Model dan personaliti media Felixia Yeap mendedahkan nama Islam yang bakal dipilih olehnya apabila dia memeluk agama Islam 3 Julai ini ialah Rania.
Ilham nama Rania itu dipilih setelah Felixia mendapat mimpi mengenai namanya dan seterusnya mengkaji makna tersebut sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya.
Pendedahan tersebut dibuat oleh Felixia ketika dijemput sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Apa Kata Malaysia yang dikelolakan oleh Datuk Aznil Nawawi.
Felixia menjelaskan dia memilih gabungan dua nama namun hanya memberitahu Aznil salah satunya adalah ‘Rania’ yang membawa maksud ‘pemimpin yang mempesonakan’.
Ikuti temubual penuh Felixia:.
Pilih Islam kerana agama mendamaikan
Felixia (dua kiri) bergambar bersama Zaidy (kiri). Felixia (dua kiri) bergambar bersama Zaidy (kiri).
SELAYANG - “Jika memakai tudung sudah merasakan kedamaian dan ketenangan apatah lagi jika mendalami ilmu agama Islam,” luah bekas model, Felixia Yeap, 28, dalam satu program Kuliah Dhuha dan sembang santai anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer, kelmarin.
Itu antara sebab model tersebut terus memakai tudung dan baru-baru ini mengumumkan akan mengucap kalimah syahadah pada 5 Ramadan ini yang juga merupakan tarikh lahirnya.
Katanya, dia juga sudah mempunyai nama baharu yang mempunyai maksud yang baik.
“Mula-mula runsing juga sebab tidak jumpa nama yang sesuai sehinggalah bermimpi dan selepas disemak didapati maksud nama tersebut baik.
“Nama itu akan saya umumkan selepas saya masuk Islam nanti,” katanya kepada Sinar Harian.
Felixia berkata, niat baiknya disokong keluarga terutama ibunya yang turut nampak perubahan dalam dirinya selepas mendalami Islam.
“Boleh dikatakan dulu saya seorang yang panas baran tetapi kini menjadi seorang lebih penyabar dan tenang.
“Meskipun ibu adalah Cina tapi cara hidupnya tidak terlalu bebas malahan menjaga adap termasuk aspek pakaian yang tertutup dan sopan,” katanya yang mengakui jiwa lebih tenang dan selamat selepas memakai tudung.
Berkongsi pengalaman pertama berpuasa Ramadan kali ini dia nyata tidak sabar menjadi seorang Muslim.
“Dua tahun lepas saya pernah berpuasa sehari selepas diajak rakan dan kali ini akan berpuasa lagi.
“Kehidupan sebagai Muslim ada matlamat dan jika boleh mahu seimbangkan kehidupan di dunia dan di akhirat nanti,” katanya.
Sementara itu Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, program Dhuha adalah salah satu aktiviti ke arah menjadikan dataran stadium sebagai dataran ilmu.
“Program hari ini (kelmarin) adalah kali kedua dan diteruskan dijadualkan 20 Julai ini dengan mengundang panel untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan.
“Pengisiannya tidak terlalu formal sebaliknya lebih kepada bual bicara santai untuk disesuaikan dengan semua lapisan umur,” katanya. ~SH
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
3 ulasan:
Kepada wanita Islam yang dok bogelkan rambut dan bahagian tubuh yang lain,
Bila lagi nak ubah?
Allah Taalah dah hantar manusia kafir yang tunduk kepada Islam dengan begitu mudah dan secara terbuka berdakwah kepada jalan Allah tanpa bayaran satu sen pun berbanding ustaz dna ustazah yang lain,
Sekarang tunggu apa lagi?
Dulu tahun 1992 dah timbul awan di langit dengan wajah wajah azab neraka bagi mereka yang memndedahkan aurat sama macam apa Rasulullah SAW lihat masa Mikraj ke langit tertinggi mengadap Allah Taala.
Adakah anda artis Islam ni nak jadi agen penentang Islam nak tunggu anjing pulak bercakap tentang perintah Allah ini?
Atau kemunafikan itu telah menghitamkan hati dan tak boleh dibershkan lagi?
Bukankah hidayah itu dari Allah Taala?
Islam agama Kebenaran, bila jujur ikhlas mencarinya, pasti tiada lain yg ditemui.
Mungkin wanita Islam yg belum bertudung tu, masih belum mendapat hidayah lagi. Semoga dibukakan hati untuk bertudung dalam masa terdekat. Amin.
Catat Ulasan