5 Okt 2012

Buruk Sangat Azalina Mengamuk, Fitnah Peserta Perhimpunan Dibayar RM30 Seorang

Pengerang: Peserta datang dengan rela hati

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyangkal tuduhan liar Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman bahawa perserta Himpunan Hijau membantah projek petrokimia di Pengerang pada 30 September dibayar.

Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30.

Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan.

Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang.

"Itu tidak betul.

Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui.

Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa.

Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu.

"Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang.

Kami bersedia bila-bila masa," katanya.

Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut.

Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur.

"Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir.

Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar.

Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut Namun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas.

"Jangan emosi Pengerang, jangan emosi," celah Nurul Izzah berulang kali.

Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah. -HD

MP Pengerang dakwa setiap peserta perhimpunan dibayar

Mereka yang mengambil bahagian dalam Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing dibayar RM30, dakwa ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.

Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar, untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.

Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang.

Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangkit untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap.

Azalina sebelum ini mencabar ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, kerana naib presiden PAS itu mendakwa penduduk Pengerang telah menjadi mangsanya.

Salahuddin bagaimanapun, menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, kerana hanya MB yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah.

Isu Pengerang menjadi semakin panas, apabila Himpunan Hijau yang dianjurkan PAS tempoh hari mendapat sambutan menggalakkan.





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jahil dan bangang tomboi ni, sama mcm mat sembab, program umporno mmg kena byr sebab kalau xbyr xde sapa nak dtg...Mereka yg turun berkumpul di pengerang sbb kesedaran sendiri akibat kezaliman & penindasan umporno thdp rkyt, ayuh bangkit wahai sekalian rakyat, tunggu 3 Nov 2012 tarikh keramat, lawan tetap lawan..kuburkan UBN....

Tanpa Nama berkata...

Menteri ini hanya membuka aibnya sendiri. Dia menyangka orang lain boleh dibayar, boleh diupah atau boleh dibeli. Mungkin dia menyamakan orang lain dengan dirinya.

Tanpa Nama berkata...

huduh laaa tino sekor ni,,bilo la nok smpai umur baligh, tudung x sey pkai, jd org islam bengong apo lagu ni..hukum islam pn x ikut...pakai baju skit lg nk napok kopek. gilo apo doh la huduh..

Tanpa Nama berkata...

macam mana si azalina ni boleh dapat masok parlimen? tak de tokoh langsung. cakap berdekah dekah macam tong kosong

Tanpa Nama berkata...

Calang2 dah jadi orang besar, sampai begitu rendah mertabat Melayu dituduh oleh sekor betina. Tak sangka Malaysia ada kelas yang lebih rendah dari kelas paria. Hanya RM30 7ribu penduduk Pengerang sanggup berkorban jemur panas seharian, inilah tanggapan beruk betina. RM30 tak cukup pun untuk belanja sehari bagi yang berkeluarga. Kerajaan BN: Rakyat dipariakan, rasuah diutamakan. Hairan betul kenapa begitu ramai Melayu sanggup dipariakan.

Tanpa Nama berkata...

Sekali kena cuit hahaha hudoh bebenor mcm b*ruk kena belacan

Tanpa Nama berkata...

silap tu, bukan tomboy, tapi pengkid

Unknown berkata...

dah maacam pelaq aku tgk tomboy ni

Tanpa Nama berkata...

Kalau dibayar RM 200 pun belum tentu dtg. Awak ingat rm 30 tu besar ke. Mcm dah biasa je.

Andre Irwan berkata...

Hello .... Azalina,
Tak kan orang yang datang jauh dari Kuala Lumpur, Kuantan, Alor Setar, Pulau Pinang, Kelantan, ... dibayar RM30 sahaja. Silap tu, kami dibayar seperti kemudahan yang pegawai kerajaan dapat iaitu tuntutan perbatuan (70 sen untuk sekilometer), Elaun makan/harian, Elaun lojing/Hotel, elaun dobi, tol, ...). Kan Tok Jib dok tuntut semua ni semasa program rakyat.
Bangang punya MP Pengerang. Orang BN sahaja boleh dirasuahkan. Kalau mu tu berok, jangan fikir orang lain pun berok juga.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH SUNGGUH.

Tanpa Nama berkata...

Sokong amir azura!!!

Penjejak Awan