5 Mei 2014

NGO Cadang Mat Sabu Diberi Peluang Bertanding PRK Bukit Gelugor


Mat Sabu calon Bukit Gelugor, platform jelas hudud

SHAH ALAM - Sebagai platform terbaik Pas menjelaskan hudud kepada masyarakat bukan Islam, NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin hari ini mencadangkan supaya Timbalan Presiden Pas Mohammad Sabu diangkat sebagai calon bagi PRK Bukit Gelugor .

Presidennya, Ramesh Rao berkata, bagi memastikan hukum hudud difahami oleh masyarakat bukan Islam, elok Muhammad Sabu atau lebih kenali sebagai Mat Sabu dicalonkan di kawasan tersebut, selain bersesuaian dengan semangat muafakat yang dijalinkan dalam PR.

“Di sini saya cadangkan agar pucuk pimpinan DAP, memberi peluang kepada Pas (Mat Sabu) untuk bertanding di PRK Bukit Gelugor.

“Tujuannya seperti mana kita ketahui kawasan Parlimen Bukit Gelugor adalah majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina, dan kaum tersebut tidak fahami hudud, jadi ini adalah peluang terbaik untuk Pas menjelaskan pengertian hukum hudud terhadap masyarakat Cina.

“Kalau lihat dalam konteks muafakat PR pula, tidak salah sekiranya Pas dipilih sebagai calon di kawasan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Untuk rekod, pada PRU13 lalu, Mat Sabu telah ditewaskan oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang.

Untuk itu, Mat Sabu tidak memegang mana-mana kerusi Parlimen lagi, oleh itu mengikut perkiraan Mat Sabu dikira layak untuk bertanding di Bukit Gelugor.

Dalam perkembangan yan sama, Ramesh turut menggesa agar kerusi Teluk Intan juga diberikan kepada Pas.

“Saya fikir ini adalah satu peluang terbaik, untuk Pas menjelaskan hudud di kawasan-kawasan tersebut (Teluk Intan), sekiranyanya calon di PRK tersebut dalam kalangan ahli Pas,” katanya lagi.

SPR menetapkan 25 Mei ini sebagai hari mengundi PRK Bukit Gelugor selepas ahli Parlimen kawasan itu, Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Sementara, PRK Parlimen Teluk Intan perlu diadakan ekoran wakil rakyatnya dari DAP, Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Khamis lepas.





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ye la hara guru Tu memang kata2 Bang Mat kat ceramah2nya

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu ni Panglima Pas selamat berjuang

Tanpa Nama berkata...

Alangkah bestnya kalau bang mat sabu ada dlm parlimen...ini satu cadangan yg baik....nanti pru ke 14 dap ambiklah semula kerusi ni...utk masa ni bagi pinjam ke mat sabu sekejap...apa mcm?

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu adalah calon paling baik sekali utk masuk parlimen. Since kita sudah tiada Karpal Singh yang bermulut laser utk tegur kerajaan, Kita perlu mat sabu yang mulutnya sama hebatnya saudara Karpal Singh, barulah kerajaan UMNO sakit kepala macam nak tangkis serangan laser dari mat sabu yang mempunyai bukti dan saksi yang jelas. Cadangan bagus beb.

Tanpa Nama berkata...

mat sabu calon bukit gelugor
konfirm deposit bn hilang.
wahai pr timbang-timbanglah.
bagilah can mat sabu masuk parlimen.
kalau beliau tak mau, itu cerita lain.
ini kalilah...

- haron al-bakri

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu idola anak muda kini, selain TGNA dan Ustaz Azhar Idrus

Tanpa Nama berkata...

Mat sabu pejuang Melayu setaraf Mat Kilau, sanggup masuk penjara ISA, Sanggup bantah GST

Tanpa Nama berkata...

Lim guan eng kena letak mat sabu kalau no lebeh akrab dlm PR. Kalau mat sabu x diberi laluan no g ceramah nnti x sodap la.

Tanpa Nama berkata...

insyallah mat sabu boleh bertanding,,,takkan sebagai org penang tak boleh menang di parlimen negeri sendiri kan?