20 Apr 2013

Polis Tahan Ketua Sekretariat Pakatan & 2 Saksi Pembikin Video Lucah


Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek (gambar) ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard ketika memaklumkan kepada Keadilandaily berkata, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan. -HD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Taktik ini kira biasa bah

Tanpa Nama berkata...

BN mesti takut kebenaran, sebab mereka hidup dalam penipuan, semoga allah hancurkan mereka diganti pemerintah beriman

Tanpa Nama berkata...

Diharap perkara ini tidak menjejaskan langkah utk membongkar isu tersebut. Sepatutnya PR dah menjangkakan perkara sebegini (bukan ini kali pertama) dan bersedia dgn plan B.

Tanpa Nama berkata...

apa kata aku cadangkan kita kena minta pengesahan pihak polis dulu ni....