PAS kesal dengan tindakan penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Mursi dan mengutuk tindakan pihak tentera negara itu menggunakan golongan ulama bagi menghalalkan perbuatan mereka.
Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kudeta dan diktator bukan lagi pilihan manusia lagi di era sekarang.
“Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam,” kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya pagi ini.
“Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik,” tambah beliau lagi.
Bekas menteri besar Kelantan itu tidak menolak kebangkitan rakyat mampu menggembalikan Mohamed Mursi ke tampuk kuasa.
“Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir,” katanya.
“Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.”
Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Fattah El-Sisi dalam pengumumannya awal pagi ini turut menamakan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga pilihan raya baru diadakan.
Menurut Abdul Fatah, Mesir akan ditadbir sebuah kerajaan Teknokrat dengan kuasa penuh sepanjang tempoh peralihan.
Serentak itu, larangan perjalanan dikenakan terhadap Mohamed Morsi dan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin termasuk ketuanya Mohammed Badie dan timbalannya Khairat El Shater.
Pengumuman yang dibuat secara langsung melalui televisyen disambut dengan sorakan kumpulan anti presiden yang baru berkuasa selama setahun itu.
Mohamed Mursi mula memimpin Mesir selepas Hosni Mubarak digulingkan pada Februari 2011 selepas berkuasa selama 30 tahun.
Detik Hitam Sedang Berulang
Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.
Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.
Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.
Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.
Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!
Doa dan solidariti untuk Mesir.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013
klik untuk baca
7 ulasan:
Kejayaan imperialis & samseng dunia@zionis dalam perang saraf terlicik membasuh 'otak-otak' keldai Mesir & yang sekutu dengannya yang anti-Islam ! para pengkhianat menolak hukum Allah SWT tapi mahu bebas dengan menentang ajaran Islam, moga mereka akan merasa kecelakaan atas pengkhianatan mereka terhadap perjuangan ikwanul muslimin yang mendapat sokongan kuat rakyat Mesir!
perjuangan senantiasa berterusan...tetapi awas dengan segala tipu daya syaitan yang bertopengkan manusia...mereka sedang menjerat dari segenap pelusuk...AllahuAkbar!...
Ni sama kes dengan mufti2 yg boleh dijual beli dan puak2 UG mcm hasan ali dan nasharudin. Bila menang syaitan2 umno akan memperalatkan mereka.
Di mesir pun ada umno juga.
Mustahil untuk memuaskan hati semua orang.
Tidak mustahil orang yang sama akan bangkit menentang untuk menjatuhkan kerajaan Umno Mesir ini dalam masa terdekat.
Kegelojohan untuk mengecapi perubahan selepas Era Mubarak.Dr Mursi tak mampu pertahankan kerajaannya disebabkan tali barut Mubarat menjadi duri dalam daging.Nescaya pendokong Islam Mesir terutamanya IkhwanMuslimin tidak akan berdiam diri,akan terus berjuang Demi Islam Tercinta untuk memastikan Rejim Mubarat tumbang.
Sama sama kita doakan agar beliau bangkit.....keadaan akan menjadi lebih kali ini,penyokong beliau takkan duduk diam,ayuh kita beri sokongan pada beliau !!!!!!!!!!!
Nak kena jihad gak gamaknya..
buang dakwat kekal jer demokrasi2 nih.
It has become clear to anyone who aspires for the return of Islam that the game of democracy is a sham and completely rigged against the Muslims and that democracy is the system which was created to keep Islam out of the political field.
Catat Ulasan