11 Jun 2014

UMNO Bawa Usul Hudud Hanya Untuk Huru-harakan Pakatan Rakyat


Umno mahu hudud di S'gor, DAP terus bantah

Selepas Kelantan, isu hudud sekarang melanda sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat, Selangor, yang dipimpin PKR.

Gobind Singh, timbalan pengerusi DAP Selangor, seperti bapanya mendiang Karpal Singh, bagaimanapun berikrar tidak akan membiarkannya menjadi kenyataan.

Usaha itu kali ini tidak dicetuskan oleh PAS tetapi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sendiri dengan mengusulkan kebarangkalian melaksanakan undang-undang Islam itu.

Dalam kenyataan hari ini, Gobind berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

“Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata, kami berpandangan bahawa sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan.

Daripada salinan usul itu, ia dicadangkan bawah peraturan 26 Peraturan Tetap DUN untuk dikemukakan pada persidangan pada masa depan.

Usul yang dikemukanan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik itu berbunyi:

“Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.” -mk

Mengapa bercakap tentang hudud setelah jadi pembangkang?

KUALA LUMPUR: Umno diminta melaksanakan hudud di negeri-negeri yang diperintah oleh BN dan bukannya mengusulkan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu ketika menjadi pembangkang, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Mengulas usul yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud, Iskandar menyifatkannya sebagai “hanya bermain politik”.

“Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?

“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” ulas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, PAS telah mengadakan penerangan kepada rakyat tentang hukum jenayah syariah dan meluluskan enakmen berkaitan sebaik sahaja mendapat kuasa di Kelantan.

“Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan hudud di negeri itu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekali lagi menegaskan bahawa Umno perlu melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri yang dikuasai mereka jika benar-benar ikhlas ingin mendaulatkan syariat Islam dan tidak hanya bermain politik.

Kamarol Zaki dilapor telah menghantar usul kepada Dun Selangor agar kerajaan negeri digesa mengkaji kemungkinan melaksanakan hudud.

Salinan usul yang dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun itu menyebut:

“Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.”
-HD


Dun Terengganu tolak usul laksana hudud

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri Terangganu hari ini menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Usul tersebut dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong menolak usul tersebut.

Kandungan usul beliau seperti di bawah.

Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia Ini pada 7 Julai 2002.

Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana perlaksanaan undang-undang Islam adalah satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2, surah al-Maidah ayat 38 dan lain-lain lagi.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta telah disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada pada 25 September 2002.

Bahkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, bahkan jauh dari itu, penemuan batu bersurat di Kuala Berang telah membuktikan bahawa kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu telahpun mengamalkan undang-undang Islam lebih dahulu daripada kerajaan Islam Melaka. Namun malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Isunya mengapakah sehingga kini, kerajaan yang berkuasa melaksanakan Enakmen ini gagal untuk melaksanakannya, bahkan tidak mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.

Menteri Besar serta pemimpin kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan kerajaan melaksanakan Enakmen ini.

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana keamanan tidak berlaku dalam negeri ini dengan begitu banyaknya kejadian jenayah berat dan ringan yang melibatkan keselamatan hidup rakyat negeri Terengganu sehinggakan rumah Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, turut menjadi mangsa serangan tembakan suatu ketika dahulu.

Kerajaan dan rakyat mengalami kerugian, kehilangan maruah, nyawa dan harta benda, akibat kejadian jenayah berat dan ringan yang semakin hari semakin meningkat.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.
-HD (15/04/2014)


ULASAN GB

Nampaknya semacam beriya-iya UMNO mahukan hudud di Selangor.

Tetapi parti yang sama telah menolak nusul mengenai hudud di Terengganu.

Ketara sangat mereka mempermain-mainkan hukum Allah. Mereka hanya mengemukakan usul di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat kerana mereka tahu dengan cara sedemikian parti-parti komponen PR seperti DAP dan PKR akan menolaknya.

Sedangkan kumpulan mereka sendiri telah terang-teranganm menolak hudud di Terengganu dan tidak pernah pula mengusulkan hudud di negeri-negeri yang UMNO BN perintah.


Mereka cuba mempermain-mainkan hukum Allah dan memperdayakan Allah swt. Tidak mengapa. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sungguh bodoh dan berani mereka cuba untuk memperdayakan Allah, Tuhan seru sekalian alam.

Mereka tidak akan samasekali berjaya mempermain-mainkan Allah dan hukum-hakamNya, kelak Allah sendiri yang akan membalas permainan dan tipu daya mereka. Sesungguhnya Allah itu Al-Mutakabbir!

Al-Quran telah mencatatkannya:

اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ
Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka. -Al-Baqarah:15








IKLAN BERBAYAR



6 ulasan:

hashim hassan berkata...

kalau betul ini lah peluang PAS "hikmat dari Allah" untuk jayakan perjuangannya kami
sokong Hudud.

Tanpa Nama berkata...

Masaallah..mmg Islam bukan hendak d mertabatkan ttapi sekadar untuk d jadikan alat mainan politik...mengapa ye tempat yg d perintah x nak buat hukum hudud, biar lah tmpat sendiri jadi contoh..sepatutnya d laknat spesis2 ni

Tanpa Nama berkata...

hudud sudah menjadi isu politik.

Agama Islam adalah dibawah bidang kuasa sultan atau agong bagi negeri tiada sultan. tambah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Bila umnogok...cuba buat huru hara..mcm org tak tahu..kenapa tak suruh pm bentangkan dlm parlimen...sudahlah kalau nak pecah belahkan pr

Tanpa Nama berkata...

hudud kerana allah saya setuju... tetapi jika hudud untuk kepentingan pati politik UMNOBN akan kucarkacirkan rakyat yang tidak bertuhankan Allah swt.Kalau parti tersebut berdiri kerana allah mengapa hudud ini tidak di bentangkan oleh PM tercccayang di parlimen.

nordin omor berkata...

kesian,moga mereka balik muhasabah diridan perbetulkan niat.