8 Jul 2014

[KEJUTAN] Lagi Kes Beberapa Ayat Hilang Daripada Al-Quran

Mohamad menunjukkan muka surat al-Quran yang didapati kehilangan beberapa ayat suci ketika ditemui di rumahnya di Kampung Neting. Mohamad menunjukkan muka surat al-Quran yang didapati kehilangan beberapa ayat suci ketika ditemui di rumahnya di Kampung Neting.

Tumpat - Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, menerima kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu.

Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.

Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4x8 inci itu, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang.

"Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH.

"Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran," katanya.

Kejadian itu turut disedari oleh salah seorang pelajar MRSM Tumpat ketika ingin membaca al-Quran itu pada hari ketiga Ramadan.

Al-Quran berusia lebih 10 tahun itu diserahkan kepada Mohamad yang merupakan bekas imam Masjid As-Somadi, Geting, dekat sini dan disimpan di rumahnya di Kampung Neting.

Kata Mohamad, ini kali kedua dia melihat kejadian ayat al-Quran hilang kerana kejadian sama pernah dilalui ketika belajar di Pondok Pasir Tumboh pada 1998.

ULASAN GB

Antara tanda-tanda hampirnya kiamat ialah Allah akan mengangkat dan dihilangkan keseluruhannya dari kitab al-Quran hanya dalam satu malam sahaja.

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).
H.R Ibnu Majah








IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assaamuàlaikum,
Rasanya bukan hilang tapi salah cetak.
Mungkin selama ini Mushaf itu tak pernah dibuka baca.
Cuma Ramadhan ini ada yang tercapai Mushaf ini dan jadilah isu ayat Quran hilang.....

Sebearnya hilangnya ayat-ayat Al quran bukan dengan cara ini, bahkan ia merupakan qias dan sindiran apabila insan menolak ayat Al Quran.... Walaupun begitu ramai yang hafiz dan hafizah......

Satu lagi caranya adalah dengan mematikan ulamak tanpa penggnati.......

WaLlah hu àlam

Tokwan Perak

Tanpa Nama berkata...

tokwan perak, nk tanya sket

mcmana awak boleh pasti menyatakan:
". Sebearnya hilangnya ayat-ayat Al quran bukan dengan cara ini, bahkan ia merupakan qias dan sindiran apabila insan..."

awak tuhan ke?

Tanpa Nama berkata...

Jawapan untuk Anon July 8, 2014 at 6:21 PM,
Tolong pergi majlis ilmu, dengar ceramah Ustaz.....
Pernah tak beli majlah dan buku yang miss print?
Perkara Quran hilang ayat in bukan perkara baru tetapi dah berlaku tahun 70an.... Di Kedah
Awal 2000 di Kelantan.....
Saya tahu kamu masih muda dan tak terasa sikit pun pertanyaan kamu " awak tuhan ke....." Kerana ia jelas menunjukan mentaliti budak tak pergi majlis ilmu.
Semoga Allah beri kamu hidayah untuk mencari ilmu...

Tokwan Perak.

Tanpa Nama berkata...

Sampaikan al quran nak kasih low quality dengan kekurangan muka surat, sah menteri pendidikan dah pau duit rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Tokwan Perak.. Nak komen biar ada ilmu jgn komen fikir guna kepala lutut..

MH371 berkata...

hilang sebab salah cetak ke,masalah teknikal ke, human error ke.... yg penting ianya HILANG.

dah HILANG itu juga berlaku dgn pengetahuan dn kehendak Allah. dan sudah pasti bersebab, peringatan kpd kita.

mcm juga MH370... HILANG.

takkan lah oleh kerana sah ia hilang sebab salah cetak, maka kita pun bersenang hati meneruskan leka.

Tanpa Nama berkata...

Byk ayat Al-Quran menjelaskan berapa byk tanda-tanda yang Allah berikan, tetapi golongan ingkar tetap beralih dan tidak mahu menerima kebenaran... memberi pelbagai macam alasan kata salah cetaklah dn sebagainya...

bila hati dah gelap... petunjuk Allah juga akan diingkarinya... dan saya bersetuju dgn pendapat MH371 di atas... apa pun sebab yang berlaku, kebenarannya ialah ayat itu telah HILANG. Kilang salah cetak, siapa yang menyebabkan kalau hakikatnya bukan AlLAH juga?

Jadi kepada sesiapa yg berkenaan yg bmemberi komen melampau di atas, yang seperti menolak kekuasaan Allah supaya merenung semula...