16 Mac 2013

Kerajaan Wajar Minta Maaf Kepada Rakyat, Keluarga Wira Terkorban


Kerajaan Umno perlu memohon maaf kepada rakyat dan keluarga anggota keselamatan yang gugur akibat kegagalan menangani pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Tuntutan itu dibuat bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

“Saya menjemput rakyat, tak kira apa bangsa, agama, fahaman, mana parti yang disokong untuk sama-sama bangkit dan menggesa kerajaan mengaku akauntabiliti ke atas kegagalan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Ghafir berkata, kerajaan tidak konsisten menangani isu pencerobohan itu dan hanya mengambil tindakan selepas 23 hari.

“Tindakan kerajaan tidak konsisten. Apabila tindakan lambat, mereka (penceroboh) telah ‘bekerja’. Dari kumpulan kecil menjadi besar. Kesalahan ini mesti diakui (kerajaan),” tegasnya.

Polis dan tentera Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.

Hadir sama sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar. – NS

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sangat memalukan....negara Malaysia diserang olih 200 pengganas pun tak bolih selesai sampai sekarang ! Bagaimana kalau kita diserang olih negara lain? Mana kecekapan pasukan kita. Kita telah bayar gaji menteri begitu tinggi. Inikah hasilnya?

Tanpa Nama berkata...

Minta krjn BN mohon maaf? sorrylah, kesalahan yg tlh mereka buat salama ini dan siap dgn bukti pun tak mengaku dan dibiarkan saja malah tuduh pihak lain pula, jadi terbalik kot. Jadi pykong PR kena consistent utk tumbangkan BN. Mereka dilindungi oleh pihak penguatkuasa yg hidungnya dicucut. penguatkuasa itu mulanya dilahir suci tetapi apbila dewasa Allah takdirkan dia jadi alat kpd pemimpin zalim, mungkin mak bapa dia bagi dia makan hasil duit haram gamak nya.

RAKYAT DIHINA berkata...

menteri2 lembu um NO DAN B angkai N gara terus menyalahkan rakyat kononya
menghina pasukan keselamatan,sebenary
mantan..menteri dalam negri hishamdin
yg menghina rakyat amnya pabila buat
kenyataan paling BODOH/JIJIK BAHAWA
JGAN dgar khabar angin dan mereka bukan pengganas walaupun BERSENJATA.
KPN telah mengeluarkn kenyataan rkyt
tidak perlu BIMBANG SEMUANYA SELAMAT
sebelum peristiwa perajurit tkorban.
rkyt himpun aman dtuduh PENGGANAS dn BUAT HURU-HARA

PUNAI berkata...

Betul RAKYAT DIHINA cakap, kalau dgn rakyat sendiri bukan main kasar polis bertindak, skrg jumpa buku dgn ruas, sedarlah wahai polis2 kamu sentiasa diperalatan. Kesian kamu dilahirkan bagitu.

Tanpa Nama berkata...

Marilah kita hargai dgn apa org lain sumbangkan utk kita, jika benci pd org lain sekalipun jgnlah dicerca psk keselamatan yg sanggup tinggalkan keluarga/anak kecil/org tersayang. Sedarlah.... mungkin org yg kita cerca,keji dan hina itu lebih mulia dari kita. Org yg anda hina itu kebanyakkannya dari agama dan bangsa anda sendiri. Tanyalah pada diri kita, apakah yg kita telah sumbangan kepada agama dan tanah air kita berbanding dgn golongan yg kita cerca itu? (mizi)

Tanpa Nama berkata...

Mizi,
Gayanya kita sumbang sumbang macam2 contohnya dalam Bersih1/2/3, ada yang buta mata, ada yang mati, ada yang cedera kena belasah, berkorban masa, tenaga dan wang ringgit.

Yang kita benci adalah pemimpin penipu, pemimpin korup, pemimpin kaki fitnah, membodohkan rakyat mengajar samseng dan terlalu banyaj untuk dikeluarkan. Majoritinya pemimpin ini datangnya datang dari dari mana? Jawablah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

kepada yg buat komen diatas ni, kamu adalah org islam atau org yg tak beriman..

Kenapa kita tak serahkan ini semau kepada ketetentuan Allah..

Siapa yg mencabut nyawa manusia??

Kenapa kita tidak redho atas apa yg berlaku???

Apa kita ingat semua yg berlaku atas kepandaian kita???? Allah lebih mengrtahui dan berkuasa

Osama berkata...

Mizi.
Baca entri blog ni baik² & hayati komen ² yg ada!
Hanya macai umno je yg boleh jmpa perkataan menghina pasukan keselamatan!
Kita menyelar para mentri umno yg bongok dlm menangani pencerobohan wilayah kedaulatan negara.
Minta PM adakan sidang parlimen tergempar utk sepakat mengutuk siapa yg bersalah & bersekongkol dgn penceroboh tersebut pun najib takut! Nape?
Bentangkan lah kertas putih utk memberitahu pd rakyat pekara yg sebenar nya! Apa yg ditakutkan najib!???
Sedangkan kamu ya najib sorg PM mengapa kamu takut guna parlimen utk mengutuk anwar ibrahim jka benar dia dalang & tali barut penceroboh tu!!!
Kamu ya najib jaja fitnah dgn mndkwa pemimpin² PR bersekongkol.dgn pnceroboh² tersebut sdangkan tiada bukti.
Rakyat.dilekakan dgn menudoh org lain bersalah sedangkan menteri pertahanan lah yg bertangungjawab keatas kdaulatan ngara kita! Beliau patut letak jawatan kerana gagal khusus mnjga wilayah kdaulatan negara. Jika bliau gagal berbuat demikian bermkna beliau lah yg menghina perajurit ngara. Jika beliau x mahu mengalas dosa kegagalan nya hinga wilayah kedaulatan ngra kita dicerobohi brmkna beliau mengkambing hitamkan pasukan keselamatan negara.
Biar kita jdi rkyat yg cerdik! Jgn spt pencacai umno! Bodoh x boleh x ajar, pandai pulak memandai2.

hamba ALLAH berkata...

anon 7.18pm..lupakh ayat alkuran taat
ALLAH dn rasul serta pemimpin dikalgn
kamu selagi MEREKA x membawa kamu pd kemgkaran,kezaliman,maksiat rasuah,br
dolak-dalik dgn hukum ALLAH.apakah kita hanya serah/redha pd ALLAH tanpa
berusaha mencegah tangan SYAITAN2 yg
merosakkan akidah dn mukabumi ini.rj
hadis nabi satu hari nanti golongan yg bercakap BENAR ddakwa pemFITNAH dn begitu sebaliknya pemFITNAH dkatakan BENAR.