nnt gua mau pasang kt you punya kedai... Thank you for your concerns towards the flood victims!
..moga Allah memberi hidayah kepada beliau..
Brahim Ali kata ada 600,000 ahli yg perkasa semuanya. Mana mereka ???
Sebab tu penting saling bertegur sapa Bertanya kabar dan bergurau mesra dengan jiran tak kira lah apa bangsa pun Dijadikan manusia ini berbilang bangsa untuk kamu saling kenal mengenali Bila kenal nak minta pertolongan kan senang Kalau kita kenal yang dia tu sombong kita tak kan nak tumpang Tapi memang pun orang berniaga tak boleh sombong Jadi rata rata cina jarang yang sombong
Jangan lagi suka suka nak halau orang Jangan lagi suka suka hina bangsa lain
Amlau mana kata belum boleh declare darurat dengan alasan belum ada rumah milik orang lain dan milik persendirian yang jadi tempat perlindungan
Tentu ada juga mangsa banjir yang menumpang rumah saudara atau kawan
Ini dah ada Declare lah
Terbaekkkkkkkkkk!!!!!
Perkasa tak marah?.,Brahim Ali tak marah?..
Cina jugak baik ada hati perut.
Orang orang Melayu rata kan bukit hutan tok kaya ber gaya , bila banjir hilang tak ke mana
Nasib baik Cina ada.
Perkasa , umno , pas - semua bahalol saja. Penting perut sendiri.
Dia layak djulang dan dberi phormatan yg tggi bg mlahirkn lbh ramai bgsa seperti ini... Sguh baik budi pkerti.
Kita membantu ikut kemampauan
Yang mampu bagi makanan bagi makanan
Yang mampu bagi pakaian bagi pakaian
Yang mampu bagi power bank bagi power bank
Yang mampu bagi cicin Gadai kan lah
Sya mmg suka cina Kelantan.mmg Sgt baik Sb tdk dpt d nafikan kesan dr kepmimpin Klntan itu sndiri.pndgan pribadi.
Apa cina mahu ??
Kaum cina tidak tahu berterima kasih pada Kerajaan BN
Ini buktinya cina bukan bodoh macam melayu bagang
lebih mulia dari cikgu yang halau petugas sukarela.. shame of .....
Dlm sirah Nabi saw ramai juga yg tak Islam tapi tak kacau Nabi saw & sahabat, malah ada yang membantu Nabi saw & sahabat ketika peristiwa hijrah misalnya, contoh terkenal ialah bapa sedara Nabi sendiri Abu Talib.
Tak macam Abu Jahal & the geng , juga tak macam kaum munafik.
Jadi kalau zaman ni ada macam tu, kita raikan & sambut pertolongan mereka, & doakan serta pamirkan akhlak kita sebagai org Islam, mudah2an mereka tertarik utk pilih Islam.
Yang penting, semua bangsa , puak & kaum menghormati & berkerjasama
Pak Berahim kata bukan tak mau tolong tapi tak sempat, dah jadi Pekasam !
Cina kelantan memang unik. Asimilasi dengan p3nduduk tempatan menjadikan mereka berbeza dengan kaum cina yang lain. Kaum cina yang tinggal diluar kota bharu lagi unik. Kebanyakan mereka ini menjadi petani. Bahasa harian mereka adalah bahasa kelantan bercampor bahasa cina depa. Walaupun saya orang kelantan dari kota bharu, saya terp3gun pertama kali bert3mu mereka dis3buah warung untuk makan pagi di Tanah Merah. Kebanyakan mereka menggunakan nama melayu seperti che hassan, che hashim. Mereka berborak pagi itu dalam bahasa kelantan.
B3gitu juga jika kita bertemu mer3ka diluar kelantan. Bila mereka tahu kita orang kelantan, maka terkeluarlah perasaan asobiyah kelantan yang sering kita lihat dikalangan orang melayu kelantan. Mengikut s3orang teman cina dari kelantan, apabila mer3ka berada diluar kelantan, mereka juga ada masaalah untuk berasimilasi dengan kaum cina lain. Mereka dilihat pelik sedikit.
cina Indon pun unik .
Mereka cakap indonesia, kadang2 kita lupa mereka tu cina.
Nama pun nama indon.
Kita pun konfius.
Catat Ulasan