Wakil rakyat Melayu selar orang Melayu sokong GST
Ahli parlimen DAP kawsaan Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyelar orang Melayu yang miskin tetapi tidak mahu membantah cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan.
“Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST.
“Malah ada yang dirasuk oleh Umno untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?
“Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata-ratanya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus.
“Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?,” tanya beliau dalam blognya.
Orang Melayu yang bertegas untuk bayar GST ini apa kena dengan kepala mereka, tanya beliau.
Mohd Ariff Sabri berkata, terdapat 2.2% orang Melayu berada di bawah paras kemiskinan tegar jika garis kemiskinan RM650 sebulan.
Papa kedana
Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papa kedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang.
Katanya, golongan yang miskin ini menerima bantuan BR1M 300 jika ketua kampong kata ok.
“Golongan ini lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300, pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari RM3, 000 penanda aras layak mendapat BR1M.
“Jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, bertambah RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh di bawah RM1, 000 sebulan,” tambah beliau.
Mengapa yang terbawah ini mahu menyokong GST?
Jawapannya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu, kata Mohd Ariff Sabri. -FMT
Orang Melayu dan GST.
Saya sukar nak faham lojik ahli parlimen BN terutama dari UMNO. GST- cukai keatas semua pengguna dianggap sebagai suatu yang baik. Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata2 nya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus. Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?
GST hanya bagus kepada kerajaan. Kerana mereka dapat kutip lebih banyak hasil. Menurut mereka, bila hasil banyak maka banyaklah perbelanjaan akan dilakukan untuk kepentingan rakyat. Benarkah begitu?
Ini pendustaan yang paling besar. Cuba kita lihat apa yang dibelanjakan oleh kerajaan BN. Mereka belanja atas projek yang mengayakan kroni. Lebih banyak ada wang dalam tangan, maka lebih besar belanja dari pendapatan. Belanja berhemah dan cermat tidak ada dalam kamus BN dan UMNO. Lagi banyak duit dalam tangan, lebih besar samun, rompakan dan ketirisan yang dilakukan.
Orang Melayu yang betegas untuk bayar GST ini- apa kena dengan kepala mereka? Kaya sangatkah orang Melayu? Incidence of poverty dikalangan orang Melayu mengikut perangkaan EPU ialah 2.2 iaitu ukuran peratusan orang Melayu yang berada dibawah garis kemiskinan. Garis kemiskinan ini berapa? RM650 sebulan.
Ertinya, terdapat 2.2% orang Melayu berada dibawah garis kemiskinan. Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papakedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang Melayu.
Golongan ini yang menerima BR1M 300. Mereka penerima jika ketua kampong kata OK. Golongan ini lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300 adalah pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari RM3000 penanda aras layak mendapat BR1M. jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, adalah disana tambahan RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh dibawah RM1000 seblan.
Pendapatan bulanan 20% Melayu teratas ialah RM10,666. Pendapatan 40% Melayu yang tengah ialah RM4123. Manakala pendapatan Melayu yang 40% terbawah ialah RM1686. Makanya kalau kita campuar pendapatan purata bulanan untk semua kategori orang Melayu, pendapatan bulanan orang Melayu kesemuanya ialah RM16,475.
Ini bererti Melayu yang 20% teratas menguasai 65% pendapatan bulanan orang Melayu. Yang dibawah iaitu 40% terbawah hanya menguasai 10% dari pendapatan purata bulanan.
Mengapa yang terbawah ini mahu menyokong GST?
Walaupun ada barangan yang zero-rated atau tidak dikenakan GST, rakyat masih membayar harga yang tinggi kerana tidak ada yang menyekat pihak peruncit dari mengenakan harga yang tinggi. Malah GST bersih mereka kena bayar, entah2 dimasukkan kedalam harga jualan kepada pengguna. Dan oleh kerana pengguna akhir tidak berdaftar dengan GST, mereka tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan.
Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST. Malah ada yang dirasuk oleh UMNO untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?
Ini bererti sudahlah orang Melayu hidup susah, tapi mereka membenarkan UMNO menipu mereka. Sebelum in, Melayu yang miskin, yang mohon bantuan sana sini, berdemonstrasi dan tunjuk perasaan mahu bayar PTPTN. Mereka diawarkan pendidikan percuma sehingga universiti, mak bapak pelajar yang bergantung kepada bantuan dan berpendapatan rendah, memprotes mahu membayar PTPTN! Apa sudah jadi kepada meraka?
Siuman atau tidak?
Jawapan nya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu. Ternyata tanggapan sebegini salah. Tapi UMNO memeperlakukan isu ini sebagai suatu yang dirancang oleh sebuah kerajaan melayu tapi ditentang oleh kaum lain terutama oleh bangsa Cina. Ini membuktikan UMNO itu rasis dalam semua perhitungan nya.
Tersembunyi disebalik kerelaan menerima kesakitan dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO, ialah kerelaaan diperlakukan demikian asal yang melakukan kezaliman dan penindasan itu Melayu.
Maka seperti yang pernah saya katakan banyak kali, akan tiba masa nya orang UMNO masuk kedalam rumah kita, meniduri isteri dan anak2 perempuan kita, orang Melayu rela sebab penceroboh itu Melayu dan UMNO lagi.
Hidup Melayu! -sakmongkol
10 ulasan:
Kelemahan Melayu amat teserlah disebakan :-
1) Kejahatan Toghut bangsa sendiri
seperti Firaun merosakkan
bangsanya.
2) Mind control melalui maneuver
kekejaman, kekerasan, kepura-
puraan baik, upah dan balasan
seperti amalan Yahudi telah
meresap ke dalam amalan
kehidupan Melayu. Otak dan jiwa
sebahagian Melayu telah
dijajah.
3) Jarum kebodohan melalui amalan
bacaan harian media sebagai
Koran utama Melayu telah
berjaya mendayuskan Melayu.
4) Al-Quran sebenar tidak dibaca
dan diperlekehkan sebahagian
besar Melayu.
Kerja berat selagi Melayu tidak kembali kepada fitrah Quran dan Sunnah.
MINDA STANDARD PENYOKONG UMNO- KAMI ANAK BERANAK MAKAN MAGGI PUN TAKPE,JANJI PEMIMPIN KAMI HIDUP SENANG...ALAHAI,KESIAN!!!
malaysia tidak memerlukan gst, gst hanya utk negara yg takder kekayaan dr sumber alam spt minyak & komoditi yg lain ...
mesia buat gst sbb harta kekayaan negara sdh habih di licinkan oleh pihak pihak yg tak bertonggeng jawap !!
mh370 found ..... ?? >>> http://perfectmaster88.blogspot.com
Apa yg nak di hairànkan? Mmg melayu ni malas membaca dan mengkaji. Apa saja yg kononnya utk 'masa depan melayu', mesti ada melayu bingai yg menyokong. Bagi puak2 ni, biar tak cukup makan, asalkan melayu berkuasa hehehe kelakar.
Yang miskin sekadar cukup keperluan asas , jadi yang kaya dan yang miskin tak terkesan, gst lebih terkesan kepada golongan sederhana dan pertengahan sahaja rasanya
PPSMI buatkan melayu lemah matematik, sekarang nak laksana PBS yang tiada hala tuju....
Sibuk canang 1 malaysia kata bnyk negara dah laksanakan GST, jd kita pun kene ikut negara2 maju itu... Wahai pemimpin UMNO, kan lagi cantik korang canang 1 malaysia kata, w/pun kebanyakkan negara dlm dunia sudah laksanakan GST tp demi kepentingan rakyat, kami xkan laksanakan cukai itu. Kan cantikkan jenet kan kan kan kan.... Tp UMNO mmg sukakn bodoh kan rakyat depa, TAPI penyokong totok UMNO lagi bodo sbb rela dibodohkan....
Kalau tak bodoh bagaimana melayu boleh jual Singapura.
Itulah dipanggil umat melayu keturunan mr. Bean yg tahu benda tu memang salah tapi buat bodoh sahaja.
Orang Melayu yg miskin dikampong sebenarnya tak tau apa sebab UMNO sudah kaporkan minda mereka.Asal dapat pemberian beras,gula,tepong,kain pelikat dan batik,beg sekolah dan sekarang BRIM,mereka akan selama-lamanya sokong UMNO.Yg dibaca Utusan Meloya dan Berita Hairan,tiap-tiap malam tengok Saloran Satu dan TV 3/4 - tak banyak pulak membaca - ini semua didikan UMNO nak jadikan Melayu bodoh dan senang cucuk hidung.
Catat Ulasan