23 Apr 2014

[BONGKAR] Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada


Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.

Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut?

Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.

"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui.

Encik Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam.

Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit).

Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui.

Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy.

"Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika."

MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.

Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan.

Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. -OpedNews/Mirror/terjemahan bebas:GB



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


9 ulasan:

JAWATAN KOSONG berkata...

MEMANG ADA KEBENARANNYA...SEOLAH2 AMERIKA TAK BERIA2 PUN UTK MEMBANTU. DIA DAH DAPAT APE YG DIA NAK, ANAK2 KAPAL MH370 DIJADIKANNYA KAMBING HITAM..TAK LAMA LAGI SEMUANYA PASTI TERBONGKAR...SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN...

Tanpa Nama berkata...

Rasa syak begini telah timbul sebaik masuk hari kedua selepas pesawat hilang. Dgn lakonan mantap di Laut China Selatan kemudian di Lautan Hindi, penceritaan teramat-amat aneh memaparkan bahawa kemungkinan pesawat itu telah ditembak amat besar.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG ADA KONSPIRASI PUN,MALAH KERAJAAN KITA PUN TAHU TAPI TAKUT SEBAB YANG BUAT ONAR ADALAH KUASA BESAR,AKU TENGOK PC KERAJAAN MALAYSIA PUN MENYAMPAH,KENYATAAN KADANG2 BERCANGGAH LA,BERUBAH LA....CUMA KESIAN DENGAN MANGSA2 JE...

Unknown berkata...

Apa yang tercatat ada kebenaraan nya.
Minggu depan Obama akan "MELIWAT" Malaysia. Sudah pasti kehilangan misteri pesawat MH 370 akan di bincang kan. Itu sebab KERA-jaan Malaysia beria ia sangat untuk mengeluarkan sijil mati walau pun tidak mengikut peraturan/hukum.

Saperkara yang menjadi misteri ada lah mengapa si Obama laknat ni tak mau berjumpa dengan ketua pemangkang DSAI. Mungkin dia takut rahsia yang di ketahui oleh DSAI akan terbongkar. Sama saperti parlimen Malaysia yang enggan menerima cadangan DSAI untuk memincangkan perkara tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah klu lah benar mengapalah org awam yg tdk bersalah jadi mangsa...klu lah ini permainan politik amerika, patutlah ia semacam tak bnyk komen, hanya menyalurkan peralatan itu ini kpd australia utk diguna dlm misi sar. Australia pun pasti tunduk pd amerika. Malaysia pula keupayaan seciput cuma, hanya pak menteri dan kadam2 mereka saja yg terlebih temberang...mengarah pandai tp kudrat tak ada. Akhirnya terpaksa akur jg dgn permainan kuasa luar. Adakah ini karma yg menimpa rejim umno? Yg pasti rejim umno tidak akan mengaku, jauh sekali merendah diri meminta maaf...malah hidung mereka semakin tinggi dan kembang, semakin mendongak ke langit.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan kepada semua keluarga mangsa yang beragama Islam, luangkan masa sedikit berkumpul disuatu masjid untuk sama-sama mendirikan solat hajat beramai-ramai diimamkan oleh Ustaz warak (kena cari) dan memohon kepada Allah 3 perkara iaitu:

1. sekiranya mangsa masih hidup maka berilah kesejahteraan dan mohon dipulangkan kepangkuan keluarga.

2. sekiranya mangsa tiada lagi maka pertemukanlah mayat atau bukti yang menunjukkan mereka telah kembali kerahmatullah.

3. sekiranya ini adalah konspirasi dipohonkan supaya tangan2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung serta mereka2 yang juga terlibat dalam melindungi kejahatan mana-mana pihak disegerakan balasan yang amat pedih setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

Percayalah doa orang yang kena aniya ini Allah makkbul dengan segera.

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan cadangan.

manusia (jahat) hanya merancang tetapi Allah SWT adalah perancang yang MAHA hebat. Allah Karem.

kami semua sentiasa mendoakan kesejahteraan penumpang/anak kapal dan ahli keluarga terlibat.

berdoalah ingat Allah banyak2!!!

Tanpa Nama berkata...

bila negara diambang muflis senang sahaja kuasa yahudi cucuk hidong pemimpin haprak yang kuat berasuah ini.Allah maha kuasa, tolong tunjokkan kebenaran agar semua keluarga terlibat terubat kerisauan mereka

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu cerita sebenar, buat solat istikharah, insyaallah.....