14 Apr 2013

Nizar Seru Rakyat Tamatkan Politik Perkauman UMNO BN Pada PRU13 Ini


Rakyat perlu mengambil kesempatan di dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang ini untuk menamatkan politik perkauman UMNO BN selepas 55 tahun memerintah negara, demikian kata Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak yang juga AJK PAS Pusat di Merlimau petang tadi.

Menurutnya, Islam telah lama mengkuburkan politik perkauman dengan seruan Allah swt. di dalam Al-Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang sentiasa menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al-Maidah : 8)

Rakyat perlu memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara Malaysia supaya segala kepincangan dan ketidak-adilan yang dilakukan oleh rejim UMNO BN dapat diperbetulkan. Semua kes-kes berprofil tinggi dapat buka semula supaya keadilan dapat ditegakkan seperti kes pembunhan Altantuya - siapa sebenarnya yang mengarahkan beliau dibunuh, kes kematian Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbani, A.Kugan dan lain-lain kes yang menimbulkan banyak tandatanya dan misteri di kalangan rakyat negara ini.

Nizar yang juga seorang AJK PAS Pusat turut menyatakan bahawa pada PRU ke 13 ini, PAS akan menampilkan beberapa orang calon bukan-Melayu sebagai calon seperti Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow bagi kerusi Ayer Hitam menentang Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Kumutha a/p Raman di DUN Tiram.

Katanya, Mohd Najib Razak kini begitu tertekan apabila sehingga kini, UMNO BN masih gagal untuk mengumumkan senarai calon mereka.

Beliau juga menyatakan keyakinannya bahawa Pakatan Rakyat bakal menerajui semula kerajaan negeri Perak yang dirampas oleh Najib secara tidak bermaruah pada tahun 2009 yang lalu.

Majlis Hi-Tea anjuran MTD Merlimau turut menampilkan penceramah Radio Selangor, Ustaz Uda Kassim yang menyelar kenyataan Tun Dr. Mahathir yang mempersenda dan menghina kepimpinan TG Nik Aziz di Kelantan.

Beliau juga turut menyeru rakyat supaya menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat supaya kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. di dalam pemerintahan negara ini.


Sebelumnya, Pesuruhjaya PAS negeri Melaka, Tuan Hj Adly Zahari menyeru rakyat negeri Melaka supaya menamatkan politik berkepentingan diri tajaan UMNO BN selama ini dengan menjadikan "Melaka Milik Rakyat".

Beliau juga turut mendedahkan tentang peralihan sikap masyarakat Melayu yang begitu ketara mutakhir ini dimana orang Melayu sudah muak dengan politik sempit UMNO yang hanya mementingkan pemimpin-pemimpin dan kroni mereka.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dato Seri Nizar !!!!

Orang orang Melaka ini banyak yang bebal dan kebal hati yang benggap macam Hang Toye , makan masa panjang untuk mengunyah panduan sebelum masok akal mereka , ikut gaya Lembu juge ler.

Insya Allah rata rata orang Melaka tak nak hidup bagai Lembu seperti dulu kala zaman Hang Tuah dan Hang Toye.

PRU13 pada 5 May akan jatuh lah Melaka ke Pskatan Rakyat....

Alhamdullillah.,..

Tanpa Nama berkata...

Nizar bagus
bakal pemimpin hebat masa depan