20 Ogo 2013

[UNDI LAGI BN] PTPTN Laksana CCRIS, Senarai Peminjam Ingkar Mulai Bulan Ini


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini hari ini.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih.

ULASAN GB

Inilah satu satu "hadiah" UMNO BN setelah kembali berkuasa selepas pilihanraya.

Apakah rakyat tidak serik-serik dengan kezaliman dan penndasan mereka selama ini?

Sekalipun gagal menawan Putrajaya sekalipun telah menawarkan penghapusan PTPTN, Pakatan Rakyat perlu mempastikan tindakan kerajaan UMNO BN ini yang mahu menyeraikan Peminjam PTPTN ke CCRIS ditentang habis-habisan di dalam dan di luar parlimen.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org melayu bila jadi menteri tiba2 bodoh....

Tanpa Nama berkata...

Kepada pemuda pemudi yang ada hutang dgn PTPTN dan galak sangat X BN, ambiklah hadiah yg dibagi oleh BN. Tak apa belum terlambat. X PR di PRU14.

Tanpa Nama berkata...

Penggangguran di Malaysia kau belum lagi selesaikan kau nak paksa mahasiswa menganggur untuk bayar? Tidak orang tak mahu bayar kalau ada duit tapi masalah sekarang Mahasiswa tak ada duit dan ada yang menggangur hampir bertahun lamanya.

Untuk pengetahuan (Bagi you buat side income FOREX trading mesti tahu punya) negara luar seperti Jepun, England dan USA menganggap pengganguran sebagai racun yang boleh merosakkan ekonomi negara. Meningkat sahaja penganguran biarpun 0.1% terus sahaja menteri kewangan negara diaorang buat mesyuarat tergempar kerana kes
penganguran adalah satu kes yang serius.

Menteri kewangan Malaysia pula kalau penganguran meningkat Menteri automatik balik rumah dan kasih duit untuk big mama belanja. Ini bezanya menteri kewangan sini dengan menteri kewangan negara diaorang. Pilih pemimpin beragama Melayu inilah akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

kalau Ambiga nak buat BERSIH 4.0. Harap dapat buat juga himpunan bantah Pelaksanaan CCRIS untuk peminjam PTPTN. Harap PR tubuhkan badan organisasi untuk pemansuhan ini dan kami orang muda akan sokong langkah tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Bkn salah siapa2 yg pangkah BN ke tak.Sbb BN menang tipulah dia nak tindas rakyat semahunya.

oranqtua berkata...

yahoo, berita gembira untuk.macai umno aka macai bodo. Duit macai yg banyak tu bolehlah bayar hutang ptptn. Juga macai mesti gembira kerana cadangan pr untuk hapuskan ptptn tidak berjaya sebalik masih kena bayar...gembiranya.kami ahli ahli macai dungu.

Tanpa Nama berkata...

Tangan sendiri pangkah undi
Badan sendiri tanggong beban
Sekarang bukan masa tudoh menudoh
Diri yang pilih BN
Dirilah yang merana papa kedana

Memilih BN berarti ada cita cita menjadi bangsat di bumi sendiri

Pemimpin senang lenang hidup mewah makan rasuah
Rakyat jadi bangsat hidup merempat

BERSATU KITA BERSATU untok menjadi hantu
DENGAN SETIA BERGANDING BAHU buleh pulak jadi lembu
JIWA TEGUH BERPADU rakyat tongong pemimpin bengong
KITA RUMPUN MELAYU sokong OMNU kudakayu

AMNU TERUS MARA semacam orang gila
UNTUK RAKYAT MALAYSIA jadi papa kedanaaaaa

Hidup OMNU keris tlanj412iank

Andre Irwan berkata...

Pemimpin UMNO adalah pemimpin contoh.
Depa suruh kita PATRIOTIK, tapi depa dok makan rasuah.
Depa suruh kita PATRIOTIK, tapi depa jual kereta mahal daripada orang luar.
Depa suruh kita PATRIOTIK, tapi depa blacklist kita.
Depa suruh kita PATRIOTIK, tapi depa pilih anak-anak depa jadi pegawai kerajaan.
Depa suruh kita PATRIOTIK, tapi depa ...
Terlampau banyak depa le.
Tahniah kepada rakyat Malaysia, terutama yang berketurunan Melayu kerana ANDA dah berjaya dilembukan oleh pimimpin UMNO ni.

Tanpa Nama berkata...

Ternyata ramai graduan menganggur atau yg bekerja dgn jawatan dibawah tahap sebenar bagi pemilik ijazah,anda dituntut membayar balik pjman PTPTN dlm apa jua keadaan. Dalam pada itu cuba buat bancian berapa ramai graduan dikalangan anak2 menteri dan pembesar negara yg menganggur....

Tanpa Nama berkata...

Haiyaaa...... aku sayang UMNO, ingat UMNO sayang rakyat.. tapi lain jadiknya. jauh aku balik kampung nk ngundi, ingat kata2 PM sblm pilihan raya boleh percaya.. . tapi PM hampeh sehampeh nya...

aku tak akan ulangi kesilaan yg sama.

Unknown berkata...

Jangan lupa caj ptadbiran ptptn sebanyak rm60 sebulan.. so jangan bayar 100 aja... 100-60 = 40 huhu bila nak abis bayar? At least bayar 200 sebulan.