17 Mei 2014

[VIDEO & GAMBAR] Sekitar Perisytiharan Dyana Sofya Sebagai Calon DAP PRK Teluk Intan


Teluk Intan – Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, diumumkan sebagai calon DAP bagi pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Pengumuman tersebut dibuat tadi oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam majlis pelancaran pusat operasi pilihanraya DAP di sini, jam satu tengah hari tadi.

Dyana, 27 tahun dan seorang peguam, menjadi taruhan DAP untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut yang dimenangi dalam PRU ke-13 lalu.

“DAP menghadapi cabaran cukup sukar untuk menggantikan mendiang Seah Leong Peng. Kita mempunyai ramai calon berkelayakan.

“Kita tidak ada pilihan yang mudah. Calon kita ini adalah mencerminkan kepelbagaian DAP serta memberikan peluang kepada golongan wanita, supaya dapat menceburkan diri dengan arena politik negara.

“DAP mengambil keputusan, untuk masa depan Malaysia, kita memilih Dyana Sofya sebagai calon PRK Parlimen Teluk Intan,” kata Guan Eng disambut tepukan gemuruh ratusan hadirin.

Dyana menerima pendidikan dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum menyertai DAP pada tahun 2010.

Selain memikul peranan sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, beliau juga terlibat secara langsung dalam program anjuran Impian Malaysia, sebuah kempen yang diilhamkan dari ucapan Lim Kit Siang.

PRK ini diadakan setelah Seah Leong Peng, pemimpin DAP yang memenangi kerusi parlimen ini pada PRU ke-13, meninggal dunia akibat barah pada 1 Mei lepas.

Antara pimpinan tertinggi yang hadir dalam majlis pengumuman tadi ialah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Exco Agama Kerajaan Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Kassim. -Roketkini


Dyana Sofya tekad runtuhkan tembok perkauman


TELUK INTAN, 17 MEI: Calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau bersedia menghadapi segala cabaran mendatang dan tidak sekali-kali akan berundur walau diserang dengan palbagai cara.

“Saya berbesar hati dan sangat berterima kasih terhadap pencalonan ini.

“Sebagai anak negeri Perak, saya akan memberikan segala tenaga atas amanah yang diberikan pucuk pimpinan untuk meruntuhkan tembok perkauman, menghargai perbezaan dan menjunjung tinggi prinsip perlembagaan.

“Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada sokongan tidak berbelah tanpa mengira penat dari kedua ibu-bapa saya. Marilah kita bersama membentuk Malaysia yang lebih baik untuk semua,” kata Dyana dalam ucapannya selepas diumumkan sebagai calon.

Majlis pengumuman ini diadakan serentak dengan pembukaan rasmi pusat operasi pilihanraya DAP Teluk Intan oleh pimpinan tertinggi parti.









ULASAN GB

Ini macam kalu, orang BN pun ramai yang tersalah pangkah dan akan undi DAP... hehehe





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tatak minun teh tarik amoi ooo wa mau ayak suam aja

Amuraria berkata...

bravo dyana ,kasi bungkus gerombolan parti karat biru kaki kelentong & penyeleweng, ABU !

Tanpa Nama berkata...

Masih belum terlambat ke kalau sy mohon pindah mengundi ke Teluk Intan.

Tanpa Nama berkata...

apa halangan pun aku tetap nk balik teluk intan utk mengundi DAP..Dyana Adalah Pilihan...

Tanpa Nama berkata...

am proud to be teluk ansonian...!