Dua orang pemuda Muslim Amerika, Adam Saleh dan Sheikh Akbar, yang tercatat sebagai mahasiswa di sebuah perguruan tinggi di New York, saling merAkam temannya yang melakukan solat sunnah dua rakaat di hadapan publik Amerika.
Dalam video yang mereka naikkan di laman Youtube dengan judul Praying In Public, disebutkan bahawa mereka membawa kompas untuk mengetahui arah Ka’bah. Setelah itu mereka berwudhu, lalu salah seorang di antara mereka melakukan solat sunnah 2 rakaat dan yang lain merakamnya dengan kamera.
Hal ini mereka lakukan untuk mengetahui reaksi publik Amerika ketika melihat mereka solat. Di samping itu, tujuan mereka adalah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam mencintai perdamaian melebihi dari apa yang mereka fikirkan.
Solat di hadapan publik di negara minoriti muslim memang sesuatu yang dianggap aneh. Dalam video itu terlihat beragam reaksi orang-orang Amerika melihat dua pemuda ini solat. Ada yang kehairanan, ada pula yang mengambail gambar, bahkan ada yang mengikuti gerakan solat kerana menyangka itu adalah senaman Yoga.
Berikut video tersebut yang diunggah ke Youtube dengan akun TrueStoryASA, seperti dikutip dari Fimadani, Rabu (16/10/2013) -islamedia
5 ulasan:
Subhanallah !Allahu Akhbar ! ABU jangan lupa !
Suatu perkongsian terbaik.Allahhu Akbar.
Dorang ni ada channel youtube sendiri dan selalunya buat macam2 prank. Tapi ada jugak dorang buat keje2 berfaedah walaupun ada sorang tu kadang2 pakai neck-less dgn loket 'alif-lam-lam-ha'. Anyway they did a good job.
Senaman Yoga????? Since dia rasa pelik, saya harap orang yang cakap senaman yoga itu memperoleh hidayah Allah S.W.T kerana kebiasaan orang Amerika, kalau benda itu pelik diaorang kaji betul - betul sehinggalah dia faham.
Ini sifat baik orang putih yang kita sudahpun beragama Islam boleh kita contohi.
cuba buat dkt malaysia..contohnya bukit bintang..tentu dianggap aneh?padahal negara islam tu...
Catat Ulasan