2 Jun 2014

Kes Gadis 15 Thn Dirogol 38 lelaki Jadi Berita Antarabangsa


Berita seorang gadis 15 tahun dirogol oleh 38 lelaki kini menjadi bahan bacaan antarabangsa apabila disiarkan oleh laman Al-Jazeera hari ini.

Menurut Al-Jazeera, agensi berita Reuters memetik laporan media tempatan tentang peristiwa tersebut.

Kejadian itu berlaku apabila seorang gadis dipujuk memasuki sebuah rumah kosong yang menjadi tempat penagihan dadah di Kelantan 20 Mei lalu.

Semua lelaki itu bergilir-gilir merogol gadis itu. Polis juga menyiasat sama ada rakannya yang berusia 17 tahun juga dirogol.

Sehingga kini polis menahan 13 lelaki dan sedang memburu yang lain. Hampir semua lelaki itu positif dadah dalam ujian air kencing mereka.

"Apa yang mengecewakan saya adalah tidak ada seorang pun dari kampung itu mengesyaki apa-apa sedangkan rumah terdekat dengan rumah kosong itu hanya 20 meter sahaja," kata Ketua Polis Daerah Azham Othman, lapor Al Jazeera memetik sumber The Star.

Malam semalam, seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dipenggal.

Ekoran kejadian ganas yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini, pemimpin Islam termasuk dari PAS berhujah aktiviti jenayah yang berlaku disebabkan "kelemahan undang-undang buatan manusia".

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kes tersebut membuktikan penjenayah tidak gentar atau gerun terhadap sistem perundangan yang ada.

"Keberkesanan sistem perundangan yang ada semakin diragui apabila kadar jenayah dalam negara tidak berhenti daripada terus meningkat," katanya dalam satu kenyataan. -TMI


Berita Terkini Kes Rogol 2 Wanita 38 Lelaki Di Kelantan

Kes melibatkan dua remaja bawah umur dirogol telah menggemparkan negara apatah lagi melibatkan 38 orang lelaki (perogol) dalam insiden berkenaan. Kejadian dipercayai berlaku pada 7.30 malam 20 Mei 2014 di sebuah rumah kosong di Ketereh Kelantan.

Salah seorang daripada mangsa telah membuat laporan polis pada 26 Mei 2014 dan terbukti terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa. Hasil siasatan polis terkini telah menahan kumpulan suspek yang merogol mangsa secara bergilir-gilir. Untuk info, kedua-dua mangsa adalah gadis berusia 15 tahun (pelajar Tingkatan 3) dan seorang lagi 17 tahun.

Gambar Mangsa Kes Rogol 38 Lelaki Di Kelantan

Nota: Identiti mangsa tidak didedahkan demi menjaga maruah dan masa depan pelajar berkenaan



Salinan Laporan Rasmi Polis Kes Rogol 38 Lelaki Di Kelantan




Kronologi Kes Rogol 2 Pelajar Perempuan 38 Lelaki

20 Mei 2014: Dalam kejadian 7.30 petang itu, dua pelajar perempuan berusia 15 dan 17 tahun mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di ketereh Kelantan yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

26 Mei 2014: Hanya salah seorang daripada mangsa iaitu gadis yang berusia 15 tahun membuat laporan polis berhubung isu dirogol. Pengadu selesai jalani pemeriksaan dan laporan awal doktor dapati kesan koyakan lama. Hymen mangsa hanya tinggal sisa sahaja, dan diameter disifatkan boleh masukkan satu jari dengan mudah ke dalam vagina. Terdapat kesan geseran pada posterior fourchette dan kesan lebam pada labia minora genitalia mangsa. Terdapat juga kesan koyakan (anal fissure) pada jam 7 anus mangsa.

27 Mei 2014: Polis bertindak dan telah mendapat maklumat suspek yang dipercayai tinggal dikampung yang sama.

28 Mei 2014: Sekumpulan perogol (Suspek) telah ditahan reman polis bagi membantu siasatan. Suspek kes rogol juga dipercayai didalam pengaruh dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Gambar Suspek Perogol Kini Ditahan Polis


Gambar Lokasi Kejadian 38 Lelaki Rogol 2 Gadis Di Kelantan


melvister.com



PAS: Kes rogol bukti penjenayah tak takut

Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kes rogol berkumpulan terbaru di Ketereh, Kelantan membuktikan bahawa undang-undang jenayah sedia ada tidak memadai untuk pencegahan.

"Apa pun, kejadian tersebut membuktikan penjenayah tidak takut dengan undang-undang yang ada, kerana eleman pencegahan dari Allah hanya ada dalam sistem yang diturunkan Allah.

"Kepada mereka yang menentang perundangan Islam, khususnya hudud - apa perasaan anda kalau yang dirogol oleh 38 lelaki itu adalah anak gadis anda?," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 20 Mei itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki.

Laporan menyebut, kejadian itu berlaku di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Polis setakat ini menahan seorang bapa bersama dua anaknya adalah antara, 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol tersebut.

Dalam kenyataannya, beliau turut menyatakan kekecewaan kerana hudud masih belum dapat dilaksana sehingga menyebabkan peningkatan jenayah dan masalah sosial.

Boleh dakwa mengikut takzir

"Namun kebanyakan manusia masih merasakan undang-undang ciptaan sendiri lebih hebat meskipun ketidak-berkesanannya semakin terserlah hari ke hari.

"Mereka tetap enggan mengaku bahawa undang-undang ciptaan manusia telah gagal menakutkan penjenayah meskipun negara kini berhadapan dengan kemelut kerosakan akal, harta dan keturunan yang sangat serius," katanya.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, dua orang remaja perempuan, masing-masing 14 dan 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 38 orang lelaki.

Polis setakat ini menahan 14 orang suspek, termasuk tiga beranak.

Pada awalnya, kes tersebut dilaporkan hanya melibatkan seorang mangsa kerana mangsa kedua yang berusia 14 tahun hanya membuat laporan polis pada hari Rabu lalu.

Menurut Tuan Ibrahim, pesalah dalam kes tersebut tidak boleh didakwa mengikut undang-undang hudud kerana melibatkan banyak keraguan.

"Akan tetapi ia akan didakwa di bawah perundangan takzir. Ini tidak bermakna ia lebih rendah dari hudud.

"Ini kerana hukum takzir boleh lebih keras dari hudud sekiranya mahkamah melihat wujudnya keperluan menjatuhkan hukuman yang lebih berat," katanya.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





9 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Inilah hasil dan produk dari sistem pendidikan yang penuh dengan penipuan. Guru tidak dibenarkan menyakiti hati muridnya, jeling pun tidak boleh, apatah lagi merotan, .... akhirnya, guru dipaksi berbohong dalam pencapaian akademik dengan program "HEADCOUNT". Ini belum lagi kita berbicara tentang keputusan peperiksaan awam yang penuh dengan 1001 kesangsian. Murid yang gagal dalam peperiksaan percubaan atau peperiksaan di peringkat sekolah, boleh lulus di peringkat awam. Begitu juga dengan keputusan A+ yang begitu banyak sehingga boleh diangkut dengan lori. Cuba bayangkan bahawa 20-25% pelajar mendapat A dalam suatu mata pelajaran. Logikkah dan adakah ianya menepati Taburan Normal? Pelik bin ajaib.
Cubalah kita duduk dengan tenang dan fikir secara waras. Adakah ini produk yang kita kehendaki? Sudah sampai masanya kita berpatah balik kepada sistem "rotan". Bukankah kita disuruh merotan anak kita sekiranya anak kita tidak mahu bersolat (berdisiplin)??? Tepuk dada tanya selera. Jangan sampai kita hanya menang di dunia tapi kalah di akhirat.

Tanpa Nama berkata...

Hudud pas kelantan jika dilaksanakan mgkin mampu mencegah masalah begini.Dlm keadaan skrg...pas semakin tersepit krn tiada sapa yg ingin dipersalahkan setelah umno menyokong penuh pelaksanaan hudud di kelantan.Nak salahkan dap dan pkr...mrk adalah rakan satu kapal.
Tapi adakah kepimpinan tertinggi pas berani menyalahkan dap dan pkr jika itu adalah soalan yg perlu mrk jwb dlm alam kubur nanti???
Jika tidak mahu dipandang sebagai munafik oleh ahli2 pas dan juga majoriti umat islam...pedulikan rakan yg membawa kepada neraka dan teruskan pelaksanaan hudud di kelantan.Biar hudud di kelantan sbg model kpd negeri2 lain dpd ia sbg retorik dan penyambung nyawa ketika musim pilihanraya.
JANGAN JADI MUNAFIK!!!!SALAHKAN DIRI SENDIRI KRN DIGELAR SBG MUNAFIK.SANGGUPKAH ANDA YG ADA KUASA DAN PELUANG MENJAWAB DLM KUBUR JIKA TAK MAMPU BERTEGAS DGN RAKAN PKR DAN DAP UTK MELAKSANAKAN HUDUD...

Tanpa Nama berkata...

MasyaAllah..akhirnya sy jumpa juga dengan orang yg brpendapat 100% sama mcm sy..sy setuju keputusan A+ dlm subjek ttrtentu telah diprogramkn shingga kini semenjak HH in charge..trlalu ramai dapt 17A, 18A, 19A logik ke? A is crap nowadays, ramai dapt A, ramai masuk universiti, ramai mganggur bahana skema pmarkahan diturunkan sewenangnya. Sy juga setuju semua masalah sosial remaja, ibubapa ada bahagianya juga. Anak tu amanah Allah, boleh jadi saham akhirat kita kelak. Di mana anak isteri anda skrang ni smasa baca komen aku, dah solat jemaah tadi? Dah peluk anak isteri anda? Dah bincang apa2 masalah dgn mereka?

Tanpa Nama berkata...

hello anon 12:30 AM

benarkah "umno menyokong penuh pelaksanaan hudud di kelantan?"

bukankah Tun Mahathir sendiri pernah mengugut TGNA untuk mengambil tindakan jika Kelantan terus berhasrat utk melaksanakan hudud? Bukankah Tun Abdullah Ahmad badeawi dan Najib sendiri menyatakan negara akan huru-hara jika hudud dilaksanakan? Bukankah MP Pulai, Nur Jazlan Mohamed menyatakan beliau akan menolak hudud jika Rang Undang-undnag persendirian hudud dibentang di parlimen? Dan bukankah itu semua menunjukkan bahawa UMNO itulah yang sebenarnya munafik?

Tanpa Nama berkata...

berita ini tersebar diseluruh dunia, Najib Razak dan pemimpin-pemimpin umno/bn boleh berbangga, kerana boleh cipta sejarah dunia atau guines book records sebagai tanda MALAYSIA BOLEH.

Anti Fitnah berkata...

Hello anon 12:30 AM,June 2,
Siapa sebenarnya MUNAFIKUN dan Tukang Belit?
UMNO menyokong HUDUD? Hang ni bukan saja buta mata tapi buta hati, buta telinga, buta sejarah, .... segala-galanya buta ATAU KAU INI MUNAFIKUN @ BATU API yang sengaja bercakap TIDAK BENAR untuk menghasut perasaan "MELAYU" yang BODOH dan BANGANG.
Hang tau dak? UMNO dok perbodohkan Melayu, MCA pulak dok perbodohkan Cina, MIC pulak dok perbodohkan INDIA, .... Manusia macam hang ni yang masih BODOH, yang masih mempercayai UMNO and the GENG. Tak nampak wayang yang depa dok main? Lihat pada PRK Teluk Intan pun, hang dah nampak dengan jelas.
Macam yang aku selalu katakan. Kalau orang bukan Islam tak sokong HUDUD, tak ada nak dihairankan. Yang paling hairan ialah orang Melayu yang mengaku Islam menolak HUDUD, ... dengan bangganya pulak, ... dengan alasan yang paling dangkal iaitu sup tangan ... ingat lagi. Balik nanti baca sejarahnya.
Jangan jadi manusia BODOH yang tak mahu diajar dan manusia PANDAI yang tak boleh ditumpang kepandaiannya.

Tanpa Nama berkata...

Hukum Allah itulah yg terbaik. Klu kita tak sedia melaksanakannya sedangkan Allah telah menentukannya, jadilah kita munafikun. Brunei sudah melaksanakan hudud, pemerintah Msia masih berdolak dalik dgn hukum Allah. Fikir jgn tak fikir, cuma jgn fikir smpai malaikat maut sdh dtg menjemput anda wahai pemerintah Msia.

Tanpa Nama berkata...

Hukum hudud utk jenayah rogol bukan bunuh?
Sebab bukan hududlah maka perogol takda segan silu lg, sbb mrk tahu paling teruk pun kena penjara, makan free..cuma kena tahan sikitlah kena sebatan, tp itupun ada pegawai perubatan utk bubuh ubat...bila keluar esok lusa buleh buat lg.. Jaranglah penjenayah tegar ni nak berubah.

SEBAT berkata...

We want HUDUD

We want HUDUD

We want HUDUD

Allahuakbar