11 Jun 2013

Jangan Biar BN Bertapak Lagi Di Selangor


Jangan biar Barisan Nasional (BN) bertapak lagi di negeri Selangor,” tegas Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) Hu Pang Chow.

Beliau berkata, BN sudah dua penggal ditolak oleh rakyat negeri ini, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 pada 2008 dan PRU-13 lalu, dan tugas kita sekarang ini ialah untuk memastikan BN tidak boleh lagi bertapak di negeri Selangor.

“Malahan Pakatan Rakyat sekarang ini lebih kuat kerana kita memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding BN,” terang beliau selepas ditemui dalam satu majlis Pakatan Rakyat di KIP Industrial Park dekat sini baru-baru ini.

Pada PRU-13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi, dan PKR menang 14 kerusi berbanding dengan BN yang hanya memenangi 12 kerusi dari sejumlah 56 kerusi Dun Selangor.

Hu berkata, BN sudah tersilap percaturan dengan cita-citanya untuk menawan kembali negeri Selangor dengan memberi tumpuan khusus seperti penambahan hampir setengah juta pengundi di negeri ini sahaja menjelang PRU-13.

Katanya, BN Selangor juga melantik (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dalam usaha mereka untuk merampas semula negeri Selangor.

“Ternyata rakyat Selangor, yang terdiri dari semua kaum menolak BN dan mahukan perubahan dan memilih kerajaan negeri Pakatan yang terbukti dapat memerintah jauh lebih baik berbanding BN,”
jelas beliau.

Hu juga menolak teori ‘tsunami Cina’ yang ditimbulkan oleh Najib walaupun menurut beliau, lebih 80 peratus pengundi Cina di kawasan bandar dan pinggir bandar di Selangor memilih Pakatan.

Beliau menasihatkan kerajaan negeri supaya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan menunaikan semua janji yang terkandung dalam manifesto bagi membuktikan kerajaan negeri benar-benar berjiwa rakyat. -FMT

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni bukti Najib gagal mentadbir organasasi BN negeri selangor yang mengaku hebat hakikatnya Rm rakyat yang habis dijolikan oleh kroninya. Penipuan BN dalam pilihanraya sejak zaman madeg lagi sudah jatuh hukum harsm kerana rasuah dan penipuan dalam pengiraan undi. Haramnya sampai anak cucu cicit kerana hasilnya gaji dan pencen. Tahniah buat Mad sabu kerana mendshului khalifah lain untuk bersama PR menentang dan membaikot angkat sumpah MP kerana ia Wajib dari segi hukum syarak menentang penipuan BN dalam pengundian 5 Mei lalu..

Tanpa Nama berkata...

Selangor dapat dipertahankan sebagaimana Tuan Guru Nik Aziz mempertahankan Kelantan.Tapi.....syaratnya tidak ada pemimpin PR yang tamak kepada habuan dunia tanpa memperdulikan hak rakyat.Sifat pemimpin yg sombong, angkuh,rasuah,mengabaikan rakyat,berebut jawatan akan menyebabkan PR menjadi spt UMNO/BN.Akhirnya rakyat akan menolak PR.

BaDiN berkata...

Misi mesti diteruskan ,Kempen sifar BN bagi negeri negeri PR Perintah mulai sekarang sehingga Putra Jaya dalam genggaman kita.

Tanpa Nama berkata...

Disyorkan ikut jejak langkah PR P. Pinang menghargai suri rumah sepenuh masa dgn memberi saguhati RMxxx.00 mulai 2014. Pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang melalui qariah masjid.

Saguhati diberi tanpa melihat warna kulit dan fahaman parti politik. Baru PR Selangor ada Uuuuummmmppppp.... Jgn tunggu nak PRU14.

Tanpa Nama berkata...

Riwayat BN kt Selangor tamat disbbkan anak TOyol tu.Tulaa tamak sgt ms jd MB.Hasil rakyat selangor bersatu hati tulah dpt halang segala btk penipuan.Sy simpati dgn Tganu & Kedah.Apa nak buat, diorg takde kekuatan mcm Selangor.Nak tak nak terima jelah pemerintahan BN.

Tanpa Nama berkata...

Sokong anon 9:03.... Jgn tunggu pru14...