21 Feb 2014

[ULASAN] Kemaraan Anwar Dan Pakatan Rakyat Ke Putrajaya Tidak Boleh Disekat Lagi


Orang Kajang setuju Anwar jadi MB'

Sejak kerusi DUN Kajang kosong, pemimpin BN secara konsisten mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membazirkan dana dengan memaksa diadakan pilihan raya kecil.

Bagaimanapun, kebanyakan pengundi Kajang yang ditinjau pendapat mereka dalam satu kajiselidik oleh sebuah badan pemikir bulan ini, tidak bersetuju.

Mereka merasakan adalah munasabah pilihan raya kecil diadakan untuk membuka laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor .

Pusat Demokrasi dan Pilihan raya Universiti (Umcedel) mendapati 59 peratus daripada 576 orang yang ditemubual berkata "ya" apabila ditanya soalan 'adakah munasabah pilihan raya kecil Kajang diadakan untuk membolehkan Anwar menjadi MB Selangor'.

Keputusan itu konsisten secara menyeluruh di kalangan semua kaum, latar belakang pendidikan dan kumpulan pendapatan.

Begitu juga, kebanyakan yang ditinjau berkata pilihan raya kecil itu adalah munasabah (56 peratus), tidak membazirkan wang (53 peratus) dan perlu diadakan untuk menyelesaikan isu-isu dalaman PKR Selangor (42 peratus).

Nampaknya bersetuju dengan mesej kempen PKR, separuh daripada mereka yang ditinjau berkata pilihan raya kecil diperlukan untuk "menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor".

Pengundi juga tidak bersetuju bahawa PAS tidak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk menyokong PKR dalam pilihan raya kecil itu.

Membentangkan hasil tinjauan itu di UM, Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Redzuan Othman berkata ini menunjukkan bahawa sentimen akar umbi bercanggah dengan apa yang dilaporkan dalam media arus perdana.

Sebagai contoh, katanya, Sinar Harian memberikan liputan luas kepada pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Anwar tidak layak untuk menjadi menteri besar

Katanya, ini mungkin disebabkan oleh penembusan internet yang tinggi di Kajang dengan internet menjadi sumber maklumat untuk mereka yang ditinjau.

Dua puluh lima peratus berkata mereka menerima maklumat dari Internet - tertinggi di kalangan semua media.

Bagaimanapun, 25 peratus orang Melayu yang ditinjau berkata, mereka bergantung kepada berita televisyen untuk maklumat - yang tertinggi di kalangan semua kaum.

Redzuan berkata berdasarkan majoriti kemenangan bekas penyandang kerusi DUN Kajang, Lee Chin Cheh yang hampir 7,000, maka adalah adil untuk mengatakan bahawa kerusi itu "selamat" untuk PKR. -mk

Kalimah Allah tidak mampu pengaruhi pengundi Kajang sokong BN, kata Umcedel


Isu kalimah Allah tidak akan berjaya meraih lebih undi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini apabila 55% pengundi di kawasan itu mengambil pendirian menolak isu itu sebagai alasan untuk menyokong parti pemerintah, menurut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, kaum Melayu paling ramai menolak isu itu untuk menyokong BN dengan 60% responden manakala Cina 54% dan India 36%.

“Penduduk kampung paling ramai menolak isu itu dengan 85% manakala penduduk kuarters kerajaan dan apartment di Kajang sebanyak 65%,”
katanya dalam satu sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Seramai 576 responden yang merupakan pengundi di Kajang menyertai kajian itu yang diadakan hujung minggu lalu membabitkan semua 16 kawasan daerah mengundi.

Antara isu lain yang turut dikaji Umcedel adalah kesan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada sokongan terhadap BN dan isu kenaikan harga barang yang menambahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Berhubung pemberian BR1M oleh kerajaan persekutuan, Redzuan berkata seramai 59% responden tidak bersetuju pemberian bantuan berkenaan akan meningkatkan sokongan terhadap BN dengan penolakan 71% daripada kaum Cina, 53% daripada Melayu dan baki 34% kaum India.

Katanya, berdasarkan kajian, isu kenaikan harga barang mampu mendorong sokongan pengundi terhadap PR dengan persetujuan 76% pengundi Cina di Kajang, 74% pengundi India dan 62% pengundi Melayu.

“Pengundi di kawasan bandar adalah kumpulan tertinggi yang akan menyokong PR berhubung kenaikan harga barang dengan 81% diikuti mereka yang tinggal di rumah pangsa dengan 74% dan taman perumahan dengan 72%.


“Pendapatan pengundi yang menyatakan pandangan sedemikian bermula dari RM2,000 hingga RM10,000 yang mewakili kira-kira 80% daripada responden yang bersetuju,” katanya menerusi hasil kajian berkenaan.

Menerusi pembentangan itu, Redzuan berkata isu yang menjadi perhatian pengundi dalam PRK kali ini adalah perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur.

Katanya, 68% responden mengenengahkan masalah kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta yang tidak diuruskan manakala 67% menghadapi masalah penyelenggaraan persekitaran seperti sampah, longkang dan rumput.

“Dari segi isu sosio-ekonomi pula, 83% responden berdepan masalah kenaikan harga rumah, 79% berdepan isu peningkatan kadar jenayah dan 77% responden kurang senang dengan masalah pendatang tanpa izin,” katanya.

Calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap di majlis pelancaran bilik gerakan daerah mengundi Sungai Sekamat di Kajang malam semalam menggariskan tiga masalah utama yang dihadapi pengundi Kajang iaitu jenayah, tekanan kos sara hidup dan kebersihan.

Katanya, jenayah bukan sahaja dilakukan oleh warga asing tetapi juga melibatkan warga tempatan yang mengundang keresahan pengundi Kajang.
-TMI





ULASAN GB

1) Hasil kajian UMCEDEL di atas amat signifikan. Ia memberikan satu senario sebenar akar umbi bahawa rakyat mahukan Anwar dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

2) Kebobrokan peemerintahan UMNO BN semakin hari semakin nyata. Rakyat tertekan semakin dirasakan. Desakan untuk Najib turun semakin lantang.

3) Kritikan dan serangan Tun Mahathir & UMNO terhadap Anwar, PKR dan PR sudah menjadi tidak relevan lagi. Bersyukur kita kerana timbulnya isu "Kassim Ahmad" yang mendedahkan watak sebenar Tun Mahathir. Rata-rata umat Islam tolak orang yang menghina Rasulullah saw.

4) Adanya suara yang meminta BN usah bertanding di Kajang. Perlengahan menamakan calon dilihat sebagai tanda awal BN telah surrender sekalipun Presiden MCA yang baru, Tiong Lai, berhasrat untuk mengkuburkan Anwar di Kajang. Hakikatnya MCA yang bakal dikuburkan.

5) Anwar sebagai MB Selangor diharapkan sangat oleh majoriti penduduk Kajang dan seluruh negara dan merupakan tangga untuk menjadi PM Malaysia apabila Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya.

6) PAS? Perlu terima hakikat terlebih dahulu kerana kemenangan Anwar adsalah kemenangan Pakatan Rakyat yang juga kemenangan PAS juga. Lebih baik Anwar menjadi PM daripada mana-mana pemimpin UMNO BN. Giliran PAS untuk menjadi PM akan tiba juga apabila sudah sampai masa dan ketikanya dan apabila sudah layak menjawatnya. GB pernah berkata PAS tidak perlu gopoh dan tak perlu cemburu. Kegopohan akan hanya mengulangi episod Terengganu & Kedah.

Dan ingatlah semasa kejatuhan Datuk Mohd Asri sebagai Presiden PAS? Sekalipun ketika itu ada yang mahukan kepimpinan ulamak yang dipimpin oleh Ust. Abd Hadi, namun yang terangkat menjadi Presiden ialah Yusuf Rawa kemudian digantikan oleh Ust Fadzil Noor. Ada dua orang "tokoh transisi" sebelum Ust Ab Hadi dinaikkan sebagai Presiden. Pengajarannya: Jika kita tidak menyokong orang lain bagaimana orang lain hendak menyokong kita satu hari nanti?

7) Siapa mengaturkan grand design maha indah ini? DIA Al-Mudabbir!

8) Dan siapa pula yang terlebih baik perancangan dan celupan (perwarnaan)nya selain Allah?

Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"(QS. Al-Imran : 53)

"Celupan Allah. Dan siapakah yang lebih baik celupannya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah." (QS. Al-Baqarah : 138)

Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi 25% umat melayu yg bergantung dengan maklumat di tv? Lepas tu penduduk kampung 85% cakap PRU Kajang membazir dan 65% yg tinggal kuarters kerajaan cakap membazir PRU Kajang.

I kesihan dgn 3 golongan diatas kerana masih tinggal di dalam tempurung kelapa. Orang lain sudah beratapkan langgit tapi 3 golongan ini masih lagi beratapkan tempurung kelapa. Macam ni lu all nak maju beb kalau lu all masih tinggal dalam tempurung kelapa? Lepas tu kalau jurang ekonomi melayu dengan cina jauh lu salahkan orang, tapi lu tak sedar yg lu masih tinggal dalam tempurung kelapa.

Nasihat kpd 3 golongan ni, if lu nak maju dan berjaya dalam hidup lu buatlah sesuatu utk pecahkan tempurung kelapa (bukan suruh lu ambil tempurung kelapa lepas tu kasih pecah) Or else lu selama - lamanya dibodohkan oleh UMNO sampai jadi mr. Bean. Ingat apabila lu dah jadi mr. Bean we all tak boleh buat apa -apa dah. Lu fikirlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kemaraan ni disekat oleh bangla2.. Mcm mana ye?

obat pelangsing cepat ampuh berkata...

pilihlah yang terbaik

Tanpa Nama berkata...

Jgn hina Mr Bean dgn menyamakan dia dgn melayu bawah tempurung kelapa.
Mr Bean tu lepasan Oxford University lebih tinggi dari KJ.

air gunung berkata...

Ulasan yg mantap GB.....pengalaman dlm memerhati naik turun kehidupan amat mempengaruhi pemikiran saudara.sy pun sgt berharap tokoh dr PAS menjadi pemimpin malaysia...mereka sgt layak dan dibantu oleh ahli yg komited...tetapi kelayakan shj tidak mencukupi...perlu strategi perancangan yg mantap dlm dunia perang politic ini.inilah antara rahsia golongan quraiysh dahulu...
Mereka terbaik dlm terbaik....bkn golongan lain tak layak dan tak terbaik..tetapi yg layak dan terbaik perlu membantu yg paling terbaik pada masa dan keadaan semasa tersebut

pelangsing terbaik berkata...

ulasannya sangat jelas dan padat....pilihlah yang paling baik