20 Jul 2013

Tiada Tindakan Ke Atas Ibrahim Ali & Zul Nordin Percepatkan UMNO BN Pupus!


Peguam Negara mengkelaskan kes Datuk Zulkifli Noordin yang didakwa menghina agama Hindu sebagai 'tiada tindakan lanjut' (NFA) selepas polis memajukan hasil siasatan kes itu kepada mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Semua laporan yang kami terima, siasatan secukupnya telah dibuat.

"Kertas siasatan kes kemudiannya kami kemukakan kepada pihak peguam negara untuk arahan selanjutnya.

"Jadi dalam kes Datuk Zulkifli Noordin, peguam negara dah arah hentikan siasatan, no further action," katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa Polis Diraja Malaysia dan menteri dalam negeri malam tadi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan berkenaan status kes bekas calon BN Shah Alam itu dan gesaan membakar Bible oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapan kontroversi itu, didakwa dibuat 10 tahun lalu, Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.

Merujuk kepada kes Ibrahim Ali pula, Khalid menjelaskan yang kertas siasatan juga telah dimajukan kepada peguam negara tetapi sehingga kini peguam negara masih belum mengeluarkan arahan lanjut tentang kes itu.

Kes Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin kembali mencuri perhatian memandangkan timbulnya pendangan yang mempersoalkan layanan berbeza ke atas mereka berbanding pasangan Alvin-Vivian, yang didakwa mempersenda Islam melalui bahan yang dimuatkan di Internet. -mk


Gagal bertindak ke atas Ibrahim Ali bukti benarkan hina agama lain


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan yang rasis dan melampau terhadap ‘hak’ Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible.

Beliau berkata, Kabinet mesti menolak sokongan Abdul Rahman itu kerana beliau gagal mewakili seluruh rakyat Malaysia apabila menyifatkan kenyataan Ibrahim itu hanya membetulkan kesilapan cetak kitab Bible dan membakar adalah jalan terbaik sama seperti umat Islam membakar naskhah Al-Quran yang tersalah cetak.

“Saya tidak boleh terima kenyataan seorang yang rasis dan pelampau seperti Ibrahim mahu membakar Bible sebagai usaha untuk membetulkan kitab itu sebagaimana orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan membakar kitab suci agama lain.

“Ibrahim tidak patut dibenarkan membakar kitab Bible terutamanya apabila ia mahu dilakukan sebagai tanda protes terhadap agama Kristian.

“Tidak ada sesiapa menerima logik dan rasionalnya kenyataan Abdul Rahman itu apabila Ibrahim menyuruh bakar kitab Bible yang mengandungi kalimah ‘Allah’ berbanding kes pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee kerana menyinggung perasaan umat Islam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kegagalan untuk bertindak terhadap Ibrahim boleh dianggap bahawa penghinaan terhadap agama lain selain Islam adalah dibenarkan di negara ini.

Beliau berkata, DAP menyokong tindakan terhadap pasangan blogger terbabit kerana mereka menghina agama lain, namun mengapa ancaman seseorang yang anti-bukan Islam dan anti-bukan Melayu seperti Ibrahim tidak boleh dihukum dengan cara serupa kerana menggugat keharmonian antara agama.

Ahli Parlimen Bagan itu juga anggapan Abdul Rahman bahawa ancaman Ibrahim untuk membakar Bible sebagai normal jelas memperlihatkan kedua-duanya berkongsi pemikiran yang anti-bukan Islam dan jelas mengkuburkan konsep 1Malaysia Perdana Menteri.

“Rakyat Malaysia juga mempertikaikan kenapa pasangan anak muda itu boleh dihukum di atas apa yang mereka siarkan di Facebook, tetapi calon BN di Shah Alam Zulkifli Noordin yang membuat kenyataan anti-Hindu di YouTube tidak pula dihukum.

“Jelas sekali BN mengamalkan ‘double standard’ serta pendakwaan terpilih dengan hanya menghukum kenyataan anti-Islam tetapi bukan kenyataan anti-bukan Islam.

“Yang penting sekarang ialah sama ada pihak Kabinet (Islam dan bukan Islam) akan mengambil tindakan terhadap kenyataan yang mengejutkan daripada menteri baru dari Sabah itu yang langsung tidak menghormati masyarakat Kristian dan bukan Islam.

“Bolehkah ahli Kabinet, terutamanya menteri yang bukan beragama Islam, menerima pandangan Abdul Rahman yang rasis dan melampau bahawa penghinaan terhadap agama lain adalah sesuatu yang normal,” katanya.

-roketkini



Ulasan GB

Apakah pemimpin UMNO BN, KDN dan Polis tidak "membaca" keputusan PRU13 dimana kedua-dua tokoh rasis tersebut, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin telah ditolak oleh rakyat apabila kedua-duanya kalah teruk di dalam pilihanraya yang lalu?

Dan kini masih mahu terus membela mereka?

Kalau demikian sikap pemimpin UMNO BN, KDN dan Polis, ini berarti hayat UMNO BN semakin hampir ke lubang kubur kerana dengan melakukan dan mengambil tindakan secara berpilih dan diskriminasi akan hanya mengundang kemarahan rakyat terutama kaum bukan Melayu terhadap UMNO BN dan kerajaan. Teruskan dengan sikap sedemikian!

Tunggu dan lihat hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya.

2 ulasan:

Fedora berkata...

Apabila Alvivi mghina agama kita, bukan main lagi kita mgamuk...tapi bila manusia seagama kita mghina agama lain kita buat tak tahu.nabi Muhamad SAW tak ajar kita mghina agama lain ok! D mana keadilan? Sy perasan bila org islam macam manusia kat atas ni hina kristian atau hindu..mereka masih boleh menerima..tak ada sampai nak culik..belasah and conteng orang yg hina agama mereka..tapi orang kita..kononya kita tak boleh diamkan diri bila orang kafir hina agama kita...tapi jangan lupa, nabi tak pena ajar kita mgamuk kalau orang hina agama kita...nabi cuma suru kita melawan jika orang kafir perangi agama kita sahaja....ini tak...ada pula perempuan2 yang tak pakai tudung bole pula dia komen itu ini mgamuk pasal orang hina agama kita tapi spatutnya sendiri tutup aurat la dulu sbelum nak bjuang.... bjuang yg itu pun da failed hahaha

Andre Irwan berkata...

Hari tu aku dah kata kat Melayu kita ni. Jangan kita hina orang lain, nanti akan terima akibatnya. Kan ini teori Newton Law, tindak dan tindak balas (Action & Reaction).
Munafikun tetap munafikun juga. Cakap lain buat lain. Aku dah kata tak salah jamu BAK KUT TEH. Hanya Melayu yang bodoh dan sombong seperti RPK saja ingat Bak Kut Teh mesti datang dari babi. Begitu dangkalnya pemikiran orang Melayu golongan munafikun ni. Depa ni akan buat apa saja asalkan mendapat keuntungan walaupun bertentangan dengan apa yang depa cakap.
Tentang AG, dah lama AG ni hilang integritinya. Sejak kes DSAI dulu pun, aku dah tak percaya kat AG ni. Naik pangkat ni pun pasal balas budi oleh Che Det ekoran tugasan haramjadah yang diberi. Bagi KPM pulak, tak ada seorang KPM pun yang berani jawab. Aci lawan, depa bukan ada buat siasatan pun. Cara depa dok cakap cara macam ni hanya semata-mata untuk melepaskan diri saja. Cuba tengok sejak jadi KPM, dah berapa kali dah dia buat kenyataan yang bercanggah dengan orang bawahnya?
Sistem perundangan di Malaysia hanya untuk rakyat marhein yang bukan ahli BN. Keadilan hanya terlekat kat mulut dubur sahaja. Mulut yang sering bertutur tentang keadilan seperti yang sering diwar-warkan oleh Brahem Katak, Zul Kulum, ... semuanya berbau tahi dan menggunakan mulut yang penuh dengan tahi.
Malaysia Boleh. Jangan susah hati sebab Malaysia akan mengalami peristiwa yang lebih kurang sama dengan 13 Mei. Hang tengok, geng UMNO dah mulakan langkah yang sama dengan mencetuskan kes-kes perkauman yang pada mulanya depa bertindak sebagai batu api dan pada akhirnya depa akan bertindak seolah-olah depa tu PENYELAMAT dengan bantuan PDRM, Askar, AG, ...
"Next Episod .... rusuhan perkauman berlaku di Malaysia akibat pembangkang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan....." Inilah kata-kata yang keluar dari mulut Pembaca berita dari TV1/2/3 suku/7/8/9 .... tapi tidak pada Aljajeera, ......
Wayang kan ......
Pelakon utamanya. Alvin, Vivian, Brahem, Zul Kulum, KPM, AG, Rahman Taklan, ....
Pengarah. ..... jeng jeng jeng
Semua di atas hanya cerita rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah mati. Kalau ada persamaan pun, ini hanya kebetulan sahaja.