18 Ogo 2014

Kedudukan 43 - 13, TSKI Perlu Kosongkan Kerusi MB Sekarang!

Khalid hampir pasti hilang jawatan MB

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti hilang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan sokongan majoriti Adun negeri itu kini memihak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, calon yang mendapat sokongan majoriti dalam Dun akan menjadi menteri besar.

Dalam situasi itu, beliau berpendapat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan melihat kepada sokongan majoriti Dun.

“Sama ada Dr Wan Azizah akan diperkenan oleh Sultan Selangor, itu terpulang kepada baginda. Namun, Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga Dun seperti yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Malah, nama yang dicadangkan PR juga cuma satu. Melainkan PR meletakkan beberapa nama lain, barulah baginda (kemungkinan) memilih (calon lain),” katanya.

Semalam, PR bersetuju sebulat suara untuk mencadangkan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi menggantikan Abdul Khalid selepas Pas mengumumkan pendirian akhir mereka.

Sokongan tersebut sekali gus menjadikan Abdul Khalid yang kini ahli parti Bebas hanya bergantung kepada sokongan 12 Adun Umno, berbanding 43 Adun PR.

Namun, Mohd Azizuddin berkata, Abdul Khalid masih mempunyai hak sebagai menteri besar untuk menasihati Sultan Selangor membubarkan Dun.

“Tetapi, ia masih tertakluk kepada perkenan baginda. Dalam keadaan sekarang, saya tidak melihat pembubaran Dun dan mengadakan pilihan raya negeri merupakan pilihan terbaik kerana sudah ada calon menteri besar yang dapat sokongan,” katanya.

Ikut undang-undang, Khalid perlu undur sekarang, kata pensyarah

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikehendaki di bawah undang-undang meletak jawatan ekoran pengumuman PAS hari ini menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalannya Mohamed Azmin Ali, sebagai calon pengganti menteri besar (MB) Selangor, menurut seorang pensyarah undang-undang hari ini.

Profesor Gurdial Singh Nijar dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata sekiranya Khalid enggan mengundur diri, jawatan MB dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dianggap dikosongkan, tanpa perlu Sultan Selangor menyingkirkan mereka dari kedudukan tersebut.

Gurdial merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di mana diputuskan: "Apabila menteri besar dimaklumkan dia hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan, dia dikehendaki dengan cara yang mulia meletakkan jawatan beliau dan jawatan majlis eksekutif.

"Jika menteri besar enggan atau tidak meletak jawatan beliau dan majlis eksekutif, hakikatnya ialah majlis eksekutif dibubarkan (yang juga termasuk menteri besar) disebabkan oleh menteri besar hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan,"
kata Gurdial.

"Oleh itu ia tidak perlu untuk Sultan... menyingkirkan Nizar (menteri besar Perak waktu itu) dan ahli majlis eksekutif. Sultan hendaklah melantik seseorang yang mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Undangan."

Tambah Gurdial, berdasarkan kes sebelum ini, yang tinggal kini hanya untuk Sultan melantik "seseorang" sebagai MB.

"Ini juga bermakna semua tindakan MB sejak beliau dimaklumkan kehilangan sokongan majoriti mungkin tidak sah," kata Gurdial.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terdahulu semalam mengumumkan PAS bersetuju sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau timbalannya Mohamed Azmin Ali mengambil alih kepimpinan negeri Selangor sebagai menteri besar.

Beliau juga berkata PAS memutuskan untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, nama Khalid tidak lagi berbangkit kerana sudah dipecat partinya (PKR).

"Beliau kena pecat, kita tahaluf dengan parti bukan individu."
-TMI


Selepas ditolak PAS, Khalid batal perjumpaan dengan penjawat awam

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan program perjumpaan bulanan dengan penjawat awam pagi ini selepas Pakatan Rakyat (PR) memutuskan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya diadakan di Dewan Jubli Perak di Shah Alam pada 8 pagi ini dibatalkan pada saat akhir selepas Pejabat Menteri Besar memaklumkannya jam 7.40 pagi tadi.

"Program Perhimpunan Bulanan yang dijadualkan pada pagi Isnin 18 Ogos anjuran Yayasan Selangor dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan," kata sekretariat akhbar dalam satu kenyataan pagi tadi.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat semalam bersetuju Khalid digantikan dan mahu kekal dalam PR, tetapi mengemukakan calon alternatif, Mohamed Azmin Ali selain Dr Wan Azizah.

PR pada petangnya memutuskan hanya nama Dr Wan Azizah saja yang akan dihantar ke istana, selepas Azmin yang juga timbalan presiden PKR menolak cadangan pencalonan daripada PAS itu
-TMI










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Datuk MB bolehle minta perkenan sultan untuk bubar dun buat pilihan
raya baru..itu lagi bagus daripada banyak bersengketa, biar rakyat yang buat pilihan baru adil.

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO je nak bubar dan diadakan PRN.. jangan mimpi la. Silap2 dari 12 jadi 6 nanti.. sekarang dah 2/3 sokongan secara sah dan tidak perlu PRN lagi. Harap TSKI berundur secara gantleman. Kami warga selangor tetap selut TSKI sebagai tokoh yg telus.

ABU !!

Tanpa Nama berkata...

Biar umno sapu duit 3 billion.....lantik toyol mb baru

Tanpa Nama berkata...

Dah tak ada sebab lagi nak bubar dun...woooiii. ..umno ada 12 kerusi jea mmglah ketagih sgt mintak dun dibubarkan...harapan punah seketika lihat pas masih kekal dgn pr...hahahaaa. ...

Tanpa Nama berkata...

Tak bubar punya.. berani ke bn nak buat prn.. kalah dh pasti, duit byk habis.

Tanpa Nama berkata...

Yg paling penting, parti komponen dlm PR dah capai kata sepakat. Kot mana pun kena tunggu perkenan sultan jugak, sabaq laa sat.

Kalau sultan kata WAWI jadi MB, alhamdulillah. Tapi kalau sultan suruh bubar DUN, kena bubar laa, PR kena siap sedia, kena yakin dgn kekuatan sendiri.

Benda ni takdak sangkutpaut dgn BN. Tapi kena kerja keras utk kekalkan kerajaan negeri, kena bijak tangani propaganda dan sabotaj dr puak pembangkang negeri selangor, kena jugak ubati pengundi yg dah hilang kepercayaan pada PR akibat dr krisis MB.

27 ogos KI jumpa sultan, brp hari ja lagi, jgn sampai dilihat gelojoh.

Amuraria berkata...

punya sakit hati la mangkuk-mangkuk tandas umporno siap dengan semua media pengampu memainkan segala bentuk jarum khianat & adu domba ! tapi oakatan tetap kuat in sya Allah dengan ikatan yang telus,ikhlas & berwibawa bukan kaki seleweng,penyangak & perasuah ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Falsafah aku.

Jika kamu tolak Wan Azizah jadi Menteri Besar Selangor
ertinya, kamu menghina ibu kamu, isteri kamu,
kakak-kakak kamu dan anak-anak kamu.
Jadi, mahukah kamu menjadi penghina
kaum keluarga kamu, terutama ibu kamu?


Perlembagaan Negeri Selangor bukan Quran,
bila-bila masa boleh diubah.
Jadi, apa masalahnya?

Tanpa Nama berkata...

Presiden Pas pun patut letak jawatan, keluar kenyataan sokong Khalid BEBAS, sedangkan jemaah sokong calon PKR

Tanpa Nama berkata...

Selangor boleh bubar DUN, dan Najib bubar Parlimen baru meriah....

Tanpa Nama berkata...

"tangan yg menghayun buaian itu bisa menggoncang dunia"

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.

BaDiN berkata...

Jangan lupa ucapan uamno bahawa: Umno akan cuba sedaya upaya utk merampas Selangor samada dalam Pru atau secara halus.Umno nampak kebanyakkan YB PAS,PKR,DAP tak boleh doharap utk diumpan dgn pelbagai bentuk habuan.Umno akan membongkar semula rekod rekod org yg pernah bekerja di bawahnya.Kelemahan individu2 tersebut tersebut akan cuba dieksploitasikan dalam gerak kerjanya dan pergunakannya seboleh mungkin.TSKI terperangkap dgn Isu pinkaman bank yg beliau lakukannya DAN ini memberi peluang kpd Umno utk mempergunakannya.Secara senyap2 tiba2 pinjaman tersebut dilangsai,Jumlah tersebut bukannya sedikit,sesiapa pun sanggup utk dilupuskan hutang tersebut jika ada org @ agensi yg tolong melunaskannya Tapi dgn bersyarat.Syarat2 ini hanya yg tuan punya badan shj yg lebih tahu dan dipersetujui antara kedua belah pihak.Apa sebab mengapa hutang itu dilangsaikan dgn mudah.Tapi Sepandai Pandai Tupai Melompat Akhirnya Ketanah Juga.Mungkin ada pulangan yg mesti dibalas kpd pihak yg melangsaikannya antaranya Projek KIDEX,MOU Air dan lain lain jika ada.Sebelum ianya parah ada baiknya dipancung awal awal utk mengelakkan ketua Kerajaan Selangor serah diri kpd umno.Kedegilan TSKI utk letak jawatan hingga sekarang mungkin ada hubungkait dgn Syarat2 tadi.Dgn kata putus PAS yg berpihak kpd PR dgn secara automatik sepatutnya TSKI letak jawatan segera.Letak jawatan tak perlu dilambat lambatkan kerana semua sudah tahu yg kamu telah hilang majoriti dalam dewan.Letak jawatan segera demi kestabilan dikembalikan dalam Kerajaan PR Selangor.Sayangilah Selangor Ku.

Tanpa Nama berkata...

43/56 = 77%
Hancur UMNO!

Tanpa Nama berkata...

Kalau di Jepun bukan saja Khalid, Najib pun dah letak jawatan sebab MAS, TAPI INI DIMALAYSIA