Putrajaya - Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.
Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di sini malam tadi.
Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas.
Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.
Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.
"Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada 29 Okt.
Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.
Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak.
"Kursus ini adalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan jemaah haji," katanya.
Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu.- Bernama
Ulasan GB
GB dah kata dulu. GB tulis di sini: Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta
Jamil Khir, Anifah Aman dan Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab kerana berdusta. Cuba memburukkan BERSIH tetapi akhirnya pendustaan itu tidak menjadi.
Kuota haji memang tidak disekat tetapi menteri-menteri tersebut berbohong semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mempermainkan kuota haji melalui fitnah terhadap BERSIH dan kerajaan Arab Saudi, kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat kuota haji tahun ini.
Ketiga-tiga menteri itu lansung tidak takut dosa. Tak takut Tuhan dan tak takut lidahnya dikerat kerana berbohong dan berdusta.
Tidak mengapa, kita serahkan mereka kepada Allah swt untuk membalas segala perbuatan hina mereka itu.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

5 ulasan:
Mentori cuba main dengan kata-kata, mereka cuba selindung di sebalik "quota tambahan" sebagai "quota haji" yang mana KSA tidak tentukan lagi.
"Quota Tambahan" budi bicara KSA bergantung kepada jumlah jamaah dari negara2 lain samada penuh atau kurang.
Kecoh bab quota kerajaan baham RM2juta untuk bagi subsidi (RM5000/seoarng)kepada Imam/Ketua kampung yang majoriti adalah JKK Umno pergi haji!
Kepada umno, yg kami gen-Y tau kouta haji utk semua negara dikurangkan sbb menaiktaraf dan membesarkan masjid,infra dll supaya dpt menampung lagi ramai jemaah pd musim haji slps2.. bukan sbb BERSIH!!!
Salam,
Tanya pada jamil khir dan TH betul tak ada arahan dr zaid hamidi meminta diberikan beberapa ratus visa haji kpd org2 tertentu dan menteri. Kemudia pakcik makcik yg bertahun tunggu bila dpt pergi dibatalkan pd saat2 akhir kerana arahan tersebut. Visa tersebut kemudian dijual pd harga RM5k/visa kpd agensi swasta yg kekurangan visa.
Kononnya visa hj dikurangkan oleh saudi pd saat2 aakhir dan bersih dipersalahkan. Begitulah hinanya umogok sehingga urusan ibadat pun dipermainkan utk kemewahan yg tak seberapa.
kami gen-Y berkata:
kira halal la ok? bkn apa lps2 ni dah takleh sponsor sapa2..anggap la haji terakhir big bro kita sponsor.
terpikir pulak nak interview bkl2...mana tau ada cerita blkg tabir psl 'doa PRU13' .. insyaAllah,aku video kalo jumpa pakcik makcik yg dlm senaraikan tu.
itu menteri cakap pagi ptg tak boleh pakai.. kelentong punya org..
Catat Ulasan