16 Mei 2014

Adakah Nabi Bux Proksi UMNO BN Di Bukit Gelugor?


PAS Nafi Mohamed Nabi Bux Ahli Parti

GEORGETOWN: PAS sekali lagi menafikan calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar yang bertanding di Parlimen Bukit Gelugor bukan ahli parti itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, berdasarkan pemeriksaan rekod keahlian di Pejabat Agung PAS mendapati nama Mohamed Nabi tiada dalam senarai ahli parti.

"Saya bercakap berasaskan tiada rekod menunjukkan dia ahli PAS. Pemeriksaan telah dilakukan tapi keahliannya tiada dalam rekod di cawangan Kampung Banjar.

"Saya tak tahu mana dia dapat sijil keahlian itu. Kalau dia tetap dakwa sebagai ahli PAS tiada masalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat di Jalan Bunga Raya, Gelugor, malam Khamis.

Jelas Mahfuz sekiranya Mohamed Nabi tetap menegaskan dirinya masih ahli PAS, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti kerana dia telah mengambil langkah bertentangan dengan pendirian parti.

"Jika dia tetap mendakwa dirinya ahli PAS, saya serah kepada jawatankuasa disiplin untuk menentukan kedudukan beliau.

"Kalau dia ahli PAS dia telah melanggar keputusan parti yang menyokong calon DAP, Ramkarpal Singh untuk bertanding di Parlimen Bukit Gelugor," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi mendakwa Mohamed Bux merupakan ahli Umno.

"Memang dia ahli Umno. Nombor keahliannya juga tersebar luas di Internet," katanya.

Terdahulu ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 50 hadirin di Jalan Bunga Raya di Gelugor, malam Khamis, Mahfuz mempertikaikan dan memfitnah pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk menagih simpati rakyat serta memancing undi.

"Mereka janjikan sesuatu untuk ringankan beban rakyat tetapi sekarang masih lagi tercari-cari cara terbaik menangani masalah ini.

"Namun, kerajaan tetapi beri BR1M yang dianggap bukan penyelesaian sebenar untuk membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, " katanya. -mstar


PM: Ada calon lain untuk Bukit Gelugor



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau menerima keputusan MCA untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor namun ia tidak bermakna akan memberi laluan mudah kepada DAP.

Najib yang juga pengerusi BN berkata akan ada calon lain yang akan bertanding dan keputusan akan dibuat bila tiba masanya.

Ditanya adakah BN akan menurunkan calon daripada parti-parti komponen, Najib menjawab: "Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian".

Bercakap dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-24 di Nay Pyi Taw, Myanmar, Najib berkata MCA sebagai sebuah parti sedang dalam proses penyatuan.

"Jadi adalah penting untuk MCA meneruskan proses itu supaya menjadi lebih disegani serta bertambah kukuh.

"Saya harap MCA akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan MCA sebagai parti politik dan parti dalam BN," kata Najib.

Semalam, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak.
- Bernama


ULASAN GB

Najib sudah mengakui bahawa:

"Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian".

Dengan kempen yang begitu ligan dlakukan oleh Nabi Bux di Bukit Gelugor kini persis ada pihak yang menaja dirinya bertanding di Bukit Gelugor.

Mengambil kira pengakuan Najib di atas seperti mengesahkan bahawa Nabi Bux adalah calon yang dimaksudkan oleh Najib berkenaan.

Nabi Bux dihantar untuk menarik undi kaum Melayu/Islam menyokong isu hudud. Manakala PCM pula untuk menarik undi bukan Melayu/bukan-Islam menentang isu hudud.

Tapi pemerhati politik meramalkan kedua-duanya akan kehilangan deposit kerana rakyat tahu siapa di belakang mereka.

Walau bagaimanapun, PR tidak perlu terlalu yakin, petugas perlu kerja keras untuk pastikan calon DAP menang dengan majoriti lebih besar jika sudah tahu begitu permainan UMNO BN.





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salm tuan GB
Cuba kita nilai sijil pas nabi bux..jika dalam sistem memg tiada..tapi ternyata dia ahli umno..jadi jika benar beliau pernah masuk pas,maka kesilapan kita sbg peminpin pas.. Masa pas menang,semua orang masuk pas walhal dulu ahli umno.. Dan kita terus bg sijil.. Namun jgka ms pjg beliau juga mencemarkan nama pas.. Mungkin lain kali pas jgn cepat keluarkn sijil kpd ahli baru,harap kebijaksanaan pemimpin pas dlm hal ini.. Semada ayh saya dilantik penghulu pas sekitar tahun 90-an,ramai jg yg umno masuk pas,tapi ayh saya xbg sijil pas kpd dia..takut2 benda jd mcm ni..sekarg sudh terbukti berlaku..tq

Tanpa Nama berkata...

Senang ja tahu. Kalau buat perangai pelik2 dan langgar undang2 tu tak da orang lain la. Penaja yang kaya raya sepuluh keturunan lah tu.

Tanpa Nama berkata...

pertama kali dalam sejarah malaysia, parti kerajaan menjadi sebuah parti yang penakut, bacul dan tidak bermaruah.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak takut istihar keluar UMNO/BN, Mereka sendiri dah takut nak masuk pilihanraya....

Tanpa Nama berkata...

Dulu UMNO nak bertanding sangat di Kajang , kenapa sekarang membisu?