CCTV sebuah bank di bandar ini berjaya merakam tindakan seorang wanita mengambil telefon pintar jenis Iphone 4S ditinggalkan pemiliknya di atas mesin deposit wang, sekitar jam 8 malam, 3 Jun lalu.
Berdasarkan rakaman terbabit, wanita berkenaan yang memakai baju, tudung dan seluar berwarna hitam, masuk ke dalam bank semata-mata untuk mengambil telefon bimbit tersebut.
Wanita dianggarkan berusia lewat 20-an itu dilihat keluar dan masuk semula ke dalam bank untuk melakukan transaksi di mesin sama selang seminit kemudian.
Pemilik telefon, Rosli Mustafa, 38, berkata, dia tertinggal telefonnya di mesin terbabit dan hanya menyedarinya sejam kemudian.
“Saya terus membuat beberapa panggilan, tetapi telefon saya ditutup. "Apabila saya kembali semula ke bank, saya dapati telefon bimbit saya sudah tiada,” katanya.
Rosli berkata, dia kemudiannya meminta kebenaran pihak bank untuk melihat CCTV dipasang di tempat kejadian bagi menjejaki individu yang mengambil telefonnya.
Katanya, berdasarkan rakaman tersebut, terdapat dua individu yang masuk ke bank berkenaan selepasnya.
“Individu pertama seorang lelaki menggunakan mesin sama, tetapi tidak mengambil telefon saya. Selang beberapa minit kemudian, masuk wanita terbabit.
“Saya tidak mahu berprasangka buruk, mungkin dia mengambil telefon itu untuk diserahkan kepada pihak lebih dipercayai agar dapat dikembalikan kepada saya semula,” katanya.
Bagaimanapun katanya, setelah lebih seminggu kejadian itu berlaku, tiada sesiapa tampil untuk memulangkan semula telefon tersebut kepadanya.
“Telefon itu dibeli pada harga lebih RM2,500. Tambahan pula banyak kenangan saya dalam telefon itu. Saya harap wanita dalam rakaman CCTV ini dapat tampil dan berjumpa dengan saya.
“Kini saya sedang mendapatkan kerjasama daripada pihak bank untuk mengesan transaksi dilakukan wanita berkenaan. Jika tiada sebarang pemulangan, kemungkinan saya akan membuat laporan polis berdasarkan bukti yang ada ini,” katanya.
Pemilik kedai cermin mata Optik Jengka itu berkata, kejadian yang menimpanya itu boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya bersikap lebih jujur.
“Kalau terjumpa sesuatu yang bukan milik kita, tidak salah jika mengambilnya untuk diserahkan kepada pihak yang boleh memulangkannya kepada pemilik asal.
“Kebetulan kejadian sebegini dirakam CCTV. Kalau tidak kerana CCTV sekali pun, ingatlah ALLAH SWT itu Maha Melihat,” katanya. -SH

6 ulasan:
...dan saya juga ingin berkata, kejadian di atas boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak biasakan diri utk meletakn barang bharga atas mesin atm. Sekian.
Rezeki!! Durian runtuh, makan tak habis dah! Saman jangan tak saman. Tuan iPhone nih ada gaya sedikit kasar bahasa. Sudahlah terjatuh, masih tak takut nanti ditimpa tangga? Nak caj mende apa kat pompuan nih?
Pompuan nih tak curi, dia tak ambil mende milik orang dengan sengaja, dia mungkin hanya tolong buang sampah yang tak sepatutnya diletak atas tempat sensitif. Kalau sampah eletronik ini sengaja diletak untuk rakam PIN, camner? Nape bank bagi gambar dan tuan iPhone pula pamerkan gambar dia?
Kalaulah Pompuan ini bijak, dia akan:
1. Saman tuan iPhone 1juta seolah2 menunjuk kepada orang ramai dia ini pencuri.
2. Saman pengurus bank 1juta kerana memberi maklumat sulit pelangan kepada pelangan walaupun belum dilapor polis.
3. Saman bank 10juta kerana membeli dan memasang perakam CCTV disemua pelosok serta cawangan dengan tujuan untuk memalukan pelangan.
4. Saman 1juta setiap media yang pamer gambar dengan tujuan memburukkan nya.
GB tak cadang nak tambah ayat "tak tanggungjawab"?
Anon 9.12pm..mudah sungguh definisi 'tak mencuri' pada anda sebaliknya kpd pemilik telefon anda labelkan tak btanggungjawab. Cuba bygkan kunci kereta/moto anda lupa diambil di tmpt parkir dan sekembalinya anda ke situ, kenderaan anda telah tiada. Adakah org yg membawa pergi kenderaan itu tidak mencuri? Adakah kereta/motor tsebut adalah bom jangka? Oleh itu, sebarang perbuatan mgambil bukan hak kita adalah tidak baik apatah lg tiada niat utk memulangkannya. Tiada alasan utk mghalalkan perbuatan yg tidak betul..
Kalau dah diri sendiri cuai tak payah nak salahkan orang lain, lepas tu nak menyusahkan polis dengan kecuaian diri sendiri. Tapi kalau beli dengan hasil berkat insyAllah benda tu akan dapat semula, sekiranya ia dafi rezeki tyng tak berkat wallahualam.
Mungkin bagi sesetengah org,benda harga rm2,500 sgt bernilai tp tidak dlm kes ni sbb lps sejm bru owner sedar kehilanganya..mcm mane tu???
Walaupun pemilik hanphone tersebut cuai, tapi perbuatan mengambil hak orang lain adalah sangat tidak bermoral..apatah lagi oleh seorang muslim yang tahu haram mengambil barang orang lain tanpa kebenaran. Malang sungguh ada pulak yang bela perbuatan wanita tersebut. Umat akhir zaman beginilah..lori buah terbalik ramai2 berebut ambil bawak balik bagi anak bini makan, begitu jugak lori syiling terbalik pakat kutip syling atas jalan lupa halal haram.
Catat Ulasan