5 Feb 2014

[EDISI SIASAT] Remaja Perempuan Diperalat Kutip Derma Untuk Tahfiz...

Pantau remaja peminta sedekah Kelibat seorang remaja perempuan dapat dilihat mengutip derma di sebuah stesen minyak sekitar Peramu walaupun pada waktu malam.

Pantau remaja peminta sedekah

PEKAN - Penglibatan kanak-kanak dan golongan remaja dalam kegiatan meminta sedekah yang berleluasa di daerah ini amat membimbangkan orang awam.

Kedatangan mereka mencetuskan rasa kurang senang terhadap orang awam apabila mereka meraih simpati untuk memohon sumbangan tersebut sebagai kutipan amal bagi pusat tahfiz tertentu.

Kehadiran mereka sering kali dipersoalkan dari mana kewujudan kumpulan kanak-kanak dan remaja ini serta berkenaan status mereka sama ada kegiatan ini telus atau mereka diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tinjauan yang dilakukan Sinar Harian di beberapa buah stesen minyak sekitar Bandar Pekan dan kawasan Peramu adalah untuk meneliti kumpulan ini melakukan tugas harian mereka.

Semasa pemerhatian, didapati sekumpulan remaja lelaki dan perempuan dalam lingkungan usia 12 hingga 17 tahun sedang berlegar-legar dengan jualan produk minyak angin, kalendar dan madu dalam misi meminta derma tersebut.

Seorang pelanggan sebuah stesen minyak di kawasan Peramu, yang hanya mahu dikenali Luqman, 30-an berkata, dia pernah didatangi oleh seorang remaja perempuan dalam lingkungan umur 15 tahun ketika sedang mengisi minyak.

Menurutnya, dia diberitahu oleh remaja berkenaan yang kedatangannya bersama rakan-rakan yang lain kerana diarahkan untuk meminta derma bagi sebuah sekolah tahfiz di Kedah.

“Kerap kali remaja yang datang meminta derma ini mendakwa mereka merupakan pelajar pusat tahfiz di negeri Kedah dan jualan kecil-kecilan dilakukan bagi menampung perbelanjaan tahfiz berkaitan.

“Saya merasa hairan kerana jika benar, adakah pelajar ini tidak mengikuti sesi pembelajaran ekoran kerap kali bertemu mereka pada hari persekolahan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya lagi, kegiatan itu sudah lama berlaku dan ia semakin berleluasa tanpa pemantauan yang sewajarnya.

“Lebih mengejutkan kerana mereka memberitahu kutipan derma yang dibuat adalah sebahagian daripada sukatan pembelajaran mereka. Masalah ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan termasuk kerjasama di pihak kerajaan antara negeri bagi memastikan ia tidak merebak dan lebih buruk jika ia merupakan satu cara eksploitasi ke atas kanak-kanak dan remaja demi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya. -SH

ULASAN GB

Gejala memperalatkan remaja untuk "mengutip derma bagitujuan maahad tahfiz" ini semakin menjadi-jadi di seluruh neghara.

Banyak hal yang meragukan apabila remaja-remaja perempuan turut digunakan sehingga lewat malam bagi tujuan berkenaan.

Ia ditemui dimana-mana - di stesyen-stesyen minyak, pintu-pintu bank, gerai-gerai makan, pasaraya-pasaraya, R&R dan dimana saja ada tempat orang lalu lalang di seluruh negara.

Remaja-remaja berkenaan terutama yang perempuan terdedah dengan pelbagai bentuk jenayah dan boleh mengundang bermacam andaian dan fitnah.

Persoalan kini benarkah wujud Maahad Tahfiz berkenaan? Ke mana sebenarnya hasil kutipan itu pergi dan digunakan? Siapa sebenarnya dalang mereka? Ini yang perlu disiasat.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, memang selalu jumpa anak2 ni di stesen minyak. Pernah jumpa orang yang sama di dua tempat berbeza dalam waktu yang berbeza. Pertama kali jumpa di Stesen minyak Petronas Alor Gajah. Kali kedua berjumpa dengan anak yg sama di Stesen minyak Shell Bandar Tasik Selatan. Produk yg dijual adalah dari jenama SM Amin seperti madu, pil kesihatan dan paling tidak akan minta supaya menderma. Bila ditanya, jawapannya mereka seolah-olah sudah di skrip. Minta pihak berwajib utk membendung masalah eksploitasi anak2 ni. Sepatutnya di usia begini dihabiskan dengan mengaji dan buka terdedah dengan 'silibus perniagaan' yang tak kena tempatnya.

Baru-baru ni didatangi seorang remaja lelaki di restoran dalam kapal di Kampung Baharu, bila ditanya kenapa surat rasmi dari Majlis Agama Negeri Johor TIDAK bertarikh, saya pula yg dimarahi. Jadi bagaimana nak bersangka baik pada mereka ni?

Ada golongan lain yang pasti mengambil kesempatan.

Cik Salju berkata...

Assalamualaikum,

Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

Tolong klik & baca di sini->Melayu Adik Beradik Yahudi

Klik dan baca di sini cara orang islam keluar dari penghambaan dunia moden ini: Cinta Lanang Gabrul The Final Conclusion.

Tanpa Nama berkata...

Rayat malaysia kan pemurah

Tanpa Nama berkata...

Budak budak Melayu lagi..... Yang buat tak baik pada budak budak ini pun pasti nya Melayu juga.

Dah semua Melayu . Majoriti rakyat pun Melayu tak boleh nak jaga anak anak Melayu sudah....

Sedih tapi benar , tak mungkin nak harap bangsa bukan Melayu jaga jaga anak anak melayu pulak ????

Apa pun sedih tengok melayu sebegini.

Tanpa Nama berkata...

Perkara ini sudah berleluasa.. sekarang sudah menular di Melaka. Modus operandinya sama.. kalau tak nak beli sedekah je pun boleh.. kalau ditanya jawapan sudah ada skrip..

Kalau dulu dari sekolah tahfiz di Kedah.. tapi agaknya selalu kantoi doa makan pun tak hafal, sekarang dah pakai sekolah anak yatim pulak.. tapi masih Kedah gak..

Kita memang kesiankan anak-anak ini.. tapi mastermindnya memang tak berhati perut langsung..

Susah sangat ke pihak yg berkenaan nak banteras benda ni.. Anak remaja diperalat sampai jam 1-2 pagi di RnR dan stesen minyak..

Tanpa Nama berkata...

Lama dah jenama SM Amin nie peralat budak2 tahfiz..Majlis agama Islam Kedah mesti bertindak..jangan biarkan imej Tahfiz dan islam rosak disebabkan iblis bertopeng ini...WaAllahuaklam...