5 Ogo 2014

Macai UMNO Melompat Kesukaan Isu Pesta Bogel Di Pulau Pinang

Video dakwa 'sukaneka bogel' di P Pinang

Beberapa blog Umno menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti keji.

Salah satu blog tersebut turut menuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng menggalakkan kegiatan tersebut, dengan mengaitkan hubungan rapat di antara Lim dan menteri pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Tuduhan tersebut merujuk kepada kemunculan Nazri di Pulau Pinang untuk mempromosi Festival George Town, dan dirakam bersama Lim dalam suasana mesra.

Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan kegiatan nudis, yang antara lainnya membuat aktiviti mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka dalam keadaan bogel.

Bagaimanapun, ADUN Teluk Bahang, Shah Headan Ayoob Hussain berkata beliau bagaimanapun tidak akan sewenang-wenangnya menuduh DAP bertanggungjawab di sebalik kegiatan komuniti bogel itu.

"Kita perlu memastikan sama ada acara ini betul atau tidak, jangan kita politikkan isu ini, sebab tiada parti politik yang akan menerima acara seperti ini.

“Latar belakangnya seperti Taman Negara Hutan Simpan di Teluk Bahang, jadi kita bimbang video ini mungkin diolah semula, tapi kita akan siasat,” katanya kepada Malaysiakini.

Siasat rekod Taman Negara

Shah Headan berkata beliau sudahpun meminta pihak berkuasa Taman Negara menyiasat perkara tersebut dan meneliti rekod pendaftaran mereka untuk memastikan jika terdapat mana-mana kumpulan yang dilihat menganjurkan acara nudis seperti ditunjukkan dalam video berkenaan.

Beliau mengesyaki acara tersebut berlangsung kira-kira tiga bulan lalu. Proses untuk memeriksa rekod tersebut mungkin memakan masa kerana lokasi tersebut menerima 50,000 pengunjung

Beliau turut menggesa agar individu yang bertanggungjawab merakam video tersebut tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara itu.

Shah Headan berkata acara tersebut tidak mungkin dijalankan secara rahsia atau di lokasi eksklusif memandangkan kawasan Hutan Simpan Taman Negara itu boleh dikunjungi pihak awam.

"Jika ini benar, kita akan membuat laporan sewajarnya pada polis. Kita juga mahu video ini dipadamkan kerana ia bukan saja menjejaskan Pulau Pinang tetapi juga Malaysia secara keseluruhannya.

"Kita juga melihat undang-undang yang boleh digunakan untuk mendakwa penganjur, sekiranya kejadian tersebut benar-benar berlaku,” katanya.


Kerajaan P.Pinang Tak Tahu Ada 'Pesta Sukan Bogel'

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memaklumkan pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai penganjuran 'pesta sukan bogel' yang didakwa diadakan di pantai Teluk Bahang di sini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak membenarkan pembinaan kasino di negeri itu, apatah lagi membenarkan aktiviti sukan yang tidak bermoral seperti itu.

Terdapat rakaman video bertajuk Penang Nude Sports Games, turut dimuat naik dua bulan lalu dan ia tersebar meluas di media sosial, Vimeo.

Video tersebut memaparkan 18 individu dalam keadaan bogel menyertai aktiviti sukan di pantai terpencil di luar Teluk Bahang.

"Kita akan memaklumkan kepada pihak polis agar menyiasat perkara ini," kata Lim dalam sidang media di Komtar pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi berkata, pihaknya akan menyiasat pesta sukan bogel yang rakamannya disebarkan secara meluas menerusi media sosial.
-mstar


ULASAN GB

Kebetulan hal itu berlaku d Pulau Pinang, maka melompatlah para macai laksana beruk-beruk kelaparan untuk menjadikan ia isu bagi membelasah kerajaan PR Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP. Dibabitkan sekali PAS dan PKR. Malah sehingga ada macai yang memfitnah Pesta itu kononnya anjuran kakak ipar Betty Chew, besan Lim Guan Eng...

Seperti mana perangai mereka dulu-dulu, mereka tidak segan silu memaparkan gambar-gambar dan video bogel tanpa sensor berkenaan di blog dan media sosial. Dah jadi kelzaiman dan makanan asasi mereka agaknya semacam papagomo juga.

Tentang isu berkenaan, kita tunggu siasatan polis terhadap kes berkenaan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



3 ulasan:

air gunung berkata...

Sape buat pon kita tentang.umngok kaa DAP kaa MCA kaa MIC kaa PKR kaa PAS kaaa...menda mcm ni tiada tolak ansur pasal gila babi.Cuma nak tanya yg rancangan realiti tv bogel yg penggambaran kat malaysia aritu aper crita.boley plak eaaa.ooo yang ada permit..masuk duit kat kerajaan dan kementerian pelancongan dpt nama utk naikkan nama negara...kah kah kah.kesian negara malaysia ni...

Hj Amin berkata...

Secara amnya budaya ini tidak boleh diterima oleh pnduduk Malaysia. Persoalan janganlah PR mempertahankan kegiatan ini. Semua watak yg terlibat dalam video itu perlu didakwa. Tangkap saja mereka.

Tanpa Nama berkata...

persoalan yg kena ajwab..
siapa yg luluskan afraid and naked masuk malaysia untuk buat mende ni.. sukan ni masuk dalam discovery.
nak gak salahkan Kerajaan Negeri. dah la event buat kat hutan simpan yg mmg bawah seliaan kerajaan persekutuan.