Najib kekal Akta Hasutan, kita tetap lawan - Mohd Sabu
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.
"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.
Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.
"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.
"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.
Hari ini, pada Perhimpunan Agung Umno Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.
Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.
Reaksi pendirian itu, membuatkan 2,752 perwakilan berdiri dan bersorak sebagai tanda menyokong keputusan Presiden parti Melayu terbesar di negara ini yang kini dianggotai 3.47 juta orang.
Sebelum ini Najib Tun Razak dilaporkan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11 Julai 2012 dan sekali lagi pada 3 Julai 2013. - HD
Najib tidak tunai janji
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata, jika melihat kepada rekod terdahulu, Najib telah berjanji beberapa kali menjelang pilihan raya untuk memansuhkan akta tersebut.
“Saya kira rakyat akan melihat watak sebenar Perdana Menteri yang membuat janji hanya untuk meraih sokongan daripada pengundi menjelang pilihan raya. Dan tidak ada keberanian dan kesungguhan untuk melakukan tranformasi yang telah dinyatakan oleh beliau,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Annex Shah Alam hari ini.
Hari ini, Najib mengumumkan akan mengekalkan akta tersebut, malah dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.
Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.
Mengulas lanjut, Azmin yang merupakan Menteri Besar Selangor berkata, melindungi kesucian Islam bukan dengan menggunakan peruntukan zalim yang tidak mempunyai kebebasan dan moral.
“Islam merupakan agama suci dan murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan dan bukan menggunakan akta yang zalim seperti ini untuk mengekang kebebasan rakyat di negara ini,” ujarnya. -FMT
14 ulasan:
Inilah yang dikatakan Presiden Munafik kerana telah banyak menipu.
Tuan
Cerita sebenarnya kerajaan Najib dah takde duit untuk tabur untuk di offer. Lagipun disinilah cerdiknya Najib. Tang duit dan kekayaan yang semakin terhad dia simpan untuk p3mimpin UMNO dan kroni-kroni je.
Kat perwakilan tak payah bagi umpan duit pun Najib akan dapat sokongan. Sebab tu dia offer kepada orang UMNO marhaen hadiah kekalkan Akta Hasutan 1948. Itu pun depa dok riuh rendah seronok sakan.....hahaha.
Najib tahu dia boleh berak kaporkan ahli-ahli UMNO bila-bila masa dia mahu. Sebabnya Najib tahu mentaliti kebanyakan ahli UMNO akar umbi sama dengan mentaliti 15 orang perwakilan UMNO dari Kota Bharu yang buta huruf tu.
hahahahahaha.
Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama-lama
Jadi perdana menteri
..47% haprak
Najib no balls...
Bila si bahalol jadi pemimpin , ia akan menjadi munafik.
Se lahanat umat , munafik lah yang paling jijik.
Perdana Menteri Malaysia mungkir janji? Siapa suruh percaya pd orang munafik yg memang sifatnya sebagai penipu itu.
Kena tipu lagi.
Dasar munafikun ... mana pernah berjanji dengan betul.
Cakap tak serupa bikin ... masih boleh diterima.
Yang paling dibenci ialah fitnah, fitnah, fitnah, ... sama ada pada orang Islam atau bukan Islam.
Nak pertahankan Islam konon ...
Nak pertahankan Melayu konon ...
Nak bertindak adil konon ...
... Banyak sangat konon ...
HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH
Flip dan flop..lepas ni sapa boleh janji najib tak flip dan flop lagi? Ahli amno memang mudah lupa..pujian akhirnya akan makan diri semula...percaya pada penipu dan hidup dalam penipuan...sumpahan melayu umno..JAIL AMNO.. kahkahkah..
Sama lah macam kawan sorang tu
Masa Najib janji nak hapuskan Akta tersebut Najib di kedudukan mana Perdana Menteri atau Presiden UMNO
Dan Najib janji di hadapan perwakilan UMNO sebagai siapa Presiden UMNO kah atau sebagai Perdana Menteri
Ni bukan nak perli saudara bat8
Sebab itu bila bat8 tanya kedudukan Haji Hadi sebagai apa Saya kata bagi saya Haji Hadi tetap Haji Hadi Samada Haji Hadi bercakap sebagai Presiden PAS atau sebagai Ulamak
Sebagai se orang Islam kita tak boleh berubah rubah Sebagai Perdana Menteri jadi Najib yang itu Sebagai Presiden kena jadi Najib yang ini
Inilah wajah wajah wajah..
wajah..WAJAH?
Maseh,
Maseh ingat?
Maseh ingat dgn SUMPAH??
inilah "WAJAH" yg berSUMPAH2!
alangkah mudah menipu dgn brSUMPAH!
dgn SUMPAHnya jd lah dia TAK brsalah
dgn SUMPAH yg bnar/HAQ mnjd FITNAH!
dgn berSUMPAH berSUMPAH brSUMPAH!
konon2 dia sgt erat dgn ALLAH?
konon2 dia lah org ALLAH?
TIDAK berSALAH?
SUMPAH!!!
TIPU
belit AUTA
khianati JANJI2
dusta ONAR perkosa
FITNAH zalim DURJANA
songlap mrompak RASUAH
LACUR ugut KEJAM
gelap PEKAT
KEJI
WAJAH
itulah WAJAH
wajah wajah WAJAH
org yg berSUMPAH2!
wajah sSUMPAH
SUMPAH!
Baru tahu . aku dari dulu dah tak percaya.
Anon 10:35
Saya faham maksud. Dalam kita kena berlapang dada, berjiwa besar untuk menerima kepelbagaian manusia yang juga mempunyai hak bersuara .
Saya no problem.
Hadi + najib = 2×5=5×2 =dua duanya lidah bercabang macam biawak gabok.je.Org2 pas jgn marah sku sebab dah memang Allah Taala kurniakan 'keistimewaan' itu kpd mereka.
Catat Ulasan