14 Feb 2013

[VIDEO] Hari Dimana Muka Najib & Rosmah Menjadi Labuh Ke Lantai...


Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang

Seorang 'menteri' telah dipersalahkan kerana menyebabkan suasana yang memalukan apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaul yee sang sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu.

Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong - yang menjadi pengerusi penganjuran rumah Tahun Baru Cina BN itu - berkata menteri berkenaan memberitahu pengacara untuk menjemput Psy turut sama menggaul yee sang.

Oleh kerana menteri berkenaan tidak memaklumkannya kepada jawatankuasa penganjur lebih awal, dan oleh itu tidak dapat memberi taklimat kepada penyanyi tersebut - Oh berkata beliau dapat memahami kejanggalan Psy apabila pengumuman mengenainya dibuat.

Oh memberitahu Malaysiakini bahawa syarikat pengurus acara itu mesti mengikuti norma-norm, dan sebagai bintang mega, Psy juga mempunyai "standard yang kita mesti ikut".

"Itu adalah satu cadangan 'ad-hoc' yang menyebabkan kita jadi malu. Saya kemudian bertanya pengacara mengapa dia menjemput Psy naik ke pentas, dan dia menjawab dia berbuat demikian atas arahan seorang menteri."

Walaupun Oh enggan menamakan menteri berkenaan, terdapat tiga orang menteri yang hadir di majlis tersebut - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli Majlis Tertingi Umno, Tan Sri Mohamed Yakcop dan Naib Presiden MCA, Datuk Ng Yen Yen.

Akhbar China Press hari ini memetik sumber yang mendakwa bahawa "seorang pegawai kanan wanita" bertanggungjawab terhadap pengumuman tersebut.

Dalam segmen acara berkenaan, meja dibawa naik ke atas pentas dan pinggan yee sang diletakkan di atasnya.

Pemimpin BN tertunggu-tunggu ketika mereka bertepuk tangan dan melihat sekeliling, selepas pengumuman pengacara, tetapi akhirnya meneruskan menggaul hidangan tradisional tanpa Psy.

Selepas menunggu Psy selama lima minit, para pemimpin - termasuk Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi - meninggalkan pentas.

Ini dirakamkan dalam video, yang telah dimuatnaik ke YouTube dan menjadi bahan jenaka warga internet.



Ulasan GB

Demikian Hukum Pasti atau hukum kebenaran dan keadilan berjalan, sesuatu yang bemrula dengan pincang akan disudahi dengan kepincangan juga.

Pincang kerana tiada pihak yang berani tampil mengaku membayar Psy yang dianggarkan RM2juta itu, malah Najib siap buat penafian wujudnya penggunaan wang rakyat.

Sungguh aneh, satu acara yang menelan belanja begitu besar, tetapi identiti pembayarnya disorokkan.

Nah rasakan kepincangan dihujungnya pula... bila PM dan isterinya dimalukan apabila artis sensasi Korea Selatan itutidak naik untuk bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaul yee sang apabila namanya dipanggil!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesian aku tengok Najib.....

Tercongak2 cari Psy

Kesian sgt2

Rosmah kira nak melantak saja.. tak nampak apa dah

Tanpa Nama berkata...

tak payah sesusah kesian kat depa.

mari kita bergumbira :D

Tanpa Nama berkata...

artis dr negara maju disusukan, rakyat ngara sndiri mahu dperbodohkn. satu persatu kebobrokan bn akan terburai.

Tanpa Nama berkata...

hahahah terpekik terlolong panggil PSY habuk pun dia x layan..padan muka kau najib n BNatang..ingat nk malukan kerajaan PR buat event at pulau pinang..skrg dia dimalukan...

Tanpa Nama berkata...

aduuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, maluuuuuuuuuuuu nya aku. kebenaran pasti menolak kebathilan.........

Tanpa Nama berkata...

psy tu artis a/bangsa.. mana boleh ko panggil suka2 hati naik pentas. kalu artis tempatan memang boleh la... wlupun bayaran cikit.

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan BN hanya merancang, tapi allah yang menentukan, ya ALLAH tumbangkan BN diganti pemerintah benar-benar beriman

ayba berkata...

Psy yang tak ada kena mengena dengan Malaysia pun Najib nak pergunakan buat kempen...memalukan ndan menjatuhkan maruah sahaja.

BaDiN berkata...

Padan Muka kamu BN.Artis tu hanya nak Pitih je bknnya nak bersama kamu gaul Y/sang.
Dah dapat pulus angkat kakilah weh!!! Malunya Aku Bukan Kepalang.
Patut pihak Arkid negara ambil ini sebagai Hari Dlm Sejarah.
Hahahahah..

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ada orang beritahu, Bikk Mama suka peluk dan cium celebriti, eg Lee Chong Wei, Shahrukh Khan, Salman Khan. jadi dia tidak mahu naik takut kena peluk dan dicium dek Bikk Mama. Tidak mahu termasuk didalam senarai kena peluk. kah kah .