15 Mei 2014

Pemuda Sebak, Kucup Mayat Rakannya Berulang-Kali Di Tepi Jalan…


Georgetown – “Kami jadi sahabat karib sejak usia tujuh tahun, saya tak dapat terima yang dia maut dalam kemalangan,” raungan seorang lelaki apabila melihat rakan baiknya meninggal akibat kemalangan, semalam.

Lelaki yang dikenali sebagi Raj tidak dapat mengawal perasaan dan dilihat beberapa kali mencium rakannya yang terbaring kaku di tepi jalan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa bergesel dengan sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Difahamkan, kedua-dua kenderaan itu dari arah Queensbay menghala ke Georgetown.

Mangsa, LS Revaneswaran, 20, yang cedera parah di leher dan kaki disahkan maut di tempat kejadian manakala rakannya cedera dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Pemandu kereta dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Sayuti berkata, dia bersama isterinya dalam perjalanan ke Persiaran Gurney dan tiba-tiba terdengar dentuman serta berasa kereta bergoyang.

“Apabila melihat cermin sisi sebelah kiri, baru saya menyedari berlaku kemalangan.

“Saya nampak mangsa dan rakannya melambung dari motosikal dan terus berhenti kenderaan di tepi jalan,” katanya. -SH







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka lupa motor cuma dua roda.Bukan di langgar, melanggar pun boleh menyebabkan kemalangan.Pasir pun boleh buat motor jatuh

Tanpa Nama berkata...

Test power agaknya. Maklumkan benudak yg dalam usia 20an ini suka kepada yg baru dan ingin menuba. Walau bagaimanapun kita ucapkan takziah keatas keluarga mendiang dan jadikan satu pengajaran apabila menunggang diatas jalan raya.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous 2.35pm diatas ini contoh manusia mulut murai. Kau ada ke kat situ ?

Kau ni takde hati perut ke? Kawan tu baru meninggal. Kau kenal ke latar belakang & pribadi si mati? yang kau berani nak tergamak nak tuduh si mati nak test power tu apahal?

Kalau dah sampai ajal, orang yang paling hemat dan cermat memandu di jalanraya pun boleh terlibat dalam kemalangan.Ini hakikat.

Asal ada aja orang meninggal eksiden motor, dah mula nak berburuk sangka. Asal ada orang India yang kemalangan, dengan selamba je kita nak buat kesimpulan yang dia merempit atau mabok. Ini semua stereotype manusia yang pendek akal yang kurang pergaulan hidup.

Jadi tolong jangan memandai2 nak buruk sangka dengan si mati. Dia manusia yang wajar dihormati, tak kira dia Islam, Hindu, Melayu atau India. Dia juga ada keluarga dan kawan2.

Kasih sayang sesama insan tak mengenal batas bangsa atau agama. Lihat bagaimana sedih dan sayangnya kawan mendiang bila melihat sahabatnya mati.

Bayangkan kalau esok lusa ada anggota keluarga kau yang mati eksiden motor kemudian ada mangkuk seperti kau yg pandai2 buat cerita kata dia mati kerana merempit. Apa perasaan kau??

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat sangat jgn cepat menuduh siasat dulu baru tahu.