14 Sep 2014

Merindui Almarhum Fadzil Noor...

September bulan keramat. Di sini lahirnya sebuah perjua ngan. Anwar Ibrahim dipecat daripada kedudukan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998.

‘Satu Malaysia’ terpinga-pinga ketika itu kerana tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku. Apa yang pasti, ia adalah berita baik untuk pembangkang. Selama ini pembangkang bernafas di jalur retakan parti pemerintah. Semakin besar retakannya, maka semakin longgarlah ruang kebebasan yang ada.

Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim adalah musuh tradisi PAS sebelum tahun 1998. Kita sedia maklum bahawa Mahathir Mohamad mengundang Anwar ke dalam Umno pada tahun 1982 untuk menyaingi PAS dari segi Islam. Maka bermulalah persaingan antara Anwar dengan rakanrakan seperjua ngan ABIM-nya, seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Hadi Awang yang berjuang dalam wadah PAS. Sudah tentu kelebihan memihak kepada Anwar kerana beliau berada dalam parti pemerintah, dengan segala jentera yang boleh dikerahnya untuk menyebar pengaruhnya.

Maka kita semestinya hairan apabila Almarhum Fadzil Noor tampil ke kediaman Anwar pada malam Anwar dipecat. Saya dimaklumkan bahawa Almarhum sedar bahawa rakan seperjuangannya dalam PAS mungkin tidak merestui keputusan beliau.

Namun Almarhum tetap dengan keputusannya, malah menubuhkan Gerak ketika zaman itu untuk memimpin gerakan rakyat.

Jelas, Almarhum telah merasai bahang Reformasi, dan mengambil langkah pantas untuk menyahut seruan zaman. Mata lebam Anwar menjadi simbol kezaliman Mahathir yang menghangatkan sentimen “lawan tetap lawan.” Namun emosi perlu dipandu. Gerakan rakyat perlu disusun agar tidak berselerak. Kuasa rakyat perlu diinstitusikan untuk mencetuskan momentum yang kuat agar menggegarkan kedudukan rejim Umno-BN.

Ia bukan mudah pada zaman di penghujung abad ke- 20. Pembangkang sudah biasa dengan cara berlawan secara bersendirian.

Tiada konsensus dan tiada dasar bersama. PAS me nyerang Umno kerana tidak Islam, sementara DAP menyerang MCA kerana menjadi Cina yang pengecut. Tetapi kita berkongsi pengetahuan am bahawa selagi pembangkang berpecah, mustahil Umno-BN ditumbangkan.

Kita boleh mencubit dari kiri dan kanan, mencetus impak sedikit sebanyak bergantung kepada masanya.

Tetapi hakikatnya, mustahil pembangkang menumbangkan rejim pemerintah.

Dari segi strateginya, kuasa rakyat harus digabungkan.

Sudah tentu kita berdepan dengan masalah yang rumit untuk duduk semeja. Masing-masing akan cuba menonjolkan agenda diri, dan kemudian cuba mendominasi ge rakan tersebut. Situasi ini lumrah dalam politik. Namun untuk me reka yang berpandangan jauh, mereka akan melihat bahawa adanya potensi untuk mengembangkan pengaruh dan mengangkat agenda perjuangan dirinya, seandainya dirinya terlibat dalam gabungan tersebut.

Di sini hebatnya ketokohan Almarhum Fadzil Noor. Dendam mahupun permusuhan antara Anwar dengan PAS diketepikan.

Almarhum menjangkakan kedudukan PAS akan dilambung tinggi jikalau diletakkan di tengah- tengah gelombang Reformasi.

Jikalau dibandingkan dengan pembangkang yang lain ketika itu, PAS mempunyai jentera dan mekanisme yang paling lengkap, dan mungkin juga “canggih” namanya.

Keputusan PRU10 pada tahun 1999 membuktikan kehebatan Almarhum membaca denyutan nadi masyarakatnya, dan kemudian menggarap imaginasi kolek tif ketika itu. Lebih penting, beliau berlapang dada dan berjiwa besar. Dendam dan dengki tidak mengaburi matanya. PAS telah menerima manfaat terbesar daripada satu krisis yang bukan berpunca daripadanya. Dengan kata lain, di bawah pimpinan Almarhum Fadzil Noor, PAS meraih kemenangan daripada kekalutan parti lain.

Hasil usaha Almarhum telah kita rasai, meskipun kesinambungannya terputus seketika lantaran perpecahan Barisan Alternatif pada waktu itu. Hari ini tidak kurang nikmat yang kita rasai lantaran kerjasama Pakatan Rakyat.

Syarat sedia ada sudah tentu le bih senang dan matang berbanding tahun 1998, kerana pembangkang telah mempunyai pengalaman kerjasama lebih enam tahun – bukan sekadar bersama membantah, tetapi bersama memerintah!

Maka saya agak terkejut apabila persoalan ditimbulkan pada hari ini, berbunyi mengapa satu krisis yang bermula daripada masalah dalaman Parti KeADILan Rakyat, kini berakhir sebagai kemelut dalam PAS yang semakin ketara? Mereka yang membangkitkan soal an ini barangkali tidak berpuas hati kerana tidak faham mengapa PAS yang dipersalahkan, sedangkan masalahnya berpunca daripada KeADILan.

Seandainya kita melihat persoalan ini dari sudut lain, ia akan berbunyi, mengapa PAS kini terjejas lantaran krisis parti lain, sedangkan suatu ketika dahulu, PAS dimanfaatkan daripada krisis parti lain?

Secara jujur, dari segi ideologi, PAS dan DAP adalah musuh. Kedua- dua parti ini lebih rapat dengan KeADIL an di tengah-tengah.

Pada masa yang sama, kedua-dua PAS dan DAP adalah musuh kepada KeADILan dalam hal peng agihan kerusi – kerana berlaku pertindihan antara kedua-dua PAS dan DAP dengan KeADILan.

PAS dan DAP jarang bertindih untuk bertanding di kerusi yang sama.

Untuk suatu ketika dahulu apabila KeADIL an dilanda krisis, PAS dipuji sebagai parti yang berdisip lin dan beramanah.

Misalnya krisis Perak bermula daripada KeADILan dan DAP, sungguhpun PAS terkesan lantaran lompatan katak, tetapi Nizar Jamaluddin berjaya mengangkat martabat PAS di hati pe ngundi. Mereka melihat pemimpin PAS lebih beramanah, dan sanggup berganding bahu bersama Pakatan untuk mengharungi krisis tersebut, sungguhpun bukan berpunca daripada PAS. Pemimpin PAS menampilkan ketokohan yang berjiwa besar.

Saya tidak pasti apa yang terjadi pada hari ini. Nampaknya ribut bakal melanda pada September ini. Saya tidak pasti apakah September masih lagi bulan keramat, tetapi sudah pasti saya amat merindui Almarhum Fadzil Noor -Oleh LIM HONG SIANG









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



16 ulasan:

Tan Malaka berkata...

Terima kasih saudara GreenBoc. Tulisan sdr tentang Almarhum Ustaz Fadzil Noor membuatkan saya rindu pada sosok & ketokohan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

kalangan generasi muda penyokong Pakatan Rakyat, termasuk pencacai UMNO diruang maya sekarang ini mungkin tidak sempat melihat ketokohan & kehebatan kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil sewaktu hidup beliau.

PAS dizaman kepimpinan Ustaz Fadzil berubah total daripada sebuah gerakan Islam yg bersifat kampungan menjadi gerakan nasional.

Tidak terlalu berlebihan kalau saya katakan, dizaman Ustaz Fadzil lah, PAS menjadi parti politik yg yg excited, punya semangat & keghairah untuk menang.

Dibawah kepimpinan Ustaz Fadzil, PAS buat pertama kalinya telah memberi tentangan paling sengit kepada UMNO. Ini jelas terbukti melalui hasil pemilu tahun1999.

Sesiapa yg sempat mengamati sepak terjang politik Almarhum Ust Fadzil, pasti mengakui Almarhum adalah seorang tokoh yg bijak & tangkas membaca situasi politik.

Suatu contoh yg dapat dilihat ialah setelah Anwar ditangkap, Tian Chua anak muda mentah yg baru setahun jagung ketika itu cuba meng'hijack' gerakan Reformasi apabila menubuhkan Gagasan Demokrasi Rakyat Malaysia, yg disertai oleh beberapa kelompok NGO dengan Tian Chua sendiri dilantik sebagai kepalanya.

Almarhum dengan tangkas telah memangkah usaha tersebut dengan melancarkan GERAK, suatu gabungan yg lebih luas & berwibawa dimana Almarhum dipilih menjadi pengerusinya.

GERAK bukan hanya disertai oleh seluruh parti politik pembangkang ketika itu tetapi GERAK juga mendapat dukungan dari individu2 ternama yg punya kedudukan dalam masyarakat. Ini adalah manoevre/gerak langkah politik yg cukup bijak & tangkas yg dilakukan oleh Almarhum.

Dibawah sentuhan kepimpinan Almarhum, gerakan reformasi yg bernaung dibawah GERAK menjadi suatu gerakan massa yg tersusun & berwibawa.

Api reformasi yg dicetuskan oleh Anwar cuba dipadamkan oleh Mahathir ketika itu dgn penangkapan Anwar & beberapa tokoh yg dekat dgn Anwar dibawah ISA.

Tetapi ini tidak menjadi kenyataan, malah gerakan reformasi menjadi semakin marak & terjelma dalam gelombang besar siri2 demonstrasi jalanraya di Kuala Lumpur.

Saya masih ingat lagi waktu saya & ayah saya hadir ke majlis pelancaran GERAK yg dibuat di Markas PAS Taman Melewar Gombak. Cukup luarbiasa suasana waktu itu.

Walaupun telah diancam oleh Polis melalui media massa supaya rakyat jangan hadir, puluhan ribu rakyat berduyun2 datang menzahirkan sokongan. Akses masuk ke taman Melewar jadi luarbiasa macet. Kami terpaksa parkir kereta dibahu jalan raya antara Tol Gombak & persimpangan lampu merah ke Sentul & berjalan kaki kurang lebih 4 kilometer utk ke Taman Melewar.

Saya masih ingat waktu itulah kali pertama saya berpeluang mendengar pidato dari Allahyarham Ahmad Nor, mantan aktivis Kesatuan Sekerja & juga anggota parlimen DAP. Ucapan Ahmad Nor seingat saya waktu itu adalah antara ucapan yg terbaik. Waktu itulah saya baru tahu DAP juga punya pemimpin Melayu yg hebat. Ketika Ahmad Nor menyampaikan pidato, berlegar2 helikopter PDRM diatas Taman Melewar.

Almarhum Fadzil Noor adalah pemidato yg terakhir. Beliau menyampaikan ucapannya dengan tenang & teratur.

Walaupun ketika Ustaz Fadzil Noor berceramah sudah agak terlambat, lebih dari had pukul 12 malam untuk ceramah politik, tetapi orang ramai tetap tidak berganjak.

Tanpa Nama berkata...

tu tak kira lagi ucapan dan debat Ustaz Fadhil Noor di parlimen, cuba tengok video2 tersebut, sgt tangkas, berani dan tegas berhujjah. sekali tu ketika beliau sbg ketua pembangkang tengah membahas ucapan agong, beberapa org ahli parlimen amno cuba ganggu, beliau dgn tegas telah tuding jadi 'duduk' sampai mereka tu tak boleh nak ganggu.

ucapan beliau penuh fakta, sistematik, dimanik dan mudah difahami. sgt kagum kpd armarhum, mudah2an Allah membalas segala jerit payah perjuangan suci beliau dan ditempatkan bersama kesayangan Allah. Amin.

Tan Malaka berkata...

Almarhum ustaz Fadzil juga adalah seorang pemimpin yg berfikiran jauh.

Saya masih ingat lagi, ketika para penyokong Anwar Ibrahim mula merancang untuk menubuhkan parti baru yg kemudiannya dikenal sebagai Parti Keadilan Nasional (ketika itu), ada suara2 sumbang dikalangan pemimpin PAS yg menyuarakan secara terbuka ketidaksetujuan mereka terhadap usaha tersebut.

Antaranya termasuk TG Nik Aziz sendiri.

TGNA pernah dilaporkan dalam Harakah ketika itu tidak bersetuju ditubuhkan parti baru & menyarankan penyokong Anwar menyertai PAS.

Tetapi Almarhum Ustaz Fadzil Noor berbeda pandangan dgn kebanyakkan pemimpin PAS ketika itu. Ustaz Fadzil malah mengalu2 kan penubuhan parti baru kerana beliau sudah dapat membaca situasi kedepannya, iaitu perlu suatu kekuatan parti baru yg bersifat berbilang kaum utk menampung & menyusun massa yg menyokong gerakan Reformasi.

Ini tidak dapat dilakukan oleh PAS kerana PAS belum punya sayap Kelab Penyokong PAS ketika itu. Disinilah bijaknya kepimpinan Ustaz Fadzil Noor.

PAS juga tidak rugi dengan menyokong penubuhan Parti Keadilan ketika itu. Dizaman Ust Fadzil lah, PAS mendapat keahlian baru yg cukup banyak dikalangan golongan professional Melayu.

Orang Melayu, termasuk golongan muda ketika itu berbondong2 mengisi borang keahlian PAS.

Dizaman Ustaz Fadzil Noor lah slogan "gandingan Ulama & Professional" serta "Memprofessionalkan Ulama & Mengulamakan professional" menjadi slogan yg popular.

Tidak timbul curiga mencuriga & syak wasangka diantara dua kelompok ini didalam PAS dibawah kepimpinan Ust Fadzil Noor.

Sangat jauh berbeda dengan kepimpinan yg ada sekarang.

Waktu itu semua kelompok dalam PAS dapat disatukan menjadi kekuatan baru dibawah kepimpinan Ust Fadzil.

Ibn Sabil berkata...

susah payah Ust Fadzil Noor membentuk gagasan perpaduan ummah.... merapatkan hubungan diantara parti-parti pembangkang di Malaysia... sehingga fenomena BN sentiasa menang majoriti 2/3 telah dapat dihapuskan. Tiba-tiba ianya cuba dimusnahkan oleh TGHA...

Al-fatehah untuk almarhum...

Tanpa Nama berkata...

Tulis GB, membuat airmata menitis. Teringat susuk pemimpin Pas yang berjiwa besar dan punya visi yang hebat.

Pemimpin kelahiran negeri Jelapang padi ini, tidak pernah mengaku dia seorang yang faqih dalam bidang apa sahaja, tetapi mahkluk di langit mungkin tetap akur dengan kefaqihannya dalam pelbagai ilmu termasuk faqih dalam memahami realiti politik yang rencam di Malaysia.

Dan perlu juga disorot bahawa Almarhum Ustaz adalah seorang yang senang ditemui dan disantuni. Sacara peribadi pernah bersama-samanya makan diwarung di depan Pejabat Agung Pas dengan kawan-kawan yang lain(sekarang Pejabat Haraakah). Atau dimana-mana warung termasuk di Kg Baru dan banyak tempat lagi. Semasa bersama, dia lebih suka mendengar dan sekali sekali menyampuk. Terbayang wajahnya yang bening!

Ini berbeda dengan Timbalannya pada masa itu, yang jarang tersenyum dan tidak pernah makan diwarung-warung kecil. Timbalannya meminta orang lain belikan makanan, untuk disantap di Pejabat Agung.

Telalu banyak untuk ditulis tentang sosok tubuh pejuang yang telah pergi meninggalkan kita.

Doakanlah sahabat, agar roh pejuang gigih ini ditempatkan bersama para Ambia, Aulia, syhuda dan para sidiqin. Amin.

Cucu Cicit Bani Adam.

Tan Malaka berkata...

Suatu lagi ciri istimewa yg ada pada Almarhum Ustaz Fadzil Noor ialah beliau mempunyai aura seorang pemikir & intelektual.

Dinegara kita, tidak banyak pemimpin politik kita yg mempunyai ciri seorang intelektual sejati.

Intelektual sejati adalah pemikir yg wajib mempunyai tiga kebolehan pokok iaitu:- mampu melihat & mendefinisikan sesuatu masalah yg rumit, keduanya mampu menghuraikan masalah tersebut secara luas dengan mengambil kira pandangan pemikir & ilmuan yg lain dan terakhir mempunyai kemampuan utk merumuskan masalah tersebut & seterusnya memberikan jalan keluar.

Ciri ini ada pada Almarhum ustaz Fadzil Noor.

Kebanyakkan ahli politik kita hanyalah 'intelektual badungan' (psedo intellectual). Mereka ini hanya melakukan pencitraan - memprojeksi imej tertentu, melalui ucapan2 yg selalunya ditulis oleh orang lain tetapi mereka sendiri tidak mempunyai kemampuan untuk menghuraikan gagasan atau konsep2 besar yg dilontarkannya secara real & spontan.

Selain Anwar Ibrahim, Dr Syed Husin Ali, Dr Burhanuddin Al Helmy, Ishak Hj Muhammad, Ibrahim Yaacob & Abdullah CD (ya Abdullah CD yg berjuang secara gerila itu!) tidak ramai pemimpin Melayu kita yg benar2 mempunyai ciri intelektual sejati.

Ustaz Fadzil Noor bukan seorang pemimpin gerakan Islam yg bersifat typical, yg hanya berlegar dalam isu2 seperti hukum halal haram & terus terperangkap dalam polemik perlaksanaan Hudud sebagai penyelesaian abadi sesebuah masyarakat.

Melalui pembacaannya yg luas, Almarhum Ustaz Fadzil bukan hanya menguasai ilmu & sejarah Islam dengan baik tetapi beliau juga mampu mengupas persoalan2 fisafat & fikrah yg bersifat contemporary.

Kalau diteliti kembali ucapan2 Almarhum Ustaz Fadzil Noor, khususnya ucapannya ketika beliau menjadi ketua Pembangkang & ucapan2 beliau di Muktamar PAS, ciri2 pemikir & intelektual dalam diri Almarhum Ustaz Fadzil Noor akan terserlah.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor adalah contoh tokoh gerakan Islam yg advance, yg tidak segan silu mengutip mutiara hikmah dari pemikir Barat seperti Alvin Toffler (yg ketika itu cukup ghairah dikupas oleh banyak kalangan).

Kerana keluasan ilmu pengetahuan & keterbukaan dalam mengemukakan pandangan yg ada pada Almarhum Ustaz Fadzil inilah, ramai golongan professional menjadi tertarik untuk menyertai PAS.

Sekarang suasana semakin berbeza. Konsep kepimpinan Ulama yg digembar-gemburkan itu sekarang semakin menjelma menjadi "Feudalisme Ulama!"

Kebenaran & ketaatan mahu dimutlakkan diatas kepala mereka yg memakai jubah Ulama yg sebenarnya hanyalah pemimpin mediocre yg kurang cerdik.

Meskipun demikian masih ada harapan dalam PAS. Saya melihat warisan tradisi intelektual yg ada dalam PAS kini diwarisi oleh Dato Dr. Mujahid Yusof Rawa & Dr Zulkifli Ahmad.

Berbanding dengan lain2 tokoh pelapis dalam PAS, Dr Mujahid barangkali adalah tokoh PAS yg paling tangkas dalam mengemukakan pandangan terhadap sesuatu masalah yg kelihatan rumit.

Orang seperti Dr Mujahid ini adalah asset yg besar pada PAS, begitu juga pemimpin pelapis PAS yg lain seperti Dato Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Ir Nizar, Khalid Samad, Dr Syed Azman dan lain2.

Sayangnya dibawah kepimpinan yg dikataka "Ulama" sekarang ini, golongan intelektual dalam PAS yg berani melontarkan pandangan dengan jujur & berani seolah2 dimusuhi.

Lihat sahaja ucapan Nik Amar yg menyindir Husam Musa secara tidak berhikmah. Begitu juga dengan gelagat "samseng" Nik Abduh, Hassan Tantawi, Khairuddin Seberang Takir.

Berhujah penuh dengan emosi & buruk sangka. Tiada langsung wibawa sebagai pemimpin ummah yg cerdas & berakhlak.

Inilah tragedi kepimpinan yg berlaku dalam PAS mutakhir ini.

Tanpa Nama berkata...

Terkenang Almarhum memberi penerangan isu Memali pada Disember 1985 semasa konvensyen di Cedar Rapids, USA. Cuti musim panas 1986 berkesempatan manziarahi Kg. Memali dan makam syuhada di Parit Panjang. Masih ada roadblock ketika itu.

Tanpa Nama berkata...

Almarhum Ustaz Fadzil Noor sbg mantan Presiden PAS terlihat sederhana dan berdiplomasi dlm berhujah dan tindakan beliau.

Ahli2 dan penyokong2 PAS menghormati beliau berdasarkan akhlak dan kepimpinan beliau yg lebih bertoleransi.

Berbeza dgn Hadi Awang, nampak spt kurang kesabaran, bengis dan mengguna kaedah wala sbg ugutan kpd ahli2nya. Sikap begini akan menjadikan ahli dan penyokong PAS lebih kpd takut tapi tak menghormati beliau.

Bermulanya saat gemilang PAS bila Almarhum Ust. meraikan golongan Profesional Islam ramai2 menyertai PAS.

Saat kejatuhan PAS bermula dgn Hadi Awang dan beliau akan meninggalkan legasi yg paling buruk pd PAS sepanjang ia ditubuhkan.

Teringat kata2 Almarhum yg boleh dipelajari.."Jika musuh sudah mula sokong dan memuji kita, tentu ada sesuatu yg tak kena".

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Anwar tidak menyertai PAS selepas dipecat dari UMNO? Adakah beliau tidak dipelawa oleh almarhum?

Seniwoman berkata...

Ketika Anwar menjadi presiden ABIM, arwah Ustaz Fadhil Noor adalah timbalannya. Sudah tentu ada hubungan rapat antara mereka dan saling mengenali latar belakang masing-masing. Dengan premis itulah arwah tidak mempercayai langsung segala fitnah yg dilontarkan oleh Mahathir. Arwah diakui memiliki daya mantik yg tinggi dan hebat disamping keperibadian yg amat sederhana sifatnya, lembut tapi tegas pd prinsip menjadikan arwah disanjung oleh ramai pengikut tradisi dan yg baru termasuklah dari kalangan bukan Islam. Hasilnya nama PAS melonjak begitu drastik sekali.
Al-Fatihah buat bekas pensyarahku.

Tanpa Nama berkata...

anakku yang no 5 bernama fadzil
kerana aku sangat meminati allahyarham. dan berharap agar dapat mewarisi bakat beliau

zab berkata...

Saudara, Anwar memang hendak menyertai PAS, tetapi almarhum ust Fadzil yang cadang beliau tubuh parti baru atas usaha menyatukan pelbagai kaum.

zab berkata...

Artikel di atas ditulis oleh seorang cina. Ya, seorang cina merindui almarhum ustaz Fadzil sebagaimana saya juga merindui beliau.
Alfatihah.

BaDiN berkata...

ALFATIHAH. Ketokohan Almarhum masih terasa hingga sekarang.PAS amat gemilang dizamannya.inilah satu satunya Presiden PAS yg pernah bergandingan dlm satu majlis bersama dgn Presiden Umno.Sehingga sekarang belum ada lagi yg setanding dgnnya.

Tanpa Nama berkata...

sejarah Hadi bila menang perintah sepenggal,bila nak menang PRU14, dia undur kebelakang

Tanpa Nama berkata...

ini baru pemimpin menuju kemenangan, Presiden UG memimpin menuju kehancuran