20 Nov 2012

SPR Akui Terdapat Pelbagai Kesilapan Dalam Daftar Pemilih

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan terdapat pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

“Semua kebimbangan dan keraguan kami terbukti adalah benar. Ia bukan satu tuduhan liar, tapi ia berdasarkan penemuan sah yang disahkan sendiri oleh SPR,” kata naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada wartawan selepas mesyuarat dengan SPR bersama 40 ahli parlimen (MP) hari ini.

“Mereka kata mereka juga manusia. Tidak sempurna.

“Tolong sampaikan kebimbangan ini dan tolong beri kami satu jaminan bahawa anda tidak boleh mengadakan pilihan raya sehingga semua perkara ini diselesaikan,” kata beliau.

MP PKR, Fuziah Salleh dan DAP, Anthony Loke yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut juga mendedahkan pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih yang diakui sendiri oleh SPR sendiri hari ini.

Fuziah berkata terdapat 40 ribu pengundi yang nama mereka hilang dalam daftar pemilih disebabkan status kematian mereka tetapi mereka kemudiannya didaftarkan sekali lagi.

Beliau menambah terdapat pengundi meragukan yang berumur melebihi 90 tahun.

Menurut Fuziah lagi, SPR memberitahu bahawa peraturan pilihan raya menyatakan mereka tidak dibenarkan untuk membuang nama melainkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan pengundi tersebut meninggal dunia.

Fuziah juga berkata terdapat 2, 709 kes di mana pengundi yang ditempatkan semula di negeri yang salah lokalitinya walaupun alamat mereka menetap masih sama.

“SPR berkata mereka telah berhenti melakukannya, tetapi penemuan kami menunjukkan mereka masih terus melakukannya lagi,” dakwa Fuziah.

Dalam pada itu juga, Fuziah mendakwa seramai 7, 958 pengundi baru yang ditemui “muncul tiba-tiba” dalam daftar pengundi tanpa dipaparkan terlebih dahulu sambil mengatakan perkara tersebut berdasarkan data-data terbaru daripada Disember 2011 hingga suku hujung tahun ini.

Loke pula berkata rekod menunjukkan hampir 300 ribu pengundi yang telah mendaftar sebelum berusia 21 tahun, umur yang wajib untuk mengundi.

Belia berkata SPR telah mengakui dan membetulkan “kesilapan kemasukkan data” tetapi menyimpan nama dalam daftar pengundi memandangkan semakan SPR mendapati pengundi ini telah mendaftar selepas melepasi umur 21.

Pemimpin PR dan kumpulan aktivis Bersih 2.0 telah lama meminta daftar pengundi yang bersih menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Antara tujuh permintaan lain Bersih 2.0 adalah mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, minimum tempoh berkempen 21 hari, kebebasan media, memperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuan dan tamatkan politik kotor.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ada manusia yg takut apabila sistem itu bersih? jika sistem bersih dan adil, rakyat juga akan untung.

Gen-Y berkata...

jika sistem itu bersih,maka tiada lagi yg kaya akan jadi kaya sbb tender terbuka.. jadik tak dpt la bg kroni etc. Secara peribadi aku rasa, ekonomi negara dikawal oleh ahli2 perniagaan..bkn kerajaan. mcm2 akta dibatalkan/diubah..

cuba korang buka mata..apsal brg2 byk naik,mudah naik,naik serta merta,ubah akta itu ini..terutama selepas kebangkitan ramai melayu jadi bertukar pangkat dari peniaga kpd ahli perniagaan.

Tanpa Nama berkata...

doakan semoga allah tumbangkan pihak yang menzalimi rakyat....

Tanpa Nama berkata...

Ass-Pee-R mesti kelengtong punyea kalau tarak susah mau kasi duduk itu kerja jugak, senang senang dapat gaji tidor jugak.

Sudah kantoi pun mau ada kelengtong jugak, tengok muka muka saja sudah tau ini olang kaki kelengteng jugak.

Kelengtong biasalah....

Tanpa Nama berkata...

NGO BERSIH menuntut 8 perkara dari tahun 2007 lagi..skg da nak masuk 2013..klu awal tahun 2008 diorg mgaku mempunyai kesilapan kerana mereka juga manusia tidak sempurna..aku blh trima pengakuan diorg walaupun rasa berat mcm nak x nak je percaya ckp diorg ni..tapi skg da nak masuk 2013 ni bai..lu ingat aku dgn rakyat jelata sekalian bangang ke nak percaya dgn lu org lagi..habis dari tahun 2007 smp skg lu gi kje 5 hari seminggu ni lu buat apa..???daftar pemilih makin lama makin kotor..dah la makin kotor..siap kantoi lagi tu..tu pasal PR dgn Ngo BERSIH bongkar..bro..klu nak kencing rakyat pun agak2 la..ke lu org nk kena penangan himpunan 1 juta rakyat ke?..aku percaya tnpa ragu sedikit pun..rakyat semua da ready trun..tunggu signal je..

Tanpa Nama berkata...

sokong anon 12:42 AM di atas ni.

mungkin kena buat himpunan baca doa macam pas buat baru ni, doa bagi pengerusi spr, tim pengerusi, pegawai2 yg bersekongkol bagi hancur mereka jika tgn mereka buat penipuan dlm spr, jika mereka rela menutup penipuan dlm p/raya dan daftar pemilih, amanah yg diberi dikhianati! spr menyebabkan perompak, penipu, penyamun, penggalak maksiat menang p/raya dan menyebabkan masyarakat rosak akhlak, jauh dr agama, negara bankkrup.