26 Nov 2012

Skandal RM40 Juta Musa Aman Tersiar Dalam Akhbar Terbesar Hong Kong


Skandal rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan jutawan balak, Michael Chia mendapat liputan akhbar berbahasa Inggeris terbesar di Hong Kong – South China Morning Post City.

Akhbar tersebut melaporkan pertemuan delegasi KEADILAN dengan pihak berkuasa dan Ahli Parlimen Hong Kong untuk menggesa siasatan terhadap kes rasuah itu supaya dibuka semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang ketika dihubungi memberitahu, terdapat sekurang-kurangnya lima media cetak Hong Kong membuat liputan terhadap kes berkenaan.

“Ia menunjukkan media antarabangsa memandang berat isu ini,” katanya.

Akhbar lain yang membuat liputan kes rasuah itu antaranya Hong Kong The Sun, AM730, Hong Kong Oriental Daily dan Hong Kong Singpao.

“Selain media, pihak berkuasa di sana juga sangat mengambil berat isu ini. Jika betul tiada kes, mana mungkin media nak buat liputan,” kata Lih Kang.

“Kita harap agensi kerajaan di Malaysia juga dapat mengambil tindakan sewajarnya,” sambung beliau.

Sebelum ini, Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong kerana terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta.

Taikun balak itu menyatakan wang berkenaan milik Musa tetapi pemimpin Umno terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa ia adalah dana untuk Umno Sabah.

Lih Kang bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian ke Hong Kong selama dua hari, bermula 21 November lalu.

Delegasi terbabit juga ditemuramah khas oleh Reutera-Bloomberg yang mengikuti perkembangan kes tersebut.


Kes rasuah RM40j kecoh di Hong Kong, KL pula senyap – Anwar KUALA LUMPUR 26 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pelaksanaan sistem tidak adil oleh institusi kerajaan, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau merujuk kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan jutawan balak, Michael Chia yang mendapat perhatian serius pihak berkuasa Hong Kong.

“Kes rasuah melibatkan pemimpin negara boleh riuh di Hong Kong, tapi di Kuala Lumpur tutup kes,” katanya.

“Pemimpin patut ada perasaan malu, satu negara tahu, dan ada rekod kes di Hong Kong,” tambahnya pada Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat Sabah di Kota Kinabalu, Sabtu lalu.

Ekoran kelemahan itu, Ketua Pembangkang berkata, pihak berkuasa kerajaan tidak mendapat kepercayaan rakyat.

“Sebut SPRM orang tak yakin, Mat Sabu sebut SPR pun (dia) tak yakin,” kata Anwar.

“Saya masih ingat masa pilihan raya 2008 di Selangor, masa pengundian ditambah dua jam, sepatutnya habis jam 4 petang ditambah kepada 6 petang.

Kita kata itu satu usaha nak tipu undi, sebab rakyat Selangor masa itu berat ke arah Pakatan,” jelasnya.

Anwar berkata, kesedaran dan kebangkitan rakyat akan menumbangkan penipuan tersebut.

Justeru, beliau menyeru rakyat Sabah menukar kerajaan dan sistem yang diamalkan.

“Ia bukan hanya soal tukar kerajaan atau Perdana Menteri, tetapi juga tukar sistem yang ada dengan sistem dan agenda baru,” katanya disambut tepukan 500 penyokong
-KD

3 ulasan:

Ngah Phg asal Melaka berkata...

orang yg celik hati dan pandai memang tahu sgt umno gunakan dgn dacing BN jd senget..xboleh digunakan sebagai penimbang keadaan Malaysia..hanya timbangnya jd berat bila umno dan kroninya jd untung aje

Tanpa Nama berkata...

Musa Aman bapa rasuah. Rakyat Sabah dan Malaysia sepatutnya tidak pilih pemimpin jenis ini.

Tanpa Nama berkata...

sedar wahai manusia akan rencana Allah maha pencipta.,,diutus penyakit paling bahaya yakni high kolestrol.inilah penyakit dikatakan suddenly dead...utk mereka yg sangka mereka tak kan mati esok...himpunkan Amal kamu bukan harta melampau..berpesan dgn kebaikan dan sabar..dan sabarlah dan syukurlah apa ada tapi berkah..renung2kan fom sabah