15 Okt 2014

Akhirnya Tamrin Keluar PAS... PAS Bukan Lagi FOR ALL...

Anak bekas timbalan perdana menteri Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini menghantar surat kepada setiausaha agung PAS menarik diri dari menjadi ahli parti Islam itu.

Tamrin berkata beliau tidak lagi menganggotai PAS berkuatkuasa hari ini.

"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," kata Tamrin yang juga bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu.

Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk "Menarik diri sebagai ahli PAS" dari Tamrin itu.

ULASAN GB

Petikan beberapa ulasan dari media sosial:

Ahmad Lutfi xxxxxx: Terkedu dgr laporan Tamrin Tun Ghafar undur diri daripada PAS

Syed Mohd xxxx: Cuba lah kita fikir kenapa orang menjauhkan diri dari kita dari kita asyik fikirkan orang tu tak baik dan tak sesuai dengan kita yang baik..

Mohamad Jusof xxxx: Datuk Tamrin jgn dipandang lekeh.. beliau banyak membantu PR menang Parlimen Bukit Katil ... di Melaka ... TQ Datuk Tamrin

Ahmad Saifullah xxxxx: mungkin ramai yang tidak akan meninggalkan Pas tetapi ramai yang tidak akan mengundi Pas jika calonnya pd PRU 14 nanti adlh geng UG..

Mohamad xxxxxx: PAS patut sedar kenapa hal2 keluar parti ini berlaku dikalangan ahli2 baru...

Kasturi xxx: Beliau menyertai PAS kerana menyangkakan PAS For ALL tetapi hakikatnya dia dapat bukan, dia mendapati PAS for ULAMA...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Geng2 ug n ulamak PAS mne ade peduli sume ni..kalo sume ahli keluar pn x de masalah..yg penting doa je n tggu je hari kemenangan yg d janji kn oleh ALLAH SWT..nk berusaha perbaiki jemaah x de dlm kamus hidup puak2 UG ni..

Unknown berkata...

PAS for Barua HADI only

Unknown berkata...

Gulungan non-ulamak dalam PAS cuba membudayakan PAS sebagai parti untuk semua. Bukan Islam pun boleh percaya PAS. Tapi ternyata meleset. Masih ramai serban besar mahu PAS kekal sebagai parti pondok.

Tanpa Nama berkata...

Silakan....
PAS tak perlukan org yg berfikiran sempit...
Nabi wafat tidak meninggalkan harta pusaka, akn tetapi pusaka Nabi SAW adalah ulama...
INNAL ULAMAK WARASATUL AMBIYA'
Kami dlm PAS tak heran sape sape nak keluar jemaah Islam. Yg kami peduli bila ulama tolak jemaah yg sudah tidak islamik....
" sure tak keluak posting ni.... "

air gunung berkata...

Wait and see..
Muhasabah?hehe..muhasabah hanya utk yg x faqeh jer..
Yg x solat jemaah..yg x der kopiah..x serbanan..yg x ckp selit2 kalimah arab..yg baca quran krg tajweednya..yg paling kena muhasabah sampai serawak ialah Pasma & Profesional.pasal amalan kureng.dosa ade dan berseepah dosa kecil sampai jd besar..ingat tuh...keh keh.jgn sekali2 menentang atau berlaga pendapat dgn al faqeh dlm apa hal pon.nanti dia ckp arab berkebok mana korang faham...so jd derhaka n x walaa daaaaaa...

bunbinban berkata...

PAS 4 Barua Hadi...i like...hahaha.. Rasanya elok mana yg wala' gila cadbury kat Hadi Awang tu, pindah je duk Ganu..sejak Tuang presideng org Ganu..abis puok Ganu ni buat kacau...

Tanpa Nama berkata...

APA la bahasa.4.45

ramziredang berkata...

dah dpt agak apa jawapan dorg...kan kita dah pernah dgr tentang 'nyamuk'?..."kalau nyamuk keluar senang sikit kita nak tido lena"...atau kita pernah dgr tentang 'kemuncup di perjuangan'..semua yg mengganggu mereka adalah kemuncuk yg lekat di kaki seluar je..
atau juga ayat.."Allah swt turunkan hujan banjir adalah utk hanyutkan sampah,baru cuci"
saya duduk di terengganu..saya tahu perangai dorg2 semua...dari perangai sebelum menang...semasa menang..dan selepas kalah..
satu saja ayat yg boleh saya nyatakan tentang mereka puak2 UG ni...--saya kkdg malu bila org tahu saya rakyat terengganu,sebab puak2 UG pun org terengganu..tu je yg paling simple nak gambarkan dorg semua

abuamir berkata...

Ahli PAs ramai yg dah muak dgn geng UG ni, mungkin pd PRU14 nanti ramai yg tak akan undi PAS. Saya pun dah tak mahu terlibat dgn aktiviti PAS lagi. Saya tetap akan sokong PR kecuali geng UG dlm PAS. Puak UG ni ingat PAS milik mereka saja dan syurga & neraka mereka yg tentukan.

ABU- Asal bukan umno

Tanpa Nama berkata...

Anon 5:18

"INNAL ULAMAK WARASATUL AMBIYA'"

Satu ayat yang dalam maknanya. Tapi sayang huraiannya takdak. Apa ciri-ciri ULAMAK WARASATUL AMBIYA' hang tak jelaih pun.

Inilah masaalahnya dengan orang seperti hangpa. Guna ayat-ayat besar tanpa huraian sama seperti UMNO untuk mengugut orang. Ini bukqn cara Rasulullah mengugut.

Kalau pandai sebut ayat-ayat ini paling kurang boleh menjelaskan dengan baik huraiannya. Betoi la kata air gunung....dalam komen dibawah.

Tanpa Nama berkata...

Belum pernah sepanjang sokong Pas selama 30 tahun ini, timbul perasaan kecewa saya sampai tahap tak heran dan tak sedih lagi kalau Pas kalah dalam PRU. Saya tetap benci UMNO dan BN tetapi saya juga meluat dan menyampah dengan perangai Pas waktu ini.

mozek batu berkata...

Same jugak ngan geng KN pkr.kami dh semak ngan permainan pkr..parti "umno versi baek sket"

Tanpa Nama berkata...

keputusan yg tepat
saya pon nk joint PasMa
selagi geng2 UG ada selagi itulah pas akan serabut
nyah geng2 ni dari pas termasuk hadi awang kluk klek

Tanpa Nama berkata...

* anonymous 5.18pm
Saya setuju dengan pendirian anda. Justifikasinya begini:

i. PS perlu kekal dengan imej parti pak lebai. Tidak perlu berimpi untuk memerintah dan menang kerusi DUN atau PArlimen. Memadai PAS menyertai pilihan raya sebagai medan untuk berdakwah sahaja. Letakkan calon di semua kerusi dan berdakwahlah secara mega 5 tahun sekali. Hilang deposit tidak mengapa, matlamat menyampaikan maklumat hudud, negara islam, pentingnya 'cinta' akan Melayu dan Islam tercapai.

ii. PAS perlu mantapkan usrah dalam kalangan ahlinya. Perkemaskan ulama-ulama muda untuk memperkasa budaya usrah. Nanti ahli akan wala' kepada Presiden tanpa ada pertikaian.

iii. Mansuhkan JKP dan naik taraf MSU sebagai cabang tertinggi PAS dalam segala urusan.

iv. PAS tidak perlu lagi DH Penyokong PAS. Bukan Islam tidak perlu lagi dalam PAS. MSU dan Pemuda PAS perlu berani membuat usul agar dibubarkan DHPP kerana undi bukan Islam bukan lagi yang perlu dijadikan agenda.

v. Tidak perlu lagi PAS menadah tangan menerima kemasukan bekas ahli-ahli parti lain dan atis-artis yang cinta akan Islam melalui PAS. Mereka ini sebenarnya tidak membawa apa-apa makna kepada PAS dan seperti menidakkan keupayaan dan keintelektual MSU dan Dewan Ulama PAS dalam membawa pendekatan masyarakat kepada Islam.

vi. PAS tidak perlu lagi mengemis ehsan dan sumbangan daripada masyarakat yang nampak peluang untuk membuat amal melalui sumbangan kepada perjuangan PAS. Hakikatnya ramai pemimpin PAS termasuk anak menantu sudah hidup mewah kesan kemenangan. Memadailah mereka ini yang mencari dana untuk menggerakkan PAS.

vii. PAS wajar ada 'kejantanan' untuk keluar PR atau kumpulan 'ulama' PAS menggerakkan usaha menendang keluar golongan profesional agar PAS berdiri kukuh sebagai dengan asas ulama.

Moga PAS For Ustaz terus kekal.

Tanpa Nama berkata...

Mulut dia tu pandai fitnah marah orang barua Tanpa bukit . Maka dia termakan balik jadi barua terbesar.

Tanpa Nama berkata...

Jangan tunggu lagi beb, kalau anda sayangkan islam dan cintai allah dan rasullulah saw, cepat - cepat tubuhkan parti islam yg baru sebab parti PAS sekarang ni nak suruh ahli sembah sujud kpd ulama bukan kpd allah dan rasulnya.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah dpt agak,masuk pas tanpa masuk usrah, xde tarbiyah. Biaq dia pi...aku cadang masuk PKR. Sesuai dgn fikrah dia.

Tanpa Nama berkata...

golongan pro-ulama atau UG ni semakin angkuh, galak dan jahat. tak mahu lansung bermuhasabah dan mengambil iktibar dari kes Datuk Tamrin ini. mereka merasakan diri mereka sudah perfect bila ikut ulama. sedangkan kalau kita tanya kepada mereka apa hukum ikut ulama yg memfitnah, mereka akan beralih kpd hal yg lain. saya ingin meminjam perkataan Tuan GB, bahawa hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. kump pro-ulama (UG) ini akan tetap mendapat balasan dari sisi Allah nanti.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak faham apa maksudnya,kena ngadap ulama la. Ko duk kutuk ulama dgn gelaran UG dan sebagainya tu pehal. Nanti kalu hang mati wasiat kat nuar tolong jadi imam solat jenazah hang ye...

SURE XKELUAR KOMEN NI.

Tanpa Nama berkata...

X perlu tubuh parti baru..tukar je pemimpin yg buat celaru...

Tanpa Nama berkata...

Serban jenis ne tau sebut je ulamak...tp x fhm ciri2 ulamak tulin..

Tanpa Nama berkata...

Sedo la diri...pas tu keluar dr lubang mana...jgn sombong mcm setan

Tanpa Nama berkata...

Anon 6:51

Meng3nai perkara vii - masaalah puak UG ni mereka beberapa kerat je berbanding dengan majoriti. Kalau mereka majoriti mereka dah lama bawa PAS keluar dari PR dengan membatalkan keputusan Muktamar Ipoh 2008 dalam satu muktamar PAS.

Dah berkali-kali puak UG dalam Dewan Ulamak PAS Pusat cuba sukat respond untuk kaji tahaluf siyasi dengan PR tetapi tak mendapat sambutan. Yang lontar g3ng depa, yang sokong geng depa jugak, sama2 dok bersarang dalam DUPP.

G3ng in lupa bahawa tahaluf siyasi dengan Pakatan adalah dasar tertinggi PAS sekarang yang mesti dipatuhi ol3h s3mua: presideng, AJKPP,MSU,DUPP, P3muda,Muslimat dan semua ahli PAS, takde sorang pun terkecuali s3lagi menjadi ahli PAS.

Jika tak patuh, apa lagi berusaha untuk membawa PAS keluar dari tahaluf siyasi dengan cara tak mengikut perl3mbagaan - mereka s3lamanya tak wala dan tak patuh k3pada j3maah.

Dalam PAS, jika tak patuh atau tak wala kepada jemaah, apa lagi kepada keputusan muktamar, darah mereka halal. Mereka boleh dipancung.

Hari ini kita lihat puak UG ini hari-hari dok menentang keputusan j3maah dan mereka ini bukan calang-calang orang. Mereka p3mimpin2 peringkat atas.

Geng2 wala yang taksub membabi buta begitu taksub memepertahan pemimpin mereka tanpa membezakan adakah p3mimpin itu wala kepada jemaah atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

Harun din tu bila kenal.....

Tanpa Nama berkata...

hadi barua mesti ditendang....yg jadi broker ada...yg jadi barua pon ada...semua barua ini mesti ditendang...tunggu muktamar nanti kalau nak tgk

Tanpa Nama berkata...

selain sbb faktor UG Tamrin menangguhkan keluar dr PAS sejak kes dua Adun di hadapkan ke jawatan kuasa
Apabila kdua dua nya di hukum gantung atas sbb tak jelas kesalahannya samada "di biar mati emak tak dibiar mati ayah" selama setahun menampakkan kepincangan keadilan dlm PAS

Mungkin kalau PAS berkuasa jumlah yg kena tahan ISA lebih ramai dr jumlah yg UMNO kena kan tindakan

Tanpa Nama berkata...

saya dh ikuti sikap dan perangai puak UG ni... depa sebijik PERKASA dan ISMA. walaupun mereka menamakan diri mereka pro-ulama tetapi rata-rata mereka bersikap malay-cauvinist - assabiyah Melayu. mereka mendabik dada konon hanya merekalah golongan yg memperjuangkan islam sebenar... walaupun terbukti presiden pas yang mereka agong2kan itu pemfitnah nombor wahid.

bat8 berkata...

Mozek batu

KN dan Tahaluf siyasi dengan PR adalah 2 perkara berbeza. KN bukan dasar rasmi PKR & DAP. KN sudah mati dan tidak ada lagi usaha untuk meneruskan.Kegagalan KN gagal kerana Najib gagal memenuhi syarat-syarat PKR & DAP. Najib nak makan sorang. KN melibatkan kerjasama antara PR dan BN untuk menyelesaikan beberapa isu penting yang dilihat gagal ditangani oleh BN. Ini termasuk pelan pembangunan ekonomi, pendidikan, menarik pelaburan asing dsb. KN bertujuan untuk merumus dasar bersama untuk menyelesaikan isu-isu ini supaya kita tidak terus ketinggalan dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial . Rangka dasar bersama dan diawasi perlaksanaannya secara bersama untuk memastikwn matlamat dicapai demi kesejahteraan rakyat.

Tahaluf siyasi dengan PR adalah dasar rasmi PAS sehingga hari ini. Muktamar Ipoh 2008 dan Muktamar-muktamar selepasnya memperbaharui komitmen tahaluf siyasi dengan PR.

Membandingkan KN dan tahaluf siyasi dari segi nama sahaja adalah satu kerja orang yang cetek pemikiran yang cetek.

Manakala usaha segelintir kecil puak UG untuk membawa PAS keluar untuk bekerjasama dengan UMNO adalah berlawanan dengan dasar rasmi PAS hari ini. Usaha ini sebenarnya adalah penentangan terbuka kepada dasar rasmi PAS hari ini. Mereka sudah tidak wala atau menentang j3maah! Ini jelas.

Kalau sesiapa atau kumpulan tidak setuju dengan dasar rasmi parti, apa yang patut mereka buat? Jika mereka merupakan golongan majoriti dalam parti, mereka boleh mengubah dasar parti mengikut garis-garis yang ditetapkan perlembagaan parti.

Bagaimana jika mereka kumpulan minoriti? Adakah mereka keluar dari parti dan menubuhkan parti sendiri atau menyuruh golongan majoriti keluar parti supaya mereka boleh menguasai parti?

Yang paling logik ialah golongan minoriti keluar dari parti dan buat parti sendiri. Dalam kes puak UG yang majoriti puak Ganu - merekalah sepatutnya keluar PAS dan menubuhkan parti sendiri.

Ini tidak. Puak UG yang minoriti mahu kumpulan majoriti yang yang tidak menyokong mereka keluar PAS supaya mereka boleh ambilalih PAS!

MASUK AKAL KE? INI YANG DIBUAT OLEH PUAK UG INI...SATU KERJA GILA! Yang lebih menyedihkan mereka tidak peduli jika mereka menghancurkan Islam itu sendiri, janji boleh bawa PASVdiatas dulang emas untuk disembelih oleh UMNO sepertimana mereka buat dengan hudud Kelantan!

Tanpa Nama berkata...

#Anonymous 7:38 PM

i. Maaf cakaplah...apakah tarbiyah PAS masih dilaksanakan dengan baik? atau sesi tersebut diisi dengan kumpulan ustaz2 yang menggerakkan agenda Dewan Ulama menabur racun yang akan memusnakan PAS.

ii. Lihatlah hakikatnya, betapa lesunya sesi usrah PAS setelah diuji dengan kemenangan. Di Kedah umpamanya, sejak berjaya membentuk kerajaan, semua bagai diulit mimpi yang kemenangan itu adalah akan kekal. Nasihat ikhlas bberapa pimpinan Kedah yang sedar diperlekehkan. Ceramah menjadi lesu dan merudum. Sesi usrah lembab dan tidak bergerak. Itulah betapa gilanya PAS bila diulit kemenangan dan menjadi kerajaan.

iii. Apakah upaya tarbiyah PAS kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS? Sekarang apa sudah jadi? DHPP senyap seribu bahasa...Berapa ramaikah yang sudah dapat didakwahkan dan memeluk ISlam....Beruntunglah Tamrin kerana walaupun dari sebusuk2 UMNO akhirnya memilih PAS untuk wadah yang dipercayainya berupaya membawa kesejahteraan kepada rakyat. Malangnya sebaik-baik PAS dilihat dari luar, hakikatnya sebusuk UMNO juga didalamnya.

Tanpa Nama berkata...

Cptla pas tubuhkan parti Pasma utk golongan professional....aku dh nyampah sgt dgn Pas Ug....

Tanpa Nama berkata...

Aku teringat kata2 ustaz aku, golongan profesional ni bila dia suka/mendalami/mengamalkan agama, mereka ada 2 kelebihan (agama & bidang profesional) berbanding kami ni yg hanya tau satu bidang aje (agama).

Jujur betul ustaz aku tu.
PASMA, aku harap kamu jangan gusar terhadap ugutan pemimpin2 UG, teruskan niat kamu yg murni.

Tanpa Nama berkata...

sy syg pr,tapi kalo pas tetap bawah hadi,dan keluar pr,maka pas babai,selamat jln,sy takmau undi pas tp undi pr.

Tanpa Nama berkata...

Bat8.
Kalau UG anda kata masih diteruskan, cuba buktikan dgn fakta....
Kalau KN anda kata sudah gagal cuba buktikan dgn fakta sudah tak ada unsur unsur utk meneruskan hajat tu.....
Kalau KN anda kata bukan dasar rasmi PKR dan DAP, kenapa anda kata KN kerjasama melibatkan PR..???
Satu percanggahan fakta berlaku..
Lagi satu PAS tak setuju dgn KN kerana KN sama dgn UG, cuma nama je lain... Ini satu lagi fakta yg anda kena tahu....
maaf ye....
Jangan main hentam seberono yer...

Tanpa Nama berkata...

Dulu, Pas for all.
Kini, Pas for Hadi.
Mari kita cabut macam Tamrin...

Tanpa Nama berkata...

pas for UG TGHH

bat8 berkata...

Anon 12:05

Idea UG masih berjalan apabila TGHH menjawab pertayaan hanipa maidin dalam musyuarat JKPP PAS pada 25 ogos 2014. TGHH mengaku PAS mempunyai rancangan untuk menubuhkan kerajaan UG + UMNO + TSKI + ADUN LOMPAT PKR.

Hassan Ali dipecat dari PAS atas sebab apa.

Apa bukti kamu UG tak wujud dalam PAS? Jawab ni dulu.

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:05

Kamu kata,

"Lagi satu PAS tak setuju dgn KN kerana KN sama dgn UG, cuma nama je lain... Ini satu lagi fakta yg anda kena tahu...."
.......................................................

Tolong kamu beri alasan mengapa KN sama dengan UG, cuma nama je lain?

Kita tengok nko yang xtau benda atau bat8 yang tak tahu apa yang dia cakap.

Tanpa Nama berkata...

Balik2 cerita tarbiyah.. Dah mcm komunis tanamkan doktrin. Patut tatbiyah bagi kita kesedaran untuk berpikir. Bodoh!